PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA ( MATRADE )
NAMA PENSYARAH : PUAN SURIATI BINTI AHMAD SUHAIMI
TAJUK : TOPIK 4 - GALAKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
PROGRAM : SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
KOD DAN KURSUS : SPP 30143 - PERNIAGAAN ANTARABANGSA
SESI : I 2022/2023
KELAS : SPP 3
NO. NAMA NO.PENDAFTARAN
1. FARISA BINTI ROSLAN KO3SPP21F007
2. NUR HUSNINA BINTI ABD HALIM KO3SPP21F026
3. NUR ATIQAH SYUHADA BINTI AZLIZAM KO3SPP21F004
4. AININ SOFIYA BINTI MOHAMAD FAUZI KO3SPP21F008
5. NUR HIDAYAH BINTI ABDUL HAMID K03SPP21F001
1
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
( MATRADE )
SOALAN 1
a) Latar Belakang MATRADE
❖ MATRADE memainkan peranan secara aktif membantu organisasi Malaysia untuk
memasuki pasaran antarabangsa.
❖ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), adalah agensi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi menggalakkan
perdagangan luar Malaysia MATRADE juga menganjurkan program padanan
perniagaan bagi syarikat
❖ Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan,
MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertayaan dan lawatan oleh pengimport
asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi
tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE
juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada
Januari 2007.
2
b) Visi, Objektif dan Logo Perniagaan MATRADE
VISI Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetif
● Menjadikan Malaysia Sebagai Negara Perdagangan Kompetitif Di Dunia.
●
MISI Mempromosi syarikat Malaysia ke pasaran dunia.
Memajukan Perusahaan Malaysia Ke Serata Dunia.
●
●
OBJEKTIF MATRADE
● Meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran antarabangsa.
● Menyebarkan maklumat dan risikan pasaran terkini supaya syarikat Malaysia berdaya
saing di pasaran antarabangsa.
● Memperkenalkan pengeksport Malaysia kepada pengimport luar negara yang mencari
pembekal Malaysia.
● Menjalankan aktiviti mempromosi produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran
antarabangsa.
LOGO PERNIAGAAN MATRADE
Malaysia External Trade Development
Corporation
3
C) Lembaga Pengarah MATRADE
Lembaga Pengarah mempunyai perwakilan seimbang daripada kementerian kerajaan
yang berkaitan, ketua industri utama serta pemimpin dewan perniagaan dan persatuan.
● Lembaga Pengarah bersidang setiap suku tahun untuk mengkaji prestasi MATRADE
serta merumuskan hala tuju organisasi selanjutnya dalam pendekatan holistik. Antara
tugas utama Lembaga Pengarah ialah meletakkan Malaysia sebagai negara
perdagangan yang berdaya saing di peringkat global.
YBhg. Tan Sri Dr Halim Mohammad
Pengerusi Eksekutif & Pengarah Urusan
Kumpulan Halim Mazmin
4
AHLI LEMBAGA
YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali YBhg. Datuk Ravi Muthayah YBhg. Dato' Hazimah
Zainuddin
Setiausaha Agung Setiausaha Agung
Kementerian Perdagangan Kementerian Industri Perladangan Pengarah Urusan & Pengasas
Antarabangsa dan Industri (MITI) Kumpulan
dan Komoditi (MPIC)
Hyrax Oil Sdn Bhd
YBhg. Dato Mohammad Medan YBrs. Cikgu Rina Neoh YBhg. Dato' Sri Dr Irmohizam
Abdullah Ibrahim JP
Pengasas Bersama & Pengarah
Ketua Pegawai Eksekutif Urusan Pengarah Urusan Kumpulan
Bintulu Port Holdings Berhad Pusat Dagangan Dunia Kuala
Modal Kumpulan Ficus
Lumpur
5
YBhg. Dato' Mahmud Abbas YBhg. Datuk Dr Zunika YBhg. Tan Sri Muhammad
Mohamed Shahrul Ikram Yaakob
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Timbalan Ketua Pengarah Pengarah Bukan Eksekutif
(Dasar) Sime Darby Berhad
Selangor (PKNS)
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri
YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
6
d) Carta Organisasi
7
SOALAN 2
Perkhidmatan UTAMA MATRADE dengan sangat baik
● Meningkatkan aktiviti pengimport dan pengeksport dari Malaysia
● Memperkenalkan syarikat Malaysia kepada pengimport asing bagi mencari pembekal
dari Malaysia.
● Menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia
ke pasaran luar negara.
● Membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran
eksport pada negara lain.
● Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan.
8
SOALAN 3
Cara MATRADE memberi peluang kepada pengeksport Malaysia menembusi pasaran
antarabangsa dengan :
❖ Misi Perdagangan
Misi perdagangan memberi syarikat-syarikat Malaysia peluang untuk menghubungkan pegawai-
pegawai kerajaan yang relevan dengan komuniti perniagaan di pasaran luar negara. Misi-misi
ini yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Perdagangan Luar danIndustri (MITI) dan
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada kebiasaannya, misi ini diketuai oleh
Menteri atau Timbalan Menteri Perdagangan Luar dan Industri Malaysia.
❖ Misi Pemasaran Khusus
Misi pemasaran khusus adalah acara promosi yang lebih memfokuskan kepada pasaran dan
industri yang khusus. Pada kebiasaannya, misi ini di kendalikan dalam kumpulan yang kecil
bagi membolehkan peserta misi bertemu dengan syarikat-syarikat asing di pasaran-pasaran
tertentu dalam usaha memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
❖ Pameran Perdagangan Antarabangsa
Pameran antarabangsa merupakan peluang yang baik untuk ahli perniagaan mempamerkan
produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran global. Dengan menyertai pameran antarabangsa,
syarikat Malaysia boleh mengambil peluang bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan
mereka disamping mengetahui trend serta keperluan pasaran terkini. Perkhidmatan yang
disediakan oleh MATRADE termasuk sewaan ruang pameran, pembinaan ruang pameran
dengan rekabentuk asas, mengatur mesyuarat perniagaan dengan pembeli yang berpotensi
serta pra publisiti mengenai penyertaan syarikat Malaysia di pameran.
❖ Promosi melalui Gerai Pameran
Untuk memberi kemudahan kepada pengeksport bagi menerokai pasaran baru, syarikat
Malaysia boleh mempamerkan bahan promosi dan katalog produk mereka di pameran
perdagangan antarabangsa di pasaran yang terpilih, terutamanya di pasaran baru dan
membangun
9
❖ Pameran Produk Malaysia
MATRADE menganjurkan Pameran Produk Malaysia di pasaran baru dan membangun, bagi
memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia serta produk dan perkhidmatan mereka. Pameran
ini adalah amat sesuai bagi syarikat Malaysia.
❖ Eksport Sektor Perkhidmatan
Setelah melalui beberapa tahun, pembekal perkhidmatan Malaysia telah meningkatkan
kepakaran mereka ke tahap yang setanding dengan keperluan piawaian antarabangsa.
MATRADE bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan serta badan dan persatuan
professional untuk mempromosikan eksport perkhidmatan dari pelbagai sektor. Di antara
sektor-sektor ini adalah pembinaan, seni bina, kejuruteraan, pendidikan, penjagaan kesihatan,
teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan reka bentuk. Promosi eksport
perkhidmatan ini dijayakan melalui pelbagai acara promosi khusus serta program menjalin
hubungkait peniagaan.
10
SOALAN 4
Hubungan antarabangsa atau rangkaian yang dijalankan oleh MATRADE dengan baik .
● Mempromosikan,membantu serta membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan
memberi penekanan keatas eksport perkilangan dan separa kilang serta menjalankan
import eksport secara terpilih. Contohnya mempromosikan produk batik keluar Negara.
● Selain itu,mengolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran
pengeskport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa.Contohnya menganjurkan
seminar dan bengkel.
● Meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia diluar
Negara.Contohnya kerjasama antara kerajaan dan negara luar.
● Antara insentif yang diambilkan termasuk menyediakan laman web yang komprehensif
dengan maklumat yang diperlukan oleh syarikat Malaysia serta Direktori Produk,
Perkhidmatan serta Jenama Malaysia yang boleh diakses secara terus oleh pembeli
asing berminat .
● Matrade turut menawarkan rangkaian perkhidmatan digital yang luas , merangkumi
perkongsian risikan pasaran ,padanan perniagaan secara dalam talian , permohonan
bagi insentif kerajaan untuk tujuan perdagangan dan promosi maya.
● Mewujudkan rangkaian perhubungan digital.
● Dengan jaringan 46 pejabat perdagangan di seluruh dunia ,Matrade memainkan
peranan penting dalam mempromosikan eksport Malaysia ke pasaran
antarabangsa .Bagi tujuan ini antara insiatif pendigitalan yang di perkenalkan program
Rangkaian Perniagaan Elektronik (eBizLink) .
● Menurut Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif ( Akselerasi Eksport) Sharimanton Mat
Salleh eBizLink merupakan insiatif baharu impak tunggu di bawah Program Strategik
Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PERMEKASA) yang dilaksanakan dalma mmemacu
pertumbuhan eksport Malaysia dengan memanfaatkan platform hibrid.
● Menubuhkan insitut penyelidikan.
● Mengadakan kawasan bebas perdagangan.
● Memberi taraf perintis dan elaun eksport.
● Mengadakan rombongan perdagangan ke luar negara.
● Menubuhkan bahagian perdagangan antarabangsa.
11
● Memberi jaminan kredit eksport.
● Mengadakan perjanjian dan kerjasama dengan negara lain.
● Mengadakan pameran atau ekspo dagangan di luar negara.
12