The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husna.mz, 2023-02-02 06:00:54

Majalah SAMTTAR 2019

Majalah SAMTTAR 2019

51A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Rumah Seri Kenangan Cheras


52SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Hari Guru SAMTTAR 2019


53A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Hari Guru SAMTTAR 2019


54SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Majlis Perpisahan Cikgu Abdullah Hasmam


55A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Majlis perpisahan Pn Nor Azlin


56SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Aktiviti Asrama


57A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Kojahanan Bola Tampar Mssd 2019


58SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Majlis Hari Apresiasi 19


Karya Kreatif


58SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH A success that you hold in, Sound like satisfying, Sometimes it takes over years, And failure in the ‘best friend’. Never get an easy-peasy, But a messy brainy. Tells you right away, Give up is knocking on your door. A sharp purpose, Sometimes didn’t work, But an unplanned target, World build up some future. Appear a statement, Not all you wish for, Is the best thing you can get, But sometimes a thing you dislikes, Catch you up onto bright future. All the efforts you felt meaningless, It’s never a ‘less’ is effort, How dou you say it is less, And you still can’t count your efforts ?. It brings you an experience or learn, When you know you have tried your best, And you failed, Well you try your best, Better get something than nothing, TO SUCCESS ! NURUL ‘AIN FARINA BINTI RAMAN 4 FATONAH I will rise After every fall I will rise And stand tall. I worked all night, every day While you still looking down on me. I believe in myself, I get up and comeback. If you can’t fly, then run If you can’t run, then walk If you can’t walk, tåhen crawl All that matters is that you’re not give up. The morning will come again. No darkness, no reason is eternal. Achievement Friend Lifes Dear friend, You are my life, You are my sunshine, You make my day feels better, What would a life be without you! You always be there for me, Whenever I feel sad, Whenever I feel bad, You make me smile again. NUR IRDINA BINTI ROSLAN 4 FATONAH Even sometimes you are annoying, But you still the cute one, Even your laugh as loud as a speaker, You are still my bestfriend forever! It’s okay. Take a deep breath. Forget everything. You’re doing well. Don’t say a bad things about us I’m allergic of it. Some people ask “why do I need to live in this cruel life” will lead you to a better life soon. Encourage, love Life, hope. I’m not good like you guys think But I will be better like you expected. Don’t ever think about Getting fast. You just lead yourself to a real failure. NABILAH HUDA BINTI HALIL 4 IKHLAS


59A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 NUR IRDINA BINTI ROSLAN 4 FATONAH Friendship Friendship is important to all of us. Good friends are like gems. So,having good friends is like having treasure. Whether young or old,all of us need friends to support us. We cannot live in this world alone without having any friends as ‘no man is an island’. Friends are our companions to keep us company during lonely times. Sometimes,friends also share our hobbies and interests. We often need friends to be there for us during our happy and sad times. They would share our joy and sadness with us. Friends will also be there for us to confide in. We can share our problems with them as friends always lend us a sympathetic car and a shoulder to cry on when we are down. Good friends are always on our side to comfort and console us. They would always provide us with encouragement. They will also support us in everything we do. When we fall,good friends are always there to help us get back on our feet. However, friendship must be a two-way process. It takes at least two people to create a friendship. Friendship is a relationship that is not built overnight. It takes a lot of effort from both sides to build and keep a strong and lasting friendship. Strong friendships require us to give and take. We cannot think of ourselves all the time as friendships can only last if we sincerely care for another person. Friendship also require understanding from both parties. We must always be kind and considerate towards our friends. Therefore,we cannot take our friendships or friends for granted. Accepting help from them is not taking advantage of them but if we do not appreciate their support,then we really are taking our friendship for granted. For a friendship to last,we must appreciate our friends and accept them for who they are. Friends should not judge each other,they should support and advise each other instead. If our friend is doing something which is against our belief,we could give them our opinion and advice but we should never judge them. Friendship makes life more meaningful. Our lives could otherwise be lonely without friends because friends make good company. Everyone needs to socialise as we cannot live alone. However,friendship must not depend on money. Friendship that is based on money is not genuine. Friend should accept one another based on their trust for each other and not because of their wealth. Friends are the second most important thing for us next to family. For some,friends are the most important people to them if they are not close to their family members. To them,their friends are considered their family. So,they would turn to their friends for support and assistance if they have any problems. Friendship is truly a lifeline,for without it,life would be lonely and less meaningful.


60SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH 16.12.2002 4.30A.M Suasana di hospital sangat tegang pada saat itu. Lampu pada pintu kecemasan masih berwarna merah. Terdapat beberapa orang sedang duduk di kerusi di hadapan pintu kecemasan. Kelihatan seorang lelaki dengan muka berkerut berjalan mundar-mandir di hadapan wad itu. Muka lelaki itu berpeluh-peluh seperti ada sesuatu yang merisaukannya. “Tolong dia,Ya ALLAH,”doa lelaki itu di dalam hati. Tiba-tiba ada suara rengekan bayi dari dalam wad itu. Lampu yang tadinya merah bertukar hijau. Semua yang duduk terus berdiri dengan muka yang penuh pengharapan. Tidak semena-mena, pintu wad itu terbuka dari dalam lalu seorang doktor keluar dari wad itu. “Alhamdulillah,semua berjalan lancar,bayinya sihat, ibunya pun selamat,” ujar doktor itu sambal tersenyum. “Terima kasih doktor, terima kasih,”lelaki itu menggeggam tangan doktor tersebut sambil mengulang-ulang ucapan terima kasih kepada doktor itu. Semua yang berada di situ mengucap syukur atas apa yang berlaku. “Tapi…”terpancar kerunsingan di mata doktor itu. ”Tapi apa doktor?”Tanya Puan Kasmah penuh tanda tanya. “Saya mohon semua ahli keluarga banyak bersabar dan menghargai setiap apa yang berlaku,”ujar doktor itu penuh tersirat. “Apa maksud doktor?”Tanya lelaki itu dalam keadaan sedikit marah kerana dia berasa seperti dipermainkan oleh doktor tersebut. Tiba-tiba sebuah katil ditolak keluar dari wad itu. Lelaki itu terus meluru ke arah katil di belakang doktor itu. Kelihatan sekujur tubuh wanita terbaring di atasnya. Wanita itu tidak sedarkan diri dan terus disorong ke wad yang lain. Di belakang katil itu,disorong keluar sebuah ‘inkubator’dari wad itu. Kelihatan seorang bayi lelaki di dalamnya,mukanya putih kemerah-merahan,matanya bulat terbeliak seakan-akan hendak keluar daripada soket mata. “Ya Rabbi!”Puan Kasmah yang melihat bayi itu terus memeluk wanita yang berdiri di sebelahnya iaitu anaknya. Lelaki tadi menggelang beberapa kali sambil berundur beberapa tapak kebelakang. “Kenapa?Kenapa ini yang terjadi kepadaku,”rintih lelaki itu. 15 tahun kemudian “Ayah engnyok aya tyu?”(ayah tengok apa tu?)Seorang remaja lelaki munuju ka arah ayahnya yang sedang duduk santai di pangkin bawah pokok rambutan. Remaja lelaki itu terus duduk di sebelah ayahnya sambil tersenyum memandang ayahnya. Ayahnya mencebik sambil menjeling ke arah anaknya. Dia menjauhkan kedudukan antara mereka. “Ayah yuat aye dyuduk yini?”(ayah buat apa duduk sini?)Ujar anaknya lagi. ”Hish,apa yang kau cakapkan ni?!Aku tak fahamlah!” Tengking ayahnya. Senyuman yang tadinya menghiasi wajah remaja tadi sedikit pudar setelah mendengar tindak balas ayahnya. “Kau tak payah buat muka sedihlah,menyampah aku!Pergi naik rumah semula.Malu aku kalau orang kampung nampak!”Tengking ayahnya. Tiba-tiba ada satu suara yang menyahut. “Man,apa kau cakap dengan Zaki. Kesian dia,”ujar Puan Kasmah, ibu kepada Arman dan nenek kepada Zaki.Arman mendengar endah tak endah sahaja apa yang dikatakan oleh emaknya. Dia mendengus lalu beredar dari situ. Puan Kasmah hanya memandang anaknya dan terus duduk di sebelah Zaki. “Ayah ak yang Zyaki ske?”(ayah tak sayang Zaki ke)Tanya Zaki kepada neneknya. Puan Kasmah hanya memandang Zaki dan menggeleng menidakkan apa yang diperkatakan Zaki itu. “Tak,ayah kamu ada masalah sikit,sebab tu dia marah-marah,”ujar Puan Kasmah hanya menyedapkan hati Zaki. Beberapa seketika kemudian,Puan Kasmah mengajak Zaki masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk solat maghrib. Malam itu,Zaki memakai jubah putih peninggalan arwah datuknya untuk menunaikan solat maghrib. Semasa melintas di ruang tamu,Zaki terserempak dengan ayahnya. “Ayah,om olat yemaa ,Zyaki ah tyahu olat,”(ayah,jom solat jemaah,zaki dah tahu solat)kata Zaki kepada ayahnya. Arman memandang tajam ke arah Zaki. “Kau solat sendiri jelah,aku takut solat aku tak sah je kalau solat dengan,”Sinis sekali Arman berkata kepada anaknya. Zaki menunduk dan terus menuju ke Permata Terakhir


61 A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 biliknya. Tidak sampai beberapa tapak Zaki berjalan,tangannya tiba-tiba disambar oleh ayahnya. “Kenapa kau pakai baju ni?!Kau tahu kan ni jubah siapa?!”Tengking Arman kepada Zaki. Zaki yang ketakutan terus merentap tangannya daripada genggaman Arman. Disebabkan tindakan drastiknya,Zaki hilang keseimbangan lalu jatuh ke atas lantai.”ZREEKKK!!!”Jubah yang dipakai Zaki terkonyak di bahagian tepi badan. Arman yang melihat jubah arwah ayahnya terkoyak terasa ingin sahaja melempang Zaki. Darah yang tadinya panas terus mendidih. Tanpa berfikir panjang dia mencabut tali pinggang yang dipakainya. “PAAPP”satu libasan terkena di kaki Zaki. Zaki meraung kesakitan dan berulang-ulang perkataan maaf yang pelat daripada mulutnya.”Ayah mayaf,ayah mayaf yan Zyaki,”(ayah maaf,ayah maafkan zaki)Zaki merintih di atas lantai sambil menangis. “Kau ni hidup menyusahkan aku saja!!Tengok apa yang kau dah buat!Kau dari lahir dah menyusahkan aku!”Tengking Arman dalam amarahnya yang menggunung. Puan Kasmah yang tadinya di dapur terus menuju ke ruang tamu apabila terdengar suara orang menjerit. Dia terkejut apabila sampai di muka pintu,terlihat Arman yang melibas kaki Zaki tanpa hati perut dengan tali pinggang. Tanpa menunggu lama,Puan Kasmah terus memeluk Zaki yang mengerekot di atas lantai. “Apa yang kau buat ni Man?! Tak cukup lagi ke kau pulau dia dari lahir lagi, sekarang kau nak seksa dia pula?” Kata Puan Kasmah dalam tangisannya. “Mak! Dia ni menyusahkan jelah! Kenapa mak bela budak terencat macam ni ?! Sebab dialah isteri saya mati, mak! SEBAB DIA!” Tersembur segala amarah daripada mulut Arman. “Istighfar Man, jangan cakap macam tu,” Puan Kasmah cuba memujuk Arman yang diserang hawa nafsu amarahnya. Arman terus mencampakkan tali pinggangnya ke dinding dan terus menuju ke pintu rumah. BAAMM!!! Terperanjat Puan Kasmah dengan bunyi hentakan itu. Kedengaran bunyi motorsikal menderu laju meninggalkan perkarangan rumah. Zaki yang masih mengerekot di lantai menahan sakit di bahagian kaki. Dia berusaha untuk bangun tetapi dihalang oleh neneknya. “Zhaki yak eyi entak mayaf yat ayah, Zyaki yang alah,”(Zaki nak pergi minta maaf kat ayah, Zaki yang salah) Zaki berusaha untuk bangun tetapi kakinya yang berbirat menghalang pergerakannya. “Zaki, tak apa Zaki, nanti ayah kamu balik, kamu minta maaf ya. Ayah kamu pergi sekejap je tu,” ujar Puan Kasmah sekadar memujuk Zaki. “Zaki dah solat?” Tanya Puan Kasmah cuba menarik perhatian Zaki. Zaki memandang Puan Kasmah dan mengeleng kepala. Puan Kasmah terus mengajak Zaki solat sekadar cuba untuk menutup sendu di hati Zaki. Zaki cuba untuk bangun tiba-tiba terduduk semula sambil memegang kakinya. Dia mengerang kesakitan. Semakin banyak air mata Puan Kasmah mengalir apabila melihat kaki Zaki yang penuh dengan garis biru. Puan Kasmah menyuruh Zaki solat secara duduk di situ. Selepas beberapa ketika, Zaki selesai menunaikan solat. Puan Kasmah terus memimpinnya masuk ke dalam bilik. Puan Kasmah membaringkan Zaki di atas katil dan terus menuju ke biliknya untuk mengambil minyak gamat. Seketika kemudian, Puan Kasmah masuk kembali ke bilik Zaki. Dia duduk di birai katil sambil tangannya lincah membuka botol minyak. Dengan lafaz Bismillah, dia menitiskan minyak gamat di telapak tangan dan dengan berhati-hati menyapu minyak gamat itu di kaki Zaki yang berbirat. Air mata Puan Kasmah hampir menitis apabila mendengar Zaki mengadu kesakitan apabila tangannya sampai ke kaki Zaki. Sedang Puan Kasmah leka menyapu ubat, tiba-tiba Zaki menggenggam tanganya, “Zyaki entak mayaf, Zyaki anyak syusyahkan nyenyek,” (Zaki minta maaf, Zaki banyak susahkan nenek) ujar Zaki. Puan Kasmah hanya mampu menggeleng kepala sambil menahan empangan air matanya daripada terus mengalir. “Zaki tak salah apa-apa. Zaki tak pernah buat salah. Zaki jadi buat baik ya, jadi anak yang soleh boleh? “ Puan Kasmah cuba untuk menceriakan suasana. Zaki tersenyum dan mengangguk. “Zyaki ayan adi udyak byik yapi Zyaki yak oleh yanji,” (Zaki akan jadi budak baik tapi Zaki tidak boleh janji) ujar Zaki sambil jari kelingkingnya di angkat menghala ke neneknya. Puan Kasmah tersenyum dan menyambut huluran jari cucunya walaupun tercalit sedikit sangsi di hatinya terhadap kata-kata Zaki. “shreek… “ pintu ditolak dari luar dan terjegul kepala Arman disebalik pintu. Dengan terjengkit-jengkit Arman menapak satu persatu hingga ke dapur. Arman memandang jam dinding yang tergantung di atas pintu dapur. “Patutlah lapar, dah pukul 1 rupanya “ujar Arman sambil memegang perutnya yang berkeroncong. Sambungan daripada Permata Terakhir


62SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH “Budak terencat tu punya pasal, aku yang lapar! Haishh!!”Rungut Arman sambil menyelongkar setiap kabinet di dapur. Dia membuka peti sejuk dan ternampak lauk malam tadi yang tidak sempat dijamahnya. Dia terus mengambil lauk itu lalu meletakkannya di dalam kuali untuk memanaskannya semula “Macam mana nak guna dapur gas ni?” Kata Arman sambil tangannya laju menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba membuka api dapur disebelah kanan tetapi tidak menyala. Dia teruskan percubaan dengan membuka api dapur dapur di sebelah kiri pula dan apinya menyala. Arman tersengih dan terus memanaskan lauknya. Setelah selesai makan, Arman terus menuju ke biliknya di sebelah dapur tanpa membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya. “Ala, tak apalah. Esok mesti Zaki akan basuh “ ujar Arman dalam hati sambil meninggalkan ruang dapur. Akibat kekenyangan, Arman terus terlena di katilnya tanpa membasuh kakinya seperti biasa yang dilakukan sebelum tidur. Dia terus terbuai mimpi indah. “Ayah, ayah, ayah” sayup-sayup kedengaran orang menjerit di telinganya. Arman bangun daripada lenanya, mata Arman terpisat-pisat memandang ruang bilik yang gelap itu. “Elektrik putus lagi, patutlah panas,” rungut Arman. Dia terus membuka pintu biliknya kerana dia yakin suara yang didengarinya sebentar tadi ialah suara Zaki yang ketakutan kerana gelap. Alangkah terkejutnya dia apabila ruang dapur persis pesta api. Api marak terus menjilat segenap ruang dapur. Mindanya hanya terlintas emaknya yang mungkin sedang tidur di hadapan biliknya. Betul sangkaannya, Puan Kasmah sedang tidur. Dia terus mengejutkan emaknya. Puan Kasmah yang kebingunan terus disapa dengan satu jeritan daripada anaknya. “RUMAH TERBAKAR MAK! KITA KENA KELUAR DARI SINI!” Puan Kasmah panik dan dengan drastik menarik tangan Arman untuk keluar. Belum sempat sampai lagi di pintu bilik, sebatang kayu yang berapi jatuh di hadapan mereka. Puan Kasmah terjerit. Arman dengan pantas menyepak kayu itu dan mereka terus keluar dari bilik. Apabila keluar, api yang tadinya hanya di dapur marak menuju ke bahagian hadapan rumah. Mereka terus berlari keluar. Tiba-tiba Puan Kasmah berhenti berlari dan berkata, “Arman! Zaki dalam bilik, cepat pergi kejutkan dia,” ujar Puan Kasmah. Arman mendengus dan terus membawa emaknya keluar rumah tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh Puan Kasmah. “Emak panggil orang kampung dan panggil bomba cepat! Saya pergi ambil Zaki,” ujar Arman lalu naik kembali ke dalam rumah. Puan Kasmah hanya mengangguk dan mampu berdoa keselamatan anak dan cucunya sambil terus menjerit meminta tolong. Di dalam rumah yang semakin marak apinya, Arman terus menghala ke bilik Zaki yang hampir dengan ruang tamu. Dia terus menyerbu masuk dan mengejutkan Zaki,”Zaki bangun! Rumah terbakar! HAISH! Dia ni menyusahkan aku jelah!” Arman sempat merungut dalam cemas. Zaki yang terkejut terus bangun, lalu mereka terus lari keluar dari bilik. Belum sempat keluar dari bilik, Zaki pantas berpatah balik dan menuju ke mejanya. Dia dengan kelam kabut mengeluarkan sebuah buku dari dalam laci. “Zaki cepatlah! Kau nak mati hangus ke dalam tu?!!” Tengking Arman yang menunggu di ruang tamu. Mereka tidak sempat sampai ke pintu rumah apabila dengan tiba-tiba beberapa batang kayu membara jatuh menutupi ruang pintu. Mereka terhenti di tengah-tengah ruang tamu. Bau asap dan gas bercampur menyebabkan mereka sukar bernafas. “KOH, KOH, KOH!!” Arman terbatuk dan matanya padih menahan asap yang terkepul-kepul. Kedengaran kekecohan dari luar menandakan orang kampung mengerumuni rumah mereka. “ARMAN! ZAKI! CEPATLAH KELUAR!! KENAPA LAMA SANGAT?!,” sayup-sayup suara Puan Kasmah menjerit. Mereka mati kutu di tengah-tengah ruang tamu. Tiba-tiba Zaki pergi ke satu sudut yang tidak dijilat api lagi. Arman mengikutnya dari belakang. Dengan kudrat yang ada, Zaki terus memecahkan tingkap itu. “PRANGG!!,” Dengan sekali tumbukan, tingkap terus pecah dan menampakkan satu lubang yang hanya memuatkan seorang untuk melaluinya. Arman terkejut dengan tindakan anaknya. Dia hanya memandang tangan anaknya yang dipenuhi darah tanpa berkata apa-apa. “Ayah epat ompat!” (Ayah cepat lompat) Arah si anak. Arman yang tidak faham bahasa anaknya teragak-agak untuk memanjat tingkap itu. Arman memandang Zaki dengan penuh tanda tanya dan Zaki hanya Sambungan daripada Permata Terakhir


63A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 tersenyum dan mengganguk. Arman terus melompat ke bawah lalu Puan Kasmah terus menuju ke arah Arman. “CEPAT ZAKI!,”jerit Puan Kasmah dari luar rumah. Baru sahaja sebelah kaki naik ke bingkai tingkap,tiba-tiba kakinya berasa sakit lalu jatuh semula ke dalam rumah. “Mungkin ini kesan libasan ayah malam tadi,” ujar Zaki di dalam hati. “ZAKI MENUNG APA LAGI TU? CEPAT LOMPAT!,” Jerit salah seorang panduduk kampung. Beberapa saat Zaki menahan sakit, dia sekali lagi cuba untuk memanjat tingkap itu. Tiba-tiba, “PRAK!” Sekeping atap rumah jatuh tepat di atas kepalanya. Buku yang dipegangnya terlepas jatuh ke tanah. “ZAKI!!!,” jerit Puan Kasmah dari bawah. “Arman, pergi tolong Zaki! Kenapa duduk sini lagi?!! Pergi kepada Zaki, Arman! Kenapa kamu diam saja!” Puan Kasmah terjerit-jerit sambil memukul Arman yang tergamam melihat kejadian itu. Akhirnya Puan Kasmah menangis di bahu Arman sehinggalah bomba datang untuk memadamkan api. Suasana segar di pagi hari bercampur dengan pengkhabaran yang penuh tragis. Semua penduduk kampung amat brsimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Arman. Suasana Keranamu, aku lihat dunia, Keranamu, aku hidup penuh sentosa, Keranamu, aku rasai manisnya keluarga, Ayah, Hidupmu penuh pancaroba, Mimpimu diselubungi luka dan nestapa, Kau mendorongku untuk hidup di dunia, Walaupun kau tahu aku tak terdaya, Ibu, Perit jerihmu sangat bermakna, Bakti dan budimu tidakku lupa, Walaupun bayangmu hilang di dunia, Namamu tetap kukenang jua. Maafkan aku ibu dan ayah, Keranaku kau susah sentiasa, Keranaku senyumanmu hilang selamanya, Keranaku hidupmu gelap gelita. Maafkan aku ibu dan ayah, Ampuniku, ibu dan ayah, Akan tetap ku kenang jasamu, Di dalam doa sanubariku. Daripada anakmu, Yang sangat mencintaimu. – ZAKI BIN ARMANpilu dikubur pada petang itu sangat dirasai. Kelihatan seorang lelaki yang duduk agak jauh dari orang ramai sedang termenung sambil memegang sebuah buku. Muka lelaki itu jelas kosong dan keliru. Tiada air mata yang jatuh daripada lelaki itu. 5 TAHUN KEMUDIAN Arman masuk ke biliknya dan terus menapak ke meja kerjanya. Dia menarik salah satu laci dan mengeluarkan sebuah buku yang dibalut kemas dengan kertas putih. Dia tersenyum lalu duduk di birai katil bersama buku tersebut. Dengan Bismillah, dia membuka buku itu. Helaian pertama jelas kelihatan gambar dia bersama arwah isternya semasa bersanding dahulu. Dia tersenyum mengenangkan masa-masa indah bersama isterinya. Dia menyelak lagi muka surat seterusnya, tertampal sekeping gambar isterinya yang sarat mengandung. Senyumannya semakin pahit dan air mata mula bertakung di tubir mata. Dengan berat hati, dia menyelak lagi dan kelihatan satu puisi. Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata terus laju mengalir. Dia tersedu-sedan sambil memeluk buku itu. “Maafkan ayah, anakku,” diulang-ulang ungkapan itu, seakan-akan berharap ungkapan itu dapat dibalas. Setelah sekian lama, baru Arman mengerti jeritan ‘ayah’ yang didengari olehnya pada pagi tragis itu bukan daripada anaknya, tetapi itu hanyalah mimpi terakhir untuk dia dengar suara anaknya. Teringat perbualan dia dengan emaknya selepas kejadian pahit itu. “Tahu tak kenapa emak namakan anak kamu Zaki?” Puan Kasmah tersenyum. “ Zaki maksudnya bijaksana, mak harap walaupun Zaki tak sempurna, dia tetap pandai dalam kehidupannya,” ujar Puan Kasmah. ‘Menghargai setiap apa yang berlaku’ ungkapan itu persis kata-kata doktor yang merawat isterinya semasa bersalin dahulu. Akhirnya air mata penyesalan tumpah jua bersama calitan memori gelap yang dicipta sendiri. “Ayah sentiasa sampaikan doa untukmu, Zaki’” bisik Arman. -TAMATSambungan daripada Permata Terakhir


64SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Khas buatmu yang bergelar guru, Dikau pengemudi kapal, menjaga padau Menggagahkan saf memelihara belia muda-mudi Walau dirimu terumbang-ambing dalam darrat lautan. Atmamu berbekalkan tetap, tegap dan gitu Nawaitu diri mencipta kemapanan berfikir kami, Demi mencegah kebejatan akhlak dan budaya kuning Guru , Di sebalik kluster seorang pelajar, Menderap kaki selangkah ke gerbang kebitaraan, Wujud sifu-sifu luar biasa berjiwa raksasa Kucemati urat usahamu mendidik bangsa, Hingga terealisasi impian yang akum impi Terima kasih duhai penyalur ilmu, Denyut nadimu adalah wadah kecemerlangan, Penyambung legasi penuntut ilmu seperti aku. Aku bangkit kuat saat mengalir deras aliran laramu, Tak berkudrat mempotretkan baktimu dengan harta, namun aku mampu mengabadikan jasa. HANNAN SOLEHAH BINTI NOR AZNI 5 AMANAH 2019 Hari ini aku tatap wajahnya, Yang dulu segar bercahaya, Kini suram tidak bermaya, Garis tua dimamah usia, Aku usap pipinya yang dulu gebu, Kini cekung lompong tiada isi. Hari ini aku sentuh tangannya, Garit kasar menghuni setiap inci, Tangan yang dulu sabar, Menyuap makan, Mendodoi lena, Menenangkan ngeri mimpi, Melenyapkan gunda hati. Hari ini aku peluk tubuhnya, Kehangatan masih sama, Tetapi tubuh kian tua, Tiada kudrat tenaga, Tiada daya berbuat apa. Guru Tuhan, Sesungguhnya nenda tiada waktu, Hayat menyingkat detik demi detik, Kesedaran menyentakkan aku, Aku jaga kesuntukan waktu. Tuhan, Kirimkan aku waktu dan kesempatan, Menyulam nostalgia bahagia, Menenun kasih padanya, Sebelu Izrail menjalankan amanahnya, Pinjamkan aku satu hari lagi. AINA SYAHIRA BINTI SAIIFUL NAZRI 5 FATONAH 2019 1 Hari Lagi


65A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Ku tersasar dalam hidupku, Tanpa arah dan tujuan, Menitis air mataku di setiap perjalanan, Mengesat peluh yang tidak kesampaian. Tapi, itu semuanya dahulu, Ketika ku tidak memahami erti kehidupan, Ketika ku tidak mengerti erti perjuangan, Ketika ku tidak mengerti erti persahabatan. Namun ada kalanya aku kecewa, Memilih liku-liku hidup di persimpangan, Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan, Mengetahui kebaikan dalam kejahatan. Akhirnya aku mengerti, Setiap sesuatu pasti ada ujian dan cabaran, Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman, Akan ku semat iman demi tuhan, Agar aku menjadi sebaik insan. ALEEYA NAJIHA BINTI MUHAMAD AHWALI 3 IKHLAS 2019 Di Tenggara masyhur namanya, Diangkat sebagai kerajaan terkaya, Di tengah lautan terpisah benua, Kesultanan Melaka itulah namanya. Pimpinan sultan penuh wibawa, Lahir pangkalan di lautan samudera, Singgahan pedagang menjadi budaya, Lingua Franca luas taklukannya. Hancur lebur segala impian, Pabila penjajah kuasai lautan, Tanggal 15 melaka bertahan, Mencipta memori musnahnya kerajaan. Dekad berjalan, Abad berlalu, Kekal rakyat meratapi sembilu, Geriji besi menanti selalu, Di bawah naungan Sang Garuda Biru. Liku-Liku Kehidupan Tanah Tumpah Darahku Berlayar pahlawan mengunjungi Jihad, Membelah lautan bertekad semangat, Angin merdeka berlalu deras, Menyusup disegenap dimensi kerajaan. 1957, Bandar Hilir menjadi saksi, Tarikh keramat setia menanti, Pengumuman terpenting abad ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA ! Arus global berlalu pergi, Malaysia muncul di tanah pertiwi, tanah tumpah darahku ini, namamu tetap terpahat di hati sanubari. NURFARHANA SYAHZANI BINTI MOHD FAIROS 5 FATONAH 2019


66SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Seloka 5 Amanah Assalamualaikum pembuka bicara, #AmanahSteady menyemai seloka, Menanam benih-benih memori, Tumbuh melata di Bumi Rahmah. 18 putera kacak beriman, 20 puteri manis jelitawan, Mujahid 2002 panji KBD, Penyambung legasi Azhari. Mulakan bicara dengan bonda kami, Orangnya manis ayu sekali, Gelaran ‘Mommy Ju’ turut diberi, Puan Juriah, beliaulah ‘mommy’ kami. Hampir setahun kami bersamanya, Bantu Mommy Ju menguruskan kami, Tidak terhitung nilai jasanya, Puan Jahlelawati, guru angkat kesayangan kami. Nakhoda Amanah kapten Ammar Asyrani, Berpusatkan arahan seorang ‘amirah’, Huda Nasuha penolong kami, Memimpin 38 khulafa’ ummah. 4 jejaka penuh istimewa, Jika bernasyid terpesona dibuatnya, Fateh dan Ilman antara orangnya, Amal dan Amin jangan pula dilupa. Tersenyum kami di pagi hari, Menyaksikan kelucuan Amar Samsani, Elyas Chai dan Zahiruddin sentiasa di hati, Kerana keduanya sering memahami. Firdaus dan Thaqif atlet kebangsaan, Syahid dan Amirul otak geliga, Penghibur kelas itulah Alif Ramlan, Moga persahabatan sampai ke syurga. Arif Ikhwan atlet memanah, Wafiq dan Azfar melaksana amanah, Asyraf Mazwan sang jaguh larian, Ditemani Abdul Halim jaguh ilmuan. ‘Irdina Waheeda insan peramah, Maizatul Nikmah kukuh sahsiah, Suka berdebat itulah Husna Bahirah, Padu penulisannya tentulah Nur Muti’ah. Hannan Solehah pendampingi warkah dan pena, Ratu memanah Faza Nur Aisyah, Aisyah Nurain photographer setia, Bertambah hebat jika ada Zaidatul Khoiriyah. Ummu Hani’ lantang berbicara, Berbeza pula si Izzah yang pendiam orangnya, Nurul Amira dan Alleisya Aqeera, Jarang berenggang, lazimnya bersama. Aisyah Rosli dan Saidatul Husna, Mereka bagaikan isi dan kuku, Begitu pantas masa berlalu, Panjang lebar cerita kami jangan pula jemu. Restu guru kami dahagakan, Doa guru kami igaukan, Tanpa mereka, kejayaan takkan tercapai, Maafkan kami semua, wahai pendidik sekalian. Tamat sudah bicara seloka, Harapnya memori terus menyala, Selamat tinggal penutup bicara, Ada rezeki kita jumpa lagi ya?


67A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Seloka 5 Siddiq 5 Siddiq punya telatah, Memecah tembelang membakar kisah, Buat hiburan hilangkan gundah, Andai tak gelak sengih pun jadilah. Puan Khairiyah is our mommy, Cantik menawan bak bidadari, Lembut bicara bagaikan puteri, Bila speaking tenganga kami. Bila mengajar tegas caranya, Walaupun garang penyayang orangnya, Semua pelajar hormat padanya, Ustazah Safiyati ummi tercinta. Muhd Idlan monitor kelas kami, Bila mengamuk terdiam kami, Ain Fatiha penolongnya di sisi, Nampak je garang tapi ceria sekali. Agak susah memperkenalkan mereka, Muka ceria Bahagia sentiasa, Dua-dua tinggi sado pu iya, Nabil dan Afiq merekalah orangnya. Izzat dan Faris duduk semeja, Berkaca mata merekalah berdua, Di dalam kelas diam sentiasa, Apabila disapa senyum sahaja. Tiga sahabat berbeza karakternya, Ilman Zamhari merdu suaranya, Haiqal Zairy sporting gila, Azizul pula peramah orangnya. Asyraf Amran kacak bergaya, Sukan badminton dialah juara, Razif pula kelakar orangnya, Di dalam kelas tidur sahaja. Zariq dan Rafi PRS di kelas kami, Berbaju ungu ke sana ke mari, Membantu guru setiap hari, Itulah mereka yang kami kagumi. Syazani Musa bendahari kami, Mengutip hutang setiap hari, Hamka Jasin sahabat sejati, Petah berbicara mengalahkan menteri. Barisan belakang itu tempat duduk mereka, Ecah dan Zati duduk bersama, Yang seorang sibuk dengan cermin muka, Yang seorang lagi sibuk dengan cermin matanya. Nadiah Atiqah comel sentiasa, Panggilan ATIQ cukup buatnya, Malihah pula cantic wajahnya, Macam model tinggi orangnya. Hanna pula periang sekali, Suara yang unik hanya dia miliki, Ezzatul dan Aifa ikut sekaki, Habis meriah meletup kelas ni. Kecil-kecil cili padi, Itulah Laila yang berbakat seni, Khodijah pula pengawas kelas kami, Bila bercerita kecoh sekali. Atiqah Husaini penolong bendahara, Rajin kutip duit itulah kerjanya, Sakinah pula kreatiflah juga, Tugas keceriaan serah sajalah padanya. Subjek Sains Shahaziqlah professornya, Matematik pula Amarlah akauntannya, Rajin belajar tak kira masa, Semoga Berjaya mereka berdua. Saidatul Najihah baik hati orangnya, Kalau nak ‘fresh care’ mintalah dia, Iffah pula lebih kurang sama, Tak habis-habis dengan losyen tangannya. Mirsha Nisrina macam artis gayanya, Sopan-santun berrhati mulia, Hureen pula apa kurangnya, Dalam diam, berbakat juga. Dua gadis sentiasa Bersama, Aisyah dan Aida sahabat setia, Ketika belajar senyap sahaja, Seorang matang, seorang setia. Tamatlah kisah kami semua, 34 orang hidup bersama, Walaupun gaduh baik semula, Kalua ada salah maafkanlah ya?


68SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Seloka 5 Ikhlas Assalamualaikum pembuka bicara, Buat semua yang sudi membaca, Seloka dikarang hanya suka-suka, Sebagai kenangan sampai ke tua. Students Account punya story, Punya 11 hulubalang, 16 srikandi, Belajar Addmath focus sekali, Cikgu tiada, fuh! Riuh sekali. Indah rupawan berkaca mata, Orangnya baik sopan budinya, Bahasa Melayu kegemaran semua, Puan Kamishah ibu tercinta. Orangnya cantik dan baik hati, Bila berkenalan peramah sekali, Subjek English jadi pilihan hati, Puan Fadzillah our beloved mummy. Abang bomba tampan rupawan, Subjek Sains jadi kegemaran, Ketua kelas penuh senyuman, Akid Dini diberi gelaran. Beralih pula ke ‘assistant’ kami, Bab menghafaz dialah juara, Sekali melukis ternganga kami, Itulah Afiqah empunya nama. Ke hulu ke hilir mencari mangsa, Mengutip cukai pada yang lari, Subjek Addmath sudah di jiwa, Itulah Wani yang kita kenali. Siapa tak kenal Akmal Syahmi, Kamera dan dia berpisah tiada, Suka mengusik menghibur hati, Sehari tak datang sunyilah semua. Riuh kelas perkara biasa, Apa nak pelik itulah mereka Syamirul dan Hakam sehati sejiwa, Tukang gelak merekalah orangnya. Hitam manis kacak orangnya, Yamaha Sukan tetap di hati, Berbaju putih bertambah serinya, Itulah Nur Akid nama diberi. Afiq Mirza tinggi orangnya, Kalau menyanyi lunak suaranya, Bendahari pengawas itu tugasnya, Garang tak garang belakang cerita. Subjek Math ibarat sahabat, Permainan chess dialah terhebat, Bulu mata lentik menarik peminat, Itulah Luqman berpenampilan smart. Shahmi dan Azim rakan sekelas, Seorang PRS seorang Pengawas, Pergi Coway isi air 5 Ikhlas, Semoga jasamu Allah balas. Waktu Sejarah carilah dia, Nampak mengantuk cerdas mindanya, Diam diam bijak orangnya, Muhammad Hafis itulah namanya. Ping pong dia memanah pun dia, Atlet SAMTTAR terkenal orangnya, Berbaju ungu tampan bergaya, Shamil orangnya petah berkata. Anak seniman dalam dirinya, Indahlah hasil dalam diamnya, Nama Aini si otak geliga, Ilmu yang ada dikongsi bersama. Berkaca mata si anak dara, Subjek Matematik kesukaan mereka, Bila ditanya pantas jawabnya, Izzah dan Aqilah sahabat setia. Wajahnya ayu berseri-seri, Sahabat berdua bijak bestari, Dalam diam ubi berisi, Kauthar dan Farhah yang kami kenali. Sibuk sekali mereka berdua, Ke sana ke sini bersama raketnya, Iklil pengawas manis jelita, Athirah si kecil besar impiannya. Nampak garang usah terpedaya, Sekali tersenyum cairlah semua, Subjek Arab dialah sifunya, Bila tak faham tanyalah Husna. Puteri Aishah molek rupanya, Mesra dan ceria itulah sifatnya, Wajahnya comel berkaca mata, Sunyilah kami tanpa kehadirannya. Syifa Wahidah empunya nama, Sekali berkenalan kagum semuanya, Bila tersenyum hati gembira, Subjek English cinta hatinya. Duduk merapat Ain dan Umairah Bila ketawa hilanglah resah, Orang mengata apa nak kesah, Janji hidup gembira sudah. Aishah dan Awin comel berdua, Berkaca mata selalu ceria, Bila belajar selalu bersama, Sekali tengok macam kembar pun ada. Wahai teman rakan dan taulan, Seloka dikarang sekadar gurauan, Bergurau senda menjadi hiburan, Untuk jalinkan ukhuwah persahabatan. Selesai sudah seloka kami, Semoga semua tak kecil hati, Kita semua sahabat sejati, Moga terjalin hingga Jannah-Nya nanti.


Album Unit Beruniform & Persatuan


70 SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH bomba & penyelamat KADET JPJ


71 A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 kadet polis kadet remaja sekolah


72 SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH KASPA PANDU PUTERI


73 A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 PBSM PENGAKAP


74 SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH pergerakan puteri islam malaysia silat jatian lima


75 A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Taekwondo Be bold. be courageous, be your best. ~ Gabrielle Giffords


76 SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH abu bakar ali


77 A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 umar uthman


Album Kelas SAMTTAR


79 Tingkatan 1A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 1 Amanah 1 fatonah


80SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 1 1 Ikhlas 1 karomah


81 Tingkatan 1A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 1 sidiq There is no beauty better than intellect ~ Prophet Muhammad (PBUH)


82SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 2 2 fatonah 2 Amanah


83A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Tingkatan 2 2 karomah 2 ikhlas


84SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 2 2 tabligh 2 sidiq


85 Tingkatan 3A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 3 fatonah 3 Amanah


86SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 3 3 karomah 3 ikhlas


87 Tingkatan 3A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 3 sidiq Learn from yesterday live for today, hope for tomorrow ~ Albert Eistein


88SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 4 4 Amanah 4 fatonah


89 Tingkatan 4A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 4 ikhlas 4 karomah


90SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 4 4 sidiq Yesterday is not ours to recover, but tomorrow is ours to win or lose ~ Lyndon B.Johnson


91 Tingkatan 5A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 5 Amanah 5 fatonah


92SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 5 5 karomah 5 ikhlas


93 Tingkatan 5A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 5 sidiq Love yourself it is important to stay positive because beayty comes from the inside out ~ Jenn Proske


94SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 6 6 stam amanah 6 STAM fatonah


95A L - H I DAYA H 2 0 1 9 | EDISI KE-13 Tingkatan 6 6 STAM ikhlas 6 STPM a


96SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH Tingkatan 6 6 STPM b The future belongs to those who believe in the beauty of theirs dreams ~ Elenor Roosevelt


Click to View FlipBook Version