PROJEK JEJAK KEMBARA ILMU
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PERALATAN ADAT ISTIADAT : LANCANG
21 Mei 2022
8.00 pagi-1.00 tgh
Rumah Telapak Adat Pn. Zainab binti Jamil,
Tanjong Ipoh, Kuala Pilah, NSDK
Lancang ialah satu binaan berbentuk
sampan atau perahu yang diperbuat
daripada buluh, kayu, pelepah, rumbia dan
rotan yang dihiasi dengan pelbagai bentuk
bunga telor.
Bentuk lancang dibina mengikut kreativiti
pembina seperti bentuk dan saiz seperti
bentuk perahu, sampan, istana, rumah adat
dan sebagainya.
Pada suatu masa dahulu, lancang
merupakan persembahan yang dibuat oleh
masyarakat kampung secara bergotong-
royong untuk meraikan sesuatu majlis adat
yang dihadiri oleh pembesar atau
pemimpin.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN LANCANG
Bahan-bahan untuk
membuat bunga telur
terdiri daripada bahan
kertas bunga pelbagai
warna, dawai halus,
benang dan gunting
Pelbagai teknik bentuk
bunga boleh dihasilkan
menggunakan kertas
warna seperti warna
bunga ros, bunga dahlia,
bunga pintal dan
sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN LANCANG
Proses membuat
tampuk terung
untuk dilekatkan
telur menggunakan
gam.
Sediakan bentuk lancang mengikut kreativiti
“bijak tukang” mengikut saiz lancang yang
dikehendaki. Bentuk lancang statik atau
lancang yang boleh di kandar. Untuk lancang
yang boleh di kandar perlu disediakan
tempat untuk mengandar lancang tersebut.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN LANCANG
Setelah bentuk
lancang terbentuk
maka disediakan
pelepah rumbia
untuk diikat pada
tiang-tiang kayu
yang dibina untuk
memudahkan bunga
telur dicucuk dengan
kemas dan teratur.
Balutkan pelepah
rumbia dengan
kertas warna supaya
bentuk lancang
nampak lebih kemas
dan tersusun.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN LANCANG
Bunga telur disusun mengikut kreativiti.
Dimulakan dari atas lancang hingga ke
bahagian bawah. Semasa menyusun bunga
telur, pastikan bunga dicucuk di pelepah
rumbia yang disediakan supaya nampak
tersusun kemas. Telur disusun menghadap
bahagian hadapan sama kedudukannya supaya
susunan nampak kemas dan teratur.
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN LANCANG
Setelah proses menyusun
bunga telur selesai
dilakukan baharulah kuih-
muih tradisional pelbagai
jenis disusun pada
bahagian tengah lancang.
Lancang telah siap
digubah dengan penuh
ketelitian mengikut
susunan yang menarik.
Lancang kemudian di
arak di kawasan
kampung dengan
iringan paluan muzik
rebana berserta
selawat.
Lancang yang telah siap dibina
Tujuan:
Menelusuri kembali peralatan adat istiadat
yang semakin di telan zaman
Falsafah:
Semangat bergotong-royong dan menanam
nilai kepercayaan diri merupakan didik asas
dalam pembentukan akhlak anak Adat Perpatih
untuk menjadi insan yang berprinsip serta
bermaruah. " Ilmu, Imam kepada Amal"
"Lombutnyo kito bukan mudah untuk di sudu-
sudu, koghehnyo kito bukan mudah untuk di
takek-takek"
“Bulat air dek ghopong, bulat manusia dek
muafakat"
A Dah dibuat moderasi
Senarai Nama Penyelidik:
1. Dato Alias bin Zakaria
2. Puan Hajah Amanah binti Mohd Nor
3. En. Azmi bin Ayub
4. En. Mohd Izan bin Haji Yusop
5. Puan Hajah Siti Normaniseh binti Zakaria
6. Puan B. Parimala a/p Balasubramaniam
7. Dr. Faiziah binti Shamsudin
8. Dr. Abdul Karim bin Mansor
Pereka Grafik : Puan Suriyani binti Othman, JSTEM