The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA RINGKAS TOPIK PERCANGGAHAN FIZIKAL SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI TINGKATAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Huda Muhamad Tarmizi, 2023-11-14 07:15:01

PERCANGGAHAN FIZIKAL

NOTA RINGKAS TOPIK PERCANGGAHAN FIZIKAL SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI TINGKATAN 2

Keywords: Percanggahan Fizikal

Reka Bentuk Dan Teknologi TINGKATAN 2 Percanggahan Fizikal Nama pelajar : NURUL HUDA BINTI MUHAMAD TARMIZI No. matrik : d20231108966 Nama pensyarah : dr. tang jing rui


Apa yang akan anda pelajari : 1.3.1 Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal 1.3.2 Mencadangkan pemilihan prinsip inventif 1.3.3 Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif 1.3.4 Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif


Pengetahuan Am : Kemahiran berfikir secara inventif adalah komponen penting yang diterapkan adalah pembelajaran kemahiran pada abad ke-21 bagi berfikir secara kritis, mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian yang inventif, mencadangkan perubahan reka bentuk dan menghasilkan lakaran produk yang berkaitan. Selain itu, dapat mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan masalah reka bentuk secara sistematik serta dapat menghasilkan produk yang mempunyai ciri estetik, kreativiti, ergonomik dan bernilai komersial.


Parameter Percanggahan Fizikal Saiz Besar - kecil Beban Berat - ringan Ketinggian Tinggi - rendah 1.3.1 Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal Keadaan yang berlawanan antara satu dengan yang lain yang diperlukan dalam sesuatu objek. Contoh : Fizikal yang besar berlawanan dengan fizikal yang kecil. Maksud mengenal pasti percanggahan fizikal :- Memilih kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan yang sesuai. Maksud menganalisis percanggahan fizikal :- Maka terdapat 4 kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan tetapi hanya 2 kaedah sahaja yang dipelajari iaitu kaedah pemisahan ruang dan kaedah pemisahan masa. Contoh : Percanggahan fizikal bagi meja


Contoh objek Percanggahan fizikal Contoh situasi Soalan penentuan kaedah pemisahan ruang/masa Jenis kaedah pemisahan ruang/masa Kerusi Tinggi lawan rendah Kerusi perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah untuk murid yang rendah Adakah kerusi perlu tinggi dan rendah pada masa yang sama? Jawapan : Ya kerana terdapat murid yang berlainan ketinggian di dalam kelas Ruang Khemah Besar lawan kecil Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan Adakah khemah perlu besar dan kecil pada masa yang sama? Jawapan : Tidak kerana khemah digunakan dan disimpan pada masa yang berlainan Masa Penentuan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan Sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa yang sama. Maka, kaedah pemisahan ruang dipilih. Sebaliknya, percanggahan fizikal berlaku pada masa yang berlainan. Maka, kaedah pemisahan masa dipilih.


1.3.2 Mencadangkan pemilihan prinsip inventif Sekiranya kaedah pemisahan ruang dipilih, cadangan prinsip inventif seperti di bawah : Cadangan Penerangan Konsep Contoh Pembahagian a) Membahagikan objek kepada beberapa bahagian kecil b) Menjadikan objek mudah dileraikan c) Meningkatkan darjah kebolehbahagian d) Perubahan ke peringkat lebih kecil Perabot yang dijual dengan konsep Do It Yourself (DIY) Pengekstrakan Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek Pemisahan unit pendingin hawa di dalam dan di luar bangunan supaya bunyi bising dan haba panas dapat diasingkan Kualiti Setempat a) Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam menjadi tidak seragam b) Menjadikan setiap bahagian objek memenuhi fungsi berbeza yang berguna Bekas penyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi Penyarangan Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang sama tetapi berlainan saiz Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan


Cadangan Penerangan Konsep Contoh Filem nipis dan cangkerang boleh lentur Membalut, melapik atau membungkus objek menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang boleh lentur Pelindung cahaya cermin kereta Pengantara a) Mengadakan bahagian baharu antara dua objek b) Menggunakan objek satu proses pengantara c) Mencantumkan dua objek secara sementara Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas Tidak Simetri Mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri Menukar bentuk jam dinding bulat kepada bentuk tidak simetri


Sekiranya kaedah pemisahan masa dipilih, cadangan prinsip inventif seperti di bawah : Cadangan Penerangan Konsep Contoh Kedinamikan a) Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak b) Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak dan sebaliknya Meja makan berempat boleh dibesarkan menjadi meja makan berlapan Tindakan Awal Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko Beg udara di dalam kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan ketika kemalangan Tindakan Berkala Menukarkan tindakan berterusan kepada tindakan berkala Lampu jalan menyala berkala mengikut waktu siang dan malam Tindakan Keterlaluan Jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian Proses menabur serbuk gula di atas donut untuk mengurangkan atau menambahkan kemanisan


Cadangan Penerangan Konsep Contoh Pengembangan Terma Menggunakan prinsip terma pengembangan atau pengecutan terhadap sesuatu bahan Pemutus litar yang menggunakan prinsip terma pemula atau lampu perdarflour Pembuangan dan Pemulihan Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya Kapsul ubat yang boleh larut Tindakan Berterusan yang Berfaedah Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan Jana kuasa elektrik atau mesin pelelas


1.3.3 Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif Contoh objek Percanggahan fizikal Contoh situasi Soalan penentuan kaedah pemisahan ruang/masa Jenis kaedah pemisahan ruang/masa Meja Berat lawan ringan Meja perlu berat untuk menampung beban yang banyak dan perlu ringan untuk mudah dialihkan Adakah meja perlu berat dan ringan pada masa yang sama? Jawapan : Tidak kerana meja digunakan untuk menampung beban dan dialihkan pada masa yang berlainan. Masa Merujuk jadual di atas, meja perlu berat untuk menampung beban yang banyak di atasnya seperti buku-buku, komputer, pencetak dan sebagainya. Bagi menjadi meja yang kukuh perlulah menukarkan kaki meja kayu kepada kaki meja besi yang dapat menyelesaikan masalah meja yang tidak stabil akibat menampung beban yang banyak. Tetapi ia juga menimbulkan masalah lain iaitu meja menjadi lebih berat dan lebih ramai tenaga pekerja yang diperlukan untuk mengalihkan meja tersebut.


Oleh itu, kaedah pemisahan yang dipilih ialah kaedah pemisahan masa iaitu kedinamikan seperti jadual di bawah beserta penerangan Prinsip Inventif yang Dipilih Cadangan Perubahan Reka Bentuk Kedinamikan A - Kaki meja jenis booleh ditanggalkan daripada cantuman dengan muka meja yang menggunakan konsep ikatan skru boleh pasang buka B - Memasang roda pada hujung kaki meja agar mudah digerakkan


1.3.4 Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif Kaki meja yang dipasang dengan skru pada muka meja boleh dibuka semasa kerja pengalihan. Muka meja Skru meja Kaki meja Cadangan pertama adalah memasang kaki meja yang boleh ditanggalkan daripada muka meja dengan menggunakan konsep skru yang boleh pasang dan mudah untuk dibuka apabila hendak dialihkan. Kaki meja Pengunci roda Roda kaki meja Cadangan kedua adalah memasang roda pada hujung kaki meja agar mudah digerakkan untuk dialihkan hanya seorang tenaga pekerja bagi menolak meja tersebut. Dan meja yang tidak digunakan untuk bergerak perlu menguncinya supaya tidak bergerak dan sebaliknya untuk digerakkan meja perlu membuka pengunci roda tersebut. TRIZ adalah instrumen terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara berstruktur.


Soalan 1. Berikan definisi di bawah ini a) Mengenal pasti percanggahan fizikal - __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ b) Menganalisis percanggahan fizikal - __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. Senaraikan kaedah pemisahan yang dipelajari i) ___________________________________________ ii) ___________________________________________ 3. Berikan contoh parameter sebuah meja _________________________________________ 4. Adakah khemah perlu besar dan kecil pada masa yang sama? Jelaskan. _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________ 5. Senaraikan 3 cadangan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang i) ________________________________________ ii) ________________________________________ iii) ________________________________________


6. Senaraikan 3 cadangan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa i) ________________________________________ ii) ________________________________________ iii) ________________________________________ 7. Berikan cadangan prinsip inventif yang digunakan bagi contoh antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan ___________________________________________ 8. Berikan cadangan prinsip inventif yang digunakan bagi contoh kapsul ubat yang boleh larut ___________________________________________ 9. Sebuah meja sukar dialihkan kerana terlalu berat. Maka, anda dikehendaki untuk lakukan pengubahsuaian pada meja tersebut agar dapat digunakan semula. Bina satu gambah rajah penambahbaikan berserta penerangan yang muhasabah dalam menyelesaikan masalah tersebut. 10. Apakah definisi TRIZ? _________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________


Jawapan i) Keadaan yang berlawanan antara satu dengan yang lain yang diperlukan dalam suatu objek. 1. 2. i) Kaedah pemisahan ruang ii) Kaedah pemisahan masa 3. Saiz iaitu besar dan kecil 4. Tidak kerana khemah digunakan dan disimpan pada masa yang berlainan 5. i) Pembahagian ii) Pengekstrakan iii) Kualiti setempat Dan selebihnya 6. i) Kedinamikan ii) Tindakan awal iii) Kualiti Pengembangan terma Dan selebihnya 7. Penyarangan 8. Pembuangan dan pemulihan 10. Intrusmen terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara berstruktur 9. Mana-mana yang sesuai atas budi bicara ii) Memilih kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan yang sesuai.


Click to View FlipBook Version