The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KSK 3024 IS K1_P9-unlocked (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Zarul Itri, 2021-07-16 00:44:17

ksk3024

KSK 3024 IS K1_P9-unlocked (1)

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KOD DAN KERTAS PENERANGAN
PROGRAM
( INFORMATION SHEET )

NAMA IT-030-3:2013 COMPUTER NETWORK SERVICES

TAHAP DAN SEMESTER 3 (SEMESTER 2)

KOD DAN TAJUK KSK 3024 : COMPUTER NETWORK INSTALLATION

KURSUS

KOD, TAJUK KURSUS K1 ANALYSE COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
DAN KOMPETENSI (KV) K2 CARRY OUT NETWORK INSTALLATION

C04 : COMPUTER NETWORK SET-UP

NO. DAN TAJUK WA 1 : ANALYSE COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
KOMPETENSI (NOSS) WA 2 : CARRY OUT NETWORK INSTALLATION
WA 3 : TEST NETWORK CONNECTIVITY
NO.KOD KSKV WA 4 : PRODUCE COMPUTER NETWORK SETUP REPORT
NO.KOD NOSS
KSK 3024/P(9/13) Muka Surat : 1 Drp 9
IT-030-3:2013/C04/P(9/13)

TAJUK :

JENIS-JENIS JADUAL PEMASANGAN RANGKAIAN
JEN IS-JENIS PERKAKASAN RANGKAIAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar tentang menerangkan jenis-
jenis jadual pemasangan rangkaian dan jenis-jenis perkakasan rangkaian.

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 2
Drpd/of : Page 12

PENERANGAN/INFORMATION:

1.0 JENIS- JENIS JADUAL PEMASANGAN RANGKAIAN

• Sebelum memulakan kerja pemasangan rangkaian, pentadbir rangkaian hendaklah
mengenalpasti semua keperluan bagi memastikan kelancaran aktiviti pemasangan
dilaksanakan. Antara persediaan yang dibuat adalah merekabentuk jadual
pemasangan rangkaian mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

• Penyediaan jadual adalah penting bagi memastikan setiap aktiviti yang bakal
dilaksanakan dibuat mengikut turutan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Perancangan yang tersusun dan teratur dapat memudahkan aktiviti pemasangan
dilaksanakan dengan sempurna.

• Semasa pemasangan rangkaian dilaksanakan terdapat kemungkinan keadaan
yang tidak diingini bakal berlaku. Melalui perancangan yang rapi dan tersusun,
tindakan untuk mengatasi masalah mungkin dapat di atasi dengan segera.

1.1 INTERRUPTIVE

Interruptive bermaksud gangguan semasa bekerja atau semasa aktiviti pemasangan
sedang dilaksanakan. Interruptive mungkin disebabkan oleh :
i) Persekitaran ruang kerja yang tidak selesa atau terlalu sempit.
ii) Gangguan peralatan dan perkakasan, kemungkinan berlaku kerosakan pada

peralatan secara tiba-tiba. Contoh : kerosakan pada adapter bekalan kuasa.
iii) Kecemasan dalam kalangan pekerja – cuti sakit, kemalangan dan sebagainya.
iv) Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi.

1.2 NON INTERRUPTIVE

▪ Non-interruptive pula adalah keadaan tiada sebarang gangguan masa bekerja.
Kerja boleh dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

▪ Pemilihan hari dan masa untuk aktiviti pemasangan rangkaian juga penting supaya
tidak mengganggu kerja-kerja pemasangan. Misalnya memilih hari cuti atau pada
waktu malam dapat mengurangkan gangguan semasa bekerja.

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 3
Drpd/of : Page 12

2.0 PERKAKASAN RANGKAIAN

2.1 MAIN DISTRIBUTION FRAME

• Main Distribution Frame (MDF) yang biasa adalah sejenis rak keluli panjang boleh
diakses dari kedua-dua bahagian panel. Salah satu panel adalah blok penamatan
yang di susun secara mendatar di hadapan para(shelves) rak pelayan.

• MDF mempunyai fungsi yang sama dengan rak pelayan. MDF menyediakan ruang
untuk menempatkan perkakasan rangkaian terutama di pusat-pusat data yang
besar seperti di kampus induk universiti, organisasi induk kerajaan dan syarikat
korporat yang besar.

• MDF juga dikenali sebagai tempat penamatan bagi kabel rangkaian dan kabel
telekomunikasi dalam sebuah rangkaian.

• Lokasi pemasangan MDF adalah berbeza di dalam sesebuah bangunan, tetapi
lokasi yang paling sesuai adalah ground floor atau basement/car park.

• MDF dalam bangunan atau organisasi yang besar pula kebiasaannya diletakkan
dalam bilik khas yang di kenali sebagai MDF room atau pusat data.

• Bagi bangunan atau organisasi yang kecil biasanya diletakkan di bahagian ruang
hadapan premis.

Rajah 1(a) : Main Distribution Frame Rajah 1(b) : Perkakasan dalam MDF

• Antara peralatan yang biasa dipasang dalam MDF adalah seperti switch, router,
access point, komputer pelayan dan sebagainya.
Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 4
Drpd/of : Page 12

2.1 .1 SWITCH
▪ Menyambung nod dalam rangkaian agar boleh berkomunikasi antara satu
sama lain
▪ Fungsi hampir sama dengan hub tetapi ia lebih berupaya menyemak data
yang telah diterima, menentukan peranti penerima dan menghantar data
tersebut kepada peranti yang tepat.
▪ Switch juga merupakan peranti rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data ke destinasinya.
▪ Bilangan port bagi switch adalah berbeza iaitu 8, 16, 24, 48 port.
▪ Jenis-jenis switch
i) Unmanaged
▪ Plug dan Play
▪ Tidak direka untuk dikonfigurasi
▪ Biasa digunakan pada home network
ii) Managed
▪ Perlu dikonfigurasi
▪ Lebih fleksibel
▪ Keupayaan untuk memantau setiap peranti dalam rangkaian
▪ Mengehadkan jumlah jalur lebar

Rajah 2 : Switch

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 5
Drpd/of : Page 12

2.1.2 ROUTER
▪ Direka untuk menerima, menganalisis dan mengalihkan paket yang diterima
kepada rangkaian lain
▪ Ia bertanggungjawab untuk memilih jalan yang terbaik dalam rangkaian bagi
perjalanan dan penghantaran paket ke destinasi.
▪ Router memeriksa alamat IP destinasi paket dan menentukan laluan yang
terbaik dengan merujuk jadual routing.
▪ Jenis-jenis router
i) Broadband Router
▪ Digunakan untuk menyambung dua komputer berbeza ke Internet
▪ Boleh digunakan untuk membuat sambungan telefon menggunakan
Voice over IP (VoIP)
ii) Wireless Router
▪ Menyambung ke modem dan membuat isyarat wireless di rumah.

Rajah 3 : Router

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 6
2.1.3 ACCESS POINT Drpd/of : Page 12

Access Point adalah peranti rangkaian tanpa wayar yang bertindak sebagai
portal untuk peranti bersambung ke rangkaian kawasan setempat secara tanpa
wayar. Access Point digunakan untuk memperluaskan liputan rangkaian tanpa
wayar sedia ada dan untuk meningkatkan bilangan pengguna yang boleh
menyambung kepadanya. Fungsi Access Point :
▪ Membolehkan pengguna bersambung ke rangkaian secara tanpa wayar.
▪ Mengawal sambungan tanpa wayar untuk komputer riba, tablet atau telefon

pintar.

Rajah 4 : Access Point

2.1.4 FIREWALL

Rajah 5 : Firewall

Firewall (tembok api) adalah satu aplikasi/atucara komputer pada sistem

komputer atau satu perkakasan yang berfungsi untuk

mengawal dan melindungi sesebuah rangkaian komputer daripada ancaman

/pencerobohan oleh pihak luar yang tidak bertanggung jawab. Cara firewall bekerja

adalah dengan menyaring/menapis paket-paket data yang melalui sesebuah

rangkaian.

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 7
Drpd/of : Page 12

Perakasan firewall agak sukar untuk dikonfigurasikan berbanding perisian firewall.
Hanya pentadbir rangkaian yang berpengalaman yang boleh mengkonfigurasi firewall
ini. Kos pembelian perkakasan firewall adalah sangat tinggi berbanding perisian.
Walaubagaimanapun kelebihan perkakasan firewall adalah mempunyai kelajuan yang
pantas dan ketepatan yang maksimum adalah berbanding perisian firewall.

2.1.5 PATCH PANEL

▪ Patch panel adalah peranti rangkaian yang mengandungi port untuk pemasangan
kabel rangkaian keluar dan masuk.

▪ Kabel rangkaian yang disambungkan di bahagian belakang patch panel adalah
berasal daripada modular jack yang terdapat samada di atas lantai atau pada
dinding manakala port di bahagian hadapan adalah untuk penyambungan kabel ke
switch.

▪ Patch panel dipasang di dalam rak pelayan (equipment rack) untuk memudahkan
kabel rangkaian di susun dengan teratur dan kemas sebelum disambungkan ke
switch.

▪ Kedudukan kabel pada patch panel hendaklah dilabelkan bagi memudahkan
pengguna untuk mengenalpasti sambungan ke nod yang betul.

▪ Patch panel terbahagi kepada beberapa jenis yang di kelaskan mengikut jumlah
port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu samada 12, 24, 48 dan 96 port.

▪ Patch panel boleh di pasaran dalam bentuk rack-mounted dan wall-mounted.

Rajah 6 : Patch Panel

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 8
2.1.6 RJ 45 FACEPLATE Drpd/of : Page 12

▪ Modular Jack biasanya digunakan untuk sistem telefon, rangkaian data, dan
sambungan bersiri berkelajuan rendah.

▪ Penyambung ini adalah murah, agak mudah untuk ditamatkan, dan mudah
dipasang dan ditanggalkan. Penyambung modular biasanya mempunyai badan
plastik yang jelas, dengan tab yang mengunci plag dan bicu apabila
disambungkan.

▪ Dalam industri teknologi, ia dipanggil "RJ" penyambung. Ini secara teknikal tidak
tepat, tetapi konvensyen penamaan digunakan secara meluas. RJ adalah
singkatan daripada Registered Jack, yang merupakan sebahagian daripada
sistem pengekodan yang dibangunkan pada tahun 1970 oleh AT & T untuk
mengelaskan perkhidmatan telefon dan peralatan

▪ Sebagai pelindung untuk mengemas dan melindungi kabel rangkaian yang
dipasang pada modular jack yang dipasang di atas lantai atau dipasang pada
dinding.

▪ Berfungsi sebagai soket yang menyambungkan kabel rangkaian samada daripada
komputer, telefon atau pencetak ke equipment rack.

Rajah 7 : Modular Jack
Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 9
Drpd/of : Page 12

2.1.7 NETWORK CABLE TESTER

1. Penguji kabel (cable tester) merupakan alat elektronik yang digunakan untuk
menguji penyambungan kabel dengan dangan cara mengesahkan sambungan
elektrik di dalam kabel.

2. Terdapat banyak jenis cable tester. Cable tester yang biasa digunakan, hasil
pengujiannya akan dipaparkan dengan nyalaan lampu LED. Jika nyalaan
menunjukkan warna hijau/kuning, menunjukkan bahawa kabel bersambung
dengan baik.

3. Manakala jika nyalaan menunjukkan warna merah, penyambungan itu
bermasalah. Penguji kabel merupakan satu kelas instrumentrasi yang digunakan
untuk menguji copper-wire dalam rangkaian LAN. Ia digunakan untuk menguji
kabel yang disediakan memenuhi spesifikasi yang diperlukan. Alat ini mampu
menguji kabel coaxial dan twister pair bagi mengesan;
• Pengujian Continuity – pengujian keterusan aliran elektrik dalam kabel
• Pengujian Hingar
• Pengujian Crosstalk
• Pengujian Attenuation

4. Kabel tester yang canggih mampu mengukur galangan, kerintangan, attenuation
malah sekiranya terdapat kabel yang rosak atau terpintas, Penguji kabel yang
cangih ini mampu memberi mesej pelanggaran (collision), memaparkan bilangan
frame dan ralat kongesi.

Rajah 8 : Pelbagai jenis Cable Tester
Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 10
Drpd/of : Page 12

5. Cable Tester digunakan untuk menguji kabel rangkaian. Sebelum membuat ujian
ke atas kabel CAT5 yang telah siap dipasang, anda perlu mengetahui samada
kabel yang dipasang itu adalah jenis straight cable atau cross cable. Cara
menggunakannya sangat mudah. Masukkan kedua-dua hujung penyambung
pada setiap satu port RJ-45 kepada Main tester dan Remote tester, kemudian
hidupkan penguji itu. Anda haruslah melihat pada lampu yang menyala pada
kedua-dua belah tester tersebut. Lampu yang menyala haruslah mengikut turutan
seperti dalam jadual dibawah.

Jenis kabel Main tester Remote tester
Straight Cable 12345678 12345678
Cross Cable 12345678 36145278

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 11
Drpd/of : Page 12

SOALAN/QUESTION :

SOALAN/QUESTION :
Soalan 1 :

Apakah maksud device driver?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Soalan 2 :

Senaraikan empat (4) masalah kemungkinan berlaku akibat kegagalan driver bagi kad
antaramuka rangkaian.

i) ________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
iii) ________________________________________________________________
iv) ________________________________________________________________

Soalan 3 :
Senaraikan dua contoh gangguan semasa bekerja.

i) _______________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________

Soalan 1 :
Apakah fungsi main distribution frame, mdf?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 2 :
Senaraikan dua (2) jenis switch.

v) ________________________________________________________________
vi) ________________________________________________________________

Copyright KVSB 2019

NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(9/13) Muka / Page : 12
Drpd/of : Page 12

Soalan 3 :

Senaraikan tiga (3) jenis port.

i) ________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
iii) ________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCES :

1. Goleniewski, L. (2006) Telecommunications Essentials, Addison Wesley
Professional.

2. Kurose, J.F. and K.W. Ross (2003) Computer Networking: A Top Down
Approach Featuring the Internet, Addison Wesley.

3. Doug Lowe. (2003) Networking All-in-One Desk Reference For Dummies, John
Wiley & Sons, edition 2012

4. http://computer.howstuffworks.com/computer-networking-channel.ht
5. https://technet.microsoft.com/en-us/library/dn313100.aspx
6. https://www.diffen.com/difference/WPA_vs_WPA2

Copyright KVSB 2019


Click to View FlipBook Version