The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 ALAT KEBESARAN DAN PERHIASAN DIRAJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunurain84, 2022-03-23 20:41:53

BAB 1 ALAT KEBESARAN DAN PERHIASAN DIRAJA

BAB 1 ALAT KEBESARAN DAN PERHIASAN DIRAJA

BIDANG : 2022

SEJARAH DAN APRESIASI
SENI VISUAL

TAJUK 1

ALAT KEBESARAN
DAN PERHIASAN

DIRAJA

Disediakan oleh :
Cikgu Zunur ‘Ain binti Rahim

Jenis Alat Kebesaran Diraja

Tombak Keris Panjang
Berambu Diraja

Cogan Alam

Payung Cogan
Ubur-ubur Agama

Kuning Cokmar

Pedang,
Keris Panjang
dan Sundang

Diraja

Keris Panjang Diraja

• Merupakan alat kebesaran diraja yang utama
dalam istiadat pertabalan.

• Dikenali Keris Kerajaan dan dijadikan sebaga
tanda kebesaran dan kekuasaan negara.

• Bahagian hulu hingga sarungnya bersalut emas manakala bahagian sampirnya
diukirkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri di
Tanah Melayu.

• Menunjukkan naungan dan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong ke atas negara
Malaysia.

• Mata keris ditempa daripada besi waja yang diambil daripada 11 bilah keris negeri di
Tanah Melayu

• Hulu keris berbentuk tapak kuda serta bermotifkan buah jering
• Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong dalam

istiadat-istiadat tertentu sahaja.

Cogan Alam

• Merupakan alat kebesaran
diraja yang menjadi sebahagian
daripada lambang kebesaran
Kerajaan Malaysia.

• Berukuran 162.66 cm berupa
sebatang tongkat dan diperbat
daripada perak

• Di bahagian hulu tongkat terdapat struktur bulatan dengan ukiran anak bulan dan
bintang daripada emas.

• Di sekeliling bulatan tersebut terdapat lambing 11 buah negeri Tanah Melayu yang
diperbuat daripada emas.

• Bulatan tersebut ditanggung oleh 4 ekor harimau yang berdiri manakala batang
tongkatnya dihiasi dengan 6 tangkai padi yang diperbuat daripada emas.

Cogan Agama

• Merupakan alat kebesaran diraja
berbentuk tongkat serta
mempunyai lambang agama
Islam iaitu agama rasmi di
Malaysia.

• Merupakan sebatang tongkat bulat berhulu besar yang diperbuat daripada
perak dan berukuran 155.04 cm.

• Di bahagian atas hulu tongkat, terdapat ukiran anak bulan dengan bintang
pecah lima yang diperbuat daripada emas.

• Batang dan hulunya pula mempunyai ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

Cokmar

• Merupakan 2 batang tongkat
pendek berhulukan kubah.

• Panjangnya berukuran 81.32 cm dan diperbuat daripada perak.
• Cokmar ni berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu.

Pedang, Keris Panjang
dan Sundang Diraja

• Pedang, Keris Panjang dan Sundang
Diraja merupakan 3 jenis senjata
Melayu lama iaitu mata pedang,
keris panjang dan sundang zaman
dahulu untuk dijadikan sebahaian
daripada alata kebesaran diraja

• Keris Panjang dan Sundang
Diraja disaluti dengan perak
serta mempunyai ukiran
pada hulu dan sarungnya.

Payung Ubur-ubur Kuning

• Terdapat 20 kaki Payung Ubur-ubur Kuning
• Diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning diraja
• Warna ini menjadi lambang kebesaran raja-raja Melayu
• Pada bahagian atasnya dipasangkan anak bulan dan bintang

Tombak Berambu
• Terdapat 20 batang Tombak Berambu
• Merupakan sebahagian daripada alat

kebesaran diraja.
• Mempunyai mata yang berlok tiga dan

diperbuat daripada tombak-tombak pusaka
dari 11 buah neger di Tanah Melayu.

Perhiasan Diraja

Tengkolok
Diraja

Kalung Muskat
Diraja

Gendik Mess Kit
Diraja
Pending
Keris Diraja
Pendek
Diraja

Tengkolok Diraja

• Tengkolok Diraja ialah kain yang ditenun dengan sutera dan berwarna
hitam serta bersulamkan benang emas

• Dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari
Pertabalan, Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi, lawatan-
lawatan rasmi ke negeri-negeri di Malaysia dan semasa Perasmian
Pembukaan Sesi Penggal Persidangan Parlimen.

• Bentuk solek pada ulunya dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ dan ia
berasal dari Negeri Sembilan.

• Terdapat juga solek yang berasal dari negeri lain serta mempunyaii
nama tersendiri seperti ‘Anak Gajah Menyusu’ (Perak), ‘Sekelongsong
Bunga’ (Pahang), ‘Ketam Budu’ (Kelantan) dan sebagainya.

Tengkolok Diraja

• Pada bahagian hadapan
tengkolok dipasangkan anak
bulan dan bintang pecah 14
yang diperbuat daripada emas
putih.

• Di tengah-tengah bintang
tersebut terdapat lambang
Kerajaan Persekutuan yang
berwarna-warni.

Muskat

• Pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong

• Diperbuat daripada benang bulu berwarna
hitam dengan jahitan sulaman benang emas.

• Motif corak pakaian rasmi ini ialah ragam hias
awan larat dan bunga raya.

• Dipakai dengan seluar panjang bersulam di
kaki dan tengkolok dalam majlis sempena Hari
Pertabalan, Sambutan Hari Ulang Tahun
Keputeraan Rasmi, lawatan-lawatan rasmi ke
negeri-negeri di Malaysia dan semasa
Perasmian Pembukaan Sesi Penggal
Persidangan Parlimen.

Mess Kit

• Merupakan pakaian rasmi Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika
menghadiri majlis santapan malam
beristiadat.

• Reka bentuk coraknya diolah berdasarkan
reka bentuk Muskat dengan motif ragam
hias awan larat pada kolar dan lengan
baju.

• Dipakai bersama dengan vest dan kemeja

putih bersama seluar panjang hitam yang
berjalur keemasan di bahagian tepinya.

Mess Kit

• Aksesori tambahan terdiri daripada
epolet, keris bersilang dan lima bintang
pecah lima yang disusun secara
bulatan menggambarkan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai pemerintah tertinggi Angkatan

Tentera dan aiguillette di bahagian

dada kanan untuk menambah
kesegakan

Pending Diraja

• Dipakai bersama tali bengkung yang
diperbuat daripada emas sepuluh mutu
bertatahkan serta bersulamkan
permata delima.

• Dipakai bersama tali bengkung yang diperbuat daripada emas
sepuluh mutu bertatahkan serta bersulamkan permata delima.

• Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang
emas berunsurkan corak bunga.

• Di tengah-tengahnya terdapat lambang Kerajaan Persekutuan.

Keris Pendek Diraja

• Merupakan salah satu pelengkap
dalam pemakaian pakaian kebesaran
diraja.

• Hanya dibawa atau dipakai oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.

• Diperbuat daripada mata keris lama yang berhulu dan bersarungkan
gading serta bertatahkan emas.

• Hulunya dinamakan ‘Hulu Pekaka’
• Pada bahagian sampir keris ini terdapat lambang Kerajaan

Persekutuan

TENGKOLOK DIRAJA

MUSKAT

PENDING DIRAJA
KERIS PANJANG
DIRAJA

KERIS PENDEK
DIRAJA

Gendik Diraja

• Gendik Diraja atau Pemeles merupakan
perhiasan yang dipakai ulu bagi Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

• Diperbuat daripada emas putih
bertatahkan penuh permata berlian
berbunga awan larat.

• Di tengah-tengah bahagian atas awan larat terdapat anak bulan dan
bintang yang turut diperbuat daripada emas putih.

• Dipakai dalam istiadat-istiadat kebesaran diraja dan pada waktu Pertabalan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

• Boleh diceraikan menjadi kerongsang atau loket.

Kalung Diraja

• Diperbuat daripada emas putih
bertatahkan penuh dengan permata
berlian.

• Dipakai dalam istiadat-istiadat kebesaran
diraja dan pada waktu Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

• Boleh diceraikan menjadi sepasang
subang, kerabu dan kerongsang.

Gendik Diraja
Kalung Diraja

ALAT KEBESARAN DAN PERHIASAN DIRAJA

01TAJUK :

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version