The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunurain84, 2021-03-15 11:02:01

T4 BAB 2 SENI CATAN

T4 BAB 2 SENI CATAN

BAB 3 :
SENI
CATAN

TINGKATAN 4

Disediakan oleh cikgu Zunur ‘Ain

RENAISSANCE (1350 – 1600)

1. Terbahagi kepada Renaissance awal,Renaissance Pertengahan dan Renaissance Akhir
2. Permulaan minat orang Barat terhadap seni catan, seni cetakan, seni arca dan seni bina
3. Karya catan ini menampilkan komposisi dinamik dan penggunaan warna yang bersifat kontras dan

meriah
4. Penggunaan latar belakang yang gelap bertujuan menyerlahkan objek dan cahaya bagi menjelaskan

ruang dan bentuk
5. Pelukis juga turut menekankan asek cahaya, perspektif linear dan unsur seni lain seperti

penggunaan satah pada latar belakang serta garisan menegak
6. Teknik yang digunakan seperti chiaroscuro, sfumato, cangiante dan unione dengan menggunakan

cat minyak dan cat tempera
7. Tema yang digunakan berkaitan dengan keagamaan, kemewahan dan kekayaan golongan bangsawan
8. Pelukis terkenal zaman ini ialah Leonardo da Vinci, Michelangelo, Sandro Botticelli, Raphael, Hugo

van der Goes, Jan van Eyck, Pieter Bruegel the Elder dan Masolino da Panicale

BAROGUE (1600 – 1750)

1. Aliran seni ni lahir daripada usaha pihak Gereja Katolik menentang fahaman Protestan pimpinan Martin
Luther di Jerman

2. Ia bertujuan untuk membangkitkan emosi dan keterujaan
3. Ciri-ciri umum dalam aliran ini ialah penggunaan ruang, cahaya, isi padu dan jalinan untuk menunjukkan

elemen tenaga
4. Latar belakang karya yang berwarna gelap akan memberikan kesan kontras pada cahaya dan kegelapan

serta cahaya dan bayang-bayang
5. Ia juga mampu memberikan kesan emosi yang mendalam menerusi gabungan warna, pergerakan dan

komposisi yang unik
6. Teknik tenebrism digunakan dalam catan bagi memberikan kesan gelap yang dramatik
7. Media yang digunakan ialah cat minyak, fresko dan media campuran dengan kandungan karya bersifat

didaktik dan propaganda
8. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah Jan Brueghel the Elder, Caravaggio, Nicolas Poussin, Peter Paul

Rubens, Rembrandt van Rijn, Diego Velazquez dan Francois Mansart

ROCOCO (1710 – 1790)

1. Muncul pada awal abad ke-18 di Perancis dan merupakan lanjutan gaya Baroque
2. Karya dihasilkan untuk golongan diraja, bangsawan dan kelas pertengahan
3. Kebanyakan menggunakan warna-warna lembut dan garisan halus serta

melengkung
4. Pelukis banyak menggunakan media cat minyak atas kanvas dengan

menggunakan unsur seni secara bertindih-tindih dengan memberi penekanan
kepada penggunaan cahaya serta warna berbanding bentuk
5. Tema yang sering digunakan ialah alam semula jadi, mitologi, percintaan, figura,
sejarah dan keagamaan
6. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah Jean-Antoine Watteau, Jean-Honore
Fragonard, Giovanni Battista Tiepolo, Jean Francois de Troy, Nicolas Lancret dan
Jean-Baptiste van Loo

NEOKLASISISME (1740-1835)

1. Aliran utama seni visual di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19
2. Matlamat aliran ini bagi mengembalikan kegemilangan seni Klasik Yunani dan Rom

dalam kehidupan harian
3. Karya neoklasisisme menampilkan ciri keseimbangan dan harmoni
4. Figura digambarkan dalam bentuk ideal dengan raut wajah beremosi atau tanpa emosi
5. Karya aliran ini bersifat rasional, objektif dan disiplin
6. Figura yang menjadi subjek diaksikan dengan pelbagai gaya persembahan untuk

menyampaikan mesej tertentu
7. Contoh pelukis aliran ini ialah Francois Gerard, Jacques-Louis David, Jean-Auguste-

Dominique Ingres, Francisco Agustin y Grande, Marie-Guillemine Benoist, Guiseppe
Appiani dan Nicolai Abildgaard

ROMANTISISME (1782 – 1830)

1. Muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19
2. Menampilkan karya bersifat romantic, tragedy, sejarah dan landskap

berlandaskan emosi pengkarya
3. Penggunaan warna yang kusam, suram dan kelam. Gabungan warna gelap dan

terang memberi kesan dramatik
4. Tema tertumpu pada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan

diraja
5. Mesej yang hendak disampaikan adalah tentang kritikan sosial, kedamaian,

keharmonian dan kecintaan
6. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah John Ruskin, William Turner, Eugene

Delacroix dan Francisco Goya

NATURALISME (1820 – 1880)

1. Naturalisme diperkenalkan pada abad ke-19 oleh penulis Perancis, Emile Zola pada
tahun 1868

2. Aliran ini menggambarkan kehidupan sebenar dengan cara peniruan dan representasi
atau gambaran alam semula jadi termasuk manusia

3. Karya ini mementingkan ketepatan yang tinggi terhadap hal benda yang menjadi
pilihan pelukis

4. Aspek susunan, perbandingan, perspektif, tekstur, warna dan unsur terang gelap
menjadi keutamaan dalam penghasilan karya

5. Karya ini juga jarang menonjolkan elemen ekspresi tetapi mengutamakan unsur
keindahan

6. Contoh pelukis aliran ini ialah Thomas Cole, John Brandon Smith, Pascal Dagnan-
Bouveret, Theodore Rousseau, John Constable, Amaldus Nielsen dan Alfred Parsons

REALISME (1840 – 1870)

1. Pada tahun 1840-an iaitu selepas Revolusi 1848, bermulalah gerakan artistic di Perancis
2. Gerakan ni diketuai oleh Gustave Courbet sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip Neoklasisisme

dan Romantisisme
3. Ciri-ciri utama dalam karya ini ialah bentuk yang tepat, jelas, terperinci dan tiada tokok tambah

gambaran pada alam semula jadi, alam benda dan manusia
4. Pengkaryanya turut mementingkan aspek teknikal dan penggunaan warn ayang menyerupai

warna sebenar
5. Dalam karya ini juga, mereka mementingkan keaslian dan ketepatan objek yang dihasilkan

berdasarkan imej sekeliling
6. Hasil karya mereka ini juga bersifat satira dan kritikan bagi memberi kesedaran social serta

politik
7. Antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Honore Daumier, Jean-Francois Millet, Jean-

Baptiste-Camille Corot, Edward Hopper dan Henri Fantin-Latour

IMPRESIONISME (1860 – 1895)

1. Aliran terpenting menjelang abad ke-19 kerana ia disifatkan sebagai satu revolusi dalam
seni dengan kaedah yang digunakan oleh pelukis dalam karya ini berbeza dengan
pendekatan konvensional seni lukis pada ketika itu

2. Kebanyakan karya dihasilkan di luar bangunan adalah dengan melukis berdasarakan visual
yang dilihat pada masa itu

3. Pelukis menggunakan palitan warna secara spontan pada hal benda, figura dan landskap
4. Pelukis mementingkan keserasian warna, cahaya dan alam benda dengan meneliti aspek

pantulan cahaya dalam penghasilan karya
5. Mereka juga turut menggunakan warna penggenap untuk menghasilkan bayang
6. Pada umumnya, hasil karya merakamkan landskap, figura dan aktiviti harian manusia
7. Contoh pelukis pada masa itu ialah Alfred Sisley, Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir,

Camille Pissarro dan Eugene Boudin

TERIMA KASIH!

SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA…


Click to View FlipBook Version