The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunurain84, 2021-03-15 00:55:49

BAB 3 SENI CATAN T5

BAB 3 SENI CATAN T5

BAB 3 :
SENI CATAN

TINGKATAN 5
DISEDIAKAN OLEH CIKGU ZUNUR ‘AIN

FAUVISME (1900 – 1910)

● Menolak idea peniruan terhadap alam dengan
mengekspresi suasana yang hendak dilukis.

● Pelukis aliran ini tidak terikat dengan warna alam dan

sapuan berus tidak rata (painterly), bebas dan penggunaan

garisan yang sederhana.
● Penggunaan warna penggenap yang ketara dan pelbagai

bagi menghasilkan kesan kasar dan bercanggah.
● Hasil karya digambarkan secara emotif dan imaginative.
● Pelopor bagi aliran ini ialah Henri Matisse dan Andre

Derain
● Pelukis-pelukis lain ialah Maurice de Vlaminck, Kees van

Dongen dan Raoul Dufy

Ekspresionisme (1905 – 1925)

● Aliran ini berkembang pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20
dengan cuba mewujudkan pengalaman emosional.

● Objek karya dilukis secara spontan dengan memberi penekanan pada
ekspresi.

● Imej tidak digambarkan secara jelas, sebaliknya penggunaan warna
yang terang dan dramatic, jalinan dan bentuk diutamakan.

● Hal benda sering kali dilebih-lebihkan atau diubah bagi memberi
kesan emosional

● Aliran ini bermula di Jerman dipelopori oleh Ernst Ludwid Kirchner,
Erich Heckel dan Karl Schmidt Rottluff.

● Pelukis lain : Edvard Munch, Wassily Kandinsky, Paul Klee, August
Macke, Franz Marc, Amedeo Modigliani, Gabriele Munter dan Heinrich
Campendonk.

Kubisme (1907 – 1922)

● Aliran ini sangat berpengaruh pada awal abad ke-20.
● Menganggap struktur geometri ialah asas kepada bentuk yang

terdapat dalam alam semula jadi.
● Aliran ini tidak terikat dengan tradisi catan dengan menggunakan

bentuk satah seperti segi tiga, kubus, segi empat, kon, silinder, bulat
serta bentuk kotak.
● Ciri-ciri utama aliran ini ialah penggunaan warna yang terang dan
mempunyai perspektif.
● Pelukis mengubah bentuk sebenar objek menjadi bentuk-bentuk
geometri
● Aliran ini dipelopori oleh Pablo Picasso dan George Braque.
● Contoh pelukis lain aliran ini ialah Fernand Leger, Metzinger dan
Albert Gleizes.

Surealisme (1924 – 1966)

● Satu aliran terpenting di Paris mulai tahun 1920-an
● Aliran ini menggambarkan hal benda seperti dalam mimpi atau alam

di bawah sedar manusia.
● Terbahagi kepada dua iaitu abstrak dan figuratif.
● Kandungan karya berfokus kepada imaginasi dengan situasi yang

menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
● Jarang menggunakan rupa geometri sebaliknya lebih kepada kesan

emosi daripada bentuk organic sama ada nyata atau imaginasi.
● Penggunaan warna tidak dititikberatkan.
● Pelukis-pelukis utama aliran ini ialah Giorgi0 de Chirico, Rene

Magritte, Salvador Dali, Joan Miro, Jean Arp, Max Ernst, Andre
Masson, Yves Tanguy, Pierre Roy dan Paul Delvaux.

Ekspresionisme Abstrak (1943 – 1965)

● Aliran yang muncul selepas Perang Dunia Kedua dan bermula di Amerika
Syarikat sekitar 1940-an hingga 1960-an.

● Penggunaan warna yang tidak konvesional, berus yang besar dengan
sapuan yang kasar.

● Ciri-ciri utama aliran ini ialah titisan, percikan dan lelehan cat secara
spontan.

● Pelukis meluahkan idea, perasaan, peribadi dan sejagat melalui catan yang
agresif dan spontan.

● Biasanya, penghasilan karya menggunakan hal benda berbentuk abstrak
sebagai focus karya dan luahan emosi di luar kesedaran minda.

● Pelukis terkenal aliran ini ialah Arshile Gorky, Willem de Kooning, Jackson
Pollock, Mark Rothko, Barnett Newman, Philip Guston dan Clyfford Still.

Seni Pop (1950-an hingga 1970-an)

● Aliran ini mula muncul di England dan Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an
● Sumber aliran ini daripada sumber gaya, tema, budaya popular dan media

massa
● Aliran seni ini memberikan fokus kepada imej-imej biasa budaya popular

seperti billboards, komik daripada lukisan, pengiklanan majalah dan produk
pasar raya.
● Penggunaan Teknik imej bergambar, hard-edge serta fotografi dengan
penggunaan warna primer, warna kontras dan terang
● Biasanya, catan menggunakan teks berukuran besar dengan sapuan berus
yang tebal.
● Antara pelukis terawal bagi aliran ini ialah Robert Rauschenberg dan Jasper
Johns.
● Pelukis-pelukis lain bagi aliran ini ialah Andy Warhol, David Hockney, Roy
Lichtenstein, James Rosenquist, Richard Hamilton, Peter Blake dan Allen Jones.

Seni OP (1964 sehingga kini)

● Aliran seni OP muncul pada tahun 1964 yang berkaitan dengan ilusi
optikal.

● Pemilihan garisan, warna dan bentuk dilakukan dengan teliti bagi
mendapatkan kesan yang maksimum.

● Pengkarya akan menghasilkan karya tiga dimensi daripada permukaan
dua dimensi dengan menampakkan unsur ruang dan prinsip penegasan.

● Seni OP menggunakan rupa geometri untuk menghasilkan ilusi
pergerakan melalui warna dan corak geometri

● Ketika melihat karya ini akan memberikan impresi pergerakan, benda
tersembunyi, getaran atau pola-pola tertentu.

● Antara pelukis Seni Op ialah Victor Vasarely, Julian Stanczak, Bridget
Riley, Carlos Cruz-Diez, Marina Apollonio, Carol Brown Goldberg, Peter
Sedgley, Richard Allen, Josef Albers, Richard Anuszkiewicz dan Richard
Caldicott.

BAHAN PEWARNA

● Cat air
● Cat minyak
● Cat tempera
● Cat akrilik

Ciri-ciri catan

Catan Bahantara Pengilat Permukaan Kesan

Cat air Air Gam arab Kertas Lut sinar

Cat minyak Minyak linsid Turpentin Kanvas, kayu atau Legap dan tebal
papan Lut sinar atau legap
Cat tempera Air Telur kuning
Kanvas

Cat akrilik Air Media ‘glaze’ Kanvas, kayu, Lut sinar atau legap
kertas bergantung pada teknik

teknik-Teknik catan cat air

01 Basah atas basah
02 Basah atas kering
03 Kering atas kering
04 Kering atas basah

Teknik-teknik Teknik
catan cat scrumbling
minyak
Teknik titik

Teknik ‘galzing Teknik ‘hard
edge’

Teknik ‘impasto’

THANK YOU!

SEMOGA KEJAYAAN MILIK
ANDA..


Click to View FlipBook Version