The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunurain84, 2021-06-30 20:32:06

SENI KRAF - UKIRAN KAYU

SENI KRAF - UKIRAN KAYU

SENI KRAF

UKIRAN KAYU

FUNGSI UKIRAN KAYU

• Hiasan pintu dan tingkap
• Kisi-kisi dinding rumah untuk memudahkan peredaran udara.
• Cucuran atap
• Tiang seri
• Tangga rumah
• Perahu nelayan
• Alat permainan tradisional seperti gamelan
• Hulu keris

MOTIF-MOTIF UKIRAN KAYU

Unsur Asal Motif ukiran Contoh
kayu

Unsur benda bernyawa Motif-motif ayam berlaga, badak mudik, itik pulang petang,

kepala cicak dan lebah bergantung.

Unsur-unsur kosmos Motif yang berkaitan dengan alam semester seperti matahari,
Unsur geometri bintang, bulan dan awan. Contoh : motif awan boyan, motif
matahari, motif bintang dan bulan.

Motif yang terbentuk daripada bentuk-bentuk geometri.

Unsur kaligrafi Motif yang terdiri daripada rekaan huruf-huruf tulisan jawi.





JENIS-JENIS KAYU

• Kayu yang biasa digunakan :

- Kempas - Bacang hutan - Sena - Merbau

- Nyatoh - Medang - Cengal

• Pemilihan kayu ditentukan oleh :

- Kekerasan kayu - Kehalusan kayu

- Ketahanan kayu - Keliatan urat kayu

BENTUK-BENTUK SILAT

SILAT CIRI-CIRI

Silat belah Bahagian tepi tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh
rotan

Silat dada tuma Terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini
kelihatan lebih hidup dan bergaya

Silat leper Silatnya hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan
rendah
Silat serong
Terdapat juring atau pepenjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya
Silat serong
Minangkabau
Bahagian tengah silat tinggi dan tajam, manakala kedua-dua bahagian
tepi silat ini direndahkan





POLA UKIRAN KAYU

Pola ukiran Ciri-ciri
Pola bujang
Pola tunggal yang mempunyai corak sendiri dan tidak
Pola pemidang bersambungan.
Pola lengkap Pola yang biasanya mempunyai corak berbingkai.

Pola dengan corak yang lengkap dan mempunyai tempat
permulaan dan tempat berakhir.



Bentuk BUNGA UKIR TRADISIONAL
bunga ukir
Awan larat Ciri-ciri

Awan bentuk Bentuknya adalah seperti awan yang sedang bergerak. Awan larat terbahagi kepada :
huruf a) Awan larat Melayu asli (awan larat jawi)
b) Awan larat Jawa (bentuk awan larat ini mempunyai bunga yang besar dan jarang)
Corak awan yang terdapat pada huruf-huruf dalam ukiran yang berdasarkan ajaran
agama. Bunga ukir bentuk ini jarang disilatkan.

Awan bentuk Bunga ukir merupakan garisan-garisan yang bulat, berlingkar dan bersimpang siur.
silang atau
kerawang Awan bentuk larik dikenali juga sebagai Awan Silang. Awan pada hujung rod atau
batang yang berbentuk bulat atau gelang seperti tiang, ulu keris dan tongkat.
Awan bentuk
larik

Awan bentuk Corak awan yang berbentuk simetri biasanya terdapat pada mimbar masjid, cucuran

simetri atap dan kisi-kisi rumah.

ALAT DAN BAHAN

Alat / bahan ukiran Fungsi
kayu

Gergaji berhalang Untuk memotong dan membentuk lengkungan pada kepingan kayu dan
membuat lubang terutamanya pada ukiran kayu jenis tebuk tembus

Getar Membentuk kau secara kasar sebelum diukir. Sering digunakan oleh pandai
ukir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Ketam kayu Melurah, membuat koma dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir.
Gergaji kecil Memotong bahagian-bahagian yang tidak diingini dalam corak ukiran
Kikir pari, kertas pasir Melicinkan corak ukiran kayu
atau daun mempelas
Pahat kuku atau tukul Membuang bahagian latar belakang ukiran kayu supaya ukiran terbenam ke
kayu dalam

Pisau wali Kikir Tukul kayu

Pahat lurus Daun mempelas

Ketam kayu Getar Pahat kuku dan lengkuas

ALAT DAN BAHAN

Alat / bahan Fungsi
ukiran kayu

Mesin ‘Roto’ (router) Alat moden yang menggunakan arus elektrik untuk mendalamkan latar ukiran
kayu.

Pisau wali atau pisau Alat mengukir yang digunakan untuk membuat silat, mengikis, membuat corak
ukir dan melicinkan permukaan kayu

Bahan kemasan dan Untuk membolehkan hasil ukiran kayu kelihatan lebih cantik dan kemas,
pewarna kayu penutup kayu (putty filler) digunakan untuk menutup lubang atau bahagian
permukaan kayu yang cacat atau kurang rata. Pewarna kayu (wood stain)
disembur ke atas ukiran kayu untuk mencantikkan atau mengubah warna kayu.

Mesin router

BENTUK UKIRAN KAYU

Bentuk ukiran Ciri
kayu

Ukiran tembus terus Papan ukiran ditembus dengan menggunakan pahat atau gergaji. Bahagian

(tebuk tembus) latar ukiran kayu dibuang

Ukiran bunga timbul Papan ukiran tidak ditembus. Bahagian latar diukir supaya corak bunga
timbul. Corak bunga yang rendah daripada 3/8 inci dipanggil ukiran bunga
Larik timbul rendah. Corak bunga yang tinggi daripada 3/8 inci dipanggil ukiran
Arca bunga timbul tinggi.

Berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang pada tongkat, gasing dan
perabot.

Ukiran berbentuk arca terutamanya pada hulu keris

Ukiran layang
Ukiran tebuk tembus

Ukiran tebuk timbul bersilat

Ukiran tebuk timbul tanpa bersilat

PROSES MENGUKIR
Ukiran Kayu Jenis Bunga Timbul

1. Memahat tepi corak mengikut lakaran
2. Membuang lapisan latar belakang
3. Melicinkan permukaan tegak bunga timbul
4. Menipiskan bunga timbul untuk membuat silat
5. Menghaluskan silat dan membuat urat

PROSES MENGUKIR
Ukiran Kayu Jenis Tebuk Tembus

1. Melukis corak pada kayu
2. Memahat untuk membuang bahagian latar belakang corak
3. Mengukir dengan menggunakan pisau wali
4. Melicinkan permukaan corak menggunakan kertas pasir
5. Mewarna corak dengan menggunakan pewarna kayu/syelek

TOKOH UKIRAN KAYU

• En. Long (Terengganu)
• Latif bin Long (Terengganu)
• Tengku Ibrahim bin Tengku Wook (Kuala Lumpur)
• Haji Wan Su Othman (Terengganu)

Soalan 1 Soalan 2

Alat – alat yang berikut digunakan untuk Fungsi kikir pari dalam ukiran kayu
menghasilkan ukiran tebuk tembus, adalah untuk
kecuali
A. Melicinkan ukiran
A. Ketam B. Membuat lubang pada kepingan kayu
B. Pelurut C. Memotong kepingan kayu
C. Pisau wali D. Mengemaskan corak bunga timbul
D. gerudi

Soalan 3 Soalan 4

Antara motif ukiran tradisional di bawah Ukran yang berbentuk gerlang bulat pada
ini, yang manakah erupakan motif pemegang tongkat merupakan ukiran
lengkap? jenis

A. Pagar tinggalung A. Larik
B. Pucuk rebung B. Arca
C. Bunga simpoh C. Bunga timbul
D. Bunga cina D. Tebuk bersilat

Soalan 5 Soalan 6
Bahan atau alat yang digunakan untuk
Fungsi utama ukiran kekisi pada dinding melicinkan permukaan kayu ialah
rumah tradisional adalah sebagai
I. Pisau wali
A. Pengalir udara II. Kikir pari
B. Hiasan III. Daun mempelas
C. Tingkat IV. Kertas pasir
D. Dinding
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, II dan IV
D. I, II, III dan IV


Click to View FlipBook Version