The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunurain84, 2021-08-09 01:36:58

SENI FOTO T4

SENI FOTO T4

SENI FOTO

GENRE FOTOGRAFI

PENGENALAN

Fotografi merupakan pinjaman bahasa Inggeris
‘photography’ yang berasal dari bahasa Yunani,
iaitu ‘photo’ (cahaya) dan ‘grafo’
(melukis/menulis).

Fotografi merupakan proses melukis dengan
menggunakan media cahaya.

Genre adalah kategori atau aliran yang
membezakan hasil seni fotografi.

JENIS FOTOGRAFI

Fotografi Fesyen

Didefinisikan sebagai gaya pakaian, kosmetik dan
tingkah laku.

Bertujuan untuk pengiklanan yang dilihat di televisyen,
majalah fesyen dan papan iklan.

Foto adalah cara berkomunikasi dalam dunia fesyen.
Fesyen nampak menarik dengan tambahan aksesori,

pencahayaan, model dan solekan serta gaya yang
sesuai
Faktor lokasi yang menarik seperti di dalam atau di luar
studio memainkan peranan penting



Fotografi Produk dan Pengiklanan

Umumnya disampaikan melalui media untuk
tujuan promosi dan mengiklankan sesuatu produk.

Fotografer perlu mahir dan kreatif dalam genre
fotografi bagi menghasilkan fotografi produk dan
pengiklanan yang menarik.

Fotografer perlu menghasilkan karya foto yang
boleh menyampaikan mesej kepada pelanggan
serta menarik minat pelanggan untuk membeli
produk yang dihasilkan.



Fotografi Sukan

Genre ini mencabar jurufoto dari segi
persediaan peralatan kamera yang
digunakan.

Fotografi sukan diminati oleh orang ramai
kerana sering melibatkan aksi yang menarik
daripada ahli sukan yang terlibat.

Fotografer sukan biasanya bekerja dengan
agensi berita dan stesen televisyen.



Fotografi Potret

Merakam foto seseorang sama ada individu mahupun
berkumpulan untuk menampilkan rupa, keperibadian dan hal
benda.

Melalui teknik pencahayaan, latar belakang dan gaya (pose)
dapat memberi penekanan terhadap personaliti hal benda yang
ingin dirakam.

Fotografer perlu focus pada bahagian mata supaya jelas dan
tidak kabur pada potret wajah.

Lensa prima 50 milimeter (mm) dan 85 mm atau telephoto 70
hingga 200 mm merupakan antara lensa yang menjadi pilihan
fotografer dalam genre ini.



Fotografi Pernikahan

Fotografer mesti mempunyai kemahiran berinteraksi
dengan baik bersama pasangan pengantin supaya
dapat menghasilkan ekspresi yang menciptakan
suasana hati dan nuansa (perasaan) foto.

Fotografer hendaklah menitikberatkan kesan
pencahayaan, garis, ruang negatif dan memanfaatkan
lokasi sepenuhnya.



Fotografi Makanan

Fotografer mestilah mempunyai peralatan yang berkualiti untuk
menangkap esensi daripada makanan yang dijadikan sebagai
objek foto.

Fotografi Landskap

Jenis fotografi ini sangat sesuai untuk mereka yang suka
mengembara an mengabadikan pemandangan indah
persekitaran.

Fotografer landskap menunjukkan ruang dalam dunia iaitu
pemandangan alam yang luas dan tidak berpenghujung.

Foto landskap biasanya menangkap kehadiran alam dan
juga memfokus pada buatan manusia.

Foto ini biasanya digunakan pada kalender, poskad atau
kulit buku.



Fotografi Jalanan

Sedikit berbeza dengan foto jurnalistik yang fokusnya
mengabadikan moment puncak/klimaks.

Fotografi jalanan bertujuan merakam kegiatan seharian.
Menggunakan teknik (straight photography atau pure

photography) yang di dalamnya menunjukkan suatu visi
dan tujuan yang murni dari suatu hal seperti cerminan
keadaan masyarakat.
Merupakan salah satu jenis fotografi yang dalam
pengambilan fotonya lebih mengutamakan objek.



Fotografi Hiasan Dalaman

Merakam posisi dan kesan ruang yang menggambarkan suasana
yang bersih , kemas dan tenang.

Kesan pencahayaan perlu dititikberatkan oleh fotografer supaya
foto yang di ambil kelihatan berseri dan menimbulkan mood
yang baik kepada bakal pelanggan.

Fotografer kerap menggunakan saiz bukaan (aperture)yang kecil
pada lensa, antara f16 – f22 agar objek pada latar hadapan dan
latar belakang menjadi jelas.

Penggunaan tripod, filter dan beberapa alatan tambahan lain
kebiasaannya diperlukan dalam genre ini.



Media fotografi

Media Fungsi

Kamera DSLR Pro Level • Kamera ini dilengkapi dengan sensor fullframe.
• Kamera ini mampu menghasilkan foto yang baik kerana mempunyai sensor

yang besar dan kuat

Lensa bervariasi • Pemilihan lensa yang sesuai bagi menghasilkan foto yang baik.
• Pemilihan lensa berdasarkan panjang fokel dan bukaan aperture.

Komputer riba dengan • Komputer riba yang mempunyai spesifikasi tinggi penting dalm proses

spesifikasi tinggi pengeditan foto.
• Software yang sering digunakan oleh para fotografer ialah Adobe Photoshop.

Kad memori • Kad memori diperlukan bagi saiz foto besar.

tambahan

Tripod • Tripod digunakan untuk meletakkan kamera DSLR supaya lebih stabil kerana
bagi proses pengambilan foto yang lama akan menyebabkan gambar
menjadi kabur tanpa penggunaan tripod.

Komputer riba Tripod

Kamera DSLR
Lensa bervariasi

Kad memori

Teknik dalam fotografi

Teknik • Fotografer menggunakan latar belakang tumbuh-tumbuhan untuk
Latar belakang alam mendapatkan sudut yang menarik.

Menggunakan api kecil • Fotografer meletakkan api kecil di hadapan lensa kamera yang akan
Waktu tertentu memberikan kesan langsung kepada objek utama.
Objek harus menarik
• Kesan natural ini bagi keperluan objek dengan teknik pengambilan foto potret
atau close up.

• Pemilihan waktu yang sesuai membantu menghasilkan gambar foto yang
menarik.

• Contohnya, pengambilan gambar semasa matahari terbenam.

• Fotografer hendaklah memilih objek yang menarik bagi mendapatkan foto
cantik.

Cari objek statik • Salah satu kelebihan kamera DSLR adalah membekukan objek dengan

kecepatan yang cepat.
• Berbeza dengan kamera telefon pintar, sekiranya mengambil gambar objek

bergerak, maka gambar objek tersebut menjadi kabur.

Latar belakang alam Waktu tertentu

Teknik dalam fotografi

Teknik • Tripod digunakan untuk memastikan kamera berada keadaan stabil.
• Hasil foto akan kelihatan jelas.
Pegang kamera dengan
stabil

Mengambil objek dengan • Apabila mengambil foto seperti bunga, usahakan kurang dari setengah meter.
jarak dekat • Hal ini akan membantu untuk mendapatkan focus yang maksimum sehinggakan objek

Mencari sudut yang terlihat lebih tajam.
menarik
Pengcahayaan yang baik • Sudut yang betul akan membuatkan foto menjadi unik dan menarik.

Foto bercerita • Mode HDR digunakan di tempat yang kontra cahaya.
• Biasanya mode ini digunakan ketika terdapat kesan terik matahari tetapi objeknya
Proses editing
berada di bahagian tertutup bayangan pohon

• Ketika orang melihat foto, mereka mengerti di sebalik karya foto tersebut.
• Teknik ini biasa digunakan bagi mereka yang suka mengembara.
• Teknik ini juga dikenali sebagai human interest.

• Proses editing membolehkan muka seseorang yang tidak menarik menjadi menawan.
• Usahakan foto kelihatan menarik dengan mengedit komposisi foto tersebut.
• Teks juga boleh ditambah pada foto sebagai maklumat yang hendak disampaikan.

Ikon Fotografi Malaysia

AMRI GINANG

Kelahiran Sabah.

Pendidikan formal di Isle of Ely College
Wisbech, Cambridgeshire, United Kingdom.

Pertengan tahun 1980-an, memulakan kerjaya
dalam bidang fotografi secara professional di
London dan Stockholm sebelum kembali ke
Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1990-
an

Kini,beliau menjadi pengarah kreatif dan aktif
bengkel serta seminar bagi berkongsi ilmu dan
pengalaman bersama fotografer muda.

Untuk menghasilkan genre fotografi potret, beliau
memberi penekanan terhadap penggunakan teknik
pencahayaan studio dan latar belakang yang minimal
serta gaya penampilan atau personality mereka yang
hendak dirakam.

Penggunaan teknik bukaan (aperture) yang besar bagi
menghasilkan depth-of-field yang rendah bertujuan untuk
memberi kesan fokus yang jelas terutamanya di
bahagian mata dan muka serta kabur (bokeh) pada
bahagian latar belakang.



Ikon Fotografi Malaysia

CHE’ AHMAD AZAHAR

Dikenali sebagai Chemat
Fotografi jalanan.
Bertugas sebagai pensyarah di Universiti

Multimedia (MMU) dalam bidang
komunikasi visual dan fotografi selama
20 tahun.
Karya beliau dipamerkan di Malaysia,
termasuk luar Negara seperti Singapura
dan Amerika Syarikat.

Galeri Leica merupakan pameran solo
beliau telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan daripada peminat
seni foto.

Teknik gabungan aksi spontan dan teknik
komposisi yang menarik seperti imbangan
(balance), sudut pandangan (point of view)
serta kedalaman (depth) merupakan
keunikan foto yang dihasilkan oleh beliau.



Ikon Fotografi Malaysia

WAZARI WAZIR

Fotografer sepenuh masa dan ditugaskan
merakam foto majlis-majlis rasmi di dalam dan di
luar negara.

Terkenal dengan genre fotografi dokumentari.

Foto yang dirakam oleh beliau menceritakan
gambaran sebenar mengenai tempat, orang
dan peristiwa, sama ada ketika bertugas atau
melancong.

Beliau menggunakan lensa telephoto 70-200 mm
atau 300 mm.



SOALAN LATIHAN :

SOALAN 1 : SOALAN 2 :

Apakah definisi fotografi? Apakah yang dimaksudkan
A.Gambar yang diambil oleh dengan genre fotografi?

seorang yang profesional. A. Jenis foto yang dinamakan
B. Satu proses melukis dengan oleh audien

menggunakan media B. Bahagian bidang pekerjaan
cahaya. yang dipilih oleh seseorang
C.Proses mengambil gambar fotografer.
menggunakan peralatan
tertentu. C. Kategori atau aliran yang
D.Foto yang diambil membezakan hasil seni
menggunakan sudut tertentu fotografi.

D. Sesuatu yang diminati oleh
seseorang fotografer.

SOALAN 3 : SOALAN 4 :

Bagaimanakah untuk mengenali Mengapakah fotografi
genre fotografi seseorang dibahagikan kepada genre-
fotografer? genre tertentu?

A. Fotografer mengambil foto A. Menarik audiens supaya
dengan menitikberatkan sudut meniru gaya fotografer.
ruang.
B. Memudahkan fotografer
B. Fotografer menitikberatkan menarik perhatian peminat.
kesan pencahayaan.
C. Fotografer dapat
C. Fotografer lebih banyak menghasilkan foto yang
mengambil foto dalam sesuatu berkualiti
genre yang mereka gemari.
D. Digunakan oleh para
D. Fotografer akan mengambil fotografer untuk
banyak foto bagi tujuan mengidentifikasikan diri
pemilihan hasil akhir yang lebih mereka.
baik.

SOALAN 5 : SOALAN 6 :

Bagaimanakah genre fotografi Apakah fungsi fotografi
fesyen dapat memberi pernikahan?
keuntungan kepada industri
fesyen? A. Melayan tetamu yang hadir
A. Fesyen sentiasa berubah- di majlis pernikahan

ubah B. Merakamkan detik-detik
B. Fesyen mempunyai warna manis tetamu majlis
pernikahan
yang ceria
C. Fesyen digemari oleh C. Melayan pelanggan
sepanjang majlis pernikahan
golongan bawahan
D. Fesyen diminati oleh semua D. Mengapresiasi setiap emosi
yang ingin dirakamkan oleh
golongan. pasangan pengantin
sepanjang majlis pernikahan

SOALAN 7 : SOALAN 8 :

Antara berikut, yang manakah Apakah aspek yang
mengenai fotografi iklan? diutamakan semasa
I. Mempunyai unsur pujukan pengambilan foto samada di
II. Terdapat hal yang tidak studio?

senonoh A. Landskap
III. Mempromosikan sesuatu
B. Fesyen
produk
IV. Menggunakan teks untuk C. Sukan

meyampaikan maklumat D. Dokumentari
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

SOALAN 9 : SOALAN 10 :

Mode apakah yang Apakah perisian computer yang
digunakan pada kamera jika sesuai digunakan untuk
di bawah terik matahari? mengedit foto?
A. HDR
B. DSLR A. Excel
C. AUTO
D. BULB B. Auto cad

C. Adobe acrobat

D. Adobe photoshop


Click to View FlipBook Version