The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Farisha Aliah Fadli, 2023-11-23 11:33:42

Cukai Harta anyflip

Cukai Harta anyflip

CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT


@ CUKAI HARTA/CUKAI PINTU CUKAI TAKSIRAN


JENIS HARTA BERCUKAI AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 AKTA 171 PERUMAHAN Rumah Teres / Rumah Berkembar / Rumah Sesebuah / Apartment dll PERDAGANGAN Kedai / Hotel / Pawagam / Klinik dll PERINDUSTRIAN Kilang Teres / Kilang Sesebuah / Kilang Berkembar dll PERTANIAN / TANAH KOSONG Ladang / Kebun / Lot Kediaman dll


PERKAWASAN DI MPBP MUKIM – MUKIM TERLIBAT MUKIM PESERAI MUKIM KAMPUNG BARU MUKIM SUNGAI KLUANG MUKIM SUNGAI PUNGGUR MUKIM SIMPANG KANAN MUKIM MINYAK BEKU MUKIM SRI GADING MUKIM LUBOK MUKIM SIMPANG KIRI MUKIM LINAU MUKIM BAGAN


MENGAPA PERLU BAYAR CUKAI HARTA TUJUAN PEMBAYARAN CUKAI UNTUK KESELESAAN & KEMUDAHAN Kutipan sampah, Pembersihan Longkang, Lampu Jalan, Potong Rumput dll KERJA PENTADBIRAN, PERANCANGAN, PENYELENGGARAAN Baik Pulih bangunan Taman Awam, Taman Permainan dll PENGGERAK SOSIOEKONOMI Aktiviti kemasyarakatan, Gerak Mesra


PENGELUARAN BIL CUKAI HARTA BIL CUKAI HARTA DIKELUARKAN & PERLU DIJELASKAN 2 KALI SETAHUN PENGGAL PENGGAL 1 PENGGAL 2 TEMPOH PENGGAL JANUARI ~ JUN JULAI ~ DISEMBER TEMPOH BAYARAN 1 JAN ~ 28 FEB 1 JULAI ~ 30 OGOS


KESAN TIDAK BAYAR CUKAI HARTA NOTIS PERINGATAN KETIDAK PATUHAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN


TERIMAAN BIL CUKAI BIL DIHANTAR KE ALAMAT HARTA ATAU ALAMAT SEPERTI YANG DIDAFTARKAN PEMILIK ( PEMAJU ATAU PEMILIK TERDAHULU ) BELUM SURAT MENYURAT Sekiranya anda tidak menerima Bil Cukai Harta, anda boleh membuat semakan di semua kaunter bayaran milik MPBP. Bagi alamat surat-menyurat Bil Cukai Harta yang berbeza dengan alamat penginapan anda, sila hadir ke Jabatan Penilaian, Menara MPBP bagi tindakan kemaskini alamat surat menyurat anda.


KAEDAH BAYARAN CUKAI HARTA TUNAI / DEBIT / KREDIT ATAU SECARA ATAS TALIAN TUNAI / DEBIT / KREDIT SECARA ATAS TALIAN JOMPAY [Biller Code 75648 ] JOHORPay Maybank CIMB clicks HSBC Pos Online Bank Rakyat Bank Simpanan Nasional Ambank Pejabat Menara MPBP Pejabat MPBP Cawangan Parit Raja Pejabat MPBP Cawangan Tongkang Pechah Pejabat MPBP Cawangan Rengit Pejabat MPBP Cawangan Senggarang * NOTA Bayaran secara cek hendaklah di atas nama “ Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Batu Pahat”


PERMOHONAN PINDAH MILIK PERMOHONAN PERTUKARAN NAMA PEMILIK HARTA SEPERTI DALAM BIL CUKAI Tujuan pindah milik nama kerana urusan jual beli LAMPIRAN DOKUMEN UNTUK PINDAH MILIK Kad Pengenalan setiap pemilik Salinan Hakmilik Bil Cukai Harta tanpa tunggakan Perjanjian JualBeli/Borang 14A * NOTA Bayaran Pendaftaran RM50 bagi 1 transaksi Tujuan pindah milik nama kerana kematian atau warisan harta


TANGGUNGJAWAB PEMILIK HARTA TINDAKAN DAN INGATAN MESRA PEMILIK HARTA BERCUKAI DI MPBP o Membayar Cukai Harta sebelum tarikh akhir pembayaran; o Menyemak di pejabat MPBP sama ada harta tanah anda sudah dikenakan Cukai Harta atau belum; o Memberitahu pihak MPBP jika terdapat pertukaran alamat surat-menyurat; o Memaklumkan jika terdapat pertukaran hakmilik dengan membuat permohonan pendaftaran Pindahmilik (Borang i/j). o Hadir di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang tunggakan Cukai Harta (sekiranya ada) kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku; o Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan anda telah diubahsuai atau dirobohkan; o Memberi kerjasama kepada anggota Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan Cukai Harta; o Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan; o Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis; o Menyemak Bil Cukai Harta di Kaunter Majlis Perbandaran Batu Pahat.


SOALAN LAZIM Saya sudah membayar cukai tanah, adakah saya perlu membayarcukai taksiran? Ya perlu. Cukai tanah dan cukai taksiran adalah cukaiyang berbeza yang perlu dijlelaskan oleh setiap pemilik harta. Apakah perbezaan cukai pintu dan cukai taksiran/cukai harta? Tiada perbezaan. Perbezaan istilah ini membawa maksud yang sama dengan meletakan cukai taksiran sebagai istilah yang tepat untuk rujukan. Saya memiliki rumah di daerah Batu Pahat, bagaimana untuk mengetahui cukai taksiran sudah dikenakan? Pemilik dinasihatkan untuk menghubungi pihak MPBP untuk membuat semakan dengan menyatakan alamat lengkap harta pemilik. Bila harus saya membayar cukai taksiran? Bilcukai akan dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada awal januari dan awal julai setiap tahun. Pemilik dikehendaki membuat bayaran selewatnya pada 28 Februari dan 30 ogos setiap tahun.


SOALAN LAZIM Apakah kesan sekiranya saya tidak menjelaskan cukai harta pada tempoh yang ditetapkan? Pemilik akan menerima notis dengan bayaran denda kerana tidak membuat bayaran pada waktu yang ditetapkan. Saya tidak menerima sebarang bil sehingga hujung februari atau ogos, apakah yang perlu saya lakukan? Pemilik dinasihatkan untuk menghubungi MPBP untuk membuat semakan, atau datang terus ke kaunter bayaran MPBP. Saya memiliki sebuah rumah di daerah Batu Pahat dan beralamat di mukim Tanjung Sembrong, di manakah semakan cukai harta boleh dibuat? Daerah Batu Pahat mempunyai 2 Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) iaitu MPBP dan MDYP. Mukim Tanjung Sembrong terletak dibawah MDYP. Pemilik dikehendaki menghubungi Majlis Daerah Yong Peng untuk semakan. Mengapa rumah saya dinilai rendah dari harga pasaran/harga beli semasa seperti yang tercatat di bil cukai? Penilaian hartanah pemilik adalah bagi tujuan cukai harta dan ianya dinilai mengikut aras nilaian tahun tahun sebelumnya .


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version