DARI ZAMAN PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA. TUGASAN: E-PORTFOLIO KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PENSYARAH: PUAN FARIDAH BINTI MOHAMAD SAAD
MAKLUMAT DIRI PELAJAR NAMA : NUR ZAHIDAH BINTI AHMAD RAMADAN KUMPULAN : PPISMP BM 1 NO. KAD PENGENALAN : 050209010660 NO.MATRIK : P23160628 IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
NO TAJUK 1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA 3.0 CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA ISI KANDUNGAN
Pramerdeka ZAMAN Zaman Pramerdeka adalah zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan iaitu sebelum 31 Ogos 1957. Zaman Pramerdeka dikategorikan dalam dua peringkat iaitu : - Bermula pada tahun 1400 sehingga 1786 Masihi. i) Zaman sebelum Kolonialisme - Bermula pada tahun 1950 sehingga 1957 Masihi. ii) Zaman Kolonialisme
Tulisan rencong merupakan tulisan terawal di Alam Melayu yang banyak digunakan di Sumatera Selatan, iaitu di Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jampi serta Minagkabau. Digunakan secara rasmi pada tahun 682 Masihi hingga sekitar 1500 Masihi dan tulisan ini pupus pada abad ke-18. Terdapat percanggahan pendapat mengenai usia sebenar tulisan ini dengan tulisan Pallava disebabkan tiada bukti yang mana satu tulisan digunakan dahulu. Perkara ini menyebakan ketiadaan bukti yang menunjukkan tulisan Rencong sudah digunakan sebelum kedatangan orang India ke Tanah Melayu yang memperkenalkan tulisan Pallava. TULISAN RENCONG SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Bukti penemuan tulisan Rencong Bukti awal penemuan tulisan Recong yang ditemui berasal daripada abad ke-12. Tulisan Rencong banyak ditemui di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu bersurat. Tulisan Rencong ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka Barat. Tulisan ini kekal hingga abad ke-18, iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia. TULISAN RENCONG SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Tulisan Pallava berasal daripada India dan merupakan tulisan yang paling awal digunakan dalam bahasa Melayu Kuno. Menurut Nik Safiah Karim (2010), tulisan Pallava dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang. Pada waktu itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar kebanyakan membaca dan menulis. Penemuan terawal tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1897.Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta. TULISAN PALLAVA SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Palli. Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa orang-orang India dari Coromandel.Pada waktu itu, tulisan kawi ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa.Pada peringkat awal. tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Menurut Nik Safiah (2010), terdapat banyak bahasa daerah diturunkan seperti Batak, Rejang, Lampung, Kerinci dan lain-lain. Setelah runtuhnya kerajaan Majapahit, tulisan Kawi ini dikatakan lenyap pada tahun 1400 Masihi. Tulisan ini juga dikatakan merupakan tulisan yang terawal dalam di Kepulauan Melayu. Hal ini kerana, tulisan ini telah wujud pada pada abad ke-8 Masihi dan digunakan oleh Kerajaan Singhasari di Jawa Timur sahaja. TULISAN KAWI SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Penemuan tulisan Kawi adalah pada 1179 Mashi iaitu tertulis dalam bahasa Melayu Kuno di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara. Terdapat juga penemuan di Padang Lawas, Tapanuli Sumatera Utara pada 1213 Masihi yang bersifat dwibahasa iaitu Melayu Tua dan Tamil. TULISAN KAWI SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Tulisan jawi merupakan tulisan Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu.Istilah jawi ini berasal daripada Bahasa Arab dan merupakan adjektif kepada kata nama Arab iaitu “Jawah”.Perkataan “Jawah” merujuk kepada nama daerah di Asia Tenggara bagi orang Arab manakala perkataan Jawi pula merujuk kepada nama bagi penduduk-penduduknya. Istilah jawah atau jawi bukan sahaja merujuk kepada Pulau Jawa dan orang Jawa bahkan merujuk kepada seluruh daerah di Asia Tenggara. Sejak kemunculan Islam pada abad ke-10, tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu melalaui aktiviti perdagangan. Menurut Hashim Musa (2003), tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.Skrip Arab tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabang Semitik Utara. Perkembangan tulisan Jawi selari dengan penyebaran agama Islam yang merupakan pengangan orang Melayu di Nusantara. Terdapat suku kaum Melayu yang lain seperti Campa di Indochina,Pattani di selatan Thailand, Jawa, Bangal, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan sebagainya yang menggunakan tulisan Jawi. TULISAN JAWI SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
BUKTI PENEMUAN TULISAN JAWI : Pada tahun 1899 Masihi, sebuah batu bersurat telah ditemui di Sungai Tersesat iaitu kira-kira 32 Kilometer dari Sungai Teengganu.Pada batu bersurat itu terpahat huruf Arab - Melayu. Huruf yang terletak pada batu itu dianggap sebagai tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu bertarikh pada 22 Februari 1303 Masihi. Kandungan yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut ialah berkenaan tentang sepuluh fasal “syarat undang-undang”. Catatan yang terpahat pada batu itu menerangkan agama Islam dan undang-undang sebagai seorang Raja. TULISAN JAWI SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
SISTEM EJAAN ZA’BA Pada tahun 1933, Za’ba telah menghasilkan sistem ejaan rumi bahasa Melayu dan tulisan beliau telah disiarkan dalam Daftar Ejaan Melayu JawiRumi 1949. Terdapat beberapa kelemahan yang terkandung dalam ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini, maka sistem ejaan Rumi Za’ba dihasilkan untuk membaiki sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu. Antara perbaharuan yang terkandung dalam ejaan Za’ba ialah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar.Huruf saksi merupakan huruf vokal yang terdiri daripada huruf a,e,i,o,u dan huruf benar pula merupakan huruf konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
SISTEM EJAAN ZA’BA PERATURAN SISTEM EJAAN ZA’BA Terdapat 40 peraturan yang terkandung dalam Sistem Ejaan Za’ba. Huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup,maka vokal e akan digunakan dan bukan vokal i pada suka kata tersebut. Contohnya, aieh,leteh,sireh,tueh,balek, batek,chantek. Sesuatu perkataan perlu dieja dengan dua ‘g’ dalam tulisan rumi apabila terdapat hurug “nga” dan “ga” yang berterusan dalam tulisan jawi. Contohnya, langgar,hinggap,manggis, tenggelam Perkataan yang dipinjam daripada bahasa inggeris yang sudah berlaku penyerapan sepenuhnya dengan bunyi Melayu dieja mengikut sebutan Melayu. Contohnya, saman,repot,rasip,geran.
SISTEM EJAAN Rumi kongres Ejaan Rumi Kongres telah diwujudkan selepas Ejaan Rumi Za’ba. Ejaan Rumi Kongres merupakan hasil daripada salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16 hingga 21 September 1956. Sidang tersebut telah membentangkan tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Melalui kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi. Namun penggunaan sistem ini tidak dapat digunakan secara meluas disebakan terdapat kesukaran dalam membezakan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam mesin taip atau alat pencetak.
Tanda sempang telah dihapuskan kecuali untuk tiga tempat iaitu kata ganda, kata majmuk, dan digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat ditulis kerana kehabisan halaman sebelumnya. Imbuhan di-,ke-,ter-, -kan, -an,dan partikel -lah,- tah,-kah, akan dicantumkan kata dasar tanpa menggunakan tanda sempang. Dari aspek huruf konsonan, dapat dihasilkan daripada bantuan vokal rumi asli yang terdapat dalam sistem ejaan yang berjumlah 17.Konsonan yang dimaksudkan ialah b,c,d,f,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,w. Mankala konsonan g,v,x,z tergolong dalam huruf pinjaman konsonan kerana hanya digunakan ketika mengeja kata pinjaman. Menggunakan sistem fonologi atau fonetik iaitu yang melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. SISTEM EJAAN Rumi kongres PRINSIP EJAAN
Sistem ejaan bahasa Melayu baharu yang diselaras dengan sistem ejaan Indonesia menggunakan 26 abjad abjad Rumi. Penulisan kata : Penerapan Unsur Serapan : Perkataan yang terbentuk hasil daripada penyerapan bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan sebagainya. 1) Kata Dasar : Bentuk kata yang boleh berdiri sendiri tidur, makan, dan mandi. 2) Bentuk gandaan : Mempunyai tanda sempang dan mengulangi kata dasar seperti rumah-rumah, rama-rama dan sekolah-sekolah. 1) Ng kekal dalam ejaan seperti congres menjadi kongres. 2) Ph menjadi f seperti physiology menjadi fisiologi. 3)Th menjadi t seperti theory menjadi teori, 4)Q menjadi k seperti seperti aquarium menjadi akuarium. Pedoman ejaan rumi bahasa melayu huruf
PramerdekaSUMBANGAN TOKOH
ABDULLAH MUNSYI Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi Dilahirkan pada bulan Ogos 1796 di Kampung Pali,Melaka. Mendapat gelaran Munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajarkan pendidikan agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka. Tokoh bahasa Melayu Moden tersohor pada abad ke-20. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Penulisan beliau tentang sejarah Singapura telah menjadi rujukan para pengkaji sejarah Tanah Melayu berkaitan penduduk British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Karya-karya beliau memperlihatkan pembaharuan dari segi pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu Moden. Beliau telah mengarang Hikayat Abdullah pada tahun 1849 yang merupakan hikayat yang ada pengarang kerana sebelum ini hikayat-hikayat Melayu tidak ada pengarangnya. Hikayat Abdullah Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah Syair Singapura Terbakar Hikayat Kalilah dan Daminah. Antara karya yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi: TOKOH TEMPATAN
RAJA ALI HAJI Raja Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad Keturunan bangsawan Bugis Dilahirkan di Pulau Penyengat pada tahun 1808, iaitu sebuah pulau yang terletak dalam Kepulauan Riau. Beliau berbakat dalam bidang persuratan Melayu. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Karya Kitab Pengetahuan Bhasa yang dihasilkan merupakan usaha pertama orang Melayu dalam penyusunan Kamus. Raja Ali Haji dianggap sebagai tokoh bahasa yang penting kerana karya-karya beliau meletakkan asas pembinaan dan pembakuan bahasa Melayu. Dianggap sebagai pencatat sejarah Nusantara yang pertama. Karya Tuhfaz al-Nafis dapat mengangkat keturunan Bugis yang telah menyelamatkan Kesulatanan Melayu Johor-Riau selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kitab Bustanul Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Kitab Salasilah Melayu dan Bugis Tuhfat Al-Nafis Syair Taman Permata Guridam Dua Belas Syair Siti Sainah Antara karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji :
Mohd.Said Sulaiman Mejar Dato’ Haji Mohd. Said Haji Sulaiman. Dilahirkan pada 7 Oktober 1876 di Teluk Belanga, Singapura. Beliau belajar di Sekolah Melayu Teluk Belanga dan mengaji al-Quran selepas waktu sekolah. Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Inggeris Raffles sehingga darjah lima. Pernah tinggal di Makkah dan seterusnya menyambung pelajaran semula sehingga Darjah Enam. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Menghasilkan lebih daripada 60 karya persuratan dan kesusasteraan Melayu. Menghidupkan semula PBmPB atau pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa. Meluaskan lagi keahlian PBmPB Diraja Johor sehingga Negeri Sembilan,Perak,Singapura dan Kelantan. Beliau merupakan tokoh persuratan Melayu Johor Moden kerana sumbangannya sebagai teraju penting dalam Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan). Syair Melayu Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia Tawarikh England Hikayat Johor Pohon Agama Hikayat Queen Victoria Manual of the Malay Language Antara karya yang dihasilkan oleh Mohd. Said Sulaiman :
ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA’BA) Zainal Abidin Bin Ahmad Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,Bukit Kikir,Jempol, Negeri Sembilan. Bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berusia 12 tahun. Bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjutan. Berjaya menamatkan pelajarannya di Senior Cambridge. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Merupakan tokoh bahasa yang memberikan sumbangan yang amat menonjol dalam bidang kebahasaan terutamanya tatabahasa. Memberikan sumbangan menerusi jawatan yang dipegang, iaitu Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau turut menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Singapura. Memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940) Pelita Bahasa Penggal Kedua (1946) Pelita Bahasa Penggal Ketiga (1949) Kitab Ilmu Bahasa Melayu Kitab Rahsia Ejaan Jawi Ilmu mengarang Melayu Antara karya yang dihasilkan oleh Za’ba ialah :
WILIAM MARSDEN Nama penuh beliau ialah William Marsden. Dilahirkan pada 16 November 1754 di Verval, Ireland. Berkhidmat sebagai pegawai British di Bengkulu, Sumatera Barat sehingga tahun 1779. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Beliau merupakan orang pertama yang menemukan dan menyenaraikan kosa kata bahasa-bahasa dari Madagaskar di Lautan Hindi hingga Marquesas di Lautan Pasifik. Sarjana Inggeris yang banyak melakukan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Karya-karya beliau banyak memberikan sumbangan yang sangat bernilai dalam proses pembakuan bahasa Melayu. History of Sumatera A Grammar of The Malayan Language A Dictionary of the Malayan Language. Antara karya yang dihasilkan oleh Wiliam Marsden ialah : TOKOH ASING
R.O WINSTEDT Nama penuh beliau ialah Richard Olaf Winstedt. Dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Oxford, England. Ayah beliau berbangsa Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford. Menerima Doctor of Letters pada tahun 1920. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu tambahan dia sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Sumbangan dalam bidang bahasa R.o Winstedt telah menghasilkan dua buah kamus iaitu A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952) dan An Unabridged English Dictionary (1958). Beliau turut menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan dua buah buku iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah. Beliau ditugaskan untuk meneliti dan membuat kaji selidik tentang pendidikan vernakular dan menyediakan satu laporan bagi perkembangan pendidikan Melayu. Hasil laporan tersebut dapat menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim. Malay Grammar A History of Classical Malay Literature A Practical Modern Malay-English Dictionary (1952) An Unabridged English Dictionary (1958). Antara karya yang dihasilkan oleh R.O Winstedt ialah :
O.T DUSSEK Nama penuh beliau ialah Oman Theodore Dussek. Berketurunan Jerman. Dilahirkan di Surrey, England pada 16 November 1886. Ditugaskan sebagai guru di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1912 di Eastbourne College, University of London. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Kitab Pelita Mengarang (1923) Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 (1926) Topeng Hitam (1934) Practical Modern Malay: An Introduction to The Colloquial Language Graduated Malay Reader (1949). Antara karya yang dihasilkan oleh O.T Dussek ialah : Beliau berusaha untuk memajukan pendidikan di Sekolah Melayu. Meningkatkan pelbagai bidang ilmu dalam Bahasa Melayu melalui Pejabat Karang Mengarang. Usaha beliau menyebabkan Pejabat Karang Mengarang menerbitkan buku-buku rujukan untuk sekolah. Menggalakkan guru dan golongan penulis agar menghasilkan karya dalam bahasa Melayu.
Pejabat Karang Mengarang telah ditubuhkan pada tahun 1923. Terletak di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pertubuhan dicadangkan oleh Zainal Abidin bin Ahmad/Za’ba dan O.T Dussek. Matlamat pejabat karang mengarang terbahagi kepada dua iaitu : Matlamat jangka panjang Matlamat jangka pendek Mengeluarkan jurna-jurnal bergambar,mengadakan perpustakaan, bergerak ke kawasan luar bandar dan memberi latihan kepada penterjemah baharu. Menghasilkan buku-buku sekolah Bahasa Melayu dan mengeluarkan bahan bacaan kepada masyarakat.
Peranan Pejabat Karang Mengarang Mengeluarakan banyak penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemah oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan. Menerbitkan hasil penyelidikan akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya. Mengadakan bengkelbengkel penulisan dan kursus penterjemahan kepada masyarakat.
Sumbangan Pejabat Karang Mengarang Pada tahun 1941, sebanyak 85 judul buku teks sekolah diterbitkan. Antara penterjemah yang terlibat seperti Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasarudin. Contoh buku yang diterbitkan adalah seperti buku Sherlock Holmes,Sang Lomeri dan Aladin dengan lampu ajaib. Pada tahun 1957, sebanyak 64 buku terjemahan diterbitkan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum.
Ditubuhkan pada tahun 1888. Ditubuhkan di Johor Bahru, Johor. Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Pada akhir abad ke-19,pakatan kurang mendapat sambutan orang ramai serta menghadapi masalah kewangan. Pada 14 April 1935, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim memberi gelaran “Diraja” kepada pertubuhan tersebut. Nama pertubuhan diperbaharui menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD).
Memelihara dan memodenkan bahasa Melayu. Menghasilkan dan mencipta perkataan baharu. Menubuhkan perpustakaan kepada masyarakat. Memelihara dan menjaga tulisan Jawi. Menstandardkan perkataan dan ejaan. Berjaya menerbitkan 34 buah buku. 16 daripada 34 buah buku adalah ilmu bahasa Melayu.Contohnya, bidang perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata. 18 daripada 34 buah buku adalah berkaitan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan, dan maklumat berkaitan PBmPBD.
Ditubuhkan pada 16 Ogos 1950 di Singapura. Penubuhan yang strategik kerana selepas Perang Dunia Kedua,Singapura merupakan pusat bagi persuratkhabaran dan pelbagai penerbitan. Persatuan ini dirancang satu angkatan penulis generasi muda iaitu : Angakatan sasterawan 50 (asas 50) Tongkat Warrant KERIS MAS A.SAMAD ISMAIL MASURI S.N. ASRAF
TUJUAN ASAS 50 Bagi mengembangkan dan memperluaskan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Untuk memajukan dan meningkatkan pendidikan orang Melayu. Bentuk perjuangan orang Melayu mencapai kemerdekaan. Pelaksanaan pembaharuan dalam bidang kesusasteraan. Menjaga dan melindungi hak-hak para penulis dan pengarang.
MATLAMAT ASAS 50 Ingin mengubah, mencipta, dan menghasilkan perkataan-perkataan baharu untuk memperkaya dan memajukan sastera dan bahasa. Memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera agar dapat meningkatkan taraf bahasa Melayu. SUMBANGAN Penulisan ASAS 50 menghasilkan kritikan sastera iaitu dengan memperjuangkan slogan “Seni Untuk Masyarakat”. Menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Penulisan ASAS 50 menghasilkan buku sastera berkaitan kemiskinan dan ketidakadilan sosial.
Pascamerdeka ZAMAN Zaman pascamerdeka merupakan era selepas merdeka atau dipanggil pascamerdeka bermula 31 Ogos 1957 hingga tahun 1967. Pada ketika itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
Bagi menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Dipengerusikan oleh L.J. Barnes dan ditubuhkan untuk memperbaik dan mengkaji pendidikan orang Melayu. Cadangan Laporan Barnes : i) Menubuhkan sekolah dwibahasa manakala bahasa pengantar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ii) Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu. iii) Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu. iv)Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Laporan Barnes 1951
Sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes (1950). Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Laporan ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai semula Laporan Barnes (1950). Laporan FENN-WU (1951) Cadangan Laporan Fenn-Wu i) Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan. ii) Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan. iii)Sekolah-sekolah vokasional dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu.
Merupakan sebuah laporan jawatankuasa. Ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu. Bertujuan untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan laporan Fenn-Wu (1951). ORDINAN PELAJARAN (1952) Cadangan Ordinan Pelajaran (1952) i) Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. ii)Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. iii)Bahasa Cina dan Tamil hanya diajar sebagai bahasa ketiga.
Cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956. Bagi usaha membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaiitu Tun Abdul Razak. Matlamatnya adalah untuk membentuk semula sistem Pendidikan di Tanah Melayu . Penyata razak (1956) 1) Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. 2) Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 4) Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar. 5) Sekolah-seolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6) Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7) Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Cadangan Penyata Razak (1956)
PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Diluluskan pada tahun 1959 oleh Parlimen yang pada awalnya dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Lembaga Pengelola Dewan dan Pustaka ditubuhkan untuk melaksanakan dasar bagi mencapai matlamat DBP untuk membangunkan bahasa dan sastera di Malaysia. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 hanya digunakan di bahagian Malaysia Barat. Pada tahun 1973, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka telah disemak dan dipanggil Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 Tujuan penyemakan adalah untuk memantapkan bahasa kebangsaan dalam semua bidang. AKTA BAHASA KEBANGSAAN (1963/1967) AKTA HASUTAN (1970) Lanjutan dan pembaharuan daripada akta Pendidikan 1961. Bertujuan untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara bagi memenuhi cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia. Kandungan akta tersebut ialah peraturan pendidikan,sistem pendidikan kebangsaan,pendidikan khas,bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,pengajaran agama Islam,sekolah,kurikulum Kebangsaan digunakan untuk semua sekolah,pengajaran agama selain daripada agama Islam. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan perlu ditulis mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen. Bahasa Melayu merupakan medium untuk melahirkan perpaduan dalam kalangan warganegara. Kedudukan bahasa Melayu merupakan isu yang sensitif dan tidak boleh dibahaskan di tempat yang terbuka. Penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) AkTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 Dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun yang bermatlamat pada tahun 1959. Peranan DBP ialah : Bertanggungjawab dalam mengembangkan bakat dalam bidang sastera terutamanya bahasa Melayu. Melaksanakan tanggungjawab dalam urusan mencetak,menerbit,serta membantu dalam proses penerbitan. Menyeragamkan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih meluas. Akta ini terbentuk daripada gabungan beberapa buah akta iaitu akta 1963 dan akta 1967 Pada 1 julai 1963, akta ini diluluskan tetapi dipinda pada tahun 1983 Seksyen yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 : Seksyen 2 : Bahasa kebangsaan merupakan bahasa rasmi Seksyen 9 : Tulisan rasmi ialah tulisan rumi tetapi penggunaan tulisan Jawi masih dibenarkan Seksyen 11 : Terjemahan borang dalam bahasa Melayu boleh digunakan. AKTA PENDIDIKAN (1996) Undang-undang yang diisytiharkan di Malaysia untuk menghalang perbincangan yang didakwa berunsur hasutan . Rang undang-undang telah digubal pada tahun 1948 oleh penjajah British namun dipinda pada tahun 1970 . Kenyataan yang dibuat rang undangundang itu mempunyai kecenderungan untuk menghasut iaitu merupakan kesalahan jenayah.
PascamerdekaSUMBANGAN TOKOH
ASMAH HAJI OMAR Prof. Emeritus Dato’ Dr.Hajah Asmah Haji Omar. Dilahirkan pada 5 Mac 1940di Jitra Kedah. Beliau merupakan lulusan sarjana muda bahasa dan Kesusasteraan Indonesia. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Pengarah dan penyandang pertama kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu di Universiti Sultan Idris ,Tanjung Malim,Perak (Disember 2001 hingga Ogos 2005). Beliau telah menerbitkan buku-buku dalam bidang tatabahasa yang dijadikan sebagai rujukan pada masa kini. Beliau juga telah menerbitkan buku tentang perkembangan sejarah dan genealogi bahasa Melayu sebagai bahasa Tua. Nahu Melayu Mutakhir Bahasa Malaysia Saintifik Essay On Malaysian Lingustics Ensiklopedia Bahasa Melayu. Nahu Kemas Kini : Pedoman Bahasa Yang Baik dan Betul. Antara karya penulisan yang diterbitkan :
NIK SAFIAH KARIM Prof Emeritus Datuk Doktor Nik Safiah Karim. Dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu,Kelantan. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Menghasilkan tidak kurang 30 buah buku rujukan tentang bahasa Melayu dan menjadi rujukan sehingga kini. Beliau banyak mencurahkan bakti sehingga mendapat pengiktirafan merentas negara. Berkhidmat untuk menghasilkan buku-buku teks di Singapura dan Brunei. Beliau telah menjadi salah seorang pensyarah di Universiti Malaya selama hampir 10 tahun. Menerbitkan buku tatabahasa Dewan iaitu merupakan karya pertama beliau. Antara penulisan buku tatabahasa beliau ialah: 1) Tatabahasa Dewan Jilid 1 bersama 3 penulis lain. 2)Tatabahasa Dewan Jilid 2 bersama 3 penulis lain.
HASSAN AHMAD Dato’ Dr Hassan Ahmad Dilahirkan pada 8 Disember 1936 di Muar, Johor. Meninggal dunia pada 31 Ogos 2011. Beliau mendapat kelulusan Ijazah Kedoktoran Sains Sosial dari Universiti Leiden,Belanda. BIODATA SUMBANGAN HASIL KARYA Menjadi ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) pada tahun 1966 sehingga 1967. Menjadi Pengerusi Majlis Bahasa Malaysia dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Bahasa Malaysia/Indonesia. Banyak menegemukakan kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Syair (1984) Ke luar Jendela (2009) Bahasa sastera Buku : Cetusan Fikiran Hassan Ahmad (1988) Setia dan Cinta Pada Negara Antara karya yang diterbitkan :
Malaysia BAHASA MELAYU DI CABARAN KEDUDUKAN
Persaingan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan antara cabaran kedudukan bahasa Melayu di negara Malaysia. Bahasa inggeris telah melenyapkan martabat Bahasa Melayu tetapi agak sukar untuk tidak menggunakan bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu dan komunikasi sejak dahulu lagi. Menurut Murni (2014), menyatakan bahawa penjajah telah menyebabkan kemerosotan status bahasa Melayu sebagai Lingua franca wilayah ini sebagai bahasa rasmi kerajaan dan bahasa dalam sisten pendidikan. Hal ini memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu berkurung secara drastik kerana telah diambil alih oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu perlulah ditekankan agar kepentingan dan nilai bahasa Melayu dapat dipelihara martabatnya. Penggunaan bahasa rojak merupakan cabaran terbesar dalam kedudukan bahasa Melayu di Malaysia. Bahasa rojak ialah suatu percakapan yang mentakrifkan amalan beralih kod atau lebih difahami apabila seseorang mencampurkan bahasa lain dan bahasa Melayu dalam pertuturan. Contoh bahasa rojak ialah "You nak ke mana? ". Dalam ayat tersebut dapat dilihat percampuran bahasa Inggeris dan bahaa Melayu. Namun, penggunaan bahasa rojak ini telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Oleh itu, masyarakat hendaklah cakna dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul supaya martabat Bahasa Melayu tidak terjejas dan dipandang enteng oleh negara lain.
Pada zaman yang modern kini, penggunaan aplikasi moden menjadi platform kepada semua orang untuk menulis apa-apa sahaja seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya. Ilmu-ilmu komunikasi telah dipengaruhi oleh peningkatan teknologi dan perubahan zaman yang semakin maju dan pesat. Menurut Hidayah et.al, menyatakan bahawa pada zaman teknologi kini, penggunaan media baharu menjadi satu kepentingan dalam memudahkan kerja-kerja seharian. Penggunaan media baharu tetap mempunyai fungsi yang sama dengan media tradisional untuk memberikan maklumat kepada pengguna. Namun begitu, bahasa Melayu terpaksa menghadapi cabaran apabila terdapat penyalahgunaan bahasa di dalam mesej dan media sosial sehingga menyebabkan kemerosotan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Negara Malaysia mempunyai pelbagai dialek mengikut sesuatu kawasan seperti dialek Kelantan, dialek Kedah, dialek Terengganu dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), dialek yang digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Penggunaan dialek dapat dibezakan dari segi sebutan,kosa kata, tatabahasa, ganti nama diri dan gaya lagu bahasa. Masyarakat Malaysia sering menggunakan dialek masing-masing ketika bertutur tidak kira dalam apa-apa situasi seperti perhubungan kekeluargaan atau perhubungan harian. Penggunaan dialek juga banyak digunakan dalam kalangan pelajar mahupun pendidik ketika di sekolah. Penggunaan dialek di kalangan pelajar sekolah menyebabkan pencapaian Bahasa Melayu murid merosot disebabkan tidak menggunakan sebutan yang tepat dan betul dalam mengikut konteks bahasa Melayu.
Abdullah Hassan (1980), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti Sdn.Bhd Afifah Syahirah Ismail (2021), Perkembanagan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka https://anyflip.com/zhveb/jicm/basic Hashim Musa (2006), Sejarah Perkembanagan Tulisan Jawi, Dawama Sdn.Bhd. Ismail Dahaman (2006), Ejaan Rumi Sepanjang Zaman, Dawama Sdn.Bhd Nisa Qistina Mohd Ezral (2021), Sejarah perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu,sejarah perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka serta cabaran dan masa depan bahasa Melayu. https://anyflip.com/bcstn/fkls/basic Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin (2004), Bahasa Melayu STPM, Fajar Bakti Sdn.Bhd Nursyahira Muhammad Rodhi (2021), Isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan peringkat antarabangsa. https://issuu.com/syahirarodhi/docs/kerja_kursus_sejarah_perkembang an_bahasa_melayu_tu Shamsul Aizuwan Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff (2023), Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Global Mediastreet Sdn.Bhd.