The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Sejarah 2021 oleh Aishah, 5B.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mia.syahirah89, 2021-10-08 06:34:12

Pendeta Za'ba

Pertandingan Buku Skrap Sejarah 2021 oleh Aishah, 5B.

ZAINAL ABIDIN BIN
AHMAD

PENDETA ZA'BA

ISI KANDUNGAN 2
3
Maklumat Murid 4
Pengenalan 5
Biodata Diri 8
Pendidikan 9
Kerjaya 11
Sumbangan 13
Karya 15
Senarai Penulisan Karya
Sumber Rujukan

MAKLUMAT MURID

NAMA MURID :
AISYAH HUMAIRA BINTI AHMAD NORAZLAN

KELAS : 5 BESTARI
SEJARAH TAHUN 5

NAMA GURU : PN. NORAZIDAH NASURDIN

PENGENALAN

Begitu sinonim dengan ungkapan “Pelita Yang Tak Pernah
Padam”, beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang
begitu dikenali sehingga digelar seorang pendeta.
Pendeta Za’ba memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa terulung negara semasa pemerintahan British

walau mendapat tentangan. Beliau telah menulis begitu
banyak buku Bahasa Melayu yang menjadi rujukan para
pendidik dan juga pelajar.

BIODATA PENDETA ZA’BA,
TOKOH ILMUAN BAHASA MELAYU

Bapa Za’ba bernama Ahmad, berketurunan Bugis, serta

berasal dari Linggi. Ibu Za'ba pula bernama Intan binti
Awaluddin yang berasal dari Batu Kikir. Zainal Abidin
Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba telah dilahirkan di
Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri
Sembilan pada tahun 16 September 1895.

PENDIDIKAN Za’ba telah mendapat
pendidikan awal di
sebuah Sekolah Melayu
Batu Kikir di Linggi,
Negeri Sembilan pada
usia 12 tahun. Beliau
merupakan pelajar yang
bijak membaca, menulis
rumi dan jawi. Justeru,
Za’ba telah ditempatkan
di kelas darjah tiga
kerana kepintarannya.

PADA TAHUN 1909, BAPA BELIAU TELAH
MENGHANTAR KE SEKOLAH MELAYU

LINGGI BAGI MEMPELAJARI PENGAJIAN
ARAB SERTA ILMU FEKAH. BAPA ZA’BA
INGIN BELIAU MENJADI SEORANG ULAMA,
NAMUN ZA’BA MEMPUNYAI MINATNYA

TERSENDIRI.

Za’ba telah menyambung pengajian di Institusi St Paul, Seremban
pada tahun 1910 dan beliau merupakan pelajar Melayu pertama
yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge serta lulus
peperiksaan tersebut pada tahun 1915.
Semasa sedang menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of
Oriental and African Studies, Universiti London, Za’ba telah
berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah.
Pada tahun 1953, Za’ba telah berjaya meraih Sarjana Muda
Sastera dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

KERJAYA

Za’ba bermula sebagai guru sandaran di English College,
Johor Bahru pada pada tahun 1916. Beliau kemudiannya
telah bertukar kepada beberapa buah sekolah lain iaitu
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918), Jabatan Pendidikan
Kuala Lumpur (1923), Kolej Perguruan Sultan Idris
Tanjung Malim (1924), Jabatan Maklumat Singapura
(1939-1942), Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika,
Universiti London (1942-1951) dan Universiti Malaya,
Singapura (1954 – 1959).

SUMBANGAN

Zainal Abidin bin Ahmad telah diiktiraf dalam masyarakat dan
negara sebagai seorang tokoh cendekiawan yang berwibawa.
Beliau merupakan seorang pencetus dan pemikir dalam pelbagai
bidang seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Beliau
juga merupakan salah seorang cendekiawan yang mendukung
gerakan Islah suatu ketika dahulu. Dalam bidang politik pula,
beliau merupakan seorang penggerak aktif dalam menyatukan
bangsa Melayu serta menolak gagasan Malayan Union yang telah

dicadangkan oleh orang Inggeris.

Semasa menjadi guru sandaran pada
tahun 1916, Za’ba mula serius dalam
bidang penulisan. Beliau mula menulis
rencana bertajuk ‘Temasya Mandi Safar
di Tanjung Kling’. Rencananya ini telah
diterbit sebanyak dua kali oleh Utusan
Melayu. Za’ba begitu mahir
menggabungkan pelbagai aspek
penulisan dari segi Bahasa,
kesusasteraan, ekonomi, politik, agama
dan juga pendidikan semasa menulis.

KARYA

Karya beliau yang pertama ialah sebuah artikel yang bertajuk
Temasya Mandi Safar di Tg.Keling yang diterbitkan di Utusan Melayu. Karya
ini dihasilkan sewaktu beliau bertugas sebagai guru pelatih pada tahun 1916.
Beliau kerap menulis dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Melayu

dan Lembaga Melayu dengan menggunakan
nama pena Patriot.



Beliau juga bertanggungjawab menulis untuk majalah Pengasuh semasa di
Malay College Kuala Kangsar mengenai kepentingan ilmu pengetahuan untuk

kemajuan bangsa Melayu
dari tahun 1918 hingga tahun 1922.

Setahun kemudian, Za’ba menulis dalam The
Malay Mail pada 1 Disember 1923 tentang The

Poverty of the Malays dan juga tentang The
Salvation of the Malays pada 22 Disember
1923. Pada ketika ini, beliau bertugas di Kuala
Lumpur sebagai penterjemah dan pengarang

Melayu di pejabat Penolong Pengarah
Pelajaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

dan Negeri-Negeri Selat.

SENARAI PENULISAN KARYA ZA'BA

Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling
Ilmu Bahasa Melayu (1926)
Rahsia Ejaan Jawi (1929)
Umbi Kemajuan (1932)
Falsafah Takdir (1932)
Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan
dan Perusahaan Hamba (1934)
Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934)
Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938)
Siri Pelita Bahasa Melayu, Jilid I (1940), Jilid II (1946), Jilid III
(1949)
Asuhan Budi Menerusi Islam (1958)

BERITA HARIAN

14 MEI 2017

SUMBER RUJUKAN

BUKU
Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzli, Subramaniam
a/l Raman, 2019. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
INTERNET

https://www.upsipress.com.my/memoir-zaba

https://ilabur.com/biodata-pendeta-zaba/

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/05/282333/zaaba-pencetus-
kebangkitan-melayu

http://cikgu-girang.blogspot.com/2012/05/zainal-abidin-bin-ahmad-zaba.html


Click to View FlipBook Version