The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin MD Kuala Penyu Edisi Pertama 2023 yang akan dikeluarkan 3 kali setahun memaparkan bahan-bahan aktiviti MD Kuala Penyu dari masa ke semasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah, 2023-07-11 03:49:32

BULETIN MD KUALA PENYU EDISI PERTAMA 2023

Buletin MD Kuala Penyu Edisi Pertama 2023 yang akan dikeluarkan 3 kali setahun memaparkan bahan-bahan aktiviti MD Kuala Penyu dari masa ke semasa

Keywords: Buletin MD Kuala Penyu,Buletin Majlis Daerah Kuala Penyu

087-884248(P) / 884709(F) +6014-6604248 Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah, Malaysia https://mdkualapenyu.sabah.gov.my [email protected]


PENAUNG Yang Berbahagia En. Sebastian Ingkim PENASIHAT Yang Berbahagia En. John bin Genchit KETUA PENGARANG / EDITOR En. Mohd. Amin bin Mohd. Nassar JURULENSA Unit Media Bahagian/ Unit MD Kuala Penyu PERISTIWA PENTING 4 BULAN PERTAMA TAHUN 2023 16 – 20 JANUARI 2023 – KARNIVAL CNY MD KUALA PENYU 19 JANUARI 2023 – MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 19 JANUARI 2023 – PELANCARAN PETA DIGITAL PELANCONGAN 13 – 17 FEBRUARI 2023 – SUKAN KERAJAAN TEMPATAN SABAH KE-XIII 2023 22 FEBRUARI 2023 – MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MD KUALA PENYU 16 MAC 2023 – PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SIRI 3/2023 27 APRIL 2023 - PROGRAM RAKAN TAMAN KKTP & MD KUALA PENYU Perutusan Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri Sabah 1 Perutusan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri Sabah 2 Sebujur Sirih Pengerusi & Pegawai Eksekutif 3 Peristiwa Di Lensa 2023 4 Pengenalan 5 Karnival Chinese New Year (CNY) 2023 6 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 7 Pelancaran Peta Digital Pelancongan 8 Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Ke-XIII 2023 9 Majlis Angkat Sumpah Ahli MD Kuala Penyu 10 Acara & Program Tanggungjawab Sosial 11-13 Personaliti 14 Pencapaian & Anugerah 15 Dilensa Aktiviti 16 17-19 Dilensa Imbasan 2022 20 Sudut Kenal Bahasa PENERBIT & ALAMAT PENERBIT : Majlis Daerah Kuala Penyu Wisma Majlis Daerah Kuala Penyu, Peti Surat 120, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Hakcipta Terpelihara


Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Syabas & tahniah kepada penghasilan Buletin Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP). Buletin MDKP ini pertama kalinya di keluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Penyu. Ia merupakan suatu wadah informasi & media kepada semua warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) & masyarakat. Edisi buletin ini dicetak setiap 4 bulan sekali & merangkumi pelbagai rentetan program & perkhidmatan PBT khususnya di kawasan daerah. Buletin ini juga mempromosikan halatuju MDKP & Halatuju Pembangunan Mampan (SDG). Sehubungan itu, Buletin MDKP ini kelak menjadi khazanah perkongsian pengalaman serta pengetahuan yang dirangkumi dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua PBT seluruh Malaysia & menjadi sumber inspirasi kepada PBT-PBT lain. Semoga usaha ini akan meningkatkan produktiviti & kualiti kerja PBT. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH YB Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri Sabah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan


Yang Berbahagia Datuk Dr. Jamili Nais Setiausaha Tetap KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH "SALAM MALAYSIA MADANI" "SALAM SABAH MAJU JAYA" Memperkukuhkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Tempatan agar lebih cekap & teratur merupakan antara strategi yang telah disasarkan oleh KKTP melalui penyediaan Pelan Strategik KKTP. Strategi ini selaras dengan usaha menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sabah sebagai satu organisasi yang sentiasa peka & berupaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang & menitikberatkan kesejahteraan rakyat sekitar. Kata kuncinya MENSEJAHTERAKAN RAKYAT. Penyediaan Buletin MD Kuala Penyu EDISI PERTAMA 2023 merupakan pendekatan yang bersesuaian dengan strategi tersebut. Wacana yang mendekatkan MD Kuala Penyu dengan masyarakat agar apa jua misi MD Kuala Penyu iaitu Memperkasa Daerah Ke Arah Pembangunan dapat difahami oleh masyarakat sekitar Majlis Daerah Kuala Penyu. Tidak terkecuali usaha mencapai sasaran HALATUJU SABAH MAJU JAYA dalam pentadbiran & pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Penyediaan buletin ini turut menjadi platform MD Kuala Penyu dalam menjadikan pentadbiran yang lebih telus & mampu dinilai oleh rakyat. Penerapan nilai-nilai integriti dalam pentadbiran. Tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan MD Kuala Penyu yang proaktif dalam menghasilkan buletin ini. Sungguhpun berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun ia bukan menjadi halangan untuk mempelbagaikan usaha bagi mewujudkan hubungan baik antara PBT & masyarakat sekitar. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kemajuan & kecemerlangan MD Kuala Penyu sebagai antara pihak berkuasa tempatan terbaik di Sabah khasnya & Malaysia amnya. Yang Berbahagia Datuk Datuk Dr. Jamili Nais Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah


Yang Berbahagia En. Sebastian Ingkim Pengerusi Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Sabah Maju Jaya. Sekalung tahniah & Syabas diucapkan kepada semua warga MD Kuala Penyu terutamanya sidang para redaksi Buletin MD Kuala Penyu kerana melalui usaha & kerjasama yang baik telah menghasilkan penerbitan Edisi Pertama Buletin MD Kuala Penyu pada tahun 2023 ini. Bersyukur atas peluang & kecemerlangan serta segala kurniaan dari Tuhan kepada segala aktiviti & transformasi perkhidmatan dapat dicoretkan dalam naskah informasi terbitan warga MD Kuala Penyu ini. Pada kesempatan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih di atas segala usaha murni pihak MD Kuala Penyu untuk bersama-sama memacu urustadbir & transformasi pembangunan daerah melalui inisiatif “Memperkasa Daerah Ke Arah Pembangunan” yang telah diilhamkan melalui halatuju Pelan Strategik MD Kuala Penyu 2021-2025. Ianya adalah selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam & Halatuju Sabah Maju Jaya. Akhir kata, Syabas & tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buletin MD Kuala Penyu ini. Sesungguhnya melalui terbitan naskah buletin ini dapat menyebarluaskan informasi berkaitan MD Kuala Penyu & daerah Kuala Penyu pada amnya. Yang Berbahagia En. John bin Genchit Pegawai Eksekutif Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu Salam Sejahtera, Salam MD Kuala Penyu – Salam Malaysia Madani, Memperkasa Daerah Ke Arah Pembangunan & Sabah Maju Jaya. Bersyukur kepada Tuhan, atas kurniaan & izinNya telah memberikan peluang & ruang mencoretkan ucapan terima kasih & penghargaan di Terbitan Pertama Buletin MD Kuala Penyu ini. Pertama, saya ucapkan tahniah & syabas kepada semua rakan sidang redaksi di atas inisiatif, idea & usaha cekal untuk merealisasikan penerbitan naskah pertama Buletin MD Kuala Penyu dengan jayanya. Buletin MD Kuala Penyu ini akan menjadi wadah rujukan & informasi kepada pencapaian, aktiviti & sistem penyampaian perkhidmatan organisasi kepada para pembaca. Di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan & ucapan terima kasih atas insentif & khidmat nasihat daripada pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) Sabah & Pengerusi serta para Ahli Majlis MD Kuala Penyu yang telah memberikan sokongan & motivasi dalam penyampaian perkhidmatan secara langsung & tidak langsung. Tidak dilupakan khasnya kepada Warga MD Kuala Penyu yang merupakan tulang belakang organisasi ini untuk melaksanakan semua perkhidmatan selaku PBT di daerah Kuala Penyu ini. Saya percaya melalui terbitan Buletin MD Kuala Penyu ini akan menjadi naskah senarai semak kepada keupayaan & prestasi penyampaian perkhidmatan dari masa ke semasa. Saya berharap seluruh warga kerja MD Kuala Penyu akan terus meningkatkan prestasi perkhidmatan cemerlang berdaya tahan & memastikan perkhidmatan diberikan adalah lebih baik, sempurna & berkualiti demi kesejahteraan masyarakat & ke arah memperkasakan pembangunan daerah ini. Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu


Majlis Angkat Sumpah Ahli MD Kuala Penyu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah Karnival CNY 2023


Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah Keluasan Daerah – 374,932.49 Ekar/151,729.80 Hektar (lebih kurang) Keluasan Pelan Tempatan Kuala Penyu – 13,474.58 Ekar/5,452.97 Hektar (lebih kurang) Keluasan Pelan Tempatan Menumbok – 5,010.78 Ekar/2,027.79 Hektar (lebih kurang) Kawasan Perkadaran – 539 Hektar Kawasan Pekan – 195 Hektar YB Datuk Hjh. Siti Aminah Binti Aching Tim. Menteri Perladangan & Komoditi, Ahli Parlimen P.177 Beaufort, Sabah. YB Datuk Limus Jury Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri N.33 Kuala Penyu, Sabah. 25,000 orang penduduk dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5%. (Bancian Penduduk & Perumahan Malaysia 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia) url : www.mycensus.gov.my Ketua Pentadbir : Pegawai Eksekutif Gelaran Ketua Agensi (PBT) : Pengerusi DAERAH KUALA PENYU terletak di Bahagian Pedalaman Bawah Sabah. Di kelilingi Laut China Selatan dengan tarikan Pulau Tiga yang dikenali ‘Survivor Island’ di utara dan Pulau Labuan di bahagian barat. Pentadbiran meliputi daerah Kuala Penyu & daerah Kecil Menumbok. Daerah Kuala Penyu mudah dikenali kerana direntangi sebuah sungai & tasik yang dinamakan Sitompok. Tasik Sitompok terletak berhampiran pekan Kuala Penyu adalah kaya pelbagai khazanah flora & fauna semulajadi. Nama daerah Kuala Penyu diambil sempena sebuah batu berbentuk seekor Penyu yang terletak di tengah-tengah muara sungai Sitompok. Mengikut cerita & sumber yang dipercayai, Batu Penyu dapat dilihat oleh para nelayan apabila berlakunya air surut yang besar. Koordinat: 5°34′12.72″N 115°35′38.39″E / 5.5702000°N 115.5939972°E / 5.5702000; 115.5939972 Majlis Daerah Kuala Penyu di tubuhkan pada 1 Januari 1962 di Bawah Peruntukan 3 Ordinan Kerajaan Tempatan Melalui Warta Kerajaan (No.G.N.S 165-1961) Etnik di Kuala Penyu - Bancian 2010 Etnik peratus Dusun Tatana 32% Bisaya 28% Melayu Brunei 26% Bajau 0.6% Kedayan 0.5% Cina 0.2% Lain-Lain 0.1%


16 – 20 Januari 2023, Bulatan Pekan Kedai Lama, Kuala Penyu, Sabah. Karnival CNY telah berlangsung dari 16hb20hb Januari 2023 adalah program pembuka tirai kepada Kalender Tahun Arnab-2023 di Kuala Penyu anjuran oleh MD Kuala Penyu. Karnival selama 4 hari ini diadakan di sepanjang Lorong Kedai Lama, Pekan Kuala Penyu telah mendapat sambutan dengan kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Karnival julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, merangkap ADUN N.33 Kuala Penyu. Karnival CNY diserikan dengan pelbagai program menarik termasuklah Pelancaran Peta Digital Pelancongan Kuala Penyu, Pertandingan Tarian Singa, persembahan kebudayaan & pertunjukan bunga api. Secara tidak langsung, penganjuran karnival ini mencapai motif meningkatkan penyertaan bersama komuniti, pemimpin & jabatan, menggalakan aktiviti-aktiviti ekonomi & menyediakan inisiatif tambahan pelancongan daerah. Melalui kejayaan penganjuran Karnival CNY 2023 telah mencetuskan keyakinan kepada MD Kuala Penyu bagi menjadikannya sebagai program tahunan.


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah anjuran bersama Pejabat Daerah Kuala Penyu, Pejabat Daerah Kecil Menumbok dan Majlis Daerah Kuala Penyu. Seramai 5 orang telah diraihkan menerima anugerah APC & 6 orang kakitangan bersara wajib diberikan penghargaan atas jasa mu dikenang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, merangkap ADUN N.33 Kuala Penyu. Kakitangan penerima APC: 1. Pn. Jessy Milin - Pej. Daerah Kuala Penyu 2. En. Riduan Awang Damit - Pej. Daerah Kuala Penyu 3. Pn. Nazwani Binti Zainuddin - MD Kuala Penyu 4. Abd. Karnaienapandeh Bin Sadeh - MD Kuala Penyu Kakitangan Bersara: 1. Pn. Eusibia Esther Cosmas - Pej. Daerah Kuala Penyu 2. Pn. Hjh. Maimun Binti Japar - Pej. Daerah Kuala Penyu 3. En. Omar Bin Asli - Pej. Daerah Kuala Penyu 4. En. Awang Bin Tahir - Pej. Daerah Kecil Menumbok 5. En. Kuanjik Tauson - MD Kuala Penyu Penerima APC & Pesara (2 dalam 1): En. Musmiri Binti Tamin - Pej. Daerah Kecil Menumbok 19 Januari 2023 (Khamis), 8:30 pagi, Dewan Dato’ Shahbandar Makang, Kuala Penyu.


19 Januari 2023 (Khamis), 2:30 petang, Pusat Informasi Pelancongan, Kuala Penyu. Majlis Pelancaran Peta Digital Pelancongan Kuala Penyu telah disempurnakan oleh YB. Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, merangkap ADUN N.33 Kuala Penyu. Majlis bersejarah yang berlangsung di Pusat Informasi Pelancongan, Pekan Kuala Penyu turut dihadiri bersama Pegawai Daerah Kuala Penyu, Pegawai Eksekutif MD Kuala Penyu, Pemimpin Pemaju Masyarakat, Pegawai Kanan KEPKAS, Sabah Tourism Board & para pengusaha pelancongan daerah Kuala Penyu.


ZON EMAS PERAK GANGSA JUMLAH KEDUDUKAN ZON 1 3 3 3 9 5 ZON 2 0 5 4 9 7 ZON 3 4 1 5 10 4 ZON 4 2 0 3 5 6 ZON 5 4 3 2 9 3 ZON 6 4 4 3 11 2 ZON 7 0 2 3 5 8 ZON 8 5 4 0 9 1 13 – 17 Februari 2023 – Daerah Lahad Datu, Sabah EMAS -Karom & Takraw Berkumpulan GANGSA – Futsal, Bola Tampar Lelaki & E-Sport(Mobil Legend)


10.En. James Enus Ajuk 11. En. Saidin bin Akil 12.Pn. Jailah binti Goromon 13.En. Charles Kilo 14.En. Muslim bin Matragis 15.Pn. Rusiah binti Bilang 16.Pn. Lim Siew Yeh 17.En. Teo Tuan Joo 18.Pn. Munah binti Jikri SENARAI AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH KUALA PENYU 1. Ybhg. Datuk Sebastian Dirih Anjim (Tim. Pengerusi) 2. Ybhg. Datuk Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing 3. En. Teo Hoe Bitt @ Teo Kiat Seng 4. En. Nispis Raymond Jury 5. En. Ismail bin Musreh 6. En. Hasan bin Jamil 7. En. Abdul Rahman bin Mohd Ali 8. Dr. Colonius Atang 9. Tn. Hj, Rajinan bin Idin Disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.33 Kuala Penyu. 22 Februari 2023 – Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kuala Penyu Sesi 20 Januari 2023 – 20 Januari 2025


Program Gotong-Royong Perdana merupakan program yang telah dianjurkan oleh pihak MD Kuala Penyu dengan melibatkan penyertaan komuniti, badan-badan bukan kerajaan, belia/ beliawanis, & pelbagai agensi kerajaan termasuklah sekolah. Sasaran program ini terbahagi 3 lokasi iaitu Pekan Kuala Penyu, Pekan Menumbok & Pekan Kayul. Objektif utama program ini adalah intipati kesedaran dalam masyarakat & menyemai tanggungjawab bersama menjaga kebersihan persekitaran & elemen pengurusan alam sekitar yang lestari. Tapak Monsoi Square, Pekan Kuala Penyu Tapak Bazaar, Pekan Kuala Penyu, Sabah.


Aktiviti Moreh Ramadhan, Masjid Nurul Hayat, Masjid Daerah Kuala Penyu. Gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa & bersolat Terawih telah melibatkan seramai lebih 100 Jemaah sekitar Pekan Kuala Penyu secara langsung dapat mengeratkan lagi silaturrahim & perpaduan bersama komuniti Masjid Daerah Kuala Penyu. Bazaar Ramadhan 2023, Pekan Kuala Penyu. Sebanyak lebih 60 lot Bazaar Ramadhan telah disediakan untuk peniaga-peniaga berjualan bagi menyambut ketibaan Ramadhan 1445H/ 2023M. Lot Bazaar Ramadhan ini sangat membantu dari meningkatkan ekonomi peniaga-peniaga kecil dalam Daerah Kuala Penyu. Aktiviti Bazaar Ramadhan seperti ini juga diadakan di Daerah Kecil Menumbok, Pekan Kayul & tempat-tempat lain yang strategik bagi memeriahkan suasana sambutan Ramadhan setiap tahun. Ziarah Ramadhan oleh YB. ADUN N.33 Kuala Penyu, sumbangan & Majlis Berbuka Puasa yang diselaraskan bersama Unit Pemimpin Pemaju Masyarakat (UPPM) di 12 Kawasan PDM Kuala Penyu & Menumbok.


Ester Ermelissa Binti Ngoai atau lebih dikenali Cikgu Lissa merupakan Personaliti Buletin MD Kuala Penyu edisi pertama ini. Cikgu Lissa adalah warga pendidik yang bertugas di SK. Lambidan, Kuala Penyu. Anak watan Kuala Penyu yang dilahirkan di Kg. Kelampun. Beliau dikenali & menjadi personaliti di pelbagai ruangan sosial di atas pencapaian yang cemerlang di dalam memperjuangkan elemen kepentingan alam sekitar & kesinambungan kebudayaan. Pihak MD Kuala Penyu mengiktiraf beliau sebagai Ikon Alam Sekitar di atas sumbangan & pencapaian beliau dalam usaha kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa Tempatan, membudayakan amalan pengurusan alam sekitar, memperkenalkan pelbagai program & inisiatif kitar semula serta kempen anti plastik. Antara kejayaan & pencapaian Cikgu Lissa dalam memperjuangkan amalan pengurusan alam sekitar adalah seperti berikut: 1. Peringkat Negeri: Johan Anugerah Wira Serasi (Sekolah Rendah) Kategori Sekolah Luar Bandar sempena Majlis Anugerah Sekolah Alam Sekitar Kali Ke-11 sesi 2019 – 2021; 2. Peringkat Kebangsaan: Anugerah Khas (Kejayaan & Pengiktirafan) Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar sesi 2020/2022; 3. Peringkat Antarabangsa : Gold Award & Finalist Innovation Awards (Kids) sempena International Creativity Award (ICIA) 2022 pada 1 – 21 April 2022. ESTER ERMELISSA BINTI NGOAI Ikon Alam Sekitar Majlis Daerah Kuala Penyu tahun 2022 Gambar kenangan Bersama sukarelawan bagi program ICCD yang dijayakan oleh SK Lambidan Program e-Waste


Anugerah 5 Bintang Penarafan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) 2022 Anugerah Pengamal ICT PBT Terbaik 2022 Mohd. Amin Bin Mohd. Nassar (Pegawai Teknologi Maklumat) Anugerah CIO Paling Aktif & Inovatif 2022 Wilayah Pedalaman Bawah


Operasi bersepadu bersama agensi KKM, Kastam, Rela & PDRM Pemantauan peniaga di pasar pekan Kuala Penyu Pemantauan pematuhan sop di premis perniagaan & premis hiburan sekitar Kuala Penyu bersama PDRM & KKM Pemantauan Kediaman Setinggan sekitar Kuala Penyu Pemantauan penambahan struktur bangunan sekitar Kuala Penyu Pemantauan, Pematuhan, Penguatkuasaan


Lawatan pematuhan di tapak Projek Club Med, Tanjung Aru, Menumbok Lawatan SUT KBSS(N) Cadangan Padang Sintetik, Kuala Penyu Gotong-royong Perdana bersama komuniti Program Outreach KWSP di Daerah Kecil Menumbok Gotong-royong Bersiri bersama komuniti, Tapak Pusat Informasi Pelancongan, Pekan Kuala Penyu


1 April 2022, Hotel Aifa, W.P. Labuan. Pelancaran Pelan Strategik Majlis Daerah Kuala Penyu 2021-2025 yang telah disempurnakan Ybhg. En. Sebastian Ingkim, Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu, wakil kepada YB Datuk Limus bin Jury, ADUN N.33 Kuala Penyu. 5-8 Disember 2022, Dewan Ambuyat MDKP Kursus Pengurusan Fail & Rekod serta Projek Urus. Penceramah: 1. Pn. Sabarina Binti Matnin (Pem. Arkib); 2. Pn. Norfaezah Binti Ismail (Pem. Pemulihara) 25-26 November 2022, Pekan Baru Mempakul, Pesta Nelayan Daerah Kecil Menumbok Ke-20 Majlis Daerah Kuala Penyu turut serta menyediakan pameran untuk menyalurkan info berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Penyu. 23 November 2022, Bilik Mesyuarat MDKP Ceramah Integriti & Anti Rasuah telah diadakan secara dalaman. Pegawai & Penceramah: 1. Pn. Faridah Binti Giau (Tim. Setiausaha Tetap II); 2. Pn. Asiah Binti Ismail (Setiausaha Rendah); 3. En. Mohd.Jamrin Bin Ag. Damit (Pen. Setiausaha Kanan); 4. En. Mohd.Iskandar Bin Rizman(Pen.Penguasa SPRM). 4 Disember 2022, Tapak Rumah Budaya Kuala Penyu. Perhimpunan Pengakap Peringkat Daerah Kuala Penyu & Menumbok telah mengumpulkan lebih 200 ahli pengakap di seluruh Sabah.


Malaysia = Selamat pagi English = Good morning Tatana = Kabansayan mosuab Brunei = Salamat pagi Bisaya = Salamat pagi Salam/Greetings/Kabansayan Malaysia = Selamat petang English = Good evening Tatana = Kabansayan gumaie Brunei = Salamat patang Bisaya = Salamat patang Malaysia = Selamat tengahari English = Good afternoon Tatana = Kabansayan tangadou Brunei = Salamat tangahari Bisaya = Salamat tangahari Malaysia = Selamat malam English = Good night Tatana = Kabansayan morondom Brunei = Salamat malam Bisaya = Salamat malam SUDUT KENAL BAHASA


Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Setiausaha Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Yang Berhormat Datuk Limus Jury, Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu, Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Penyu, Pejabat Perhubungan ADUN N.33 Kuala Penyu, Pejabat Unit Pemimpin Pemaju Masyarakat Kuala Penyu, Sabah Tourism Board, KEPKAS, Ketua-ketua Bahagian Unit Pengurusan Media Majlis Daerah Kuala Penyu, Golden Sands Beach Resort City Sdn. Bhd., Innotech Design Architects Sdn. Bhd., JKDB Pekan Kuala Penyu, Pusat Informasi Pelancongan Kuala Penyu, Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu, Stake Holders, Badan NGO juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan & dorongan dalam menjayakan proses penerbitan Buletin Edisi Pertama MDKP 2023. Sekian.


Terbitan Majlis Daerah Kuala Penyu


Click to View FlipBook Version