The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSIS- E-FOLIO Etika dan Peradaban yang menjadi amalan kaum India di Malaysia - DSB1A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifuddinshaidi2003, 2021-12-14 01:06:24

PSIS- E-FOLIO Etika dan Peradaban yang menjadi amalan kaum India di Malaysia - DSB1A

PSIS- E-FOLIO Etika dan Peradaban yang menjadi amalan kaum India di Malaysia - DSB1A

Keywords: kaum india,etika dan peradaban,kepercayaan india,pantang larang india,perkahwinan india,perayaan india,pakaian india,makanan india

ETIKA & PERADABAN

YANG MENJADI AMALAN KAUM

I A
DI MALAYSIA
KEPERCAYAAN, AGAMA
& PANTANG LARANG PAKAIAN TRADISIONAL

MUHAMMAD ARIFUDDIN MUHAMMAD HANAFI
BIN MOHAMED SHAIDI BIN ZAINAL ABIDIN

( 17DSB21F1042 ) ( 17DSB21F1041 )

PERKAHWINAN MAKANAN TRADISIONAL

AHMAD ALIFF HAEIKAL WAN MUHAMMAD
BIN ABDUL WAHAB ZIKRY BIN SUHAIMI

( 17DSB21F1999 ) (17DSB21F1043)

JENIS PERAYAAN PENSYARAH PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
MUHAMMAD NUR
LUQMAN BIN MD PUAN RAHIMAH
NAZARUDDIN BINTI HALIM

( 17DSB21F1032 )

DISUNTING OLEH : MUHAMMAD ARIFUDDIN BIN MOHAMED SHAIDI ( 17DSB21F1042 )

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENGENALAN
1

KEPERCAYAAN, AGAMA DAN PANTANG LARANG 2

PERKAHWINAN 10

JENIS PERAYAAN 20

PAKAIAN TRADISIONAL 28

MAKANAN TRADISIONAL 33

KESIMPULAN 40

CADANGAN 41

PENGARANG 42

PENGENALAN

Orang India Malaysia ialah salah satu
rakyat Malaysia yang berasal dari India.
Kebanyakan daripada mereka datang ke
Malaysia semasa zaman penjajahan British di
Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah
dapat membuktikan bahawa kaum India tiba
di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti
Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum
ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu, Cina .

Mereka juga merupakan salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah
pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara Malaysia kini.
Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini, sama
seperti masyarakat kaum lain. Adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaanyang terdapat pada masyarakat
Melayu. Hal ini, jelas terlihat dari segi
kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga
masyarakat lain, masyarakat
India memiliki pelbagai suku kaum, Oleh itu,
maklumat berikut hanya memaparkan adat
resam masyarakat India secara umum.

1

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM

IndiaPENGARANG:

MUHAMMAD ARIFUDDIN
BIN MOHAMED SHAIDI
( 17DSB21F1042 )

Kepercayaan India Agama Kaum India

Tuhan ini dianggap bersifat Agama Hindu mempunyai 5
ibu kerana kasih ibu kepercayaan yang disebut
dianggap paling suci.
dengan Pancasradha.

Pantang Larang Kaum India

 Semasa Mengandung
 Semasa Perkahwinan
 Semasa Deepavali

https://yonaunbound.co2m

India

KEPERCAYAAN INDIA

Percaya kepada banyak
tuhan (politeisme) :

 Tuhan Indra (Tuhan Perwira)

 Vayu

 Agni (Tuhan Api)

 Dyaus (Tuhan Langit)

 Varuna (Tuhan hujan)

https://stock.adobe.com  Tuhan Ibu

Batu Caves, Selangor

Tuhan Indra ( Tuhan Perwira )-------------------------------------

Suatu Dewa disembah dalam agama-agama Hindu, Buddha dan Jain. Agama

Hindu terutamanya menyembah dan menyanjungnya melalui kitab Rig Veda
sebagai dewa langit, kilat petir, hujan ribut dan peperangan.
Oleh itu, penghulu segala dewa - dewi yang memerintah di
alam angkasa sama ada di Svarga atau berhampiran
Gunung Meru. Kedudukan ini boleh dianggap setaraf dengan
Beberapa dewa yang disembah tamadun purba lain seperti
Jupiter, Zeus, dan Thor.

Agama Buddha menganggap Indra sebagai suatu dewa
penjaga manakala agama Jain menganggapnya sebagai
penunggu syurga tertinggi yang dikenali sebagai
Saudharmakalpa.

Dewa ini sering digambarkan dengan memegang senjata
petir vajra dan menunggang seekor gajah putih bernama
Airawata.

Tuhan Ibu ----------------------- Agni
Tuhan ini dianggap
Vayu
bersifat ibu kerana kasih
ibu dianggap paling suci
dan tidak akan
mengecewakan
anaknya. Amalan ini
dipercayai telahdiwarisi
daripada kebudayaan
masa lampau.

Dyaus

Varuna 3

AGAMA KAUM INDIA

Agama Hindu mempunyai 5 kepercayaan

yang disebut dengan Pancasradha.

Pancasradha merupakan keyakinan dasar

umat Hindu.
 Widhi Tattwa – Percaya kepada Tuhan

yang Maha Esa dan segala aspeknya. https://depositphotos.com
 Atma Tattwa – Percaya dengan adanya

jiwa dalam setiap makhluk.
 Karmaphala Tattwa – Percaya dengan adanya hukum

sebab-akibat dalam setiap perbuatan.
 Punarbhava Tattwa – Percaya dengan adanya proses

kelahiran semula atau dikenali sebagai reinkarnasi
 Moksa Tattwa – Percaya bahawa kebahagiaan tertinggi

merupakan tujuan akhir manusia SIMBOL AGAMA HINDU

Terdapat 2 mazhab penting dalam agama Hindu iaitu mazhab Saivanisme dan

mazhab Vaishavisme.

Saivanisme yang merujuk kepada menyembah dewa Shiva. Dewa Shiva

adalah dewa pelebur yang bertugas melebur segala sesuatu yang sudah

usang dan tidak layak berada di dunia fana lagi sehingga harus dikembalikan

kepada asalnya.

Seterusnya, Vaishnavisme yang kepercayaan
kepada dewa Vishnu. Dewa Vishnu pula
bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam
semesta.

Kuil Arulmigu Balathandayuthapani,
George Town, Pulau Pinang

4

PANTANG
LARANG
KAUM INDIA

 Semasa Mengandung
 Semasa Perkahwinan
 Semasa Deepavali.

--------------------------------------------Semasa Mengandung-----

SEWAKTU MENGANDUNG
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh sehingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan
dipakaikan gelang tangan baru yang dipanggil Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu’ ,manakala Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini
dipakai bertujuan untuk melindungi bayi yang berada
di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang
baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan
di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita
yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dikenali sebagai cumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis
iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas bergantung kepada kemampuan masing-
masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk
dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

SEMASA BERSALIN 5
Apabila bayi telah dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berilmu tinggi mengenai
agama Hindu akan membisikkan mantera tuhan iaitu Gayatri Mantiram pada telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya
membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak
membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi dapat
mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Hal ini kerana untuk
membawa rahmat kepada bayi tersebut.

SELEPAS KELAHIRAN

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar

kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-
bahan tersebut dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar
dan tidak digunakan sebagai bahan sihir.

Bayi yang baru dilahirkan akan disapu

madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.

Selain daripada madu, air gula juga boleh

digunakan. Minyak savvennai yang merupakan

campuran minyak bijan, minyak lenga dan https://edition.cnn.com

mambu juga akan digunakan dengan kadangkala. Kegunaan minyak ini

dipercayai dapat membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang

penyakit. Madu pula dikatakan boleh melembutkan lidah bayi dan memudahkan

bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu

ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan

membantu tumbesaran bayi.

Sebaik sahaja proses kelahiran, Bayi dibawa pulang ke rumah
Untuk Upacara aalati sireh. Dulang yang mengandungi serbuk
kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang
dinyalakan diangkat dan diputar sebanyak tiga kali mengikut arah
jam dan juga lawan jam. Selain itu, Dulang juga dilambai tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang itu
dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam
rumah, isi dulang aalati dibuang.

Kemudian, proses mandi selepas bersalin. Mandian ini dilakukan
dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan air suam yang
kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan
untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan
sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Selesai
dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah
kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan
kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan
disapu dengan bedak yang diperbuat daripada tepung beras
supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung
dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Liputan6.com Seterusnya, amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang
paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga
dikenali sebagai taalaattu yang membawa maksud penggoyangan
lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau
cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin kurang
digunakan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

6

SEMASA PERKAHWINAN --------

Pantang larang bermula

dengan kunjungan tetamu ke
rumah buat kali pertama
dimana tuan rumah, tidak
membenarkan tetamu
melakukan kerja seperti
membasuh pinggan. Hal Ini
dipercayai akan membawa sial
dan boleh berlaku perselisihan
faham diantara keluarga tuan
rumah dan tetamu tersebut.

https://weddingz.in

Selain itu, pantang larang merisik adalah dimana bakal pasangan akan saling
membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan tersebut, bakal
pengantin perempuan tidak dibenarkan ikut bersama kerana tidak ada perikatan
suami isteri dan juga dianggap sebagai tidak sopan. Selepas habis majlis
pertunangan, pengantin perempuan dan pengantin lelaki dilarang keluar rumah
pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang lain atau berlaku
perkara yang tidak sepatutnya seperti kemalangan.

Kad jemputan perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum perkahwinan,
kad jemputan perkahwinan perlu diselesaikan dan dibuat berdasarkan almanac
hindu tanpa ada kesilapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini perlu
dititikberatkan oleh golongan India dan jika berlaku
Kesilapan walaupun sedikit, maka perkahwinan
tersebut tidak berjalan dengan lancar.

Seterusnya, sebelum perkahwinan, pengantin
perempuan dan lelaki diminta untuk makan makanan
sayur – sayuran. Bukan hanya pengantin lelaki dan
perempuan malah keluarga mereka tersebut. Tambahan pula, jika majlis
perkahwinan di kuil, maka sayur- sayuran sahaja akan dihidangkan bagi para
tetamu. Makanan lain tidak dibenarkan, terutama sekali daging lembu kerana
dianggap sebagai Tuhan dan agama India melarang makan daging lembu.

Apabila pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua
kaum India akan merestui hubungan mereka supaya hidup
beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan seumpama ini
digunakan kerana pohon pisang subur dan mampu “melahirkan
zuriat” secara produktif dan berterusan. Pada majlis perkahwinan
kaum India beraga Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur
akan ditempatkan di pintu masuk tempat upacara dan amalan ini
adalah suatu keperluan. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah
yang berbuah dan masih ada jantung pisang. Jantung, buah,
daun dan batang pohon pisang memiliki cerita tersendiri.

https://www.pinterest.com

7

Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang yang diletakkan secara menegak
yang diikat pada tiang atau kayu, maka orang ramai akan sedia maklum bahawa
suatu majlis upacara sedang berlangsung dengan gembira. Pohon pisang itu akan
dipasang beberapa hari sebelum majlis dan biasanya dibiarkan menghiasi selama
beberapa hari.Sekiranya pohon pisang tersebut tumbang akibat angin kencang atau
kerana tidak diikat dengan baik, misalnya. Maka generasi tua beranggapan kejadian
itu membawa kepada keburukan .Walaupun generasi muda kaum India dikatakan
semakin berfikiran “moden” serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan
budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang
terus menjadi ikutan.

SEMASA DEEPAVALI -----------------------------------------------------

Hari Deepavali

merupakan perayaan
yang disambut oleh
semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan
Deepavali merupakan
gabungan antara
perkataan “Dipa”https://chauffeurpriveeninde.com

yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil iaitu antara bulan Oktober dan
November. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud
‘harapan’, ‘kemenangan’ dan juga ‘kebahagiaan’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk aktiviti
makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan tradisi kaum India. Selepas itu,
diadakan upacara memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang itu
dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga
upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.
Upacara ini membawa maksud yang sangat mendalam
kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di
dunia ini seperti semut sebagai tanda ucap selamat
datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli Sebaik sahaja mandi, https://www.istockphoto.com
keluarga perlu bangun daripada tidur perlulah memakai
sebelum matahari terbit untuk mandi
dan membersihkan diri. Mereka perlu pakaian berwarna garang seperti merah, biru dan
mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap jingga. Mereka dilarang berpakaian berwarna
ahli keluarga oleh mereka yang lebih
tua seperti ibu atau nenek. hitam atau putih yang membawa maksud
Berdasarkan kepercayaan kaum India,
mandi minyak bijan diibarat mandi di kesedihan. Selepas itu, aktiviti bersalam dan
Sungai Ganges yang merupakan
tujuan membersihkan diri dari segala memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli
kejahatan dan sifat dengki.
keluarga yang lain. Upacara sembahyang

dijalankan di kuil bagi mendapatkan

kesejahteraan diri dan keluarga serta

memperingati ahli keluarga yang telah meninggal

dunia. 8

https://www.123rf.com

9

Perkahwinan
PENGARANG: Masyarakat

AHMAD ALIFF HAEIKAL BIN

IndiaABDUL WAHAB

(17DSB21F1999)

 Tiga jenis perkahwinan
masyarakat India di
Malaysia.
Perkahwinan
masyarakat India:

Vaitiikat
tirumanam

Eliyat
tirumanam

Tamil
tirumanam

10

Perkahwinan masyarakat
India biasanya

dilaksanakan mengikut
golongan etnik, iaitu:

Etnik

I. Tamil
II. Malayalam
III. Telugu

Sub Etnik

I. Chetti
II. Mutaliyar
III. Veelaalar
IV. Teevar

11

Peringkat 1 :
Merisik

Beberapa aspek
perlu diberi
perhatian seperti:

Etnik
Sub Etnik
Kasta
Agama

Selain itu,status
ekonomi dan status
social merangkumi:

Umur
Tahap Pendidikan

Jenis pekerjaan
Etika dan Moral

Rupa Paras
Latar Belakang

12

Kunjungan Ke Rumah Pengantin:

1) Selepas adat merisik 2) Adat ini dikenali
dilakukan bakal pengantin sebagai pen paarttal atau
lelaki akan pergi ke rumah
bakal pengantin dalam Bahasa Melayu
perempuan untuk melihat dipanggil sebagai melihat
sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinye. pengantin perempuan.

3) Pengantin lelaki perlu 4) Apabila bakal
membawa barang-barang pengantin perempuan
sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang menerima barang
baik dan untuk tersebut dia perlulah
mengeratkan lagi
hubunganan memakai sari dan
kekeluargaan.Contoh dipertanggungjawabkan
barang yang dibawa ialah
sirih,pinang,cendana dan menghidang air
buah-buahan. minuman.Pada masa itu

5) Oleh itu,bakal bakal pengantin lelaki
pengantin perempuan dapat berpeluang melihat
perlu melayani para
tetamu yang bertandang pengantin perempuan
termasuklah bakal lebih dekat.
suaminye.

13

Peringkat 2 :
Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat
persetujuan kedua-dua pihak.

Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah ganjil dengan membawa

beberapa barang.Selepas tiba di rumah bakal
pengantin perempuan kedua-dua pihak akan
berbincang mengenai perkahwinan tersebut.Apabila
salah satu pihak tiada bapa mereka boleh mewakilkan

saudara-mara untuk berbincang mengenai
perkahwinan tersebut.

Sekiranye kedua-dua pihak bersetuju,mereka akan
mengikat janji.Selepas itu bakal pengantin lelaki akan

melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini pengantin perempuan.

Pertukaran sirih pinang yang dilakukan oleh kedua-
dua pihak selepas perkahwinan terssebut diumumkan

oleh orang ramai.
Seterusnya mereka akan membincangkan mengenai

tarikh perkahwinan dan kad jemputan.Kemudian
upacara niccayam akan dilakuka serta pertukaran

kalungan bunga oleh kedua-dua pihak.

14

Peringkat 3 :
Adat Parisam

*Parisam*

Parisam biasa
-Pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada

hari perkahwinan

Udan parisam
-Pemberian hadiah yang
dilakukan pada hari yang
sama di sebelah pagi sebelum
perkahwinaan dilangsungkan.

15

Dalam masyarakat Adat parisam diberikan
India,parisam umpama pada hari yang telah
sebuah majlis
pertunangan. ditetapkan oleh kedua-
dua pihak.
Pengantin lelaki perlulah
menyediakan beberapa Bakal pengantin lelaki
jenis hantaran ganjil perlu membawa parisam
manakala wanita yang
sudah bersuami perlu ke rumah pengantin
menyediakan hantaran perempuan dengan
yang dikenali sebagai
cumanggali memakai pakaian
tradisional India.Pada
Bagi menjalankan adat
tersebut,upacara masa itu alat muzik
sembahyang akan tradisional dimainkan
dilakukan terlebih yang dikenali sebagai
dahulu,Selepas
itu,parisam yang naatasawaram dan
mengandungi sari itu meelam dimainkan.
dibawa oleh bapa
pengantin perempuan Selepas itu.kad jemputan
dan diberi kepada haruslah diberikan
anaknye. kepada kedua-dua

Tiga upacara penting pengantin kerana kad
iaitu mengunjungi rumah jemputan itu dibuat
pengantin
(pen paarrtal),adat ikat berdasarkan almanac
janji (niccayam dan Hindu.Sekiranye terdapat
pemberian hadiah
(parisam) yang sering kesilapan,bermakna
dilakukan oleh perkahwinan itu tidak
masyarakat India.
berjalan lancer.Kad
jemputan itu disalaputi

dengan serbuk kunyit
yang melambangkan

keharmonian.

16

Peringkat 4 :

Adat Mukuurtta

Kaal

• Sebelum perkahwinan dilangsungkan adat
mukuurtta kaal perlu dilakukan terlebih dahulu
sekurang-kurangnye lima hari.Adat mukuurtta

kaal ini selalu diadakan pada hari yang baik
mengikut firasat bagi masyarakat India.

• Bagi menjalankan adat mukuurta kaal mereka
perlu mencari sebatang pokok yang muda dan
lurus lalu menembangnya yang berukuran dua
atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang
antara 20 hingga 30 sentimeter.

• Bahan-bahan yang dibawa oleh bakal pengantin
lelaki iaitu kunyit dan sebaagainye bagi

memohon kepada tuhan agar majlis perkahwinan
berjalan lancar dan tanpa gangguan.

• Kemudian upacara sembahyang perlu dilakukan
oleh pengantin beserta lima orang perempuan
tersebut.Sembilan jenis bijirin ditaburkan pada
batang kayu dan lampu minyak
dinyalakan.Selepas itu,pengantin perlu berikrar
agar menjaga alam sekitar sebagai lambang
persahabatan dengan alam sekitar.

• Selalu adat mukuurtta kaal dilakuka di rumah
pengantin lelaki.

• Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara

niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah

seperti pakaian dan lain-lain.Kad undangan perlu

disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam

jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan

perkahwinan. 17

Peringkat 5 : Upacara
Kanggenam

Menanam sebatang Upacara perkahwinan
pokok yang lurus dan dilakukan oleh Pedanda
disapu dengan serbuk dengan berdoa supaya
kunyit tiga hari sebelum pengantin hidup Bahagia

hari perkahwinan hingga hari tua.
dilangsungkan yang
dikenali sebagai upacara

kanggenam.

Selepas selesainye Kedua-dua mempelai
acara menyarung memberi hormat

cincin,Penanda akan kepada ibu bapa atau
menabur Sembilan jenis mertua dengan
bijirin kepada pengantin.
menukar dulang berisi
buah-buahan dan
menyapu debu suci

pada dahi pengantin.

18

Dewan Perkahwinan

Kereta Pengantin

Ketibaan Pengantin
Lelaki

Sami Memulakan
Upacara Perkahwinan

19

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN

KAUM INDIA

 DEEPAVALI
 THAIPUSAM
 THAIPONGGAL

PENGARANG : MUHAMMAD NUR LUQMAN BIN MD NAZARUDDIN (17DSB21F1032)

DEEPAVALI

Dikenali sebagai ‘Perayaan cahaya’. Ia merupakan salah satu kejayaan
bagi ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’,’ilmu’ ke atas ‘kejahilan’atau ‘keadilan’ ke
atas kezaliman.deepavali merupakan perayaan yang paling utama
bagi kaum India. Pada hari tersebut akan mengadakan sembayang
untul mendoa roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

MALAM SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALI
Seluruh ahli keluarga akan memasang pelita dan juga melakukan
upacara Menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan
dengan pelbagai jenis warna dihadapan pintu.Upacar ini dipanggil
‘Rangoli’. Bagi kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan
dan kaki mereka untuk menhias diri
dewi Laksmi

21

MEMASANG VILAKKU
Seterusnya,masyarakat india akan memasang lampu pelita tradisi yang
diperbuat daripda tanah liat yang dipanggil ‘vilakku’.Perayaan ini
akan lebih meriah apabila adanya lampu- lampu moden. Masyarakat
india memasang villakku kerana kepercayaan agama hindu.Mereka
percaya bahawa dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu dewi laksmi
akan melawat ke rumah mereka pada waktu tersebut.Oleh sebab
itu,tujuan untuk persiapan pemasangan vilakku ialah menyambut
kedatangan dewi Laksmi

KOLAM ATAU RANGOLI
Masyarakat india akan
menghias rumah mereka
dengan ‘kolam’ atau ‘rangoli’.
Kolam atau dikenali sebagai
rangoli ialah hiasan lantai yang
diperbuatkan daripada beras yang berwarna-warni sebelum terbitnya
matahari.ini dibuat di hadapan pintu rumah.kemahiran ini diwarisi
oleh keturunan masing- msing secara turun-temurung.ia memerlukan
kemahiran yang sangat teliti supaya dapat hasil yang cantik,unik dan
menarik.Terdapat makna kenapa upacara ini dilakukan antaranya
perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut hindu tetapi
terdapat juga makluk-makhluk ngaib yang berada ddidunia
lain.kolam ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi.

22

PERSIAPAN PAGI DEEPAVALI

MANISAN DAN JUADAH DEEPAVALI
Pada pembuka majlis,manisan dijadikan sebagai acara
pembukaan.ia merupakan kerpercayaan mereka iaitu mampu
membawa kegembiraan,keseronokkan,nilai positif dan
kesejahteraan yang panjang.Selepas itu dihidangkan oleh juadah
tradisional kaum india antaranya 9 jenis hidangan sayur -sayuran
iaitu ‘aloogobi’ dan ‘paneer’.Aloogobi merupakan campuran ubi
kentang dan kobis bunga dan ‘paneer’ merupakan masala Bersama

yourgart dan kari dal.akhir sekali akan dihidangkan oleh kuih-muih
tradisional kaum india.

PAKAIAN TRADISIONAL
Bagi kaum Wanita akan memakai
‘sari’ manakala ‘dhoti’ untuk lelaki.
pemilihan warna mesti berwarna
terang kerana warna tersebut

Menandakan kegarangan.

UPACARA SEMBAHYANG
Semua penganut hindu akan mengunjungi kuil untuk upacara
penyucian.mereka mengalungkan patung dewa hindu dengan

kalungan supaya dapat kesejahteraan diri,keluarga dan orang
yang telah meninggal.selepas itu,akan dihidangkan dengan banyak
hidangan yang dinamakan ‘prasad’.ia merupakan satu manisan
yang perlu dihidangkan sebelum balik rumah.

23

THAIPUSAM

PENGERTIAN
Dikenali sebagai perayaan bagi bulan ‘thai’.ini bertujuan untuk
membersihkan diri dengan menggunakan madu,susu dan bunga.Ia
dilakukan di kuil dan membuat persembahan kepada dewa
Subramaniam.
TUJUAN
Pada hari tersebut, mereka akan membawa susu yang berwarna
putih yang dianggapkan air yang paling suci yang diisikan di dalm
belanga.belanga tersebut dihiasi dengan pelbagai corak,warna,daun
dan benang serat belanga itu diperbuat daripada aluminium.ramai
lelaki bercukur dan menyapu campuran serbuk candana.

24

Selain itu bagi memohon ampun supaya dosa mereka
diampunkan,mereka akan membawa dan memjunjung kavadi
diatas bahu atau di atas kepala.kavadi ialah diperbuat
daripada beberapa rod besi atau kayu,terdapat pelbagai
hiasan kavadi antaranya bulu burung merak dan
bunga.pembawa kavadi biasanya terdiri daripada
lelaki,perempuan,tua,muda atau kanak-kanak.berat dansaiz
kavadi bergantung kpada kemampuan masing -masing.Iringan
muzikdan mangkuk perasap akan dilakukan ketika itu,terdapat
pelbagai menyeksaan diri Ketika perayan itu berlangsung
antaranya berjalan di atas kasut paku,mencucuk panah besi
pada lidah dan pipi dari kiri dan kanan dan mencucuk
belakang dengan puluhan mata pancing yang bersaiz
10cm.pernyeksaan ini dilakukan kerana dapat menunjujkkan
mereka memohon ampun.apabila penyeksaan sedang
berlangsung mereka berada dalam keaadan separuh sedar

25

THAIPONGGAL

PENGERTIAN
Dikenali sebagai perayaan menuai dan masak padi baru
serta memuja semangat padi. Disambut selama 4 hari pada
bukan thau dalam kalender kaum india.bulan thai
merupakan bulan ke 10 dalm kalender kaum india.

PERSIAPAN
Pada perayaan ini,akan disambut dengan
hadiah dan pakain baru untuk keluarga
serta doa memohon kemakmuran pada
dewa di tahun akan datang.bulan ini
sesuai untuk dilalukan majlis
perkahwinan.Rumah kaum india akan
dihiasi dengan Bungan dan daun manga.lantai rumah meraka akan
dihiasi dengan lukisan kolam degan menggunakan beras
berwarna.terdapat sesetengahn rumah akan mengikat batang tebu di
luar rumah. Perayaan ini akan di sambut selama 4 hari

HARI PERTAMA
Dikenali sebagai hari bhogi.hari bhohi ini disambut dengan tujuan
permulaan penting dalam permulaan hidup masyarakat india
dengan cara membakar barang lama bagi membuang nasib
malang.ia ialah hari indra iaitu dewa awan dan hujan.upacara
tersebut akan dilakukan sebelum
terbitnya matahari.

26

HARI KEDUA
Dikenali sebagai thai Pongal yang khususnya untuk dewa
matahari.’ponggal’bermakna ‘meluap-luap’.ini menggambarka
hasil tuaian yang banyak. Masyarakat india akan melaungkan
‘Pongggal-O-Ponggal’ semasa susu mengali keluar apabila susu
tersebuat sedang dididihka dan ahli keluarga akan berkumpul
Bersama.

HARI KETIGA
Dikenali sebagai Mattu Pongal adalah khusu untuk haiwann
lembu.hari ini untuk penggembala terima kasih kepada ternakan
meraka dengan cara mewarnakkan tanduk dan menghiasi
dengan pakaian dan toopi logam bersinar. Lembu akan diberi
makan ponggal dan loceng di leher mereka akan diikat’

HARI KEEMPAT
Dikenali sebagai Kaanum Pongal.
Ia merupakan hari istimewa untuk
kaum Wanita.seorang Wanita akan
bangun awal dan menyapukan
kunyit pada semua muka Wanita
muda dan lumurkan minyak pada rambut.wanita-wanita tersebut
akan menawarkan bebola nasi berwarna kepada burung.kaum
Wanita akan berdoa untuk keluarga supaya sihat dan kepada
gadis yang belum berkahwin kan berdoa supaya dapat
kebahagiaan dengan seorang lelaki idamannya. Ahli -ahli
keluarga yang lain akan keutamaannye golongan muda akan
memberi kehormatan kepada orang yang lebih tua supaya dapat
restu.

27

ETIKA DAN PERADABAN

PENGARANG: KAUM INDiA
MUHAMMAD HANAFI BIN ZAINAL ABIDIN
(17DS21F1041)

Pakaian Tradisi India

S D

SARI

KURTA

DHOTI SALWAR
KAMEEZ

28

Pakaian Tradisional
india

Sari

Sari merupakan pakaian
tradisional India yang dikenali

di seluruh dunia.Sebidang
kain berukuran 5 hingga 6 ela
Panjang dipadankan dengan

kain dalam yang berwarna
seakan akan kain sari

tersebut.Kain sari dililit pada
badan dengan bahagian
hujungnya yang bersulam

diletak di atas bahu kiri.Kain
yang diapakai di atas atau di
bawah pusat dan berfungsi
menyokong kain sari tersebut

daripada terlucut.

Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim
perayaan. Sebelum memakai sari, Si pemakai
perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. SariDari segi pemilihan warna,
kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap
seperti merah, biru, hijau dan ungu.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si
pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih
suka bercorak haiwan.
Untuk menjadikan si pemakai kelihatan
menarik, kebanyakan mereka memilih sari
yang mempunyai pelbagai jenis manik yang

Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum
lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada
kain yang bewarna putih. Kebanyakan

dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi
muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut. Dhoti diperbuat

daripada lembaran kain yang
panjang.Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkukan
pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga
dhoti yang bewarna kuning pudar atau
kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai

oleh golongan ceti.

30

SALWAR KAMEEZ

Pakaian salwar kameez atau baju
Punjabi popular dukalangan
wanita di utara india.Terdiri
daripada blaus panjang yang

dipadakan dengan seluar Panjang.
Wanita india juga suka memakai
dupatta di bahu mereka ketika
memakai salwar kameez. Dengan
membezakan bahan, warna dan

darjah sulaman dan hiasan,
salwar-kameez dapat menjadi
rasmi, kasual, bergaya, atau tidak

bercorak, dan ia dapat juga
dibuatkan untuk diubahesuaikan
pada secara praktik semua cuaca.

31

KURTA

Kurta merupakan pakaian
tradisional bagi kaum lelaki
india.kemeja yang Panjang
sampai ke lutut yang diperbuat
daripada kain kapas atau lime

dan sutera. Pada
kebiasaanya,kurta di pakai
bersama salwar longgar atau
seluar churidar. Kurta pyjama
adalah kurta yang dipakai ketika
majlis rasmi.kurta juga boleh

dipakai bersama dhoti.
Pada masa kini, di Malaysia ramai juga kaum
lelaki memakai kurta pada hari raya atau majlis

kenduri-kendara.

32

MAKANAN-
MAKANAN
TRADISIONAL
KAUM
INDIA.

DIKARANG OLEH:
-WAN MUHAMMAD ZIKRY-

(17DSB21F1043)

33

Di Malaysia masyarakat India
sangat popular dengan adat
dan budaya mereka yang
unik. Akan tetapi, Mereka
bukan sahaja terkenal dengan
adat dan budaya mereka,
malah juga dikenali dengan makanan-makanan tradisional
mereka yang pelbagai jenis dan lazat-lazat belaka.

Makanan tradisional
india kini telah menjadi
sebati dengan rakyat
Malaysia kerana telah
biasa makan makanan ini
sejak dari kecil lagi.

Dan kebiasaannya kita
akan pergi ke “kedai Mamak”
untuk berkumpul bersama
rakan-rakan untuk berbual
sambil menikmati makanan-
makanan yang terdapat di
sana.

34

Di dalam artikel ini, saya akan menerangkan tentang
tiga makanan tradisional India yang ada di Malaysia.
Antaranya adalah:

1. Nasi Beriani.

Nasi Beriani merupakan
salah satu daripada makanan
tradisional India yang paling
terkenal sekali di negara kita.
Nasi beriani merupakaan nasi
campur dari benua kecil di
India.

Hidangan ini disediakan
dengan menggunakan
rempah ratus, beras, daging
atau ayam dan sayur-
sayuran. Kebiasaannya beras
yang digunakan ialah beras
perang, tetapi kini beras
basmati lebih banyak
digunakan.

35

Nasi Beriani Gam
merupakan jenis nasi Beriani
yang bukan sahaja menjadi
kegemaran masyarakat India,
malah juga menjadi kegilaan
kaum-kaum lain yang ada di
Malaysia.

2. Chapati.

Chapati atau juga
dipanggil sebagai roti oleh
masyrakat India merupakan
salah satu daripada makanan
tradisonal yang berasal dari
India. Apa yang unik tentang
makanan ini adalah ianya
dikongsi Bersama berberapa
negara dalam benua kecil
India seperti Sri Lanka dan
Pakistan.

36

Penyediaan chapati amatlah
mudah, kerana resepinya hanya
memerlukan 3 bahan sahaja iaitu
tepung atta, secubit garam, air
suam dan minyak. Apabila semua
bahan sudah diadun sebati,
adunan akan diperap. Selepas
diperap, adunan tersebut akan
dibahagikan menjadi bebola kecil
dan dileperkan kemudian dimasak
di atas kuali leper panas selama 1
ke 2 minit sehingga chapati
menggelembung.

Selepas diperap, adunan
tersebut akan dibahagikan
menjadi bebola kecil dan
dileperkan kemudian dimasak
di atas kuali leper panas
selama 1 ke 2 minit sehingga
chapati menggelembung.

37

3. Putu Mayam.

Putu Mayam merupakan
mananan sampingan atau
snek yang menjadi kegemaran
masyarakat Sri Lanka,
Malaysia dan Singapura. Putu
Mayam biasanya dijual di tepi
jalan dan dari rumah ke rumah.

Ada yang mengatakan
makanan ini
kemungkinan berasal
dari Tamil Nadu, India
Selatan, kerana
persamaannya dengan
satu hidangan di sana
yang dipanggil
Iddiyappam, di mana
makanan ini juga
merupakan mee tepung
beras yang dihidangkan
bersama-sama dengan
kelapa, gula dan pisang.

38

Penghasilan putu
mayam agak mudah kerana
ianya hanya memerlukan
tepung beras dan air atau
santan. Tepung beras ini
dicampurkan dengan air
atau santan dan digaulkan
bersama. Kemudian, doh
ditekan melalui acuan untuk
menghasilkan juraian halus
seperti mee.

Seterusnya Putu Mayam ini
dikukus dengan air pandan
untuk menambahkan aroma yg
harum. Akhir sekali, dihidangkan
dengan kelapa parut dan gula
perang. Selain gula perang, gula
Melaka, gula kabung dan gula
nisan juga boleh digunakan.

39

Sebagai kesimpulannya, memang
tidak dapat dinafikan bahawa
banyak etika dan peradaban yang
diamalkan oleh masyarakat India
di Malaysia. Hal ini kerana, kaum
mereka sangat kaya dengan adat,
budaya dan tradisi.

Selain itu, kita mestilah
mencontohi kaum India kerana
walaupun jauh mereka berhijarah,
beribu batu dari negara asal ke
Malaysia, namun mereka tetap
bersemangat menjaga adat,
budaya dan tradisi mereka
dengan mengamalkannya di
dalam kehidupan harian mereka.

40

CADANG
DalamAkaNlangan anak muda

generasi kini, mereka hendaklah
diberikan pendedahan lebih
tentang adat dan budaya bangsa
mereka. Hal ini supaya, adat dan
budaya ini akan terus diamalkan
dan kemudian diturunkan
kepada generasi seterusnya
supaya tidak ditelan dek zaman.

Selain itu, antara
usaha yang boleh dilakukan
kerajaan juga ialah mengadakan
kempen-kempen kebudayaan
yang boleh meninggkatkan
kesedaran masyarakat tentang
kepentingan memelihara adat
dan budaya bangsa.

41

PENGARANG

MUHAMMAD ARIFUDDIN AHMAD ALIFF HAEIKAL
BIN MOHAMED SHAIDI BIN ABDUL WAHAB
( 17DSB21F1999 )
( 17DSB21F1042 )

MUHAMMAD NUR LUQMAN MUHAMMAD HANAFI BIN

BIN MD NAZARUDDIN ZAINAL ABIDIN

( 17DSB21F1032 ) ( 17DSB21F1041 )

WAN MUHAMMAD ZIKRY 42
BIN SUHAIMI

( 17DSB21F1043 )

SUMBER RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Indra
 https://www.coursehero.com/file/48284696/KEPERCAYAAN-

KAUM-INDIA-MALAYSIAdocx/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_orang_india
 http://pasanganmerpati.blogspot.com/2013/10/pantang-larang-

dalam-perkahwinan-india.html
 http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/42-pantang-larang-

semasa-deepavali.html


Click to View FlipBook Version