The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00364586, 2023-07-06 00:13:02

BUKU PRGRAM HOKI LATEST

BUKU PRGRAM HOKI LATEST

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan Kejohanan Hoki Menengah(MSSD) Daerah Petaling Perdana 2023. Sekalung tahniah diucapkan kepada pengelola Kejohanan Hoki MSSD Petaling Perdana 2023, iaitu SMK Bandar Sunway dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana dan sekolahsekolah di daerah Petaling Perdana serta penyumbang bagi kejayaan kejohanan kai ini. Sesungguhnya Kejohanan Hoki MSSD Daerah Petaling Perdana ini dicapai hasil dari kerjasama semua pihak yang cukup komited dalam melaksanakan tugasan. Kerjasama, komitmen, jasa baik dan sumbangan semua pegawai amatlah dihargai. Segala penat lelah penganjur,pegawai dan para atlet dalammenjayakan kejohanan ini amatlah bernilai di samping dapat melonjakkan prestasi atlet-atlet dalam kalangan pelajarpelajar di Daerah Petaling Perdana.


MATLAMAT Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk memilih pemain-pemain hoki bagi mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor dan peringkat seterusnya. Selain itu kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan membentuk pasukan pelapis bagi pasukan hoki daerah Petaling Perdana . Pengelolaan kejohanan ini juga dapat memberi pendedahan , ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar dan guruguru yang terlibat . OBJEKTIF Memajukan sukan hoki sebagai sukan teras di peringkat sekolah dan ke peringkat lebih tinggi. Memperkenalkan dan mempromosi sukan hoki dalam kalangan pelajar sekolah di daerah Petaling Perdana seterusnya ke peringkat lebih tinggi JADUAL PERLAWANAN


KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA SEMPENA KEJOHANAN HOKI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT MSSD TAHUN 2023 BismillahHirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menguntumkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kejayaan penganjuran Kejohanan Hoki MSSD, Petaling Perdana ini. Meskipun banyak acara sukan lain yang turut diadakan pada minggu ini, namun tidak menjadi kekangan bagi pihak penganjur untuk memastikan kejohanan hoki ini dapat dilangsungkan. Berkat kerja keras dan komitmen semua pihak, hari ini kita berjaya menganjurkan kejohanan ini tanpa sebarang masalah. Syabas dan Tahniah! Tahniah kepada SMK Bandar Sunway yang terpilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan pada tahun ini dan dapat melaksanakan kejohanan dengan jayanya. Saya difahamkan, sebanyak 13 buah sekolah yang menyertai kejohanan hoki pada tahun ini iaitu antaranya SMK Bandar Puncak Jalil, SMK USJ 3, SMK Sri Serdang, SMK Puchong Permai, SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, SMK Sri Indah, SMK Bandar Sunway, SMK Seksyen 19, SMK Seksyen 18, SMK Subang, SMK Subang Bestari dan SMK Puchong yang melibatkan 11 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan. Semoga Kejohanan Hoki MSSD PPDPP pada tahun ini mampu mencipta lebih ramai pemain hoki handal yang berjaya ke peringkat negeri seterusnya kebangsaan . Kejohanan ini merupakan medan untuk anda mempamerkan kebolehan dan potensi diri, dan di sini juga bakat anda akan dinilai. Siapa tahu bermula dari kejohanan seperti ini anda mungkin akan bergelar pemain hoki negara. Besarlah harapan saya juga untuk melihat semangat bersaing seumpama ini dapat dikekalkan sepanjang masa, bukan sahaja di gelanggang sukan tetapi turut dipamer di gelangganggelanggang akademik. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Hoki MSSD Petaling Perdana ini kerana menjemput saya dan atas kejayaan penganjurannya. Kepada pasukan yang menang, saya ingin mengucapkan tahniah dan kepada pasukan yang belum bernasib baik jangan putus asa, tingkatkan usaha, cuba dan cuba lagi. Sekian terima kasih AHLI JAWATANKUASA UNTUK KEJOHANAN HOKI (MENENGAH) MSSD PETALING PERDANA (3-7 JULAI 2023) AJK INDUK Pengerusi : Pn. Johana binti Mat Said (Pengetua) Naib Pengerusi 1 : Pn. Wan Ruslina binti Wan Hussin (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 2 : Pn, Ros Nita binti Tajuddin (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 3 : Pn, Nor Zizan binti Abd Rahman (PK HEM) Naib Pengerusi 4 : Pn. Hasniza binti Ahmad Yusoff (PK PPKI) Penyelaras : En. Fauzul Hakim bin Jamali (GKMP Kemanusiaan) Setiausaha : En. Mohd Nashrul Shafiq bin Mohd Nasir Pen. Setiausaha 1 : Pn. Nafizah Musbah Pen. Setiausaha 2 : En. Syah Fazree bin Husin Bendahari : Pn. Nursyamimi binti Ismail AJK PELAKSANA BIL JAWATANKUASA NAMA 1 Urusetia/ Publisiti & Tajaan /Pengurus Pasukan En. Mohd Nashrul Shafiq bin Mohd Nasir Pn. Nafizah Musbah 2 Statistik/Urusetia En. Syah Fazree bin Husin En. Muhamad Khalid bin Mohamad En. Mohd Badrul Hisham bin Mat Amin En. Hafiz Azwan bin Mahadi 3 Disiplin, Keselamatan & Kebersihan En. Syahiful Azman bin Said 4 Tempat & Peralatan / Quartermaster En. Muhamad Azharudin bin Zulkefli Murid Kelab Hoki (10 Orang) 5 Hadiah, Sijil, Cenderamata Cik Chan Han Hua 6 Juruacara Majlis Penutupan & Teks Ucapan Pn. Rohaya binti Kulop 7 Siaraya En. Muhamad Khalid bin Mohamad 8 Fotografi & Video / Runner En. Mohd Zulhishah bin Abu Bakar (2 Murid Redaksi) 9 Buku Program & Dokumentasi Pn. Nor Shima Asmira bt Ohseman 10 Makanan /Minuman /Jamuan Majlis Penutupan Pn Noralifah bt Md.Nor Pn Nur Faizah bt Mohamed Eran 11 Jualan Koperasi En. Rizalman bin Abdullah 12 Perubatan(BSMM) Cik Nurul Amirah binti Zamri (Dibantu murid BSMM)


KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD PETALING PERDANA SEMPENA KEJOHANAN HOKI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT MSSD TAHUN 2023 Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang dapat melaksanakan Kejohanan Hoki Sekolah Menengah Peringkat MSSD tahun 2023. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA kerana menerima undangan untuk merasmikan Kejohanan Hoki MSSD Petaling Perdana pada tahun ini. Sebagai yang kita semua maklum bidang sukan merupakan antara platform yang terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas dari segi fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan yang dapat memimpin kita satu hari nanti. Sukan hoki ini juga merupakan salah satu sukan yang mempunyai banyak manfaat kepada murid-murid kita. Hal ini demikian kerana sukan hoki ini mampu mendidik seseorang dari segi emosi dan fizikal. Tanpa kita sedari, sukan hoki sebenarnya mampu membuat seseorang itu lebih sabar, tenang dan tidak terburu-buru ketika ingin membuat pukulan kayu agar sampai kepada sasarannya dengan tepat di samping strategi untuk mengelirukan pihak lawan. Selain itu tanpa kita sedari energi dan kekuatan otot yang digunakan saat bermain hoki ternyata membantu meningkatkan sistem kardiovaskular pada tubuh. Dengan ini, murid-murid kita dapat mengusai kemahiran ini, disamping meningkatkan kesihatan tubuh badan. Saat bermain hoki, pemain harus fokus untuk mampu melintasi pemain lawan ketika beraksi dipadang. Apatah lagi jika padang yang digunakan berada dalam keadaan basah kerana hujan, tingkat fokus dan konsentrasi pemain harus lebih fokus. Pemain harus mampu bergerak cepat untuk merespon dan menentukan strategi. Pada akhirnya, permainan ini akan meningkatkan keseimbangan dan kelincahan pemain secara keseluruhan serta koordinasi antara penglihatan dan gerakan dapat diseimbangkan. Namun begitu, risiko kecederaan dalam permaiann ini juga dapat dikurangkan melalui pendidikan yang bersesuaian berpandukan pada garis panduan sedia ada. Sebagai penutup bicara, besarlah harapan saya agar Kejohanan Hoki yang berlangsung selama lima hari ini dapat dapat melahirkan lebih ramai atlet yang boleh diketengahkan terutamanaya dalam permainan hoki ke peringkat lebih tinggi. Sekian terima kasih JADUAL PERLAWANAN


Click to View FlipBook Version