The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00364586, 2022-03-30 00:52:43

E-MAJALAH MENTARI EDISI KE-23 SMKBS

E MAJALAH SMKBS 2021 PDF

PROGRAM MENGENALIMU,
MENYAYANGIMU DAN

MEMPERKASAKANMU (#M3)

• 10 kali perjumpaan disasarkan untuk setiap bulan
sehingga bulan November 2021.

• Masa pelaksanaan adalah pada setiap Jumaat di
akhir bulan jam 7.30-8.00 pagi.

• Aktiviti dilaksanakan secara Semuka dan Secara
Atas Talian mengikut kesesuaian keadaan semasa
PKP.

Motivasi Calon SPM
2020

• GBK memberikan
semangat kepada
semua calon SPM
menjelang peperiksaan
yang bakal dihadapi.

• GBK juga mengingatkan
murid untuk erus
mematuhi SOP PKPP
bagi mengelakkan
sebarang isu
dikemudian hari.

Amalan Guru
Penyayang
SMK Bandar Sunway

• Mengedarkan sumbangan
pen dan pelitup muka
SelangorKu kepada semua
murid yang hadir awal ke
sekolah.

• Tarikh : 6-8 APRIL 2021
• Masa : 6.45 pagi – 7.30 pagi

Amalan Guru
Penyayang

Unit Bimbingan dan
Kaunseling

• Sumbangan 7 buah Tablet
kepada murid yang terpilih
dari MarathonWomen
Malaysia (MWM).

• Sumbangan disampaikan
oleh Pn Haniza binti Mohd
Jabar@Ibrahim, Pengetua
Cemerlang SMK Bandar
Sunway.

PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
PSIKOMETRIK 2021

UNIT BIMBINGAN DAN SEMUA TINGKATAN
• DilaksanaKkaAnUpNaSdaEL6I-N12GApril 2021

mengikut jadual bagi semua
Tingkatan yang terlibat.

• Kesemua Pentaksiran mengambil
masa selama 2 jam untuk
dilaksanakan.

• GBK memberikan penerangan
ringkas mengenai penskoran yang
diperoleh oleh murid.

SMK BANDAR SUNWAY
UNIT BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

• Dilaksanakan di Dataran
Sunway mengikut SOP
PKPB yang diberikan.

Sasaran peserta adalah
daripada kalangan
pemimpin sekolah
temasuk Pengawas,

Pengawas Pusat Sumber,
SVG, PRS dan semua
ketua unit Kokurikulum.

Bermula seawal jam 8.00
pagi sehingga 9.30 pagi.

BAHAN-BAHAN EDARAN
KEPADA SEMUA MURID
SEPANJANG PKP DAN
PDPR BERLANGSUNG.

#1HARI1BAHAN
#KAUNSELINGUNTUKSE

MUA
#BANTUDIRISEBELUMBA

NTUORANGLAIN

• Program ini berjaya menyasarkan 98
orang peserta pelbagai latarbelakang
terutamanya Pemimpin sekolah dan
ibubapa.

Komitmen peserta untuk kekal sehingga
ke akhir program menunjukkan kejayaan

program ini.

75 orang murid berjaya
disasarkan untuk mengikuti

program ini.

PERTANDINGAN KEHADIRAN
PDPR 2021

• Objektif program ini adalah untuk
menghargai murid yang kerap
hadir PDPR serta memberi
ransangan kepada murid lain
untuk terus bermotivasi
menghadiri sesi PDPR.

• Sehingga kini, Anugerah
Kehadiran Terbaik Bulan Julai
telah menyasarkan 18 orang
murid dan 3 kelas terbaik.

• Sesi Penyampaian anugerah
dilakukan Secara Atas Talian
semasa perhimpunan rasmi
sekolah.





GAMBAR
KELAS









































NIK HAREES B FARIS AQIL B MUHAMMAD JEFFRY WONG
NIK FAIZAL MOHD IRSYAD TAMIMI ZHEN CHENG

MUHAMMAD NIK DANIAL AFFENDI B MANSOR MUHAMMAD
ALIF IQMAL B ADFIEQ B MOHD AFIQ AQIL B
ABDUL RAHIM
NORDIN AMIN ZAID

PK SAPPHIRE PPKI

NOR FAZLIANI
BT SULAIMAN







KARYA GURU

OLEH:
PN NIK NUR HAZLINA NIK SYAMSIR (SMK BANDAR SUNWAY)

KERANA DIA MURABBI

Cikgu merupakan satu panggilan keramat yang bermakna dalam kehidupan guru. Kita sering kali mendengar ungkapan guru yang diibaratkan sebagai lilin yang
membakar diri demi menerangi kehidupan insan lain. Malahan Islam mengangkat martabat guru ke darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya
dalam Surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
...supaya Allah SWT meninggikan darjat orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu beberapa darjat).

Masya-Allah, betapa hebatnya insan yang bergelar guru. Hadirnya dinanti, perginya dirindui. Saat kita tidak mengenal huruf sehinggalah kita dapat
membaca dan mengira, mereka masih setia walau usia semakin menginjak senja.
agi seorang guru, mengajar dan mendidik merupakan dua tugas yang berbeza. Mengajar adalah satu kaedah menyampaikan ilmu kepada pelajarnya manakala
mendidik pula mengutamakan tugas membentuk dan melentur sahsiah dan emosi pelajar supaya menjadi insan yang lebih baik. Oleh yang demikian, menjadi seorang
guru bukanlah tugas yang mudah.

Hebatnya seorang guru itu bukan semata-mata terletak kepada jumlah pelajar yang mendapat A tetapi jumlah pelajar yang berjaya mengubah
kehidupannya menjadi insan yang lebih baik. Bahkan menjadi seorang guru yang hebat tidak bersandarkan kepada ijazah semata-mata. Karakter sebagai guru itu
sendiri adalah wow factor yang tidak ada pada profesion lain. Maka beruntunglah insan yang bergelar guru kerana anda dilorongkan untuk melalui jalan ini.

Oleh sebab itu, Islam meletakkan darjat guru umpama darjat ibu dan bapa. Sewajarnya bagi seorang pelajar untuk meletakkan rasa hormat kepada guru
sebagaimana mereka menghormati ibu dan bapa mereka. Konsep hormat ini tidak bererti pelajar dipaksa menundukkan pandangan sehingga menimbulkan rasa takut
dan gerun sebaliknya ia adalah satu perbuatan yang melambangkan adab atau peri laku. Dari sudut psikologi, pelajar yang menjaga adabnya terhadap guru akan
sentiasa lapang dada dan mudah menuntut ilmu.

Keutamaan menjaga adab terhadap guru banyak digariskan oleh ulama dan para sahabat. Imam Syafie terlalu menghormati gurunya sehinggakan setiap
tutur bicara dan peri lakunya amat dijaga. Malahan perbuatannya menyelak setiap helaian kitab secara perlahan sehingga tidak mengeluarkan sebarang bunyi agar
tidak mengganggu gurunya juga dianggap sebagai adab seorang pelajar terhadap gurunya.

Jika kita melihat senario hari ini, rasa hormat kepada insan bergelar guru kian pudar. Bahkan ada dalam kalangan pelajar yang tidak beradab kepada guru.
Namun ketahuilah bahawa, cemerlangnya seorang pelajar itu adalah hasil didikan guru. Jika perasaan hormat semakin hilang, maka adab juga akan semakin pincang.
Jadi di manakah rasa kasih dan sayang? Sesungguhnya, kekayaan, kepandaian, keelokan rupa paras tidak akan pernah mampu membeli nilai sebuah adab jika
perasaan hormat terhadap guru semakin hilang.

KARYA MURID

CERPEN “INDAHNYA BUDI BAHASA”

OLEH:
SITI NUR AZIZAH BT MASULI

"Kakak,tolong ibu masak sekejap sini!" Panggil Puan Faridah iaitu isteri kepada Encik Zahran. "Kejap ibu!"
Sahut Fauziah. "Eh Faizah, kau boleh tak jangan goyang kaki je,tolonglah kemas rumah ke apa ,ni tak duduk
diam main phone je tahu" Tegur Fauziah pada adiknya ,Faizah. "Suka hati akulah nak buat apa " Faizah
membalasnya dengan jelingan mata. Fauziah dan Faizah merupakan saudara kandung adik-beradik. Sejak kecil
lagi mereka telah dibesarkan daripada keluarga yang cukup berkemampuan. Mereka mempunyai perwatakan
yang berbeza bak kata pepatah 'rambut sama hitam ,hati lain-lain'. Fauziah merupakan sosok seorang yang
sopan santun ,baik dan menghormati orang disekelilingnya manakala Faizah mempunyai sifat yang disebaliknya.
Encik Zahran dan isterinya ,Puan Fazidah agak hairan dengan sikap anaknya Faizah itu,pelbagai cara sudah
dilakukan tetapi Faizah masih lagi dengan sikapnya yang degil,sombong ,angkuh dan sukar menerima nasihat
mereka bak kata pepatah 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'.

"Fauziah ,mana adik tak turun-turun dari tadi,tak nak tolong sekali ke?" tanya Puan Faridah kepada anaknya
sambil menyediakan makan malam. "Ada tu hah kat atas ,kakak dah tegur dia ,dia menjeling balik kat akak
ibu".Ibunya hanya menggelengkan kepala entah apa yang difikirkan tentang anak bongsunya itu. Pada malam
itu,setelah waktu makan malam sudah selesai Encik Zahran menyatakan kepada isteri dan anak-anaknya
bahawa dia ingin membawa mereka bercuti ke tanah merah ,Kelantan kampung halaman isterinya sempena cuti
akhir tahun pada hujung minggu. Puan Faridah dan anak sulungnya bersetuju tetapi "Hah,kenapa nak pergi
bercuti kat sana?!ayah tahukan rumah tu dah lah panas internet pun slow ish tak sukalah". Faizah merungut
kurang gembira. "Adik kita kan dah lama tak pergi sana ,apa salahnya sekali sekala kita lawat nenek kat
sana"kata Encik Zahran. "Apa-apa pun adik tetap tak nak pergi sana " Faizah berlalu pergi ke biliknya. Encik
Zahran sdiaknapisntyearibneyarusbuadha. h masak dengan sikap anak bongsunya itu tidak tahu apa lagi yang harus dibuatnya
supaya

Setelah sekian seminggu telah berlalu,Puan Faridah dan anaknya membuat persiapan untuk pulang ke kampung halamannya. "Faizah,tak nak
kemas ke barang-barang kamu ,esok pagi kita dah kena gerak" katanya sambil mengemas pakaian. "Ibu kan adik dah kata adik tak nak pergi
sana adik tetap tak nak pergi". jawab Faizah. "Suka hati kamu lah esok kamu duduk sorang dalam rumah ni ,nasib kamulah kalau terjumpa hantu
jembalang".Usik ibunya. Terdengar kata ibunya terlintas dalam fikiran Faizah tentang filem hantu yang seram ditontonnya kelmarin Faizah terus
bertukar fikiran untuk mengikuti keluarganya bercuti di Tanah Merah,Kelantan kampung halaman neneknya. Pada keesokan harinya,bermulalah
perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Sepanjang perjalanan mereka ,Faizah berasa panas hati kerana terpaksa mengikuti mereka
pulang ke kampung halamannya yang tidak seberapa baginya. "Assalamualaikum,Nek kami dah sampai!" jerit Fauziah setelah tiba sahaja.
Nenek Salmah iaitu ibu kepada Puan Faridah menyambut mereka dengan penuh gembira dan bersalaman tetapi di suatu sudut dia kehairanan
apabila melihat cucunya Faizah yang kurang gembira dan tidak sama sekali menegurnya bahkan Faizah terus masuk tanpa menoleh kepadanya
yang berdiri disudut pintu itu. Puan Faridah tergamam dan segera meminta maaf kepada ibunya tentang sikap anaknya itu yang kurang sopan
terhadap ibunya . Setelah makan malam ibu memasuki bilik tidur Fauziah dan Faizah."Faizah boleh ibu cakap sikit dengan kamu?"tanya Puan
Faridah kepada anak bongsunya itu sambil duduk disamping Faizah.Faizah hanya mengangguk setuju sambil mengetik phone tanpa menoleh ke
arah ibunya itu. "Adik kenapa petang tadi adik tak bertegur dengan nenek ,adik tahu kan apa yang adik buat itu tak sopan sampai sekarang adik
tak endahkan nenek langsung" Faizah hanya mengeluh "ibu tahukan yang adik tak nak pergi sini,adik tak suka tidur sini dah lah panas tak selesa
pulak tu" Puan Faridah terus berlalu keluar dari bilik itu dia sudah tidak tahan dengan perangai anak bongsunya itu yang tidak sama sekali ingin
mendengar nasihatnya. "Adik sekurang-kurangnya kita kena bersyukur sebab kita ada tempat tidur yang macam ni,kat luar sana ada ramai
orang yang bergelandangan tidur di tepi jalan" kata Fauziah kepada adiknya. "Itu bukan masalah adik,akak boleh tak jangan nak tunjuk baik
sangat diri tu " jeling Faizah kepada kakaknya lalu terus menyelimutkan diri untuk tidur.

Pada keesokan harinya Encik Zahran mengajak isteri dan anak-anak serta mertuanya untuk pergi bersiar-siar di sekeliling kawasan itu sambil
membeli-belah. Mereka membeli barang keperluan masing-masing.Setelah mereka tiba pulang daripada membeli belah. Puan Faridah mengajak
anaknya Faizah keluar pada malam itu dan menyuruhnya untuk membawa barang yang dibelinya tadi iaitu beg tidur untuk kegunaan dirinya
yang digunakan untuk tidur di rumah neneknya itu manakala Puan Faridah membeli beberapa bungkusan makanan dan dibawa bersamanya.
Faizah agak kehairanan dengan ibunya kerana ibunya jarang sekali mengajak dirinya berjalan bersama-sama terutama pada waktu malam yg
hampir larut begini. Puan Faridah membawa anak bongsunya itu ke suatu tempat yang boleh dikatakan ramai orang gelandangan yang tinggal
disitu. "Ibu,kenapa ibu ajak adik pergi tempat ni,seramlah ibu dah lah gelap" Faizah berasa sedikit gerun apabila tiba di tempat itu. "Ada sesuatu
yang ibu nak adik buat,adik nampak orang yang tidur disana tu? Ibu nak adik bagi sleeping bag ni dekat orang tu" Faizah memandang ke arah
orang yang ditunjukkan ibunya. "Ibu, No way adik baru je beli tadi benda ni macam mana adik nak guna nanti kalau benda ni tak de" marah
Faizah. Puan Faridah memujuknya dengan membelikan yang baharu dan Faizah hanya menuruti kata ibunya itu. Tanpa segan silu Faizah
menuju ke arah orang gelandangan yang kelihatan seperti seorang perempuan warga emas itu lalu menghulurkan sleeping bag yang
dipegangnya kepada warga emak itu. "Terima kasih nak, sudah lama makcik tidur tanpa selimut dalam keadaan sejuk waktu malam begini, mak
cik bersyukur sangat dapat ini terima kasih banyak-banyak ye nak".tutur warga emas itu. "Sama-sama mak cik". Faizah tersenyum lalu beredar
dari tempat itu. Setelah itu,Puan Faridah mengajak anaknya untuk memberikan beberapa bungkusan makanan yang dipegangnya untuk
diberikan kepada orang yang memerlukan. Faizah pun menuruti apa yang disuruh oleh ibunya. Mereka bertemu dengan pelbagai golongan
orang susah disitu. Kebanyakan dari mereka mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih terhadapnya. Terbit dalam hati Faizah berasa amat
kasihan dan simpati pada mereka yang kurang bernasib baik dan Faizah mula sedar dia berasa amat bersyukur kerana dibesarkan dalam
kehidupan yang berkemampuan . "Ibu ,adik gembira sangat bila dapat bagi apa yang diorang perlukan, diorang nampak sangat memerlukannya".
tutur Faizah. "sekarang adik sudah nampak kan betapa ramai lagi orang menghargai benda yang adik

anggap biasa dan remeh,sekarang jom balik rumah dah lewat dah ni". Faizah
hanya mengangguk lalu mengukir senyuman kepada ibunya.Puan Faridah berasa
lega melihat kesedaran anak bongsunya itu.

Setelah beberapa hari berlalu ,Encik Zahran dan isterinya ,Puan Faridah melihat
sedikit sebanyak perubahan yang berlaku pada anak bongsunya itu. Sejak
kejadian pada hari itu , setiap kali Faizah bertemu dengan orang yang dalam
keadaan susah ,dia segera membantu mereka walau apapun keadaan. Keakraban
Fauziah dan Faizah semakin membaik bagai isi dengan kuku. Faizah juga banyak
meluangkan masa dengan keluarganya dan tidak lupa juga dengan nenek
kesayangannya. Faizah mula semakin positif dengan keadaan yang berlaku
disekelilingnya dan menghindari diri dari sikapnya yang dahulu bak kata pepatah
'yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan'. Faizah juga sangat
bersyukur dengan nikmat yang ada pada dirinya. "Faizah,ibu sangat bangga
dengan perubahan kamu,kamu semakin positif dan tak lagi seperti dulu". Tutur
ibunya.
"Kalau ibu tak bawa adik ke tempat sana haritu,mungkin sampai sekarang adik
takkan sedar yang betapa berharganya nilai membantu orang lain,terima kasih ibu.
Senyum Faizah.

-TAMAT-

KARYA MURID( BAHASA TAMIL)

• A Book Review: Pride and Prejudice

• Pride and Prejudice is a romantic satire novel written by Jane Austen and was published in 1813. The author tells a story of our two main characters,
Elizabeth Bennet and Fitzwilliam Darcy.

• Elizabeth is an intelligent, lively and a playful young woman whereas, Mr. Darcy plays the opposite characteristics, which are haughty, wealthy and aloof. In
the novel, Elizabeth learns about the life of the noble class and the repercussions of hasty judgements. She had also learned to appreciate the difference
between superficial goodness and actual goodness. It was stated in the novel that Elizabeth was struggling in finding a compatible husband until she met
Mr. Darcy, a prejudice man who seems to be questioning her pride. How could two persons with different philosophies fall in love with each other? What is
more important, love or social status? You must read the story to know how these issues were unveiled.

• The novel is different than the others. The time period of this novel was set in the 1812. I have learned a lot about how the people during that time behave
and how important it is for a woman to marry a man who has a high social status. This novel shows how the main character broke through that norm and
reject it by saying that she wants to marry someone for love not for a position in the society. Nevertheless, I must say that the way Mr. Darcy treated
Elizabeth at the beginning of the novel was too harsh and the novel was a little bit slow. However, the plot thickens and it was hard to put the book down.

• In my opinion, this novel is suitable for those who are 15 years of age and above. This is because, of the heavy plots including politics and war that has
been going on in the novel. I also had a pretty hard time understanding it. Though I must say, this novel makes me appreciate myself for being born at
present time where women have become stronger and independent without having to rely on men. I would definitely recommend it to those who like to see
women empowerment to read this novel. It is truly an inspiring and motivating read.

SITI NURSHUHADA BINTI SAADAN

4 PEARL


Click to View FlipBook Version