BALIK PULAU
ISI KANDUNGAN
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
telah meragut nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan " Pilihan Raya Umum
10 Mei 1969 " merupakan satu
titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya
dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang
dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi
majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk
kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat
mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam
Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi
pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang
25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang
12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian
gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan
mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut
sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan
(identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah
mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan
raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang
yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti
Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan
melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru,
menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan — logo perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei
1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan
meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong
mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan
kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam,
13 Mei 1969.
Pada zaman pendudukan Jepun,
masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina
umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-
orang Melayu dan Cina.
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan
Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar
yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas
hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang
didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat
semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik
perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya
1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari
Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa
Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan
ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib
orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru
telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP
sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman
termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan
perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat
menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh
parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan
dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen
antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang
antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah
sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan
hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai
bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos
1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi
tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan
Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa
Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama
islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza,
Taoisme, Conficius manakala kaum india
beragama hindu. Di samping itu terdapat juga
yang beragama kristian. Setiap kaum juga
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan
agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap
agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca yang
telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan
jurang pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan
ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan
ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui
satu sama lain. Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
orang cina dan india mencemburui kelebihan
orang melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial
dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-
masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang
lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007)
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa
tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia.
Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan
negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan
pemimpin dan semangat setia kawan rakyat,
bencana itu telah dapat ditangani dan negara
kembali pulih seperti sediakala. Banyak
pengajaran yang boleh dipelajari daripada
bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri
mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah
dan ikatan perpaduan antara kaum demi
kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang
berbilang kaum ini.
Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem
masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah
pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik.
Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi
lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris
ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara
negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk
menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang
telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa
hitam 13 Mei.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa
pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah
menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan
penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang
dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam
soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah
mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah
sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang
dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman
padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami
perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi
kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak
langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu
orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi
masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu,
Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama
lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan
menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar
pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat
telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan
menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih
baik.
Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-
masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini
menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan
supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak
bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang
tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah
pertelingkahan ini.
• Pada 17 Mei 1969, sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa
Timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin Dato’Hussien
iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil alih
tugas parlimen .Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang
terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik,pegawai kanan
kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
• MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu
bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undang-uandang
negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta
mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah
kaum kepada kaum lain.
• Di bawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia
Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan
Awam Kanan untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai
Kerja. Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan
arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua dasar dan
objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal
awam serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut
dipatuhi .
• Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal ehwal awam tersebut
termasuklah dasar kewangan, pelajaran, pembangunan negara, luar
bandar, perusahaan, perdagangan, perniagaan, pengangkutan,
perkhidmatan dan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan
persekutuan dan negeri, imigresen dan pendaftaran negara.
• Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara (JPN) pada tahun 1970 dan Majlis Muhibah Negara (MMN)
pada 18 Julai 1969.Tujuan penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara yang diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie adalah
bagi membantu kerajaan mengerakkan dan membimbing rakyat
ke arah perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di
samping mendraf satu idealogi iaitu Rukun Negara.
5 Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan
• Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektif yang
menjadi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan rakyat
tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
• Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah, peraturan
dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha
untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang
mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan
dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan antara golongan kaya
dengan golongan miskin terlalu besar bezanya terutama daripada
aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh
sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat
melibatkan diri dalam sektor ini.
• Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai
perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi agar
setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.
•
• DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar
sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum bumiputera yang
menjalankan aktiviti pertanian tradisional.
• DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu ini
iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak ,
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi
peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan
memodenkankehidupan di luar bandar, mewujudkan kumpulan
perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan
sektor pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum,
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.
• DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat
iaitu pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandar,
pembasmian mengikut negeri dan pembasmian melalui
penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik.
• Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa strategi iaitu
peningkatan dalam pendapatan dan kadar kemiskinan disusun
mengikut kaum, penyusunan semula corak guna tenaga,
penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat dan sektor
industri dan pembangunan bandar dan luar bandar.
• Tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama wujudnya
masalah perpaduan kaum ialah faktor kemiskinan yang
terutamanya melibatkan penduduk luar bandar disebabkan
dominasi ekonomi oleh golongan kaya.
• Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa
Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat
perpaduan kaum .
• Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir bertutur dalam bahasa
ini.Namun, pengunaan dan pembelajaran bahasa lain tidak di sekat
untuk mengelakkan rasa tidak puas hati kaum lain seperti kaum cina
dan india .
Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran
peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu
merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di
persada antarabangsa.
Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita
semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa,
lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak
berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa
baik.
Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar
perpaduan
Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara tapi
menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian,
mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang
tersayang.
Di Afrika Selatan, trauma dari zaman Apartheid ditangani melalui
sidang`truth and reconciliation’ bagi mencapai kemaafan. Kerajaan
Jerman pula memilih untuk menghadapkan mereka yang terlibat
dalam jenayah di zaman Nazi ke muka pengadilan.
Malaysia boleh mengambil teladan dari cara negara lain berhadapan
dengan sejarah gelap mereka, namun menurut pakar, apa pun kaedah
yang diguna pakai di Malaysia harus megambil kira faktor-faktor
tempatan.
Yang pasti, setengah abad telah berlaludan Malaysia perlu mencari
jalan untuk mengubati luka dari rusuhan Mei 13 supaya kita
boleh mara ke hadapan yang lebih cerah.