VAPE GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH
MMAAKKLLUUMMAATT DDIIRRII MMUURRIIDD Nama: Puteri Safira Khairina binti Abd Raub Nama Sekolah: SMK Jementah Kod Sekolah: JEE 7036 Tingkatan: 4 Seni Nama Guru Pembimbing: Zatinnor binti Kasbi Jawatan: Guru Bimbingan dan Kaunseling Nama: Nur Damia binti Anuar Nama Sekolah: SMK Jementah Kod Sekolah: JEE 7036 Tingkatan: 4 Seni
Vape atau nama lainnya rokok elektronik merupakan alatan yang sama fungsinya dengan rokok tembakau biasa iaitu menghasilkan asap jika dihisap. Namun, vape tidak mengunakan tembakau sebagai sumber penghasilan asap sebaliknya mengunakan cecair kimia berperisa dan kebanyakkannya mengandungi nikotin. “Jauhi VAPE, Sayangilah diri anda” (kata’’ dari Puteri)
Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap (vaporizer) berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair yang berperisa khas yang disedut penggunanyauntuk mendapat rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat daripada nikotin(tidak semuanya, propilena glikol, gliserin dan bahan perisa Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford menambah "vape" sebagai kata nama baru dalam kamusnya pada Ogos 2014
Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi. “Kerana dirimu begitu berharga” (kata’’ dari Damia)
Bahan Perasa. Perisa vape memiliki bau atau rasa seakan-akan gula-gula, lolipop serta perisa kordial seperti anggur, mangga dan juga strawberi. Penggunaan perisa yang pelbagai inilah yang menyebabkan ramai golongan muda tertarik untuk mencuba vape ini. 1. Propilen Gilikon. Merupakan bahan yang diperolehi daripada sisa petroleum dan fungsinya adalah untuk menukar cecair vape kepada wap. Ia tidak memiliki bau namun ia manis dari segi rasa. 2. Gliserin. Ia merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan berfungsi untuk memberikan ketebalan pada penghasilan wap vape. Ia juga menyebabkan tekak terasa tidak sakit apabila asap vape melalui kerongkong seseorang. 3. Terdapat beberapa bahan yang digunakan yang mana memberi impak negatif kepada kesihatan seseorang iaitu kerana bahan tersebut merupakan bahan terlarang. Sebagai contoh: Nikotin. Nikton merupakan bahan yang bukan sahaja dijumpai dalam rokok namun dalam pelbagai jenis vape. Ia merupakan bahan yang akan memberi kesan ketagihan pada seseorang. Hal ini kerana, ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan. 1. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser. 2. Kandungan di dalam VAPE
MENGAPA VAPE BERBAHAYAUNTUK MANUSIA
Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sisa toksik (cecair yang mampu membunuh sel paruparu, otak dan lapisan kulit) yang tinggi. kesan vape terhadap tubuh badan kita
CARI ALASAN UNTUK BERHENTI DENGAN SEGERA! Alasan Menjimatkan wang Alasan kesihatan TENTUKAN WAKTU YANG TEPAT Bersedia untuk berhenti menghisap VAPE BUAT PERANCANGAN YANG EFEKTIF Beritahu keluarga Buang VAPE Konsultasi dengan terapis KENAL PASTI PUNCA INGIN DEKATI VAPE Tekanan perasaan Merasa Bosan Bergaul dengan rakan yang menghisap Vape KENAL PASTI GEJALA PENARIKAN JIKA BERHENTI VAPE: Mudah marah, gugup Cemas, tertekan Keletihan Sakit kepala Susah Tidur cepat rasa lapar CARA MENGATASI KEINGINAN VAPE: Deep Breathing Meditasi Berjalan-jalan Bermain Game Makan makann seimbang Amalkan Gaya Hidup Sihat DAPATKAN SOKONGAN Minta sokongan keluarga, rakan dan oran yang tersayang. dapatkan rawatan dan sokongan daripada Doktor atau Terapis Cara Untuk Berhenti VAPE
Penutupan dan Penghargaan Kesimpulannya, Vape bole mengakibatkan masalah terhadap manusia terutamanya dalam kalangan remaja. Ini boleh mengakibatkan kerosakan peparu dan kerosakan otak. Semua pihak perlu membanteras penggunaan vape ini demi masa depan yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinnya dapat menyiapkan tugasan ini.Sekalung perhargaan buat guru pembimbing yang banyak membantu dan membimbing kami semasa menyediakan dan menyiapkan buku skrap digital ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan kepada kami agar menyediakan buku skrap sekaligus menambah ilmu pengetahuan sedia ada kami.