The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afnanmhf, 2021-07-13 09:15:49

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG
UNIT BERUNIFORM
PERGERAKAN PUTERI ISLAM

MALAYSIA

NAMA PELAJAR : NUR AFNAN BINTI MOHD HARIS FADZILAH

KUMPULAN / KELAS : BAHASA MELAYU 5

NO. KAD PENGENALAN : 000721-02-0280

NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI BINTI SEMAN

KOD KURSUS : MPU3062 KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM)

TARIKH HANTAR : 14 JULAI 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
KEDAH

NAMA : NUR AFNAN BINTI MOHD HARIS FADZILAH
TARIKH LAHIR : 21 JULAI 2021
NO. KAD PENGENALAN : 000721-02-0280
NO. TELEFON
ALAMAT : 0196886974
: NO 30C KAMPUNG SIREH NAKA, 06350 ALOR SETAR,
PROGRAM KEDAH
AMBILAN : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
UNIT
ANGKA GILIRAN : JUN 2020
MENTOR : BAHASA MELAYU 5
PENSYARAH : 2020182340103
JAWATAN : PUAN FATAHIYAH BINTI MOHD ISHAK
: DR. ROHANI BINTI SEMAN
: AJK PERSIAPAN TEMPAT

ISI KANDUNGAN

01. 02. 03.

Maklumat Unit & Carta Organisasi Perlembagaan
Kumpulan PPIM

04. 05. 06.

Sejarah PPIM Struktur dan Laporan Aktiviti
Organisasi PPIM Mingguan

01

MAKLUMAT UNIT
& KUMPULAN

FALSAFAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragamyang
bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi,
maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti
yangdijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah
bertujuanmembimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-
potensi dirisecara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang
seimbang danharmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dankepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk
menterjemahkan kedalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya
mencapai kesejahteraan diri sertamampu dan bersedia memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuranbangsa , masyarakat dan negara selaras
dengan ajaran Islam.

MATLAMAT PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

▪ Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara
gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

▪ Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-
puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

▪ Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

▪ Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja
kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

▪ Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

▪ Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

▪ Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa
dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun
dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara

Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan
jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

VISI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-
ciri berikut :

Beriman dan berakhlak Mempunyai rasa kasih dan
murni berdasarkan hubungan silaturrahim
prinsip-prinsip Islam.
sesama puteri dan terhadap
diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu
;membangunkan diri secara bersepadu

iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial

dan fizikal.

VISI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Memperlihatkan kepada Memberikan pendidikan Melengkapkan puteri dan
puteri kebenaran Al-Quran dan latihan tidak formal masyarakat dengan
dan hadith di dalam konteks
alam dan kehidupan yang kepada masyarakat pengetahuan dan kemahiran
khususnya puteri melalui supaya dapat menyumbang
nyata melalui program- secara positif kepada diri,
program yang dijalankan. aktiviti-aktiviti yang keluarga dan masyarakat.
mencabar dan menarik.

01 02 03

PENGERTIAN LOGO DAN WARNA PPIM

PENGERTIAN LOGO

▪ Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan
lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis
''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA‘’

▪ Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis
dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI
ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan:

▪ “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
▪ “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

COGAN KATA PPIM

“BERILMU, BERIMAN,
BERAMAL”

BENDERA PERGERAKAN PPIM

“LAGU PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

“ Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan

Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
Malaysia, berikrar akan;

➢ Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan
ibubapa

➢ Memperkukuhkan iman dan memperbaiki
akhlak

➢ Membangunkan diri dengan sempurna
➢ Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
➢ Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan

negara

SULUH KATA PPIM

P Patuh kepada ibubapa I Insaf diri : Ia kepunyaan Allah dan
U Ugama / agama berteraskan Al- kepada Allah ia kembali

Quran & Al- Hadith S Solat ditunai setiap waktu
L Larangan Allah dijauhi
T Taat kepada Allah dan Rasul A Akhlak mulia pengukuh keimanan
E Erat ukhwah Islamiyah M Muslimah Mukminah rakyat
R Rela berbakti kerana Allah
I Iman dipupuk ilmu dituntut seperjuangan

02

CARTA
ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN

PENGARAH
Tuan Hj. Hashim Bin Asman

PENGERUSI (KJ PJK)
En. Idrus Bin Ashaari

PENSYARAH PENASIHAT
Dr. Rohani Binti Seman

PENGERUSI
Nur Yusra Binti Mahathir Muazam Syah

NAIB PENGERUSI
Nabilah Binti Mohd Naim

SETIAUSAHA BENDAHARI AJK KEBAJIKAN
Nur Syafiqah binti Abdullah Nur Ilham Amira Binti Che Sharudin Nurul Athirah binti Rozalan

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI AJK KEROHANIAN
Nur Hidayah binti Abd Kodzir Nur Anis Nabila Binti Badrul Hisham Nur Aisyah Wajihah binti Mohd Roshidi

AJK PERSIAPAN TEMPAT
Nur Afnan binti Mohd Haris Fadzilah

AJK PEMERIKSA KERJA-KERJA
Siti Nur Aishah binti Abdullah @ Haidzair

AJK TEKNIKAL
Nazratul Ain binti Mohd Alawi

03

PERLEMBAGAAN
PPIM

1. NAMA DAN 10. KEHADIRAN 11. MESYUARAT 20. PERUBAHAN 21. HAL-HAL LAIN
ALAMAT

2. MATLAMAT 9. KEWANGAN 12. PEMATUHAN 19. PEMBUBARAN
3. OBJEKTIF PENGURUSAN PERSATUAN
4. KEAHLIAN 8. TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB 13. AKTIVITI 18. PINDAAN
PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA 14. PERATURAN-
PERATURAN 17. TINDAKAN
7. AHLI DISIPLIN
JAWATANKUASA

5. PENASIHAT 6. GURU 15. KESALAHAN 16. LARANGAN
PENASIHAT

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM
PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996

1. NAMA DAN ALAMAT
a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia
b) Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.
2. MATLAMAT
a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan

menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti badan beruniform

3. OBJEKTIF
a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan

lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpesatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab
dan disiplin diri.
b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap
yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang
diikutiinya.

4. KEAHLIAN
a) Dibuka kepada semua murid perempuan sekolah ini.
b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan

mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT
a) Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa org guru sebagai penasihat.
b) Pengetua perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod berpesatuan.

6. GURU PENASIHAT
a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
b) Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu

aktiviti.
c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan

7. AHLI JAWATANKUASA
a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat

hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan

jawatan kepada Guru Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri: :
• Pengerusi
• Naib Pengerusi
• Setiausaha
• Bendahari
• Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
a) Pengerusi

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa

b) Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

c) Setiausaha
• Menguruskan hal-hal surat menyurat.
• Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
• Mencatat kehadiran ahli
• Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

d) Bendahari
• Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
• Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab

di atas kesahihannya.
• Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
• Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
• Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

e) Ahli Jawatankuasa
Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

9. KEWANGAN
a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat

Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.
b) Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh

dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya

mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

10. KEHADIRAN/PENYERTAAN
a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang

tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk

sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

11. MENGENDALI MESYUARAT
a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh guru penasihat.

12. PEMATUHAN PENGURUSAN
a) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh mengawal mana – mana persatuan sekolah mematuhi

peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan
persatuan itu.

13. AKTIVITI
a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

14. PERATURAN-PERATURAN
a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. KESALAHAN

a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab

• Salah laku jenayah • Tidak menepati masa
• Tingkah laku berunsur lucah • Kurang sopan
• Tidak kemas • Melakukan kesalahan kecil

16. LARANGAN
a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan sekolah dan

hukum syarak

17. TINDAKAN DISIPLIN
a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan

yang ditetapkan.
b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
• Amaran lisan
• Amaran bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN
a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau

pentadbir sekolah secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan

membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru

Besar

19. PEMBUBARAN PERSATUAN
a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan

Falsafah Pendidikan Negara.Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

20. PERUBAHAN
a) jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada pengetua tentang peubahan

dalam perlembagaan dalam peraturan atau ahli persatuan. Laporan itu hendaklah diserahkan
dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan. Pengetua berhak menerima atau menolak perubahan
tersebut.

21. HAL-HAL LAIN
a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

04

SEJARAH
PPIM

PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaan – untuk pelajar sekolah menengah.

Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pelancaran rasmi PPIM adalah pada 17 Jun 1981 oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong ke-6, Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum
Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah.

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Di-
Pertua PPIM Pertama.

17 Jun ialah sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi memperingati
kelahiran PPIM.

20 Jun 1987 – sambutan Hari Puteri pertama kali diadakan di
peringkat kebangsaan.

2 Disember 1988 – diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan
yang berpelembagaan sendiri dan didaftarkan dengan
Pendaftar Pertubuhan.

Pada Hari Puteri 1988, anugerah ‘Puteri Cemerlang’ dan
Piala Pusingan bagi AnugerahTokoh Puteri telah diiktiraf
oleh Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM.

Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM bergerak sebagai
Pertubuhan Beruniform dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di
semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

23 November 1996, Skuad Puteri dilancarkan oleh
Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tujuannya meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan
sekolah dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan
kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital.

8 April 2000, PPIM dilancarkan di institusi pengajian tinggi
oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di
Universiti Islam Antarabangsa.

Ibu pejabat PPIM pada awal 2004, di bawah kepimpinan
Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah)
telah berpindah ke Darul Puteri.

Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti
Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

24 Mac 2007 - kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh
Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan hingga kini.

05

STRUKTUR &
ORGANISASI

STRUKTUR & ORGANISASI PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

1. Majlis Pentadbir Kebangsaan
2. Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Negeri
3. Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Daerah
4. Jawatankuasa PPIM Peringkat Sekolah (Sekolah Rendah)
5. Jawatankuasa PPIM Peringkat Sekolah (Sekolah Menengah)
6. Jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Pendidikan Guru (BPG) Dan

Institusi Pengajian Tinggi
7. Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan Institut / Maktab /

Universiti





06

LAPORAN AKTIVITI
MINGGUAN

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN (MINGGU PERTAMA)

Tarikh : 23 Jun 2021
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : Semua hadir
Nama ahli yang tidak hadir : tiada

Catatan Aktiviti :
1. Tatacara perjumpaan
2. Sesi suai kenal pensyarah penasihat bersama dengan pelajar
3. Perlantikan ahli jawatankuasa PPIM
4. Pengerusi membentangkan senarai nama ahli jawatankuasa
5. Pembahagian topik pembentangan mingguan
6. Majlis diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN (MINGGU KEDUA)

Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : Semua hadir
Nama ahli yang tidak hadir : tiada

Catatan Aktiviti :
1. Tatacara perjumpaan
2. Pensyarah memaklumkan tentang subtopik yang akan dipelajari pada hari tersebut.
3. Kumpulan pertama dan kedua membentangkan subtopik yang memfokuskan kepada :

- Perlembagaan pertubuhan PPIM
- Sejarah pertubuhan PPIM
4. Pembentangan selesai
5. Pensyarah memberikan maklum balas dan penerangan lanjut tentang topik pembentangan
6. Majlis diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN (MINGGU KETIGA)

Tarikh : 7 Julai 2021
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tempat : Google Meet
Jurulatih bertugas : Dr. Rohani binti Seman
Kehadiran : Semua hadir
Nama ahli yang tidak hadir : tiada

Catatan Aktiviti :
1. Kelas dimulakan dengan selawat, zikir dan lagu Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
2. Pensyarah memberitahu subtopik yang akan dipelajari.
3. Kumpulan ketiga dan keempat meneruskan pembentangan yang bertajuk

- Struktur dan organisasi pertubuhan
- Pengurusan dan pentadbiran
4. Pembentangan selesai
5. Pensyarah memberikan maklum balas dan penerangan lanjut tentang topik pembentangan

6. Majlis diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

RUJUKAN

AimeeGreen. (2017). Buku panduan puteri islam Malaysia. Dimuat turun daripada :
https://www.sistemguruonline.my/wp-

content/uploads/2018/05/BUKU-PANDUAN-PUTERI-ISLAM-MALAYSIA.pdf
Izani Zakaria. (2009). Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Content Plus.
Maziah Abu Kasim. Buku log PPIM. Dimuat turun daripada :

https://www.academia.edu/37248674/Buku_log_ppim
Nurlyana Ezani. (2019). PUTERI ISLAM (UB): carta organisasi & kategori pangkat.

Dimuat turun darpada https://ezadayana.blogspot.com/2019/06/puteri-
islam-carta-organisasi-puteri.html
Syamimi syamilah. (2018). Persatuan Puteri Islam. Dimuat turun daripada

http://nursyamimisyamilah.blogspot.com/2018/09/blog-post.html

LAMPIRAN

Baju riadah

Baju Puteri Baju Kawad

Pemakaian PPIM Baju Pemimpin
Pin Poket PPIM


Click to View FlipBook Version