FAKTOR DAN GANDAAN KELAS 5 1 JULAI 2023
APA ITU FAKTOR DAN FAKTOR PERDANA? FAKTOR: • Nombor bulat yang boleh membahagi nombor itu dengan tepat. • Nombor 1 adalah faktor bagi semua nombor. • Setiap nombor adalah faktor untuk dirinya sendiri. FAKTOR PERDANA • Faktor yang terdiri daripada nombor perdana. • Terdapat dua kaedah pemfaktoran perdana iaitu: – Pembahagian berulang – Pokok faktor
CONTOH: 1. Tentukan sama ada 8 adalah faktor bagi setiap nombor berikut: a) 40 a) 56 a) 124 b) 256 2.Tentukan sama ada 6 adalah faktor bagi setiap nombor berikut: a) 36 b) 84 c) 196 d) 336
CONTOH: 1. Senaraikan semua faktor bagi 45. 2. Senaraikan semua faktor bagi 56.
CONTOH: 3. Senaraikan semua faktor bagi 64. 4. Senaraikan semua faktor bagi 120.
CONTOH: 1. Senaraikan semua faktor perdana bagi: a) 36 a) 45 c) 84 d) 125
APA ITU FAKTOR SEPUNYA TERBESAR (FSTB)? FAKTOR SEPUNYA • Faktor sepunya adalah faktor yang sama bagi dua atau lebih nombor. • Contoh: – Tentukan faktor sepunya bagi 35 dan 84. FAKTOR SEPUNYA TERBESAR • Faktor sepunya yang terbesar bagi semua nombor itu. • Contoh: – Cari faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi 45 dan 60.
CONTOH: 1. Senaraikan semua faktor sepunya bagi: a) 36 dan 54 a) 45 dan 60 c) 21 dan 84 d) 15, 30 dan 125
CONTOH: 1. Senaraikan semua faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi: a) 36 dan 54 a) 45 dan 60 c) 21 dan 84 d) 50 dan 125
LATIHAN: 1. Senaraikan semua faktor bagi a) 35 b) 72 2. Senaraikan faktor perdana bagi a) 28 b) 52 c) 110 3. Senaraikan faktor sepunya bagi a) 44 dan 60 b) 24, 96 c) 18, 28 dan 36 4. Senaraikan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi a) 18 dan 42 b) 40 dan 96 c) 21, 63 dan 105 d) 36, 54 dan 90