The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vharmha99, 2023-06-13 20:24:54

STPM 900/2 | SOALAN PENGAJIAN AM PENGGAL 2

SOALAN PENGAJIAN AM PENGGAL 2 - SET 1

1 SET 1 No Kad Pengenalan……………………… Nombor pusat /Angka Giliran……………………… STPM 900/2 PENGAJIAN AM KERTAS 2 ( 1 1/2 jam ) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 Arahan kepada calon: Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa. Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu. Koyakkan muka hadapan kertas soalan ini dan helaian jawapan anda bagi Bahagian A dan ikatkan bersama-sama dengan helaian jawapan anda bagi Bahagian B dan Bahagian C.


2 BahagianA Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan. 1. Nyatakan tiga cabaran Rukun Negara. [3] (a) ……………………………………………………………………………………. (b) ……………………………………………………………………………………. (c) ……………………………………………………………………………………. 2. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. [4] (a) ……………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………. (b) ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………….. 3. Huraikan dua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh orang ramai untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. [4] (a) ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………….. (b) ……………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………….. 4. Nyatakan empat pihak yang terlibat bagi mencapai Wawasan 2020. [4] (a) ……………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………….. (b) ……………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………..


3 Bahagian B [20 markah] Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf 5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kemasukan dan keluaran pelajar mengikut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) utama pada tahun 2013. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan tinggi di negara ini bagi merealisasikan hasrat ke arah negara maju menjelang tahun 2020, bilangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga telah bertambah dari semasa ke semasa. Strategi ini dilihat amat berkesan dalam meningkatkan bilangan pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi di IPTA. Secara keseluruhannya, jumlah kemasukan dan keluaran pelajar perempuan ke IPTA didominasi oleh pelajar perempuan. Pada tahun 2013, jumlah kemasukan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA adalah seramai 49 340 orang pelajar dengan 20 272 orang adalah pelajar lelaki berbanding 29 068 orang pelajar adalah pelajar perempuan. Bagi jumlah keluaran pelajar pula adalah seramai 39 614 orang. Jumlah kemasukan pelajar ke Universiti Malaya (UM) adalah seramai 8393 orang, Universiti Sains Malaysia (USM) 9170 orang dan 7247 orang ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi jumlah keluaran daripada IPTA tersebut pula adalah seramai 5526 orang, 6359 orang dan 6561 orang. Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan pengurangan sebanyak 555 orang berbanding USM dari segi jumlah kemasukan pelajar manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula dengan seramai 16.61% pelajar daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya adalah bilangan kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Keluaran pelajar daripada UPM adalah yang tertinggi dengan jumlah pelajar seramai 7725 orang dengan 5017 orang adalah pelajar lelaki berbanding 2708 bagi pelajar perempuan. Hal ini diikuti oleh UUM dengan perbezaan sebanyak 325 orang manakala UTM mencatatkan jumlah keluaran pelajar yang selebihnya. Kadar kemasukan dan keluaran pelajar daripada IPTA yang semakin meningkat ini memberikan gambaran yang positif dalam melahirkan modal insan yang kompetitif menjelang Wawasan 2020. Adalah diharapkan tenaga kerja tempatan yang bakal memasuki pasaran pekerjaan ini kelak mampu bersaing bukan sahaja di peringkat dalam negara, tetapi juga di peringkat global. (Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2014)


4 6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah saham dan nilai dagangan papan utama Bursa Malaysia mengikut kaunter bagi tempoh yang dilaporkan. Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi dengan keuntungan dalam saham berwajaran tinggi terpilih serta saham-saham kewangan, barangan industri dan perkhidmatan yang terus menarik sokongan pembeli. Jumlah dagangan Papan Utama Bursa Malaysia mencatatkan 19 195 juta unit saham daripada nilai dagangan bernilai RM 51 700 juta pada tahun 2012.Nilai saham berkurang sebanyak 941 juta unit saham berbanding tahun sebelumnya yang bernilai RM 61 300 juta. Sesi dagangan pada tahun 2013 terus mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan menjadi 37 565 juta unit saham bernilai RM 109 900 juta sebelum menokok kepada 40 186 juta unit saham bernilai RM 103 500 juta pada tahun 2014. Berlaku aktiviti pengambilan untung yang menghakis keuntungan menyebabkan kaunter barangan pengguna jatuh ke paras 1 635 juta unit saham pada tahun 2012 berbanding 1 807 juta unit saham pada tahun 2011, sebelum meningkat kepada 2 620 juta unit saham pada tahun 2013. Seterusnya menokok sebanyak 1 403 juta unit saham pada tahun 2014. Begitu juga dengan kaunter barangan industri. Pada tahun 2011, kaunter ini mencatatkan 3806 juta unit saham yang bernilai RM25.29 juta, seterusnya merosot sebanyak 133 juta unit saham pada tahun berikutnya. Namun, kaunter ini aktif pada tahun 2013 mencatatkan 9 786 juta unit saham, sebelum melonjak ke paras 12 402 juta unit saham pada tahun 2014. Mengikut asas sektoral, selain barangan pengguna dan barangan industri, turut diniagakan di Papan Utama ialah pembinaan dan perkhidmatan. Bagi kaunter pembinaan, pada tahun 2011, mencatatkan 3 768 juta unit saham berbanding jumlah keseluruhan. Jumlah ini merosot kepada 3 257 juta unit saham pada tahun berikutnya sebelum menokok sebanyak 3 671 juta unit saham pada tahun 2013, melebihi tahun 2014 yang hanya mencatatkan 4 742 juta unit saham. Selain wujudnya sentimen positif daripada peningkatan di Wall Street dan Bursa Saham China, pelabur turut menjalankan urusniaga secara berhati-hati. Untuk itu, pada tahun 2011 dan 2012, kaunter perkhidmatan mencatatkan 10 755 juta unit saham dan 10 630 juta unit saham. Namun, pada tahun 2014, melonjak ke paras 19 019 juta unit saham, berbanding 18 231 juta unit saham pada tahun sebelumnya. (Disesuaikan daripada Laporan Bursa Malaysia, Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014)


5 BAHAGIAN C [25 markah] Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan. 7. Pembelajaran dalam talian banyak kelebihannya, namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Bincangkan. 8. Ekonomi digital membawa kebaikan kepada sesebuah perniagaan, namun kaedah perniagaan ini berhadapan pelbagai cabaran. Bincangkan.


Click to View FlipBook Version