INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : Nur Nabihah binti Musa
No. K/P : 031021-02-0978
Angka Giliran : 2021242310232
Program : PPISMP
Ambilan : Jun 2021
Unit : X10
Nama Pensyarah : En. Abdul Rani bin
Hassan
Tarikh Hantar : 14 Mac 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : BMMB1104 Ambilan
: KESUSASTERAAN DAN :
KEBUDAYAAN
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
X9, X10 DAN X11.
:
TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PENGHASILAN PRODUK 22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; 14 MAC 2022 08 APRIL 2022
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit)
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5,
KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
2
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing- masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda perlu
memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi jurnal,
buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh ii. Muka surat pertama BORANG
PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) yang
terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan dalam
esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu, IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
5
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan......................................................................................................................... 7
2.0 Takrif kesusasteraan Melayu............................................................................................. 7
2.1 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan.................................................................................. 8
2.2 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu...................................................................................... 8
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu..........................................................................................10
3.1 Pendidikan .....................................................................................................................10
3.2 Hiburan...........................................................................................................................10
3.3 Dakwah...........................................................................................................................11
3.4 Kritikan sosial ................................................................................................................11
4.0 Manifestasi Akal Budi .......................................................................................................12
4.1 Pantun ............................................................................................................................12
4.2 Syair ...............................................................................................................................13
4.3 Seloka.............................................................................................................................13
4.4 Gurindam .......................................................................................................................15
5.0 Rumusan ...........................................................................................................................15
6.0 Rujukan..............................................................................................................................16
6
1.0 Pengenalan
Umum mengetahui bahawa kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan
ciptaan seni yang terkandung dalam kalangan masyarakat Melayu dan ianya merupakan satu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Sastera juga dapat diungkapkan sebagai
senibahasa kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah
sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Kesusasteraan dianggap
bidang yang tidak pernah hilang dan pupus setiap kali zaman berganti zaman, malah ia tetap
mekar bagi mereka yang hidup melata bagi mengisi kekosongan jiwa (Md Hasri, 2013). Namun
yang demikian, hubungan sastera dengan kehidupan menjadi jarak akibat daripada
perkembangan masyarakat yang begitu pesat pada hari ini dan telah mengakibatkan sastera
menjadi satu bidang kegiatan yang khusus.
2.0 Takrif kesusasteraan Melayu
Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "sastra" yang membawa
maksud kepada kitab suci manakala kesusasteraan pula bermaksud segala penghasilan sastera
yang dinikmati atau disampaikan melalui tulisan dan pembacaan serta melalui lisan dan
pendengaran. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, perkataan kesusasteraan terhasil
daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa makna huruf atau buku indah.
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada erti kata yang
lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah,
sama ada ia tertulis ataupun tidak. Bukan itu sahaja, kesusasteraan juga membawa pengertian
sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran (Harun Mat Piah et al., 2006).
7
2.1 Jenis dan Bentuk Kesusasteraan
Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada empat iaitu prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. Prosa adalah merupakan sebarang
bentuk tulisan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa
tradisional adalah merupakan pernyataan biasa yang diucapkan yang tidak terikat dengan corak
irama dan penyusunan bunyi yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu lama. Prosa tradisional
merupakan sastera yang mempunyai sifat yang diwarisi secara turun-temurun berbanding
dengan sastera lama kerana sastera lama bersifat sementara. Prosa tradisional terbahagi kepada
dua genre iaitu sastera rakyat dan sastera istana Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori
iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera naratif terbahagi kepada mitos, lagenda dan cerita rakyat
manakala sastera bukan neratif terdiri daripada puisi rakyat. Mitos merujuk kepada cerita yang
diaggap benar-benar terjadi dan diaggap suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang
mendukungnya. Lagenda pula merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak
dianggap suci manakala cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar -benar terjadi.
Hasil karya sastera selepas 1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Pantun, syair,
gurindam, seloka adalah merupakan antara genre dalam puisi tradisional. Seterusnya, puisi
moden berperanan sebagai didaktik untuk memberikan pengajaran dan Pendidikan kepada
manusia. Sajak merupakan salah salah satu genre puisi dalam puisi moden.
2.2 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antara ciri kesusasteraan
Melayu ialah dari aspek keindahan iaitu dapat dilihat menerusi gaya dan bahasa yang digunakan
dalam sesebuah karya sastera. Terdapat empat syarat yang menjadikan hasil sesebuah karya
itu indah iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur. Selain itu,
mencerminkan pengalaman juga merupakan salah satu ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
Pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan
secara realiti. Perkara ini disebut utuh kerana ianya bukan hanya merujuk kegiatan fikiran akan
tetapi juga kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti merupakan sesuatu yang dapat merangsang
atau menyentuh kesedaran manusia sama ada yang berada di dalam atau di luar dirinya.
Manakala gagasan, perasaan dan gambaran khayalan yang muncul atas kesedaran penulisnya
akan dapat melahirkan pengalaman yang baharu. Tetapi, realiti pula merupakan sesuatu yang
berada di luar diri seseorang. Misalnya, sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan mata ataupun
perkara yang dialami oleh dirinya sendiri.
8
Seterusnya, pengalaman seni iaitu pembaca dapat faham dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya melalui karya mereka. Namun demikian, tidak mencukupi jika seseorang
pembaca itu memahami dan merasai isi hati pengkarya semata-mata. Pembaca juga harus
menyedari akan nilai-nilai lain yang terkandung di dalam karya sastera itu iaitu nilai-nilai yang
berhubungan dengan cara pengkarya menyampaikan pengalaman biasanya. Nilai karya sastera
bukan hanya terletak pada perkara yang disampaikan tetapi juga pada cara dan bentuk
penyampaian. Akhir sekali, karya seni juga merupakan salah satu ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
Terdapat tiga perkara yang dapat membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu
bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. Fiksyen ialah karya sastera yang
dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman dan atau tindak balasnya
terhadap alam realiti. Selain itu, nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan
isi hati dengan sejelas-jelasnya dan juga mendalam.
9
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu
3.1 Pendidikan
Terdapat beberapa fungsi kesusasteraan Melayu yang telah dikenal pasti iaitu dalam
aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial. Salah satu fungsi karya sastera iaitu
sebagai alat pendidikan memang tidak dapat dinafikan lagi kerana karya-karya kesusasteraan
sememangnya sarat dengan unsur pendidikan. Pengarang-pengarang yang telah menghasilkan
sesuatu karya sastera adalah merupakan sekumpulan manusia yang telah memperoleh banyak
pengalaman. Jadi, para pengarang telah menterjemahkan pengalaman-pengalaman mereka
melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka dan terkandung didalamnya pelbagai ilmu seperti
ekonomi, politik, sosiologi, dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan sebagai prosa atau puisi
dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, nilai-nilai moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi
nilainya. Ianya bertujuan untuk mengubah pemikiran dan membawa kesedaran kepada
masyarakat. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu
pengetahuan itu diserap masuk oleh masyarakat yang membacanya dan dapat membantu
membentuk personaliti seseorang itu bahkan dapat memberi kesedaran kepada mereka. Sebagai
contohnya, cerita Sang Kancil dengan Buaya yang berupaya untuk memasyarakatkan nilai, unsur
moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat disamping menghiburkan. Jadi, dapat
disimpulkan bahawa kesusasteraan dengan jelas mampu menjadi bahan unuk pendidikan bagi
masyarakat.
3.2 Hiburan
Selain itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai hiburan yang bertujuan untuk
menghiburkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai
karya yang diminati pada suatu masa dahulu. Kategori hiburan adalah berbeza antara seorang
pembaca dengan pembaca yang lain. Bukan itu sahaja, sebuah karya serius masih boleh dibaca
sebagai sebuah karya yang menghiburkan kerana ia tidak akan menjatuhkan nilai dan martabat
karya berkenaan. Hiburan yang wujud dalam sesebuah karya terhasil daripada keindahan kata-
kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah. Sebagai contohnya, dalam karya sastera
rakyat iaitu cerita jenaka memaparkan unsur hiburan didalamnya seperti cerita Pak Kaduk. Cerita
10
Pak Kaduk menonjolkan unsur hiburan dengan mengisahkan watak utama Pak Kaduk yang gila
berlaga ayam. cerita Pak Kaduk ini telah menjadi satu bahan bacaan penglipur lara yang
mengandungi unsur kelucuannya sendiri apabila baju kertas yang dipakai oleh Pak Kaduk koyak
dan malu dengan penduduk kampung. Penceritaan Pak Kaduk juga telah dijadikan satu seloka
dengan irama dan nada yang sedap didengari. Cerita tersebut bukan sahaja menghiburkan tetapi
penuh dengan mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.
3.3 Dakwah
Seterusnya, dakwah sebagai salah satu fungsi kesusasteraan Melayu merupakan proses
penyampaian pesanan daripada tuhan kepada manusia iaitu dengan mendorong manusia untuk
melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran agar mendapat kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. Dakwah boleh disampaikan menerusi medium yang difahami iaitu melalui bahasa.
Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah sangat segnifikan. Fungsi bahasa kesusasteraan
dalam dakwah dapat menyampaikan pesanan-pesanan melalui aneka bentuk, ragam estetika,
metafora, simbol-simbol, subjek dan objek yang terdapat dalam kehidupan seperti Sastera Kitab
3.4 Kritikan sosial
Disamping itu, Kritikan sosial juga merupakan peranan kesusasteraan Melayu. Umum
mengetahui bahawa sastera adalah merupakan rakaman kehidupan yang menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai aspek yang berbeza (Mohd Rodzi, n.d.). Sesuatu yang
terkandung dalam sastera sebenarnya adalah sesuatu yang berlaku dalam realiti kehidupan
manusia kerana sastera adalah merupakan gambaran kehidupan manusia. Oleh hal yang
demikian, karya sastera bukan sahaja menunjukkan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara yang
biasa dan diubah dalam bentuk karya kreatif yang bersifat indah. Dalam konteks masyarakat
yang pelbagai susun lapis menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan
sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan dan tatasusila adab sama ada untuk tujuan
menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai
watak yang mempunyai tugas tertetu dalam masyarakatnya. Namun demikian, dalam keadaan
tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana yang dipertanggungjawabkan.
Salah satu karya sastera yang membuktikan fungsi ini adalah novel yang bertajuk Titis Darah
11
Terakhir karya Adhyat Helmy yang menceritakan perjuangan demi menegakkan hak memerlukan
pengorbanan dan pertumpahan darah.
4.0 Manifestasi Akal Budi
4.1 Pantun
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak dahulu lagi.
Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan
menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk
menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Contohnya ialah:
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Dalam pantun tersebut, aspek pemikiran pantun dapat dilihat menerusi aspek tersirat dimana
pantun tersebut menekankan tentang budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Ianya bertujuan
untuk memastikan keharmonian diantara kaum dikekalkan. Jadi, setiap individu perlulah
menyemai sikap budi bahasa yang baik dalam diri masing-masing agar dapat mengelakkan
berlakunya persengketaan. Ketiggian akal budi dalam pantun ini dapat dilihat dengan jelas iaitu
cara nasihat yang ingin disampaikan kepada khalayak.
12
4.2 Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan Orang Melayu yang medapat pengaruh
Arab dan Parsi. Istilah syair merupakan istilah yang khusus dalam bahasa Melayu. Syair Melayu
tidak berancuankan syair daripada tradisi Arab tetapi dalam acuan asli masyarakat Melayu. Syair
merupakan karya kreatif lisan genre puisi tradisional sama seperti pantun.
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Dalam syair tersebut, dapat dilihat bahawa sifat rendah diri pada penyair yang mengarang
syair tersebut sangat terserlah pada rangkap pertama diatas. Penyair membahasakan dirinya
sebagai fakir. Perkatan fakir berasal daripada perkataan Arab iaitu miskin tetapi orang fakir
adalah lebih kekurangan daripada orang miskin dari segi keperluan hariannya. Contoh keperluan
harian ialah membeli makanan, pakaian dan tempat tinggal, Pendidikan dan banyak lagi yang
melibatkan kehendak dan keperluan seseorang itu. Sikap orang Melayu yang sering
merendahkan diri sebagai satu adab apabila berhubung dengan orang lain merupakan akal budi
yang mengingatkan seseorang individu itu untuk tidak berasa megah dengan kelebihan yang ada
dalam diri.
4.3 Seloka
Seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran, sindirin, jenaka dan lain-lain.
Perakataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’. Sebagai satu bentuk puisi
tradisional yang bercorak karangan berangkap atau berirama, seloka lebih merupakan pepatah,
bidalan atau perumpamaan yang mempunyai unsur jenaka, ejekan atau sindiran. Antara seloka
yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu ialah Seloka Pandai Pak Pandir yang diambil
daripada Cerita Jenaka Rakyat. Selain itu, terdapat juga beberapa cerita-cerita rakyat popular
yang lain seperti ‘Pak Kadok’, ‘Pak Pandir’, ‘Lebai Malang’,’Si Lunchai’ dan sebagainya. Contoh
seloka
13
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran.
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan.
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk.
Seloka tersebut memperlihatkan tujuan untuk memberi hiburan disamping menyelitkan
pesanan kepada pendengar. Banyak sikap negatif yang ditunjukkan di dalam seloka tersebut
seperti tindakan Pak Kaduk bermudik dalam arus air bertentangan itu mendatangkan
kepenatan yang akhirnya mendatangkan kerugian kepadanya. Perkara ini jelas mencerminkan
Pak Kaduk ialah seorang yang tidak menggunakan akal budi ketika melakukan sesuatu dan
membuktikan bahawa Pak Kaduk merupakan orang yang lurus dan dungu. Meskipun
tindakan yang dilakukani itu mencerminkan kelucuan, namun dalam ujaran tersebut
menggambarkan sindiran yang mempunyai makna tersirat. Aspek akal budi dapat dilihat apabila
pengarang sendiri mengkritik sikap manusia yang tidak memberi faedah kepada orang lain. Isi
seloka Pak Kaduk keseluruhannya menyindir tentang sikap sebahagian masyarakat Melayu yang
bersikap negatif.
14
4.4 Gurindam
Gurindam adalah suatu karya sastera yang menyerupai dengan puisi dan terdiri daripada
dua baris. Baris pertama dipanggil syarat manakala baris kedua dianggil jawab.
Barang siapa tiada memegang agama
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Akal budi yang terdapat dalam gurindam ini ialah pengarang menjelaskan kepada
pembaca bahawa apabila hidup tidak tahu dan mengenal agamayakni Tuhan maka hidupnya sia-
sia tanpa mempunyai hala tuju. Ini akan menyebabkan seseorang itu berada dalam kerisauan
dan kegelisahan.
5.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, kesusasteraan Melayu amatlah penting untuk setiap individu
dalam mengekalkan karya-karya seni yang wujud dari zaman nenek moyang lagi. Selain itu, ilmu
kesusasteraan amatlah penting kerana pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh serta ilmu
kesusasteraan ini mempunyai keistemewaannya yang tersendiri berbanding dengan ilmu-ilmu
yang lain. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka
untuk menitikberatkan keindahan sastera di dalam diri mereka agar boleh mempraktikkan nilai
yang baik.
15
6.0 Rujukan
Md Hasri (2013). Kesusasteraan Melayu
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman
Kaeh,Jamilah Hj. Ahmad (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mohd Rodzi (n.d.) Fungsi sastera dalam masyarakat
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat
16