The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ATHIRAH, 2024-06-30 19:42:49

SETULUS 2023/24

apabila dapat mematahkan serangan daripada apit kanan sensasi itu. Setelah penyelamatan yang begitu penting itu dilakukan, Adham terus melibas setelah melihat keadaan skuad Thailand yang masih lagi berada di awang-awangan kerana tidak percaya serangan mereka itu dapat dipatahkan walhal kualiti serangan daripada regu Thailand itu memang terbukti kehebatannya. Detik itu sudah terang lagi bersuluh menampakkan keadaan kami yang berhempas-pulas sehingga hormon adrenalina jelas berfungsi di dalam tubuh kami bertiga dengan sebaiknya. Hasilnya, kami sekali lagi berada di ambang kejayaan kerana hanya memerlukan 1 lagi mata untuk memecahkan penguasaan Thailand yang sudah sekian lama mendominasi sukan ini. Akhirnya, kejayaan sudah pasti menjadi milik kami apabila servis yang dilakukan oleh Suebsak terkandas di jaring. Hati kami berbunga riang. Sujud syukur kami buat dengan penuh keikhlasan. Air mata berlinangan tanda sebak di hati dan penuh kegembiraan. Selepas sahaja perlawanan penuh dramatik itu tamat pada larut malam. Perkataan syukur kepada Tuhan memang tidak pernah lekang daripada mulut kami bertiga. Hasrat yang kami mula idamkan akhirnya menjadi kenyataan. pada saat itu, kejayaan tersebut seolah-olah telah menyirnakan segala sentimen negatif yang pernah diutarakan oleh masyarakat madani sebelum ini dan juga dapat menghidupkan kembali zaman kegemilangan sukan sepak takraw negara yang pernah dikecapi oleh jurulatih kami, Encik zabidi bersama rakan-rakannya. masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras juga turut menyokong perjuangan kami dalam perlawanan ini. Kejayaan ini memang benar-benar meninggalkan kisah yang indah dan gembira dalam hidup kami persis kata peribahasa Melayu 'bagai kacang direbus satu'. Aku dan rakan-rakan sangat sayang akan sukan sepak takraw.


PELAN KEBAKARAN Oleh : Fatimah Az Zahra binti Mohammad Faisol 4 Progresif Siapa sahaja tidak kenal akan pelan kebakaran. Lukisan arkitektual bangunan dari sudut pandang atas yang dipenuhi kotakkotak, anak-anak panah berwarna merah dan label-label untuk setiap bilik yang ada di dalamnya. Sudah tentu, peranan lukisan berkotak-kotak ini adalah untuk menunjukkan laluan ke tempat berkumpulnya semua orang ketika kebakaran berlaku, dan sudah pasti, semua orang pernah melihat atau sekurangsekurangnya memandang sekilas kepada lukisan ini, bukan? Kerana kita semua tahu bahawa dalam banyak-banyak lukisan jika dibandingkan dengan lukisan ‘Monalisa’ oleh Leonardo da Vinci atau ‘The Starry Night’ hasil karya Vincent van Gogh, lukisan pelan kebakaran adalah lukisan yang paling tidak selalu diberi perhatian oleh orang ramai, walaupun ia ditampal di dinding-dinding hampir semua bangunan. Mengapa, jika ditanya? Kerana ia tidak menarik, membosankan dan kosong. Tiada warna-warni, tiada unsur seni dan tiada orang yang suka akan perkara yang boring. Bukankah begitu? Tetapi tidak untuk aku. Aku memandang lukisan bangunan yang membosankan ini sebagai suatu peluang untuk aku, seorang pelajar sekolah yang nakal. Ah, aku bukan sekadar memandang sebenarnya, tetapi lebih kepada merenung. Ya, itu kata yang lebih sesuai untuk menerangkan ‘kegiatan’ aku sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aku Man, tetapi aku menggelar diriku ‘Penyalahguna Pelan Kebakaran’. Baik, kisahnya begini. Senang cerita, aku dahulunya tidak suka sekolah. Sangat tidak suka. Sewaktu aku mula menapak dalam pagar sekolah rendah semasa umurku 7 tahun, dan semasa mata aku mula menatap bangunan sekolah aku yang usang itu lagi, hatiku sudah terdetik, ‘Oh tidak, ini neraka.’ Awal-awal lagi aku sudah boleh menggambarkan kehidupan aku di sekolah. Aku telah membayangkan telinga aku ditarik oleh cikgu matematik, membayangkan diri aku terpaksa berdiri di hadapan kelas menanggung malu bersendirian dan juga memikirkan nasib diriku yang dihukum untuk berlari satu pusingan di padang sekolah yang luas terbentang. Aku sentiasa terbayang, terbayang dan terbayang tidak henti, sehinggakan kadangkala aku, budak darjah satu yang sepatutnya masih mentah itu, menjadi trauma untuk pergi sekolah. Ketahuilah bahawa, itu semua hanyalah overthinking seorang budak darjah satu.. Sepanjang hidup aku, telinga aku masih tidak pernah pula menjadi mangsa tarikan cikgu matematik (dan mana-mana guru sekalipun), Alhamdulillah. Kejadian didenda berdiri satu jam di hadapan kelas pula cuma pernah berlaku sekali sahaja, itu pun kerana satu kelas didenda sekali. Berlari sekeliling padang pula? Aku cuma melakukannya secara sukarela apabila mewakili rumah sukanku dalam acara 400 meter. Bukan dendaan. Bukan juga paksaan. Dapat nombor satu pula tu setiap kali aku bertanding. Semua tabiat aku yang terlalu banyak berfikir ini puncanya apa? Kartun yang aku tonton setiap hari itulah. Sudah terang lagi bersuluh aku tidak pernah menerima nasibnasib buruk yang selalu aku fikirkan sejak dari mula aku berada di dalam bangunan usang itu lagi.


Tidak pernah. Sejujurnya aku budak baik sebenarnya (boleh dikatakanlah). Tetapi tabiat overthinking aku itu berlarutan. Aku terlalu terbiasa dengan tabiat berfikir tentang kejadian-kejadian buruk yang aku bakal perolehi selama aku berada di dalam ‘neraka’ ini. Aku kerap kali menjadi takut dan gelisah untuk pergi ke sekolah. Sukar juga keadaan buat ibuku yang harus menarik aku masuk ke dalam kereta setiap pagi (maaf ibu, anakmu memang teruk). Tabiat overthinking itu membawakan aku ke satu lagi pemikiran yang teruk sewaktu usiaku menjangkau 8 tahun. ‘Pelan untuk Melarikan Diri dari Sekolah’, itulah nama operasi yang aku jalankan di sekolah rendah dahulu. Aku telah bercadang untuk meloloskan diri dari sekolah. aku telah berazam dan bertekad untuk keluar dari tempat yang aku katakan sebagai neraka ini (walaupun itu hanyalah ilusi semata-mata). Aku mahu bebas! Aku mahu keluar! Itulah yang selalu berlegar-legar di dalam fikiran aku pada ketika itu. Oleh itu, untuk merealisasikan operasi aku itu, aku menyalahgunakan pelan kebakaran sekolah. Tidakkah pernah sesiapapun terfikir? Pelan kebakaran memberikan pandangan laluan setiap pelosok sekolah ini dengan lukisan yang paling terperinci, seperti sekeping peta yang lengkap. Setiap pintu, setiap bilik, setiap halaman, segalanya ada. Itulah yang paling diperlukan oleh aku untuk meloloskan diri. Aku perlukan peta untuk merancang, dan pelan kebakaran bangunan usang ini ialah peta yang aku perlukan. Terdapat lima bingkai ‘peta berharga’ ini tergantung di dinding-dinding bangunan sekolah rendah aku, dan berita baiknya, salah satunya digantung betul-betul di hadapan kelas darjah dua aku. Memang peluang keemasan buatku. Apa lagi, sudah tentu aku memanfaatkannya. Setiap hari sebelum masuk ke kelas, aku berhenti sebentar di sudut dinding itu lalu merenung pelan kebakaran itu. Selepas keluar kelas, aku berhenti lagi di situ, dan merenung lagi. Sewaktu ingin ke tandas, walaupun tidak tertahan lagi aku masih berhenti di situ, dan merenung lagi. Perkara ini aku jadikan rutin harianku di sekolah. Sambil merenung sambil memikirkan, laluan mana yang lebih dekat dengan pagar sekolah, laluan mana yang jarang dilalui guru-guru, dan laluan mana yang boleh dijadikan laluan rahsia untuk aku. Setiap hari, tanpa henti. Aku melakukan perkara yang sama. Semasa usiaku meningkat dan aku perlu berpindah kelas, aku merenung pula pelan kebakaran sekolah yang lain tergantung paling hampir dengan kelas aku. Jika aku berjalan dan melalui pelan kebakaran yang tergantung di sudut dinding lain, aku berhenti pula. Rakan aku pun berasa pelik akan kegiatan aku ini. Tetapi, apabila difikirkan kembali, bila sahaja aku tidak pelik, bukan? Kegiatan pelik ini aku lanjutkan sehingga ke sekolah menengah. Tukar sekolah baharu dengan pelan kebakaran yang baharu, dan aku masih merenungnya. Seperti biasa, setiap hari. Hakikatnya, 16 tahun aku bernafas atas bumi Tuhan ini, operasi ‘Pelan untuk Melarikan Diri dari Sekolah’ ini tidak pernah walau sekalipun aku gunakan. Baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah. Mengapa ya? Kerana semakin lama tabiat berfikir secara berlebihan aku tentang keburukan sekolah itu pun hilang. Aku mula memahami keseronokan bersama rakan-rakan di sekolah. Aku mula mendalami ilmu-ilmu yang aku pelajari, dan yang paling penting, semua rekaan minda aku tentang nasib-nasib buruk aku di sekolah itu tipu-tipu belaka! Aku langsung tidak dibenci oleh guru, disayangi bagai anak emas pula itu.


Lama-kelamaan, aku menjadi terlalu sayang akan sekolah, sehinggakan aku terasa seperti tidak mahu keluar langsung dari sekolah. Sehinggakan ‘Pelan untuk Melarikan Diri dari Sekolah’ ini mahu sahaja aku tukarkan menjadi ‘Pelan untuk Menetap di Sekolah’. Sungguh. Susah juga aku mahu melepaskan segala kenangan di sekolah rendah selepas aku graduasi darjah enam, dan teruk juga mata aku sembab ketika itu. Kini aku berusia 16 tahun. Tahun hadapan sudah 17 tahun. Kemudiannya aku bakal mengambil peperiksaan paling besar dalam hidupku. Setelah itu, aku bergraduasi sekali lagi, dengan lebih banyak memori untuk ditinggalkan. Aku tidak boleh membanyangkan seteruk mana sembab mataku nanti di akhir zaman persekolahan. Mungkinkah sudah boleh setara dengan mata ikan? Masa berlalu dengan sangat pantas, bukan? Terlalu pantas. Apa-apa pun, walaupun operasi kebudak-budakkan aku itu tidak lagi dan tidak akan pernah aku gunakan, aku masih akan meneruskan tabiat aku merenung pelan kebakaran sehingga aku tamat pengajian sekolah menengah, sehingga aku menggulung ijazah dan sampailah aku bekerja. Mungkin juga sehingga aku tidak akan bersua muka lagi dengan mana-mana pelan kebakaran. Selagi aku bertemu dengannya, selagi itu aku teruskan merenung. Kedengaran seperti tabiat yang merugikan, namun kali ini tidak. Aku bukan merenungnya untuk memikirkan pelan untuk lolos dari sekolah lagi. Aku merenungnya kini untuk mengimbau kembali sifat kebudak-budakkan aku itu yang dahulu. Tetapi yang paling penting, kini aku merenung pelan kebakaran untuk menaikkan semangat aku, kerana aku telah beriltizam bahawa satu hari nanti, akulah yang akan menjadi pelukis pelan-pelan bangunan dan pelan kebakaran itu. Pada saat itu aku tidak akan menggelar diriku sebagai ‘Penyalahguna Pelan Kebakaran’ lagi, tetapi aku mahu dikenali sebagai ‘Pelukis Pelan Kebakaran’. Insya Allah. Aamin.


Guruku Tercinta Nur Farhana 4 Bestari Perjalanan dalam menempuh alam pembelajaran bukan perjalanan yang mudah dan tiada ertinya tanpa insan yang bergelar guru pendidik permana jasanya dihormati seisi dunia. Dikala muridnya memerlukan bantuan guru hadir membawa pertolongan dikala muridnya ketandusan adab guru menegur penuh keikhlasan dikala muridnya buta aksara dididik sehingga bijak membaca. Sebesar mana tanggungjawabnya mendidik besar lagi keredaan hatinya demi mewujudkan generasi berilmu demi membina modal insan cemerlang itulah guruku tercinta. Gelap dunia apabila sang baskara tenggelam gelap jumantara tanpa candra gelap masa hadapan tanpa pendidik bangsa guruku pelita hidupku guruku inspirasiku terima kasih guruku. DADAH DURJANA Akmal Muhaimin 5 Kreatif dadah kalimat pemusnah, mampu meregas segenap harapan orang tua, walau kudrat dan kasih sayang sudah diberi bersilih - ganti, semenjak nafas mula terhela di alam dunia. dadah bahan keji, bukan mahu merintis ke arah muara kejayaan, sebaliknya keruntuhan jiwa yang membadai diri, menjadikan hinaan mengatasi segala harapan. dadah penghancur umat, kian lama menampakkan erti bahana kepada anak watan, entah apa salah mereka, hingga begitu mudah nyawa direntap oleh si durjana yang menjadi keperitan abadi. Menyerang Peperiksaan Damia Sofea 2 Progresif pertahanan kamu perlu diperkukuhkan kekuatan diri perlu ditingkatkan usaha semua perlu digandakan senjata individu perlu ditajamkan latihan perlu diperbanyakkan peperangan dengan peperiksaan mesti menang kalahkannya , tumpaskanya kemenangan akan memberi kekuatan kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini bersatulah ! sedarilah ! bangunlah ! bangkitlah ! berjuanglah ! wahai golongan remaja dan pelajar yang unggul perjuangan anda belum tamat lawan tetap lawan berjuanglah sepenuh hati sepenuh jiwa anda tidak boleh terkorban hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan anda tidak boleh menyerah walau apa yang terjadi biar putih tulang jangan putih mata


sama ada anda menumpaskan sama ada anda ditumpaskan jika ditumpaskan akan kehilangan segalanya jika menumpaskan akan memperoleh segalanya biar memperoleh dari kehilangan Anak Merdeka Zaman Ini Muhammad Faris Irfan 4 Dinamik Tika suria menjelma Ingatlah kita, suatu ketika dahulu Sang perwira bermandi darah Pahlawan menangkis tombak Siapa kita kini tanpa mereka Di atas persada tanah air ini Wahai anak merdeka Jangan kau lupa Suatu ketika kita pernah dijajah Kita pernah diceroboh Bumi kita di tangan manusia angkuh Bangkitlah anak merdeka Usah kau leka dengan gajet ditangan Usah kau alpa arus kemodenan Zaman ini meski kita sudah merdeka Tapi kitalah peneraju pencorak bangsa Kerana kau pewaris bangsa Anak merdeka zaman ini Apa sumbangan kita pada negara? Apa jasa kita pada Tanah air? Usah dipersiakan masa Kita pewaris generasi kini Wahai anak merdeka zaman kini Laungan keramat merdeka Bukan hanya sekadar laungan dibibir Tapi kita kena sematkan dalam hati Pembakar semangat dijiwa Semarakkan api membara didada Agar kita menghargai Erti sebuah negara merdeka Sahabat Nur Farhana 4 Bestari Wahai sahabat memilikimu bagai memiliki sahmura bersama kita menggapai candra bagai mendaki ancala tertinggi kehidupan sehingga angan-angan kita menjadi nyata. Dikala prahara melanda fikiranku bianglala senyummu menjadi penyelamat memori persahabatan akan ku semat sebagai mutiara kehidupan kerana kau figura terhebat. Susah senang kita bersama suka duka kita bersama kau dan aku tidak akan susah seorang diri kau dan aku tidak akan duka seorang diri kerana kita saling melengkapi. Permanaku Bianglalaku pahatkan dalam ingatanmu keakraban antara kita walaupun nanti hala tuju kita berbeza kau kan selalu menjadi sahabatku selamanya


Imany, 4 Bestari Wan Husnina , 5 Kreatif


Autographs


BERILMU, BERTAKWA, BERINOVATIF


Click to View FlipBook Version