KAJIAN KES SEJARAH
TUGASAN INI MESTILAH DI SIAPKAN SEPANJANG BULAN OKTOBER DAN PADA
ARTIKEL KALI INI , SAYA CUBA BERKONGSI DAN BERUSAHA UNTUK
MENYEDIAKAN BAB 7 SEJARAH TINGKATAN 3 YANG LENGKAP DAN TERBAIK
BAGI TUGASAN SEJARAH KEPADA CIKGU RINAMELATI .
PERNYATAAN MASALAH :
Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa perubahan kepada sistem pentadbiran
tempatan . Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat tempatan tidak berpuas hati
kerana kehilangan hak dan kedudukan mereka . Namun demikian , penentangan mereka
telah memberikan kesan kepada kedua-dua pihak .
1.Tajuk kajian
2.Nama penulis
3.Kajian literatur
4.Objektif kajian
5.Kaedah kajian
6.Laporan kajian (3.0)
i)Terangkan maksud penentangan masyarakat tempatan
ii)Jelaskan matlamat perjuangan dalam penentangan masyarakat tempatan
iii)Jelaskan kesan penentangan terhadap masyarakat tempatan
iv)Jika anda seorang pemimpin tempatan , apakah tindakan yang boleh
diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan
v)Rumusan/membuat refleksi (4.0)
a.Pengetahuan
b.Iktibar
c.Harapan
7.Sumber/rujukan
8.Lampiran (1.0)
2.0 MERANCANG
2.1 TAJUK : Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat
Tempatan
2.2 JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK
TARIKH PERKARA TEMPAT/CATATAN
17.10.2022 Mendapat penerangan daripada guru mata Bilik SALC
24.10.2022 pelajaran Sejarah tentang tugasan Sejarah Bilik SALC
24.10.2022 Menentukan tajuk tugasan setelah Rumah
24.10.2022 berbincang dengan guru Sejarah iaitu Rumah
24.10.2022 Pn.Rinamelati binti Za’on Pusat Sumber
Merangka dan membuat jadual kerja dan
24.10.2022 menulis pernyataan masalah Rumah
24.10.2022 Membuat kaedah kajian dan objektif kajian Rumah
13.11.2022 berdasarkan pernyataan masalah Rumah
13.11.2022 Mencari maklumat dan mengumpul Rumah
maklumat yang berkaitan dengan tajuk
tugasan menerusi internet , buku , majalah
, akhbar dab pelbagai sumber lain
Membuat kajian literatur berdasarkan
bahan yang diperolehi
Menulis pengenalan dan menyiapkan
tugasan
Menyiapkan sumber rujukan dan lampiran
Mengemaskini tugasan , menyemak dan
mengisi semua butiran yang dikehendaki
sebelum menghantar tugasan kepada guru
untuk semakan
2.3 Kajian literatur :
1)Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat , perihal (tindakan dsb) menentang ,
penolakan , perlawanan : tentera Belgium tidak menerima apa-apa (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
Menurut Abu Bakar dan Basri Ibrahim , Penentangan Rakyat Terengganu terhadap Inggeris
dan Kerajaan Pada Tahun 1928M Mengikut Perspektif Islam Artikel ini cuba
mengetengahkan bahawa perjuangan rakyat Terengganu menentang penjajah Inggeris dan
kerajaan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bukan merupakan
suatu penderhakaan , pemberontakan atau bughah sebagaimana yang dilabelkan oleh
Inggeris , kerajaan dan sesetengah pengkaji , tetapi penentangan tersebut merupakan jihad
rakyat Terengganu bagi membebaskan negeri Terengganu dan kerajaan daripada
penguasaan penjajah Inggeris . Kajian ini dibuat berdasarkan fakta-fakta sejarah dengan
merujuk kepada dokumen dan buku-buku sejarah dan diulas mengikut pandangan hukum
syarak berpandukan al-Quran , hadith dan pendapat fuqaha’ . Kajian ini mendapati
penentangan tersebut adalah sah mengikut hukum syarak dan mereka yang terlibat dalam
penentangan ini boleh dilabel sebagai pejuang kemerdekaan dan yang gugur sebagai
pahlawan dan jasa mereka patut dikenang . Kata kunci : penjajahan ; penderhakaan dan
pemberontakan ; jihad ; pejuang kemerdekaan ; syariat Islam .
2)Nor Ain Binti Ali Moe
Sarawak-Linggi dan Syarif Masahor .
Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning . Seterusnya , pada tahun
1842 , James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak telah berusaha untuk menguasai
beberapa buah daerah pendalaman sehingga menimbulkan banyak bantahan daripada
pemimpin tempatan . Dalam pada itu , keengganan mereka menyerahkan daerah daerah
tersebut . Akhir sekali , penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin pemimpin seperti
Rentap , Syarif Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama .
3)englshnat.blogspot.com
Perjuangan pemimpin tempatan menentang British . Hal ini demikian kerana gerakan
pemimpin tempatan merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga
kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar .
2.4 Objektif kajian
1)Objektif pengetahuan
Objektif pengetahuan yang saya peroleh berdasarkan tugasan ini ialah saya dapat
mengetahui matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan .
2)Objektif kemahiran
Objektif kemahiran yang saya perolehi sepanjang kajian ialah ini ialah meneroka bukti
berdasarkan sumber-sumber yang saya dapat .
3)Objektif nilai
Objektif nilai yang saya peroleh berdasarkan kajian ini ialah bersyukur sebagai
warganegara Malaysia kerana keamanan dan keharmonian hidup masyarakat berbilang
kaum masih terpelihara .
4)Objektif pengetahuan
Objektif pengetahuan yang saya peroleh berdasarkan tugasan ini ialah saya dapat
mengetahui tentang tokoh-tokoh penting negara yang berjuang untuk mempertahankan
hak dan tanahairnya seperti Dol Said yang menentang di Naning . Beliau bermuafakat
dengan pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu untuk
menentang British . Kepentingan mempunyai Pendidikan dalam mempertahankan hak dan
tanahair dari terus dijajah oleh kuasa asing agar dapat memupuk perpaduan kaum ,
mengukuhkan sistem perundangan negara dan lain-lain .
2.5 Kaedah kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan sepanjang tugasan ini dijalan .
Antaranya :
1)Kaedah Melayari Internet
Saya telah melayari internet bagi mendapatkan maklumat yang sesuai untuk tugasan
saya . Antara laman web yang telah saya layari ialah https://quizlet.com/416525028/
sejarah-tingkatan-3-bab-7-penentangan-masyarakat-tempatan-flash-cards/
2)Kaeah Penyelidikan Perpustakaan
Saya juga telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan untuk mendapatkan
bahan yang bersesuaian . Saya telah pergi ke perpustakaan SMK Dato Harun bagi
mendapatkan bahan tersebut seperti buku , majalah dan surat khabar .
3)Kaedah Temu bual
Saya juga telah menemu bual Puan Salmiah binti Mohamad , 46 tahun , No 10 , Jalan
Sahabat 3 , Taman Sahabat , 45500 Tanjong Karang , Selangor bagi mendapatkan maklumat
tambahan bagi tugasan saya iaitu matlamat dan bentuk penentangan masyarakt tempatan
di negara kita .
3.1 Laporan kajian
3.2)Penentangan masyarakat tempatan ialah mempertahankan hak dan kedudukan
pemerintah tempatan kesan daripada perubahan pentadbiran Barat yang merugikan
mereka .
3.3)Antara matlamat perjuangan dalam penentangan masyarakat tempatan ialah
mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan
pentadbiran Barat yang merugikan mereka . Selain itu , mengembalikan dan mengekalkan
sistem pentadbiran tradisional sebagaimana yang sedia ada . Akhir sekali , menentang
pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan .
3.4)Antara kesan penentangan terhadap masyarakat tempatan ialah kesan terhadap
pemerintah dan pembesar tempatan seperti kehilangan jawatan dan kedudukan .
Contohnya , Dol Said , Dato’ Bahaman dan Sharif Masahor . Kehilangan jiwa seperti Dato’
Maharaja Lela , Rentap , Mat Salleh dan Tok Janggut . Ramai dibuang negeri . Contohnya ,
Sultan Abdullah , Raja Ismail , Ngah Ibrahim dan Haji Abdul Rahman Limbong . Selain itu ,
kedudukan raja dan pembesar melayu diberi perhatian seperti British memperkenalkan
Durbar . Durbar memberikan peluang kepada sultan , Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar
Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan perkara yang melibatkan
kepentingan bersama . Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri , bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan tulisan jawi dalam urusan surat-
menyurat . Akhir sekali , menjadi inspirasi kepada pejuang kemerdekaan tanah air .
Contohnya , keberanian mereka menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa . Memberikan
semangat kepada pejuang kemerdekaan .
3.5)Jika saya seorang pemimpin tempatan , tindakan yang boleh diambil bagi memastikan
sesuatu perjuangan mencapai kejayaan adalah semangat perjuangan yang kental . Hal ini
demikian kerana dengan pemikiran positif dapat melancarkan strategi yang bagus . Selain
itu , bekerjasama supaya dapat mengendalikan angkatan tentera yang kuat . Seterusnya ,
mempunyai ilmu pengetahuan . Hal ini kerana ilmu sangat penting agar perjuangan dapat
dilakukan dengan baik . Akhir sekali , pemimpin mestilah berani menghadapi risiko dan cekal
supaya semangat perjuangan tidak luntur .
4.0 Rumusan
4.1)Pengetahuan
Pengetahuan yang saya dapati daripada kajian ini adalah seperti semangat bersatu padu
masyarakat berjaya mengubah nasib negara . Hal ini membuktikan bahawa apabila kita
saling bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain , tiada apa yang mustahil
untuk dilakukan .
4.2)Iktibar
Semangat berjuang yang tinggi , sikap keberanian dan keteguhan jati diri . Berikut
merupakan iktibar yang terbaik ditunjukkan oleh pemimpin dan para pejuang terdahulu .
4.3)Harapan
Saya berharap agar semangat perjuangan mereka akan sentiasa diingati dan dikagumi oleh
rakyat Malaysia serta teruskan perpaduan yang telah lama dibina ini demi mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara yang berbagai bangsa , agama dan keturunan ini .
SUMBER / RUJUKAN
1)Orang sumber
Puan Salmiah binti Mohamad , 46 tahun , No 10 , Jalan Sahabat 3 , Taman Sahabat , 45500
Tanjong Karang , Selangor .
2)Internet
https://www.beritaharian.sg/setempat/penjajah-british-kawal-ketat-akhbar-tempatan-
masa-zaman-darurat
https:// eprints.um.edu.my/17852/1/DR_NORAINI.pdf
https://mohamadia5193.blogspot.com/2015/07/2_8.html
3)Buku
Abu Bakar Abdullah dan Basri Ibrahim . “Penentangan Rakyat Terengganu Terhadap Inggeris
dan Kerajaan Pada Tahun 1928M Mengikut Perspektif Islam” , Masyarakat Kontemporari
Jilid 6(Julai) , 2013 .
4)Jurnal
Abu Bakar Abdullah dan Basri Ibrahim . “Penentangan Rakyat Terengganu Terhadap Inggeris
dan Kerajaan Pada Tahun 1928M Mengikut Perspektif Islam” , Masyarakat Kontemporari
Jilid 6(Julai) , 2013 .
5)Akhbar
Berita Harian , 20 Februari 2020 , halaman __
6)Sumber lain
Kamus Dewan Edisi Keempat , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .
Dr.Noraini binti Mohamed Hassan , Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British ,
Seminar Guru Sejarah ,10-11 Ogos 2017