SEKOLAH PENGAJAR DAN MBMMBI: SAHABAT BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
SEKOLAH PENGAJAR ( TEACHING SCHOOL) Istilah Teaching School ditukarkan kepada Sekolah Pengajar bermula tahun 2024 selari dengan hasrat memperkasakan bahasa Melayu. Sekolah Pengajar adalah sekolah yang dijadikan sebagai makmal untuk memperkasakan kompetensi pendidik bagi pengajaran dan pembelajaran kontemporari dalam kalangan siswa guru, pensyarah dan guru ke arah pembangunan karakter dan pendidikan manusiawi. Pemilihan sekolah di sekitar IPGMK sebagai sekolah pengajar adalah atas tanggungjawab IPGMK namun tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh IPGM. Program Sekolah Pengajar merupakan program sedia ada IPGM dan telah dilaksanakan di IPGMK bermula semenjak penubuhan sekolah pengajar di Maktab Perguruan Batu Rakit dengan nama Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit pada tahun 2003. Konsep sekolah pengajar adalah : • IPGM/IPGMK sebagai rakan strategik sekolah, • Pensyarah dan Siswa Guru sebagai Rakan/ Kawan/ Sahabat kepada guru dan sekolah, • Pengajaran Berpasukan - Team Teaching, • Coaching dan Mentoring serta Konsultasi. TUJUAN PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR Mengenal pasti serta membantu menyelesaikan isu serta cabaran pendidikan setempat dan isu pendidikan semasa ke arah kemenjadian murid dan siswa guru sejajar dengan misi dan visi KPM; 1. Menjadi makmal pendidikan bagi membolehkan siswa guru dan pensyarah meningkatkan amalan pedagogi serta pengalaman kontekstual dalam aspek kurikulum dan kokurikulum; 2. Menguji dan mengaplikasikan inovasi serta penyelidikan yang dihasilkan oleh siswa guru dan pensyarah di Sekolah Pengajar selari dengan inisiatif semasa KPM/IPGM seperti Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM, Transformasi Sekolah (TS25), Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), dan sebarang inisiatif/program IPGM yang berkaitan termasuk pentaksiran, dan hal ehwal pelajar. 3. Memperkasakan peranan IPGM sebagai Pusat Intelektual Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.
Program/aktiviti yang dilaksanakan di sekolah pengajar adalah program/aktiviti yang selari dengan inisiatif KPM/IPGM sebagaimana yang dinyatakan di perkara 7. Program/aktiviti yang dilaksanakan di sekolah pengajar juga adalah program dan aktiviti yang menjurus kepada isu-isu lokaliti di sekolah tersebut seperti isu keciciran, literasi, numerasi, sains dan matematik yang berkaitan dengan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS, PISA dan SEA-PLM dan lain-lain program yang berkaitan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh IPGMK di Sekolah Pengajar adalah yang melibatkan inisiatif KPM seperti KBAT, Teras 4 : 7 Teras Nadi Keunggulan KPM. Ianya melibatkan inovasi pengajaran dan pembelajaran, konsultasi, latihan dalam perkhidmatan : 1.Bengkel Pengendalian dan Pengaturcaraan 2.Pembelajaran Konseptual (Matematik) menggunakan Perisian Dinamik, 3.Fun Learning in Numbers, Operations & Measurement 4.Storytelling For Literacy Skills-An Outreach Programme, 5.Program Intervensi Literasi al-Quran (ILQA). Antara program yang telah dirancang akan dilaksanakan pada Julai 2024 adalah Program Bantu Baca yang akan dilaksanakan oleh IPGK Tengku Ampuan Afzandi SK Betau. Program ini akan melibatkan pensyarah dan siswa guru. Sebagaimana hasrat Program Sekolah Pengajar, Program Bantu Baca ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah literasi dalam kalangan murid sekolah tersebut. SEKOLAH PENGAJAR ( TEACHING SCHOOL)
MBMMBI: SAHABAT BAHASA KPM sentiasa komited dalam memastikan peningkatan kecekapan berbahasa semua warga KPM. Usaha ini dilaksanakan menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sejak tahun 2011. Pemerkasaan bahasa Melayu disokong oleh usaha inisiatif PPPM (2013-2025) iaitu Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu manakala pengukuhan bahasa Inggeris melalui Inisiatif #107 Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris. Pelaksanaan Dasar MBMMBI melibatkan semua warga KPM dari peringkat Bahagian hingga sekolah. Dasar MBMMBI bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI dalam sistem pendidikan negara. Fokus kepada BM dan BI bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing pada peringkat dunia. Pelaksanaan Dasar MBMMBI juga untuk mencapai objektif yang berikut: Melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 1. Membolehkan murid menguasai kedua-dua bahasa dengan sistematik dan mampu berkomunikasi secara lisan dan tulisan. 2. Melahirkan murid yang mampu berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. 3. Dasar MBMMBI digerakkan melalui 8 strategi utama oleh Bahagianbahagian KPM iaitu: 1. Mentransformasikan kurikulum BM dan BI. 2. Memantapkan kompetensi guru BM dan BI. 3. Peluasan bahan TMK dalam PdP BM dan BI. 4. Menggunakan khidmat pakar dan perunding. 5. Melaksanakan pentaksiran dan keperihalan pencapaian murid. 6. Menempatkan guru BM dan BI mengikut opsyen. 7. Memperluas publisiti dan kempen pengukuhan bahasa. 8. Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan luar bilik.
Untuk menyokong pencapaian matlamat Dasar MBMMBI, pelbagai Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 distrategikan melalui Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu dan Inisiatif #107: Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris. Antara aktiviti/program bawah inisiatif tersebut yang telah dilaksanakan sejak 2016 ialah Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah (PPKBIS), Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM), Kit Sokongan Bahasa Melayu (KitS) dan Belajar Secara Intensif Eja Baca Ikut Kemajuan Bahasa Melayu (BIJAK BM) Dual Language Programme (DLP), Highly Immersive Programme (HIP). Mulai 2024, KPM telah mewujudkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Pendidikan termasuklah inisiatif MBMMBI. Pasukan ini ditubuhkan adalah untuk melonjakkan gerakan menyemarakkan aktiviti MBMMBI secara komprehensif. Inisiatif ini dilaksanakan di Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan yang berdaftar di bawah KPM, iaitu sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM) dan Kolej Vokasional (KV). MBMMBI: SAHABAT BAHASA
Melalui pasukan petugas khas ini, Sahabat Bahasa diperkenalkan untuk membudayakan dan menyemarakkan pelaksanaan aktiviti BM dan BI dalam kalangan warga KPM khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya. Sahabat Bahasa merupakan satu pendekatan bimbingan dinamik antara rakan secara santai. Pendekatan ini digunakan agar semua warga KPM khususnya murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran, nilai dan etika berbahasa. Sahabat Bahasa dibudayakan dan disemarakkan dengan penandaan dinamik #samarakmbmmbi #sahabatbahasa Pendekatan Sahabat Bahasa memberi tumpuan kepada prinsip kuasai komunikasi bahasa Melayu dengan fasih dan bertutur bahasa Inggeris dengan yakin secara santai terutamanya dalam kalangan murid. Penguasaan BM dan BI yang terampil menggunakan pendekatan yang santai adalah penting supaya rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan fasih dan yakin dalam kedua-dua bahasa secara seiiring. Program ini dilaksanakan melalui Sekolah Pengajar IPG (Teaching School) seluruh Malaysia. Antara aktiviti Sahabat Bahasa seperti yang berikut: 1.Bacaan Kritis 2.Majalah Dalam Kelas 3.Cakna Bahasa (brosur istilah, brosur biasakan yang betul, betulkan yang biasa) 4.Program Pembudayaan Membaca (SaSuBa: Saya Suka Baca) Aktiviti Kebahasaan (Bercerita, Berbalas Pantun, Sajak, Ucapan Berirama, Pidato, Forum) 5. Melalui program Sahabat Bahasa yang merupakan satu usaha murni KPM, diharapkan keterampilan berbahasa murid sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris dapat diperkasakan dalam komunikasi seharian. MBMMBI: SAHABAT BAHASA
Program/Aktiviti Robotic and Big Book Team Teaching Majalah dalam Kelas Language station Kemahiran berkomunikasi Mari bercerita
Pendaftaran Ketibaan tetamu undangan Ketibaan YB Menteri Pendidikan Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang Bacaan Ikrar Bacaan Doa Ucapan Perasmian oleh YB Menteri Pendidikan Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan MBMMBI: Sahabat Bahasa IPGM Lawatan YB Menteri Pendidikan ke Stesen Aktiviti Sahabat Bahasa dan Bilik Darjah Sekolah Pengajar Merarau Majlis Bersurai 8.00 pagi : 8.45 pagi : 9.00 pagi : 1.00 tengah hari : ATURCARA
PENAUNG: Dr. Mohd Azam bin Ahmad Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) PENASIHAT: Puan Anis Alisya binti Abdullah Timbalan Rektor Kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) PENGERUSI: Dr. Nazifah binti Shaik Ismail Timbalan Rektor Dasar Dan Kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) NAIB PENGERUSI I: Dr. Yazid bin Abdul Manap Timbalan Rektor Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) NAIB PENGERUSI II: Dr. Mohamad Isa bin Azis Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) NAIB PENGERUSI III: Dr. Ismail bin Mohamed Timbalan Rektor Peperiksaan Dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) NAIB PENGERUSI IV: En. Muhamad Syahrom bin Ismail Pendaftar Pejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR DAN SAHABAT BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Urus Setia Dr. Zanariah binti Ibrahim, IPGM (K) Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri, IPGM Pn. Azariah binti Yaacob, IPGM Pn. Affikah Fazlyna binti Omar, ELTC En. Mat Rasid bin Ishak, IPGM Dr. Punitha Muniandy @ Karthigasoo, IPGK TB Dr. Rohaida binti Bakar, IPGK TB En. Abdul Muiz bin Abd Aziz, IPGK TB Pn. Wan Nor Asmah binti Arshad, IPGK PP Pn. Noorhasimah binti Ismail, GB SK Sg. Bakap JK Undangan dan Surat -menyurat Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri, IPGM (K) Pn. Azariah binti Yaacob, IPGM Pn. Affikah Fazlyna binti Omar, ELTC Pn. Salmiah binti Md Salleh, IPGM Pn. Fadzliani binti Fadzil, IPGM Pn. Nurul Nadhirah Binti Isa JK Protokol dan LO Pn. Lailati binti Mohd Noh, IPGM (K) En. Ahmad Shukri bin Ghazali, IPGK TB En. Shukor bin Abdullah, IPGK TB En. Umar bin Ahmad, IPGMKPP Pn. Affikah Fazlyna binti Omar, ELTC Pn. Noorhasimah binti Ismail SK Sg. Bakap JK Pengurus/Floor manager En. Mat Rasid bin Ishak, IPGM (K) Dr. Punitha Muniandy, IPGK TB Dr. Rohaida Bakar, IPGK TB Pn. Wan Nor Asmah, IPGK PP JK Publisiti dan media Pn. Lailati binti Mohd Noh, IPGM En. Rizal bin Abdullah Nawawi, IPGM
JK PELAKSANA: Penyelaras Program Dr. Zanariah binti Ibrahim Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Setiausaha Pn. Affikah Fazlyna binti Omar English Language Teaching Centre (ELTC) Naib Setiausaha I Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Dasar dan Kualiti, IPGM Naib Setiausaha II Pn. Azariah binti Yaacob Ketua Penolong Pengarah Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM Naib Setiausaha III Ketua Jabatan Bahasa (IPGK PP) Pn. Wan Nor Asmah binti Arshad Pengurus Program Teaching School IPGK Tuanku Bainun (IPGK TB) Dr. Punitha Muniandy @ Karthigasoo . Penyelaras Aktiviti I En. Abdul Muiz bin Abd Aziz (IPGK TB) Pn. Hafizah Hanim binti Tawfik Hilmy (IPGK TB) Penyelaras Aktiviti II Dr. Rohaida binti Bakar (IPGK TB)
JK Buku Program Dr. Sheila Adelina A/P Ramasamy, ELTC (K) En. Viknesvaran A/L Sukumaran Dr. Szarmilaa Dewie Krishnan JK Hadiah, cenderamata dan Sijil Dr. Jeya Chitrah Muniswaran, IPGK TB (K) Pn. Azizah binti Safdin, IPGK TB Pn. Nur Roshila binti Mat Rasid, SK Sg. Bakap JK Makan minum Pn. Farizah binti Md Yusof, SK Sg. Bakap Pn. Subhashini a/p Perbagaran, SK Sg. Bakap JK Persiapan tempat dan Keselamatan Tn. Hj. Azam bin Ariffin IPGK PP (K) En. Ismajamshir bin Ismail (JPN PP) En. Mohamad Afir bin Johari, SK Sg. Bakap En. Mohd Rajmi bin Rajli, SK Sg. Bakap JK Teknikal En. Rizal bin Abdullah Nawawi, IPGM (K) En. Azizan bin Ariffin, IPGK PP En. Bardrul Hisham bin Ahmad Sukar, IPGK Ipoh En. Muhammad Firdaus bin Mokhtar, IPGK Bahasa Melayu En. Razif bin Mohd Sharif, IPGK Bahasa Melayu En. Mohd Zam Zam bin Hj Abdul Rahman, IPGK Raja Melewar En. Mohd Halize bin Miswan, IPGK Pendidikan Islam En. Tengku Shuhaidi bin Tengku Ibrahim, SK Sg. Bakap JK Kewangan En.Muhamad Syahrom bin Ismail, IPGM Dr. Zanariah binti Ibrahim, IPGM Pn. Azariah binti Yaacob, IPGM En. Manjuzri Azzim bin Mohamad, IPGK TB En. Khairuddin bin Ahmad, IPGK TB Dr. Rozaini bin Abu Bakar, IPGK TB Pn. Hj. Dariah bin Ibrahim, IPGK TB Pn. Norawati@Nordiana binti Rahman, SK Sg. Bakap
JK Pembaca doa Dr. Azolman bin Zulkufli, IPGK PP (K) . En. Muhammad Za’im bin Amin, IPGK PP JK Pengacara majlis En. Mahadzir Shaari, IPGK TB (K) Pn. Nurul Artika Md Redzuan, SK Sg. Bakap JK Pendaftaran dan Sijil En. Muhammad Fakhrul Radzi bin Abu Bakar, IPGK TB (K) En. Noor Asiah binti Ab Manaf, IPGK TB En. Mohd Zaman bin Hashim, IPGK TB Pn. Suhaida binti Mohd Sahid, IPGK TB Pn. Nurul Afiqah binti Mohd Zain, SK Sg. Bakap JK Dokumentasi Pn. Wan Nor Asmah Arshad, IPGK PP (K) En. Mohd Ikram bin T.Roslan, IPGK TB Pn. Nur Afizah binti Zainol Abidin, SK Sg. Bakap JK Pengangkutan En. Kamil Nasuruddin, IPGK PP (K) En. Jamsir, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN PP) En. Kadir bin Haumar, SK Sg. Bakap JK Keselamatan/lalu lintas Tn Hj Azam bin Ariffin, IPGK PP (K) Dr. Ahmad Sukari Mohamad, IPGK TB En. Roslee bin Osman, IPGK TB En. Dzul Hisham bin Mohd, SK Sg. Bakap JK Teks Ucapan Dr. Zanariah binti Ibrahim, IPGM (K) JK Naratif Teaching School dan Sahabat Bahasa Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri, IPGM (K) Pn. Azariah binti Yaacob, IPGM
Dr. Noor Miza Abdul Rahman, IPGK TB (K) Dr. Fazidah binti Naziri, IPGM Pn. Kanjana Devi A/P Iyavoo, IPGK TB Pn. Deeviya Nambbiar a/p Prabhakaran, IPGK TB Pn. Tan Yuet Zhou, IPGK TB Pn. Intan Rahayu binti Osman, IPGK TB Pn. Prithibhaa a/p Gnanasekaren, IPGK TB Dr. Noor Fadzilah binti Aris, IPGK TB Dr. Chin Chee Keong, IPGK TB En. Shahril bin Wanteh, IPGK TB Ts. Dr. Mohd. Zaki Said, IPGK TB En. Eun Chong Hooi, IPGK TB Dr. Muhd. Khairulrijal bin Mohamad Saad, IPGK TB Pn. Rozeerozanna binti Roslee, IPGK TB En. Zul Hazmi bin Hamad, IPGK TB En. Johari bin Harun, IPGK TB Dr. Moganashwari a/p kandasamy, IPGK TB Dr. Lavaneeswari Manogaran, IPGK PP En. Izwanum Abdul Wahid, IPGK PP Pn. Aida Rahayu Sharifuddin, IPGK PP En. Azli bin Harun, PPL, IPGM En. Terry Yap Chee Keong, ELTC Dr. Mohd Faisal Farish, ELTC Mr. Inderjit A/L Goman Sing Sunar, ELTC Dr. Sharmini A/P Sivavikaraman, ELTC Pn. Lashana A/P Moorthy, ELTC Pn. Nurhani binti Omar, ELTC Pn Yasmine Liong Pui Kwan binti Abdullah, ELTC Mr. Surajwaran A/L Mangaleswaran, ELTC Dr. Szarmilaa Dewie Krishnan, ELTC Cik Niwahsinee A/P Adaikalam, ELTC Pn. Nasitah binti Ali, SK Sg. Bakap Pn. Zakiah binti Yusof, SK Sg. Bakap Pn. Syaza Wardina binti Abd Khalik, DBP Pn. Nurul Syafika binti Kasim, DBP En. Mohd Zuhaili bin Mat Junoh, DBP Dr. Wan Maznah binti Wan Harun, IPGM IK Pn. Aliza binti Alwi @ Harun, IPGM IK En. Kamarudin bin Yahaya, IPGM IK En. Mohd Fathi bin Said, IPGM PI En. Mohamad Khairul bin Latif, IPGM PI Pn. Siti Nabila bt. Kasdi, PKA, IPGM Pn. Haslinaz bt. Hanafi, PHEP, IPGM JK Aktiviti stesen, classroom teaching untuk teaching school dan reruai
YB Fadhlina Sidek – Menteri Pendidikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesional) YB Dato’ Dr. Mohammad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Exco Pembangunan Agama Islam, Pengajian Tinggi, Pendidikan dan Perpaduan Masyarakat YB Tuan H’ng Mooi Lye Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa YB Tuan Rashidi bin Zinol Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah English Language Teaching Centre Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan Pengarah IPGMKampus Tuanku Bainun Pengarah IPGMKampus Pulau Pinang Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Majlis Guru Besar PIBKS NUTP SK. Sg Bakap SK Jawi SJKC Jawi SJKT Sg. Bakap SK Sg. Duri SK Bakap Indah SK Permatang Tok Mahat Jawatankuasa Pengelola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. PENGHARGAAN
TERIMA KASIH