SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG, SELANGOR
UNIT
Disediakan oleh :
Berlaku apabila sinaran cahaya
mengenai pada permukaan
objek dan dilantun balik dari
permukaan itu.
contoh Imej terbentuk pada
cermin
Cahaya yang menyinari
kita dipantulkan ke
arah cermin, cermin
itu pula memantulkan
imej ke arah mata
kita. Oleh itu kita
dapat melihat imej
kita di cermin itu.
Sinar pantulan
bergantung
kepada jenis
permukaan objek:
Permukaan
rata/licin dan
berkilat.
Cermin Cermin
cembung
Cermin sisi
kereta
Kaleidoskop Cermin
periskop pergigian
Imej terbentuk pada
permukaan air
Imej terbentuk pada
permukaan lantai
berjubin
Imej terbentuk pada
permukaan logam
Pemandu kereta boleh
melihat objek di belakang
dan di sisi kereta.
Cermin cembung
membolehkan
pemandu melihat
kenderaan lain yang
terlindung daripada
pandangannya
untuk mengelakkan
kemalangan.
Cermin pergigian membantu
doktor gigi untuk melihat
keadaan gigi pesakit pada
bahagian gigi yang terlindung.
cermin
cermin
Tentera laut boleh melihat
objek yang berada di permukaan
laut dari dalam kapal selam.
Dengan menggunakan periskop.
Dua cermin dalam periskop
memantulkan cahaya dari objek
yang terhalang ke arah mata
pemerhati.
Pelanggan di kedai kasut
boleh melihat imej kasut
yang dipakai melalui cermin
yang diletakkan pada
bahagian bawah.
Terbentuk daripada tiga
cermin yang disambungkan.
Ia menghasilkan corak yang
menarik apabila diputarkan.
Berlaku apabila cahaya
bergerak melalui dua
medium yang berbeza,
maka pergerakan cahaya
akan berubah.
batang sudu
kelihatan bengkok
Cahaya dari sudu di
dalam air dibiaskan
apabila cahaya bergerak
dari air ke udara.
Keadaan ini
menyebabkan imej sudu
berubah ke atas dan
kelihatan bengkok.
Kolam kelihatan lebih cetek
daripada sebenarnya.
Pensel kelihatan
bengkok
Duit syiling
kelihatan dekat ke
permukaan air.
Kelopak bunga
kelihatan besar
menggunakan kanta
pembesar
Ikan kelihatan lebih
dekat ke permukaan air
Bagaimanakah
pelangi terbentuk?
Biasanya, apabila matahari
memancarkan cahaya semasa
atau selepas hujan, pelangi
akan terbentuk.
Apabila cahaya matahari
terkena titisan air hujan,
cahaya akan dibiaskan dan
membentuk pelangi.
Bintang seperti
berkelip kerana
cahaya bintang
terbias apabila
memasuki
atmosfera Bumi
1. Baca buku teks muka surat 94 – 108
dan nota yang disediakan. Fahamkan
semua fakta penting mengenai tajuk :
a) Cahaya dapat dipantulkan.
b) Cahaya dapat dibiaskan.
2. Jawab soalan latihan yang disediakan.
Anda boleh cetak atau salin semula
soalan tersebut.
3. Jangan lupa buat soalan kuiz ye..
SELAMAT MENJAWAB SOALAN!!
1. Nyatakan sifat cahaya yang diaplikasikan
pada bahagian kereta tersebut?
Cahaya dapat _______________________.
2. Berikan contoh-contoh kegunaan pantulan
cahaya dalam kehidupan harian.
a) __________________________________________
b) __________________________________________
c) __________________________________________
d) __________________________________________
e) __________________________________________
3. Lengkapkan pantulan cahaya pada
permukaan cermin dalam bentuk gambar
rajah sinar di bawah.
cermin
1. Nyatakan sifat cahaya yang diaplikasikan
dalam fenomena di atas
Cahaya dapat _______________________.
2. Huraikan bagaimana fenomena semula jadi
seperti di atas boleh berlaku?
Apabila cahaya matahari terkena pada
titisan air hujan, cahaya akan ________________
dan membentuk ____________________..
3. Berikan fenomena pembiasan cahaya yang lain.
a) __________________________________________
b) __________________________________________
c) __________________________________________
Sekian Terima Kasih