The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Azim Mohd Yusoff, 2025-03-10 09:18:12

PRINSIP FITT AZIM

M.AZIM PRINSIP FITT

PRINSIP ASAS (FITT) MUHAMMAD AZIM BIN MOHD YUSOFF


Prinsip FITT merupakan panduan asas dalam merancang program kecergasan yang berkesan. FITT merangkumi Frequency (Kekerapan), Intensity (Keamatan), Time (Masa) dan Type (Jenis).


Kekerapan ialah merujuk kepada berapa kali seseorang melakukan latihan dalam tempoh tertentu (contohnya, seminggu atau sebulan). Contohnya ialah: • Seorang pelari melakukan latihan larian 4 kali seminggu. • Seorang ahli bina badan melakukan latihan beban 3 kali seminggu. FREQUENCY (KEKERAPAN)


Intensity merupakan Tahap kesukaran latihan fizikal yang dilakukan oleh setiap individu. Cara Menentukan Keamatan Melalui : • Latihan kardiovaskular: Ditentukan melalui kadar denyutan jantung (contoh: zon sasaran 60-80% daripada kadar maksimum). • Latihan kekuatan: Ditentukan melalui beban yang diangkat dan bilangan ulangan (contoh: angkat berat 70% daripada kapasiti maksimum). Contohnya ialah: • Keamatan rendah: Berjalan santai selama 30 minit. • Keamatan sederhana: Berlari pada kelajuan sederhana selama 20 minit. • Keamatan tinggi: Larian pecut 100 meter sebanyak 5 kali. INTENSITY (KEAMATAN)


TIME (MASA) Masa merupakan tempoh masa yang digunakan untuk melakukan setiap sesi latihan yang telah ditetapkan masanya. Contohnya ialah : • Berlari selama 30 minit di atas treadmill. • Melakukan latihan angkat berat selama 45 minit.


Jenis ialah aktiviti atau senaman yang dilakukan berdasarkan matlamat kecergasan seseorang. Antara Jenis Latihan Mengikut Tujuan Tertentu ialah: • Kardiovaskular: Berlari, berbasikal dan berenang • Kekuatan: Angkat berat dan latihan rintangan • Fleksibiliti: Yoga dan regangan statik • Daya tahan otot: Push-up dan sit-up Contohnya ialah: • Jika ingin meningkatkan daya tahan kardiovaskular individu perlu Fokus kepada berlari atau berbasikal sahaja. • Jika ingin membina otot seseorang haruslah memberi Fokus kepada latihan angkat berat. TYPE (JENIS)


TERIMA KASIH Liceria & Co.


Click to View FlipBook Version