PENYEDIAAN MAKANAN YANG BERKUALITI SERTA HALALAN TOYYIBAN
MEMBERI KESAN KEPADA PEMBENTUKAN JIWA DAN AKHLAK INDIVIDU DAN
KELUARGA
KELAS : DHF2B NO PENDAFTARAN
NAMA 17DHF21F2077
MAZIAH BINTI ALI 17DHF21F2053
KHAIRUNNISA FATIN BINTI MD ZAHIR 17DHF21F2013
AINUL AMINAH BINTI CHE OMAR 17DHF21F2055
MUSFIRAH BINTI NORDIN 17DHF21F2069
FATIN NADIRAH BINTI ABDUL RAZAK
NAMA PENSYARAH :
1) ENCIK MOHD RUSHDAN BIN HASAN
2) PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN
DI SEBALIK TADBIR
E-FOLIO
MAZIAH BINTI ALI KHAIRUNNISA FATIN BINTI
MD ZAHIR
AINUL AMINAH BINTI CHE MUSFIRAH BINTI NORDIN
OMAR
FATIN NADIRAH BINTI ABDUL
RAZAK
ISI KANDUNGAN
Bil Senarai Kandungan Muka Surat
1 PENDAHULUAN 4
2 KONSEP HALALAN TOYYIBAN 5
6
PANDANGAN ULAMA’ TAFSIR 7
3 TERHADAP KONSEP HALALAN
TAYYIBAN
4 PEMILIHAN PRODUK HALAL
5 KEPENTINGAN DALAM 8
PENYEDIAAN MAKANAN 9
6 KESIMPULAN
7 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10
PENDAHULUAN
Amalan Pengendalian Makanan Halalan Toyyiban merupakan panduan khusus agar
makanan dan minuman yang dikendalikan bertepatan dengan kehendak syarak iaitu
bebas daripada pencemaran aspek halal dan pencemaranaspek toyyib bermula
daripada peringkat bahan mentah ,
penyimpanan , pemprosesan , pembungkusan , pengangkutan dan penghindangan.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 172 yang
menyeru manusia menagmbil makanan yang halalan toyyiban. Umumnya , status
halal sesuatu makanan meliputi seluruh proses rantaian yang bermula daripada
sumbernya ataud ari ladang hingga meja makan. Halal bukan sekadar bermaksud
produk yang boleh dimakan dari segi hukum syarak tetapi juga meliputi maksud
“baik” (toyyib) bererti bersih suci, selamat dan berkualiti. Manakala aspek toyyib
termasuk pengetahuan tentang kesegaran sumber khasiat dan keselamatan
pengguna.
4
KONSEP HALALAN TAYYIBAN
Umat Islam di Malaysia amat menitikberatkan aspek makanan dan produk
penghasilannya. Bermula dengan penghasilan makanan daripada tanaman sendiri,
produk hasilan pemprosesan di kilang-kilang sehingga kepada pilihan makanan dari
luar seperti negara bukan Islam, masyarakat Islam masih mengolah, menyediakan
dan mencari makanan berasaskan konsep halalan tayyiban selaras tuntutan Islam
dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud: Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut
jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu.
Oleh itu, jelas bahawa pemilihan makanan umat Islam pada hari ini ditentukan oleh
kerangka halalan tayyiban. Dalam konteks ini, al-Quran dan al-Sunnah merupakan
rujukan asas kepada pengharmonian budaya makanan kerana peraturan halal dan
haram menjadi asas kepada budaya masyarakat Islam di samping uruf yang tidak
bertentangan dengan syariat diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup
bersama.Produk makanan yang diambil atau dihasilkan yang memenuhi konsep
halalan tayyiban akan memberi kelegaan kepada umat Islam kerana jaminan kualiti,
kebersihan dan keselamatannya.
5
PANDANGAN ULAMA’ TAFSIR TERHADAP
KONSEP HALALAN TAYYIBAN
Muhammad Quraish Shihab : Makanan yang tayyib adalah yang baik dan
berqizi (makanan yang memenuhi keperluan dalam tubuh badan). Makanan
yang baik juga dapat dilihat dari segi kesihatan, rasa, proses
menyediakannya.
Ahmad Mustafa Al-Maraghi : at- Tayyiban adalah sebagai satu perkara yang
dinikmati oleh diri dan didorong oleh hati.
As-Sabuni : Semua yang dhalalkan oleh Allah SWT adalah baik, manakala
perkara yang diharamkan adalah perkara tidak baik.
Wahibah Al-Zuhaili : Halalan tayyiban pada pemakanan adalah makanan
yang tidak mempunyai hak orang lain dengan secara batil walau dalam apa
jua keadaan.
Fakhr Ar-Razi : at-Tayyib menurut Bahasa adlah bersih, halal dan
disidatkannya baik. Manakala perkataan at-Tayyib merujuk kepada apa yang
melazatkan dan bersesuaian.
Muhammad Jamal Al-Din : Perkataan tayyiban bermaksud baik. Ia tidak
memudaratkan badan dan fizikal apabila memakannya.
Abu Bakar Jabir Al-Jazairi : Al-Halal adalah segala yang selamat dari sesuatu
yang bahaya iaitu segala apa yang dibenarkan oleh Allah SWT untuk
mengambil manfaat daripadanya. Manakala at-Tayyib pula membawa
maksud sesuatu yang baik, bersih suci yang tidak mengandungi najis
padanya.
6
PEMILIHAN
PRODUK HALAL
Umat Islam pada hari ini amat cenderung
memilih dan mengambil makanan dan
minuman yang dikategorikan halal dan
mempunyai pensijilan halal. Kriteria
penting sesuatu produk seperti pensijilan
halal amat mempengaruhi kecenderungan
pengguna semasa pembelian.
Logo halal merupakan tanda awal yang
memudahkan pengguna untuk mengenal
pasti status kehalalan produk. Oleh itu,
campuran bahan-bahan yang disebut
sebagai sunnah dalam penghasilan
makanan fungsian merupakan nilai
tambah kepada status halal dan dapat
meningkatkan keyakinan pengguna
mengenai kehalalan sesuatu produk dan
W kandungannya.
alau bagaimanapun, masyarakat perlu sedar dan peka bahawa logo
halal tidak menjamin bahawa sesuatu produk makanan Sunnah selamat
untuk diambil dari segi kemanfaatan kesihatan. Ini kerana setiap tubuh
badan memberi reaksi yang berbeza dengan setiap komposisi yang ada
dalam produk makanan. Tambahan pula, pengambilan makanan
bergantung kepada keperluan nutrisi badan dan status kesihatan
individu.
7
KEPENTINGAN DALAM PENYEDIAAN
MAKANAN
Salah satu cara ialah dengan
Melindungi makanan daripada
berlaku pencemaran seperti
Menjaga amalan kebersihan diri,
Memastikan bahan mentah daripada
sumber yang dipercayai dan
mempunyai sijil halal dan Bangunan,
peralatan, kenderaan dan
kelengkapan diselenggara dengan
baik.
Kesan pengambilan makanan halalan
tayyiban ialah dapat menjaga nyawa, makanan
halalan tayyiban membantu seseorang
membesar dengan baik dan sihat. Di samping
itu, ia membantu memelihara individu dan
masyarakat daripada pelbagai penyakit.
8
KESIMPULAN
Pengambilan makanan sunnah dan makanan lain amat berkait dengan
pengetahuan seseorang individu dan sikap terhadap isu yang berkaitan dengan
kesedaran. Dalam e-folio ini disebabkan kerana keterhadan pengetahuan
pengguna dan kesedaran terhadap bahan-bahan kandungan dan kesannya
kepada kesihatan. Sebagai umat islam kita perlu menitikberatkan tentang
kebersihan kerana kebersihan itu separuh daripada iman. Selain itu , kita
hendaklah memastikan perlatan dan bahan mentah yang digunakan itu dalam
keadaan yang baik agar tidak berlaku apa - apa yang tidak diingin. Kesedaran
pengguna amat penting sebagai langkah kewaspadaan dalam pemilihan makanan
tambahan. Walaupun banyak kemanfaatan dari sudut kesihatan dalam
pengamalan makanan Sunnah, tetapi masyarakat pengguna masih perlu
meletakkan langkah berjaga-jaga daripada pengambilan yang berlebih-lebihan
memandangkan tiada kadar dos dan aturan yang ditetapkan dalam
pengambilannya. Kekhuatiran akan implikasi kepada kesihatan dan keracunan
kepada organ dalaman dalam jangkamasa yang panjang perlu diutamakan. Di
samping itu, perlu diingatkan, pengambilan makanan tambahan atau makanan
Sunnah tidak dapat menggantikan ubat sekiranya telah disarankan oleh pakar
perubatan malah digalakkan agar mendapat khidmat nasihat pakar berkelayakan
sebelum membuat keputusan mengambil sebarang makanan tambahan.
9
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Halal merujuk kepada kebenaran pengunaan dan pengambilan sesuatu barangan
yang dibenarkan dan diyakini sumber oleh islam iaitu berlandaskan syariah. Halal
bukan sahaja merupakan satu konsep yang menitikberatkan kepada asas agama
islam iaitu kesucian tetapi turut mengandungi aspek yang luas dari segi rohani
dan jasmani seperti kebersihan , keselamatan dan kesihatan. Bahkan di dalam
islam konsep halal dititikberatkan kerana ia adalah garis panduan kepengunaan
bagi umat islam. Pengunaan dan pengambilan produk yang halal, bersih dan baik
ini sangat dituntut dalam agama islam kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan
berdasarkan kepada dalil Al-Quran dan Sunnah. Selain itu , cadangan
penambahbaikan makanan dengan memperluaskan skop keperluan kepatuhan
halal. Prosedur sedia ada harus ditambahbaikan keperluan amalan patuh syariah
dalam aspek kewangan dan amalan produk-produk islam yang lain. Prosedur sedia
ada yang menumpukan aspek output produk dihasilkan harus juga dikembangkan
kepada pemantuhan halal dalam aspek keseluruhan amalan industri. Sehubungan
dengan itu , memperkukuhkan penyelidikan berkaitan halal sama ada berkaitan
dengan produk yang dihasilkan mahupun sumber ramuan yang digunakan supaya
benar-benar menepati kehendak piawaian keselamatan makanan. Di samping itu ,
menguatkuasakan sistem jaminan halal sepertimana yang dinyatakan juga dalam
prosedur adalah merupakan suatu langkah yang bijak dan perlu diperkasakan
dengan langkah yang aktif dan berkesan. Akhir sekali , dengan menghasilkan
usahawan dan pengusaha bagi menghasilkan produk yang mencapai tahap halalan
toyyiban.
10