SEKOLAH KEBANGSAAN
MERBAU SEMPAK
PROGRAM s-SEKOLAHKU
SYURGAKU
2022
PENGENALAN PROGRAM
• Program ini adalah sebagai satu acara
penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah
amnya kepada Unit HEM dan khususnya kepada
kelas yang mencapai peratus kehadiran melebihi
90%.
• Ini merupakan salah satu usaha Unit HEM bagi
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah di
samping memberi kesedaran kepada murid-murid
akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang
murid. Kehadiran murid ke sekolah adalah
mempengaruhi peratus pencapaian akademik
seseorang.
• Program ini bertujuan meningkatkan kehadiran murid
ke sekolah bagi tahun 2022. Pendekatan psikologi
dan kaunseling diterapkan dan dititik beratkan
berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid
hadir ke sekolah.
• Melalui pelaksanaan program ini, ianya akan
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
dan sekaligus akan dapat mencapai KPI sekolah.
• Oleh itu, pada tahun ini dengan bertemakan
‘SEKOLAHKU SYURGAKU’ kami mengharapkan
program yang dijalankan dan ganjaran yang akan
diterima, akan dapat meningkatkan lagi peratus
kehadiran murid ke sekolah di sepanjang tahun ini.
OBJEKTIF PROGRAM
• Meningkatkan peratusan kehadiran murid
ke sekolah.
• Mengurangkan masalah kehadiran murid
ke sekolah tanpa sebab.
• Mengetahui dan menyelidik faktor yang
menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah.
SYARAT PROGRAM
s-SEKOLAHKU SYURGAKU
• Program bermula pada bulan Oktober.
• Peratus kehadiran kelas mencapai 90%
kehadiran penuh.
.
JOM
KE
SEKOLAH