DULI YANG AMAT MULIA TUNKU
ISMAIL
IBNI SULTAN IBRAHIM
D.K., S.P.M.J, S.S.I.J, P.I.S
TUNKU MAHKOTA JOHOR
Nama : Dhia Syarafana Binti Saifuddin
Kelas : 6 Bijak
Alamat e-mail : [email protected]
Nama Sekolah : SK Taman Desa Skudai
Alamat Sekolah : Jalan Sejahtera 16,
Taman Desa Skudai, 81300, Johor
Bahru
Pendahuluan
Biodata tokoh pemimpin
Pendidikan tokoh yang dipilih
Kerjaya tokoh
Sumbangan tokoh
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang
Penutup/kesimpulan
Sumber rujukan
Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail ialah seorang tokoh
pemimpin yang amat disegani di negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau ialah orang yang
bertanggungjawab merevolusi pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. Beliau banyak memberi sumbangan dan
jasa dalam bidang politik dan sukan.
Diputerakan pada 30 Jun 1984
Di lahirkan Johor Bahru
Merupakan putera sulung Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dan Dul I Yang Maha Mulia Raja Zarith
Sofiah daripada enam orang adik-beradik.
Mendapat pendidikan awal persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan di Sekolah Rendah
Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru.
melanjutkan persekolahan di Australian International School Singapore.
Pada tahun 1999, Duli Yang Amat Mulia Tunku melanjutkan pelajaran di Hale School, Perth, Australia
sehingga akhir tahun 2002.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah mendirikan rumahtangga dengan Cik Khaleeda Binti
Bustamam pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail mendapat pendidikan awal persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan di
Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan persekolahan di Australian
International School Singapore. Pada tahun 1999, Duli Yang Amat Mulia Tunku melanjutkan pelajaran di Hale School,
Perth, Australia sehingga akhir tahun 2002.
Dengan titah perkenan Seri Paduka nendanya Almarhum Sultan Iskandar, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah
menjalani latihan ketenteraan sebagai Pegawai Kadet di ‘Indian Military Academy‘ (I.M.A), Dehra Dun, India pada 17
Julai 2003 hingga 11 Disember 2004 dan telah ditauliahkan pangkat Leftenan dalam upacara tamat latihan. Duli Yang
Amat Mulia Tunku Ismail ditempatkan di Unit 61 Cavalry Tentera Darat India, Jaipur, India selama dua tahun mulai 15
Disember 2004 hingga 14 Disember 2006.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama menyertai rejimen
berkuda tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J. Abdul Karim sempena sambutan Hari
Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007. Majlis ini dihadiri ramai tetamu kenamaan termasuk Presiden Russia,
Vladamir Putin.
Pada 14 Julai hingga 23 September 2008, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah melaksanakan Kursus Kepakaran
Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing dan pada 9 Oktober hingga 19 November 2008 mengikuti Kursus Asas Payung
Terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULAPAK). Pada 1 Ogos 2010, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail
dianugerahi Beret Hijau Kehormat Grup Gerak Khas (GGK) atas kepimpinan dan sumbangan fikiran dalam
mempertingkatkan keupayaan GGK.
Antara sukan kegemaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ialah polo dan bola sepak. Kecemerlangan Duli
Yang Amat Mulia Tunku dalam sukan polo amat terserlah. Kehebatan Duli Yang Amat Mulia berkuda terbukti
jelas apabila Duli Yang Amat Mulia Tunku dianugerahi ‘Best In Riding‘ di Dehra Dun, India yang selanjutnya
mengangkat kecemerlangan kepada ‘Indian Military Academy‘ (I.M.A). Kini DYAM Tunku Mahkota Johor
bergiat aktif dalam bidang bola sepak.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah dikurniai Almarhum Sultan Iskandar Darjah Mahkota Johor Yang
Amat Mulia Pangkat Ketiga, Setia Mahkota Johor (S.M.J), Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J), Darjah Kerabat Johor Yang Amat
Dihormati Pangkat Kedua (D.K II) dan Pangkat Pertama (D.K I). Bermula zaman pemerintahan
paduka ayahandanya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail
telah dikurniai Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati Pangkat Pertama, Dato’ Sri Setia
Sultan Ismail (S.S.I.J) dan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (P.I.S I).
Pada 30 Jun 2005 Almarhum Sultan Iskandar telah melantik Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail sebagai
Waris Kedua Takhta Kerajaan Johor selepas Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor waktu itu. Pada 8
April 2006, Duli Yang Amat Mulia Tunku telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Johor dan seterusnya
menggunakan gelaran rasmi Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Duli Yang Amat Mulia
Tunku Ismail telah dilantik dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada hari Khamis 28 Januari 2010
bersamaan 12 Safar 1431 Hijrah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail pernah dilantik sebagai pemangku Raja Johor, kali terakhir pada 29
September 2012. Selaku Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah meraih ilmu dan
pengalaman memerintah negeri dan sekali gus memantau dan melihat sendiri hal dan keadaan rakyat negeri
Johor. Begitu juga penyertaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail dalam siri program Kembara Mahkota
Johor (KMJ) telah memberi peluang keemasan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail bertemu dan bersera serta
menjalin hubungan silaturahim dengan rakyat negeri Johor.
DYAM Tunku Mahkota Johor bergiat aktif dalam bidang bola sepak. Selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor sejak 16 Februari 2012, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah membangun, menerajui dan mengangkat
pasukan bola sepak Johor ke tahap berprestasi tinggi dan disegani. Kecemerlangan Duli Yang Amat Mulia Tunku
Ismail dalam bidang bola sepak semakin menyerlah apabila dilantik sebagai Penasihat kepada Presiden FAM pada 3
Oktober 2014.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai
peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa:
– 30 unit Blood Pressure Monitoring Set
– 55 unit Infrared Thermometer
– 31 unit Glucometer
– 35 unit Pulse Oxymeter
Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar
Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Sumber : JKN Johor
Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan daging korban Hari Raya Aidil Adha 1441H kepada
penduduk Segamat, Johor.
Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada keluarga asnaf dan keluarga yang terjejas akibat
Covid-19 di daerah Kulai, Johor..
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga
mangsa kebakaran rumah ketika majlis pertunangan di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri, Batu
Pahat. Sumbangan berjumlah RM30,000 disampaikan oleh Setiausaha Sulit Tunku Ismail kepada pemilik
kediaman, Jahurin Tukiran
Pada 29 Disember 2020 DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menyempurnakan
Majlis Pecah Tanah TMIYC Muar dan kurniaan kepada Pelajar-pelajar miskin daerah Muar berjumlah
RM300,000.
Beliau pernah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM )
Dengan sikap tegas dan integriti yang tinggi, inilah ciri-ciri seorang pejuang dan mempunyai perancangan
serta berfikiran jauh di mana Tunku Mahkota Johor tidak mengambil masa yang lama untuk merubah sistem
yang ada dalam urus tadbir FAM.
Tunku Mahkota Johor meletakkan nilai integriti dan ketegasan serta cara bekerja yang efisien.
Itu sahaja yang mampu merealisasikan setiap perancangan yang dibuat dan dapat menggerakkan tenaga kerja
untuk melaksanakan setiap perancangan yang telah disusun.
Tunku Ismail juga merupakan pengerusi Majlis Bola Sepak Negeri Johor
Kejayaan terbesar Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim ialah menjadi juara Piala AFC dan juara Liga
Super Malaysia selama 7 tahun berturut-turut.
Kesimpulannya, Tunku Ismail Tunku Mahkota Johor telah banyak memberi sumbangan sebagai seorang pemimpin.
Ketokohannya, menjadikan beliau seorang yang layak disanjung.Semoga lebih ramai pemimpin berjiwa besar dan
dihormati dapat dilahirkan oleh negeri Johor.
https://www.facebook.com/search/top?q=demi%20johor
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Ismail_Idris_ibni_Sultan_Ibrahim_Ismail
https://www.facebook.com/JOHOR4everJDT/posts/biodata-tunku-ismail-sultan-ibrahim-tmjtunku-
ismail-idris-ibni-sultan-ibrahim-is/451113728395972/
https://www.facebook.com/MBNJohor/photos/a.10152361118803802/10156180799218802/
https://deenamik.com/blog/2018/03/tmj-mahu-letak-jawatan-presiden-fam/