DATO’ TUN ONN
JAAFAR
Biodata
Nama: Alisha Binti Mohd Rushaimi
Alamat Email: [email protected]
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Desa
Skudai
Alamat Sekolah: Jalan Sejahtera 16, Taman
Desa Skudai, Johor Bahru.
PENDAHULUAN
Dato’ Onn Bin Jaafar adalah sosok tokoh pemimpin yang amat dikenali dan
dihormati di Johor. Beliau banyak memberi sumbangan terhadap politik Johor dan
politik negara. Beliau merupakan antara tokoh terawal yang berjuang mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan British
BIODATA TUN ONN JAAFAR
• Tarikh lahir: 12 Februari 1895
• Tempat Lahir: Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor
• Meninggal: 19 Januari 1962 (umur 66)
• Tempat Persemadian; Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
• Pekerjaan: Menteri Besar
• Ibu: Roquaiya Hanim
• Bapa: Jaafar Haji Muhammad
• Pasangan: Rafeah Abdullah, Che Jamilah, Che Kah, Halimah Hussein
SUMBANGAN DATO’ TUN ONN JAAFAR
• Menubuhkan Persatuan Melayu Semenajung Johor pada 3 Januari 1946
• Membawa kepada penubuhan Umno secara rasmi pada 1 Mac 1946, dan Dato’ Onn
Jaafar sebagai presedin yang pertama
• Dato’ Onn mengetuai orang-orang Melayu dan bermulalah gerakan politik orang-
orang Melayu yang didukung sebilangan besar keturunan Melayu sehingga hari ini.
Dato’ Onn telah berjasa menentang dan membuburkan Malayan Union
• Menubuhkan Independent Malayan Party (IMP) pada 16 September 1951 sebagai
wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan.
• Dato’ Onn Jaafar telah menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union adalah
satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri
KERJAYA DATO’ TUN ONN JAAFAR
Kerjaya Awal
• Kerjaya Wartawan
Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934,
menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
• Bertugas Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat
Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Kerjaya Politik
• Pengasas Umno
Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, beliau dilantik sebagai
presiden pertama Umno
• Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara
Beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya(IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti
tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu
Dato’ Onn Jaafar telah gagal dalam perjuangan politiknya. Asas tanggapan ini adalah kerana
beliau memilih untuk tidak terus memimpin Umno, dan kerananya tidak pula dapat memimpin
negara sebagai Perdana Menteri
Namun, apakah perjuangan seseorang tokoh politik itu hanya wajar dinilai sebagai berjaya
apabila ia memegang tampuk kekuasaan negara?
Umno Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu diberikan tempat yang sewajarnya
sempena 60 tahun usia parti, kerana baktinya sebagai pelopor perjuangan kemerdekaan.
PENDIDIKAN DATO’ TUN ONN JAAFAR
Dato’ Onn Jaafar mendapat Pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau belajar Bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi
anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke
Sekolah Alderbury Logde di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah
pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI
SEKARANG
• Beliau seorang yang tenang tetapi tegas.
• Beliau seorang yang berdisiplin dan rajin.
• Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab
dan amanah.
• Beliau merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur dan
ikhlas.
• Beliau merupakan seorang yang rendah diri.
PENUTUP
Kesimpulannya, Tunku Ismail Tunku Mahkota Johor telah
banyak memberi sumbangan sebagai seorang pemimpin. Ketokohannya,
menjadikan beliau seorang yang layak disanjung.Semoga lebih ramai pemimpin
berjiwa besar dan dihormati dapat dilahirkan oleh negeri Johor
SUMBER RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/