25 22 ZULHIJJAH 1445H/29 JUN 2024 (SABTU) 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI PADANG SMK DATO’ SERI KAMARUDDIN PERASMIAN OLEH :- YANG BERHORMAT TUAN HAJI ROSLI BIN ABD RAHMAN ADUN PASIR PANJANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita bersama-sama berkumpul di padang SMK Dato’ Seri Kamaruddin pada pagi ini dalam menjayakan temasya sukan tahunan kali ke25 SRAR At-Ta’alim. Pertama kali saya mengucapkan sekalung tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana memberi komitmen yang jitu bagi memastikan Temasya Sukan tahunan berjalan seperti yang dijadualkan. Ucapan jutaan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Rosli bin Abd Rahman selaku ADUN Pasir Panjang kerana sudi memenuhi undangan kami bagi merasmikan Temasya Sukan Tahunan kali ke- 25. Ucapan terima kasih juga kepada barisan Ahli Lembaga Pengarah At-Taalim diatas sokongan dan dokongan yang diberikan dalam merealisasikan Temasya Sukan ke-25. JPIBGT juga tidak dilupakan dalam memainkan peranan membantu menjayakan Temasya Sukan pada tahun ini. Terima kasih atas sumbangan kewangan dalam penyediaan hadiah kepada para pemenang. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak menabur bakti dan bertungkus lumus dalam menjayakan Temasya Sukan ini. Tidak dilupakan juga kepada kakitangan sekolah yang turut bersama membantu pihak sekolah. Sekalung perhargaan kepada pihak tuan rumah, SMK Dato’ Seri Kamaruddin, kerana sudi memberi kebenaran menggunakan padang dan fasiliti sekolah. Jutaan terima kasih kepada sukarelawan dan pasukan Amal serta Keselamatan yang turut memberi khidmat bakti. ENCIK SYAHRIZAL BIN ABDULLAH GURU BESAR SRAR AT-TA'ALIM Sekapur sirih
Hadirin yang dihormati, Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah SRAR At-Ta’alim. Kepada murid-murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara. Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat murid, manakala murid-murid pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana di masa ini, markah kokurikulum amat diambil kira untuk ke tahap yang lebih tinggi serta potensi dan penglibatan murid murid dalam bidang kokurikulum akan membantu murid-murid mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bersama-sama membantu menjayakan temasaya sukan tahunan kali ke-25 SRAR At-Ta’alim 2024. SOKONGLAH KAMI WARGA SRAR AT-TA’ALIM untuk membentuk generasi “BERILMU, BERIMAN, BERTAQWA” Sekian, terima kasih. Encik Syahrizal bin Abdullah Guru Besar SRAR At-Ta’alim
Aturcara
Jawatankuasa Pengelola
Jawatankuasa Pelaksana
Pilihan tema bagi temasya sukan tahunan kali ke-25 SRAR AT-TA’ALIM “ KARTUN” MERAH BIRU KUNING HIJAU Tema Temasya Sukan
Sukan guru ialah merupakan salah satu acara tahunan yang telah menjadi tradisi bagi guru-guru di SRAR At-Ta'alim. Pada tahun ini, acara yang dipertandingkan khusus buat guru-guru mewakili rumah sukan masing-masing ialah pertandingan bowling. Acara sukan guru dijalankan bagi menyumbang markah kepada rumah sukan masingmasing. Pertandingan bowling telah dijalankan pada hari Isnin bertarikh 13 Mei 2024 bertempat di Pusat Bowling Esplaned Kampung Koh, Sitiawan. Acara Sukan Guru
MERAH BIRU KUNING HIJAU 1775 1590 1880 1722 Kedudukan Rumah Sukan Terkini
Aturcara Acara Sukan
Aturcara Penyampaian Hadiah
Aturcara Penyampaian Hadiah
Sekalung Penghargaan
Mutiara Kata “Apabila orang yang bersyukur kepada Allah, nescaya dia akan merasai kebahagiaan. Sebab apabila nikmat yang telah ada disyukuri, Allah berjanji akan menambahkannya lagi berlipatganda. ~ Nukilan Buya Hamka ~