SPM 2022 DISEMPURNAKAN OLEH: PROFESOR DATO' DR ROSLEE BIN RAJIKAN NAIB CANSELOR STRATEGI DAN PEMBANGUNAN KORPORAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 09 JULAI 2023 BUKU PROGRAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyampaikan kata alu-aluan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 Sekolah Menengah Sains Muar. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada calon-calon SPM 2023 untuk mendapat keputusan lebih cemerlang. Dengan keputusan cemerlang ini, murid-murid akan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mencipta kejayaan yang lebih gemilang dan dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dalam era globalisasi yang penuh persaingan ini. Saya ingin merakamkan perasaan bangga atas segala usaha warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) amnya dan warga SAMURA khususnya yang sentiasa menjadikan pendidikan sebagai teras kehidupan. Saya berharap agar semua guru sentiasa berintegriti dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam menggalas tanggungjawab sebagai penyumbang kepada peningkatan martabat bangsa menerusi pendidikan. Malah dengan usaha ini juga membantu merealisasikan visi dan misi sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini juga bersesuaian dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan modal insan cemerlang bertaraf dunia. Semoga usaha ini dirahmati Allah SWT. Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun bagi menghargai usaha dan pengorbanan anak-anak dalam mencapai kejayaan.Tahniah dan syabas! SEKAPUR SIREH Sekian, terima kasih. “Selamat Maju Jaya ” PROFESOR DATO’ DR. ROSLEE BIN RAJIKAN PRO NAIB CANSELOR STRATEGI DAN PEMBANGUNAN KORPORAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN TETAMU KEHORMAT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Sesungguhnya saya bagi pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dianugerahkan kesempatan untuk bersama-sama keluarga Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 pada hari ini Saya dahului dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh calon-calon SPM 2022. Alhamdulillah, berkat pengorbanan, kegigihan, dedikasi dan iltizam barisan kepimpinan sekolah, keprihatinan guru dan ibu bapa, SAMURA telah berjaya mencipta nama serta tergolong dalam kelompok sekolah cemerlang di peringkat negeri Johor dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi peperiksaan SPM 2022. Pihak PIBG berasa kagum dengan peningkatan dan kejayaan yang telah digarap oleh sekolah sepanjang saya bersama-sama SAMURA. Jumlah murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun 2022 juga meningkat dari tahun 2021. Peningkatan ini merupakan satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Tahniah saya ucapkan. Pihak PIBG amat bersyukur kerana kami dapat membantu mewujudkan situasi kondusif yang sedikit sebanyak telah merangsang pihak sekolah dan para murid menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pihak PIBG juga sedaya upaya membantu pihak sekolah dalam menjana kecemerlangan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada hari ini sama ada dari akademik, kokurikulum mahupun sahsiah anak-anak SAMURA. Oleh hal yang demikian, saya mewakili PIBG sekolah ini merakamkan rasa terhutang budi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan dan para guru sekolah ini atas kejayaan cemerlang tersebut. Akhir kata, saya mewakili ibu bapa serta para murid mendoakan agar barisan kepimpinan dan guru-guru SAMURA sentiasa mendapat taufik, petunjuk dan keberkatan demimelaksanakan amanah yang digalas.Semoga jasa bakti para guru terus kekal subur lantas memperoleh anugerah yang setimpal daripada Allah SWT. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2022. Anda semua akan kekal dalam lipatan sejarah SAMURA. DR.HAJI AHMAD PAUZI BIN ABU YANG DIPERTUA, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SEMANIS KATA
SEGUGUS HARAPAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tahniah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan SPM 2022. Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) sememangnyasalah satu majlis yang sangat dinanti-nantikan saban tahun oleh semua guru, murid dan ibu bapa. MAK merupakan hari kemuncak kualiti akademik bagi warga SAMURA. Majlis seumpama ini diadakan bagi memberikan mesej yang jelas kepada anak-anak dan ibu bapa bahawa pihak sekolah mengiktiraf dan menghargai usaha mereka yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) 2022 yang bertungkus lumus dalam memastikan majlis ini dapat direalisasikan dengan lancar dan penuh gilang-gemilang. Syabas kepada semua penerima anugerah MAK bagi pencapaian SPM 2022 sama ada dalam kalangan murid mahu pun guru. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada semua guru dan murid meneruskan lagi kegemilangan SAMURA dalam peperiksaan SPM 2023. Peningkatan pencapaian SPM 2022 oleh ‘Batch 39’ telah menyaksikan seramai 39 pelajar berjaya mendapat semua A dan gred purata 1.54 berbanding SPM 2021 iaitu 31 pelajar sahaja, alhamdulillah. Melalui pencapaian ini diharapkan dapat membakar semangat murid ‘Batch 40’ iaitu calon SPM 2023 untuk menyahut cabaran dan mencipta sejarah yang lebih baik berbanding SPM 2022. Kejayaan SAMURA ini juga dicapai dengan adanya komitmen dan kerjasama utuh yang diberikan oleh PIBG dan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti sekolah. Terima kasih atas sokongan padu daripada PIBG dan ibu bapa. Dikesempatan ini, marilah kita bersama-sama mencipta rekod, melakar lebih banyak sejarah indah bagi seluruh warga SAMURA serta sentiasa berdoa agar murid-murid SPM 2022 terus berjaya dan seterusnya mengubah masa depan dengan lebih cemerlang, insyaAllah. Sesungguhnya kegagalan merupakan kejayaan yang tertangguh buat sementara waktu manakala kejayaan merupakan suatu perjalanan tanpa noktahnya. Tahniah dan syabas. SAMURA NAMAMU SENTIASA TERJULANG TN. HJ. MOHD FAUZI B. OTHMAN PEMANGKU PENGETUA SM SAINS MUAR KATA ALU-ALUAN PENGETUA
ATUR CARA MAJLIS 9.00 pagi : Pendaftaran Penerima Anugerah 10.00 pagi : Tetamu, Guru dan Pelajar mengambil tempat 10.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat : Bacaan Doa Ucapan Alu-Aluan Guru Penolong Kanan Akademik SM Sains Muar Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Othman : Ucapan dan Perasmian oleh Tetamu Kehormat Professor Dato’ Dr. Roslee Bin Rajikan Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia : : Penyampaian Anugerah Sesi 2 : Jamuan (Makan Tengah Hari) : Persembahan Pelajar Sesi 1 : Penyampaian Anugerah Sesi 1 : Persembahan Pelajar Sesi 2 : Majlis Tamat
ADIBNUR RAIHANBINTI ABD RAZAK MOHAMAD KHAIRULHAZIQ BIN MOHD KHAIRULNIZAM ANUGERAH NILAM NEGERI JOHOR DAYANA SYAHRIZAH BINTI ZOHARI INTAN SURAYA BINTI MOHAMAD HARISH HAKIMI BIN NOREZA KHIR
AHMAD AMAR BIN AMIZA MOHAMAD KHAIRULHAZIQ BIN MOHD KHAIRULNIZAM NOOREEN IZZAH BINTI MASRUKIN MOHAMAD FAKHRU RADZI BIN MOHD AZMI MUHAMMAD ADAM HARIZ BIN ROSLEY ANIS NASUHA BINTI MOHD NAZRI IHDINA KOSAI BINTI HAFIDZ ATRASH KOSAI FAIQAH HAZWANI BINTI HISHAMUDDIN NUR `INSYIRAH BINTI AZRUL MUHAMMAD DANISH ABRAR BIN MOHD RIZAL NURUL AISYAH BINTI BADARUDDIN ADAM IRFAN BIN ADE IZZANY NUR HASNIDA BINTI HAMDAN MUHAMMAD AMIN ZIKRY BIN MOHD YASIN NUR JANNAH BINTI JAIS NUR ALIA FITRAH BINTI AZMI MIFTAHUL NUR NABILAH BINTI HASNAN LUQMAN HAKIM BIN NOR AZWAN AISYAH KHALEDA BINTI MOHD AZILA NUR SYASYA NABILAH BINTI NOREZAM CHAHAYA CHINTA BINTI AHMAD AZHARI `EILYA NOOR CAMELIA BINTI A RAZAK MINHALINA PUTERI BINTI ZULRAIME MUHAMMAD NADZMI BIN NAZARUDIN NUR FATEHAH BINTI NAZRUDIN NUR HANANI BINTI SUMARDI MUHAMMAD IZZAD BIN ANUAR MUHAMMAD ZAKI ZIKRI BIN ZAKARIA SITI AISHAH BINTI MUHAMMAD HARITH MUHAMMAD AMMAR HAZEEM BIN MOHD KHAIRI DAYANA SYAHRIZAH BINTI ZOHARI ADIBNUR RAIHAN BINTI ABD RAZAK SYARIFAH ADRIANA BALQIS BINTI SYED ISKANDAR MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD FOUZI ANUGERAH SEMUA A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2022
NOR HASIMAH BINTI JUSOH PENDIDIKAN ISLAM SITI NOR BINTI MOHD TAHIR MUJIBUDDIN BIN HAJI ARSHAD ISHAK BIN HAJI SUBOH BAHASA MELAYU NIK ZAWANI BINTI NIK ABDULLAH UMIE KALSOM BINTI KASSIM MASSULIANA BINTI MASENIN NOOR HATINI BINTI ZOKIPLI ROHANIZAM BIN ROSPILUJI SHAHRIZA BINTI ISHAK HAFIZA BINTI NASIR MOHD FADZLI BIN MOHD NOR MATEMATIK HASIMAH BINTI HASSAN NOR ASIAH BINTI MOHAMED ANUGERAH PENINGKATAN GPS MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN SPM 2022 KIMIA
KIMIA & BIOLOGI MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD FOUZI MATEMATIK TAMBAHAN ADIBNUR RAIHAN BINTI ABD RAZAK BAHASA MELAYU & FIZIK DAYANA SYAHRIZAH BINTI ZOHARI BAHASA INGGERIS IHDINA KOSAI BINTI HAFIDZ ATRASH KOSAI MATEMATIK MUHAMMAD AMIN ZIKRY BIN MOHD YASIN SEJARAH AISYAH KHALEDA BINTI MOHD AZILA PENDIDIKAN ISLAM NUR JANNAH BINTI JAIS BAHASA JERMAN DARWISYAH INSYIRAH BINTI SHAIFULNIZAM PELAJAR TERBAIK MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN SPM 2022 BAHASA CINA AININ SOFIYA BINTI MOHD HANAFIAH
MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD FOUZI ADIBNUR RAIHAN BINTI ABD RAZAK ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SPM ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN
MUHAMMAD ALIFF BIN MOHD FOUZI TAHNIAH ! TAHNIAH ! Saudara Muhammad Aliff bin Mohd Fouzi merupakan anak kepada pasangan Encik Mohd Fouzi bin Sulaiman, seorang pegawai tentera berwibawa dan Puan Zulaina binti Yunus, seorang suri rumah tangga berjaya . Muhammad Aliff dilahirkan di Hospital Jitra Kedah, merupakan anak ke-4 daripada 4 adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney I Kuala Lumpur, Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar Mersing Johor, Sekolah Kebangsaan Si Rusa Port Dickson Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas Sungai Udang Melaka . Beliau berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5 A 1B dalam UPSR. Seterusnya mendapat tawaran belajar ke Sekolah Menengah Sains Muar pada tahun 2018. Kecemerlangan beliau sudah terserlah dari peringkat sekolah rendah lagi. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang berada di sekolah ini. Penyertaan dan penglibatan beliau dalam bidang kokurikulum amat membanggakan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia dan Setiausaha Persatuan Sejarah. Beliau juga mewakili badan beruniform dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah tahun 2019 dan memperoleh tempat kedua. Beliau turut menyertai perhimpunan National Youth Online Gathering (NYOG) Malaysian Red Crescent Society peringkat kebangsaan tahun 2021 serta Program Sederap Selangkah SBP Johor pada tahun 2021 dan 2022. Beliau juga pernah menyertai Kuiz Sejarah dan Patriotisme peringkat negeri Johor pada tahun 2022 dan meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Tangkak serta WOW 2018 SBP Choral Speaking Competition Southern Zone dan mendapat Gold Award dalam kedua-dua pertandingan tersebut . Beliau telah berjaya mendapat 2nd Runner up Parliamentary Debate English Carnival Tangkak District pada tahun 2019. Beliau juga dianugerahkan Murid Terbaik Pembinaan E-Profile dalam Bengkel Pembinaan E-Profile Murid SBP Johor anjuran Sekolah Tun Fatimah tahun 2021. Sifat kepimpinan beliau terserlah apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Biro Akademik Rumah Budiman pada tahun 2022. Dalam bidang sukan dan permainan, beliau merupakan ahli aktif Kelab Sofbol. Beliau juga dipilih untuk mewakili sekolah dalam acara lumba jalan kaki bawah 14 tahun di Kejohanan Olahraga MSSD Tangkak pada tahun 2019, mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Catur MSSD Tangkak pada tahun 2020 seterusnya mewakili negeri Tangkak dalam Kejohanan Catur MSSJ tahun 2020. Muhammad Aliff bin Mohd Fouzi merupakan seorang pelajar yang berhemah tinggi, berdedikasi, cekap dan komited melaksanakan tugas serta cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang dan jayanya semasa di SAMURA. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA dalam bidang Asasi Sains. Beliau bercita- cita menjadi seorang farmasi bertauliah suatu hari nanti, insya-Allah. Dengan keputusan 8 A+ 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2022 dan pencapaian cemerlang dalam akademik, kokurikulum serta sahsiah, majlis dengan bangga dan sukacitanya menganugerahi Saudara Muhammad Aliff bin Mohd Fouzi sebagai Pelajar Terbaik SPM 2022, tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau.
ADIBNUR RAIHAN BINTI ABD RAZAK TAHNIAH ! TAHNIAH ! Saudari Adibnur Raihan binti Abd Razak merupakan anak ke-3 daripada 4 adik-beradik, dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Anak kepada pasangan Encik Abd Razak bin Menawik, seorang guru matematik dan Puan A Fariza Aton binti Adnan yang merupakan seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian. Dalam peperiksaan UPSR beliau berjaya memperoleh keputusan 6A dan seterusnya melanjutkan pelajaran di SAMURA pada tahun 2018. Kecemerlangan beliau sudah terserlah dari sekolah rendah lagi. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang berada di sekolah ini. Penyertaan dan penglibatan beliau dalam bidang kokurikulum amat membanggakan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Bendahari Kelab Alam Sekitar dan Setiausaha Sukan dan Permainan Kriket. Beliau telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Karnival Sukan Rakyat peringkat daerah tahun 2022. Beliau juga telah mendapat pangkat Puteri Kecil dalam Persatuan Puteri Islam. Seterusnya, beliau turut terpilih untuk menyertai ST IOT CHALLENGE pada tahun 2019. Ciptaan beliau dan rakan-rakan iaitu Smartalino Door Attendance telah melayakkan mereka untuk mendapat anugerah Emas. Beliau turut mendapat Honorable Mention dalam Kangaroo Math Competition pada tahun 2018 dan 2020. Beliau turut mendapat anugerah Emas dalam Program Leadership Outreach anjuran Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan tahun 2022. Sifat kepimpinan beliau terserlah apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah pada sesi 2022/23 dan Penolong Exco Tugas Khas pada sesi 2021/22. Bagi bidang sukan dan permainan, beliau merupakan ahli pasukan Ragbi Sentuh Perempuan. Beliau aktif menyertai pasukan tersebut sejak berada di Tingkatan 1 dibawah bimbingan En. Noorfadzli. Beliau aktif menyertai pertandingan Ragbi Sentuh sejak 2018 dan telah mengasah bakat beliau sejak itu. Hasil titik peluh beliau dapat dilihat apabila berjaya mendapat Naib Johan Shield pada Kejohanan Ragbi SBP 2019. Tambahan pula, beliau bersama-sama rakan sepasukan telah berjaya mendapat pingat dalam beberapa kejohanan ragby sentuh anjuran SAJOHA, SDAHA, MILO-NRDP dan lain-lain. Adibnur Raihan binti Abd Razak merupakan seorang pelajar yang berdedikasi, rajin, cekal, amanah, komited dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberi serta cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya ( Asasi Sains Fizikal ), tawaran biasiswa JPA, MARA , Yayasan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad. Beliau bercita-cita mahu menjadi seorang doktor pakar. Dengan pencapaian yang cemerlang dalam akademik dengan keputusan semua A dalam mata pelajaran iaitu 8 A+ 1 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2022 dan juga cemerlang dalam kokurikulum serta sahsiah, majlis dengan bangga dan sukacitanya menganugerahi Saudari Adibnur Raihan binti Abd Razak sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2022, tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau.
INTAN SURAYA BINTI MOHAMAD KHIR TAHNIAH ! TAHNIAH ! Saudari Intan Suraya Binti Mohamad Khir dilahirkan di Bandar Diraja iaitu Muar, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik. Anak kepada pasangan Mohamad Khir bin Abdullah dan Haslinah Binti Selamat telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, berjaya memperoleh 6A dalam UPSR. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke SAMURA pada tahun 2018. Kebijaksanaan beliau sudah terserlah dari bangku sekolah rendah lagi. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang berada di sekolah ini. Penyertaan dan penglibatan beliau dalam bidang kokurikulum amat membanggakan. Pada awalnya, beliau diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai penolong ketua tingkatan sewaktu berada di tingkatan 1 Gigih. Seterusnya, beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengawas Sekolah pada tahun akhirnya di sekolah. Beliau juga menyandang jawatan Naib Pengerusi Kelab Seni Budaya dan Warisan. Beliau juga mewakili badan beruniform Pengakap dalam Kem Jamboori di Melaka. Beliau juga mewakili sekolah ke Pertandingan Piala Perdana Menteri sebagai Prime Minister di dalam kumpulan debatnya dan menyertai Fully Residential School International Symposium di peringkat antarabangsa. Beliau juga mewakili sekolah untuk pertandingan Bola Baling peringkat daerah. Sifat kepimpinan beliau terserlah apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai pembinbing rakan sebaya mata pelajaran English. Dalam bidang sukan dan permainan, beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kelab Bola Baling. Beliau juga dipilih untuk ahli jawatankuasa papan mata pertandingan bola baling peringkat sekolah. Beliau juga peserta Peace Walk 2019, Program Skor Mumtaz SBP 2021, STAR leadership programme 2021, Webinar Kejora A+ Bahasa Melayu, Kuiz Kimi Kebangsaan 2021 dan banyak lagi. Intan Suraya Binti Mohamad Khir merupakan seorang pelajar yang berhemah tinggi, berdedikasi, berpotensi cemerlang, cekap dan komited melaksanakan tugas serta cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Intan bercita-cita menjadi seorang cardiologist pada suatu hari nanti. Sekarang, beliau telah mendapat tawaran belajar di UniKL dalam bidang Science and Technology for Korean University. Beliau juga menerima tawaran untuk menyambungkan pelajaran di Management Science and University dalam bidang Science Biology. Semasa peperiksaan percubaan SPM saudari Intan memperoleh keputusan yang menghampakan dirinya dengan 2 subjek yang gagal iaitu di dalam subjek Matematik Tambahan dan Kimia. Namun beliau tidak patah semangat dan terus berusaha untuk memperoleh kejayaan demi membanggakan kedua ibu bapanya dan melakarkan senyuman pada muka ibu bapanya. Alhamdulillah berkat usaha, beliau berjaya memperoleh 4A+ 1A 2A- 2B+ bagi keputusan SPM 2022 yang lepas. Beliau juga mendapat keputusan mumtaz bagi Communicative Arabic Language Certificate. Dengan ini majlis menganugerahi saudari Intan Suraya Binti Mohamad Khir Anugerah Pengetua SPM 2022, tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau.
HARISH HAKIMI BIN NOREZA TAHNIAH ! TAHNIAH ! Saudara Harish Hakimi bin Noreza dilahirkan di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan anak sulung daripada 2 orang adikberadik. Anak kepada pasangan Encik Noreza Bin Razak dan Puan Norazlin Binti Sulaiman. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang dan berjaya memperoleh 6A dalam peperiksaan UPSR. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Selangor pada tahun 2018 sehingga 2020. Pada tahun 2021, saudara Harish Hakimi telah berjaya menempatkan diri di bumi SAMURA sehingga selesai peperiksaan SPM beliau. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang berada di sekolah ini. Penyertaan dan penglibatan beliau dalam bidang kokurikulum amat membanggakan. Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Pengerusi Kelab STEM. Beliau juga menyandang jawatan ahli Pasukan Kor Kadet Polis Sekolah. Beliau juga mewakili badan beruniform dalam Peserta Pertandingan Johor Scouts International Quran Festival Peringkat Antarabangsa tahun 2022 dan berjaya mendapat tempat Ketiga bagi Kategori e-Hafazan dalam Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah, Peringkat Daerah Tangkak tahun 2022. Sifat kepimpinan beliau terserlah apabila diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Imam, Surau Al-Faizin SAMURA. Dalam bidang sukan dan permainan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kelab Bola Tampar. Beliau juga dipilih menjadi kapten bagi pasukan sekolah untuk Kejohanan Bola Tampar MSSD Tangkak 2022. Harish Hakimi Bin Noreza merupakan seorang pelajar yang berhemah tinggi, berdedikasi, berpotensi cemerlang, cekap dan komited melaksanakan tugas serta cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Harish bercita-cita menjadi seorang Ahli Farmasi suatu hari nanti. Sekarang beliau mendapat tawaran belajar Diploma In Pharmacy di UniKL Royal College of Medicine Perak. Semasa peperiksaan percubaan SPM saudara Harish memperoleh 3 A-, 1 C+, 1 D , 3 E , dan 1 subjek gagal namun beliau tidak patah semangat dan terus berusaha untuk memperoleh kejayaan. Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibu bapa beliau, berjaya memperoleh 6A, 2B, dan 1C dalam keputusan SPM 2022 yang lepas. Dengan ini majlis menganugerahi saudara Harish Hakimi dengan Anugerah Pengetua SPM 2022, tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau.
JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2022 PENGERUSI : Tn Hj. Mohd Fared bin Samin TIMBALAN PENGERUSI 1 : Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Othman TIMBALAN PENGERUSI 2 : En. Azimi bin Md Zin NAIB PENGERUSI: Tn. Haji Ramli bin Hamid SETIAUSAHA : Pn. Nor Azlinawati binti Mansor PENOLONG SETIAUSAHA : Pn. Noor Hatini binti Zolkipli BENDAHARI : Pn. Rohaini binti Haris JAWATANKUASA PELAKSANA PENYAMBUT TETAMU Pn. Hjh Umie Kalsom binti Kassim (K) Tn. Hj. Mujibuddin bin Hj. Arsyad Pn. Suzana binti Abdul Kadir Pn. Nor Asiah binti Mohamed ISTIADAT DAN PROTOKOL Pn. Hjh Noorazianah binti Mohamed (K) Pn. Suliza binti Subani En. Zainol Hasnizul Hapiz bin Mahfodz JEMPUTAN Pn. Hamidah binti Paimin (K) Pn. Nur Izzati binti Buang Pn. Talha binti Azman En. Amrizan bin Daud PENGURUSAN PENTAS FLOORSTAGE MANAGER En. Mohd Fazdli bin Mohd Nor PERSEMBAHAN PELAJAR En. Izzat bin Zainal (K) Pn. Massuliana binti Masenin ANUGERAH DAN SIJIL Cik Rosminah binti Yos (K) Pn. Siti Norhida binti Othman Pn. Awanis binti Hassan Pn. Hjh Umi Hani binti A Rahman Pn. Siti Nurul Huda binti A. Wahid Pn. Fatin ‘Izzati binti Ab. Jalal HADIAH DAN CENDERAMATA Pn. Noor Suhanawati binti Said (K) Pn. Norhasimah binti Jusoh Nurzuriati binti Sidek Ainur Syahira binti M Abd Razak Pn. Anita binti Md Nor Pn. A’ayah binti Alias Pn. Normahfuzah binti Daud Pn. Saminah binti Abdullah
PERSIAPAN DAN PERHIASAN PENTAS Cik Nur Aida binti Salim (K) Cik Wan Munirah binti Wan Rosli En. Mohd Fauzi bin Othman Pn. Wan Nor Hafizah binti Wan Razak BANNER (BACKDROP) Pn. Aszurah binti Abdullah (K) En. Mohd Fadlyshah bin Amir BUKU PROGRAM En. Amir Khairuddin bin Mohd Zin (K) Cik Nurin Nazirah binti Mohd Shukor JAMUAN Pn. Siti Nor binti Mohd Tahir (K) Pn. Hasimah binti Hassan Pn. Sufiah binti Mohd Sahar Cik Roslina binti Joffri Pn. Zainab binti Ahmad Pn. Norhayati binti Basri TEKS UCAPAN,KATA ALU-ALUAN DAN PROFIL PELAJAR Pn. Nik Zawani binti Nik Abdullah (K) Pn. Fatin Nadirah binti Muhet BACAAN DOA En. Ishak bin Suboh PENGACARA MAJLIS Pn. Shahriza binti Ishak (K) Pn. Siti Shuhada binti Omar TEKNIKAL,RAKAMAN DAN ICT En. Muhammad Syamil Al-Asyraf bin Baharudin (K) En. Jamil bin Paimun En.Yuzri Hairul bin Md Yusos SIARAYA Muhammad Yusuf bin Mahmood Dean (K) PERSIAPAN TEMPAT,KECERIAAN DAN KEBERSIHAN En. Mohd Rizal bin Jelani (K) En. Mohd Izzuddin bin Romli En. Mohamed Tarmizi bin Abdul Kadir En. Mohd Taufik bin Abd Jabar En. Nasir bin Biamin En. Raub bin Mohamad LALU LINTAS,KESELAMATAN DAN KAWALAN PELAJAR Tn. Hj. Rohanizam bin Rospiluji (K) En. Muhammad Fais bin Yahya Kadet polis PENDAFTARAN Pn. Norhayati binti Zainal Abidin (K) Cik Fateh Farhani binti Mohd Radzi PENGURUSAN JUBAH PELAJAR Cik Mimi Asmieda binti Mazlan (K) MULTIMEDIA DAN ICT Pn. Nurfarihatul Jannah binti Abu Cik Lim Bi Shan Bakar (K)
AUTOGRAF