The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Raihana Izzati, 2024-06-14 11:29:58

E-MAGAZINE

E-MAGAZINE

Warisan m Raihana Izzati Binti Roslan Hadirah Binti Hamzah Nur Anis Afifah binti Iswadi Nur Alin Arifah Binti Mohd Zikiri Suzieziana Buring Awing DIKARYA DAN DITULIS OLEH “ Konsep Rawatan & Jenis Bekam ” “ Prosedur Rawatan Bekam ” “ Kriteria Rawatan Bekam ” “ SEJARAH RAWATAN BEKAM ” JUN 2024 Bekam Perubatan Tradisional Sebagai BUDAYA BERTERUSAN


Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Jazliza Binti Jamaluddin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayah kerana secara langsung telah membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala ilmu yang berkait dan sudi meluangkan masa bagi sesi wawancara bersama kami sehingga kami berjaya menyelesaikan tugasan ini. Bersarang lebah dipohon palas, Burung kelicap di pohon selasih, Pengetahuan bertambah penerangan jelas, Tugasan selesai terima kasih. Terima kasih kami ucapkan, Kerana kalian selalu membantu; Jasa dan bakti jadi taruhan, Akan dikenang setiap waktu. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus E-Majalah ini. Terima kasih. K A T A - K A T A PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… PENASIHAT: DR. JAZLIZA BINTI JAMALUDDIN PENULIS: Raihana Izzati BintiRoslan Hadirah Binti Hamzah Nur Anis Afifah Binti Iswadi Nur Alin Arifah Binti Mohd Zikiri Suzieziana Buring Awing


AHLI R A I H A N A I Z Z A T I B I N T I R O S L A N ( 2 9 7 8 4 8 ) H A D I R A H B I N T I H A M Z A H ( 3 0 0 2 4 6 ) N U R A N I S A F I F A H B I N T I I S W A D I ( 2 9 8 5 4 9 ) N U R A L I N A R I F A H B I N T I M O H D Z I K I R I ( 3 0 2 7 7 6 ) S U Z I E Z I A N A B U R I N G A W I N G ( 3 0 2 7 8 4 ) Kumpulan


1.SEJARAH WARISAN PERUBATAN TRADISIONAL : BEKAM DEFINISI LATAR BELAKANG OBJEKTIF 2. KONSEP RAWATAN DAN JENIS BEKAM BEKAM ANGIN BEKAM DARAH BEKAM API 3. KRITERIA RAWATAN PERINGKAT UMUR & MASA RAWATAN LANGKAH BERJAGA-JAGA INDIKASI / MANFAAT 4. PROSEDUR RAWATAN PERALATAN BERBEKAM TEMPAT APLIKASI (APPLICATION POINTS) PEMANTAUAN RAWATAN SLOT WAWANCARA PUSAT RAWATAN BEKAM AL-HIDAYAH RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN ISI KANDUNGAN


Bekam yang dikenali sebagai Hijamah, adalah kaedah perubatan tradisional yang telah digunakan selama berabadabad di seluruh dunia. Ia melibatkan penggunaan cawan khas untuk mencipta vakum pada permukaan kulit, yang dipercayai dapat mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan. SSEEJJAARRAAHHPPEERRUUBBAATTAANN TTRRAADDIISSIIOONNAALL Page 1 BEKAM Bekam telah wujud sejak zaman purba Greece dan Sumeria. Ia kemudian muncul di kerajaankerajaan seperti Babel, Mesir kuno, Saba dan Parsi. Selain itu, rawatan bekam ini juga telah digunakan pada zaman Nabi Muhammad dengan menggunakan tulang unta, gading gajah, kerbau atau tanduk lembu. Selain itu, terapi lintah ialah teknik berbekam yang menggunakan haiwan sebenar iaitu lintah, digunakan oleh orang di Eropah pada abad ke-18 iaitu abad ke-13 Hijrah. Amalan ini sebenarnya masih lagi dilakukan oleh masyarakat hingga ke hari ini. Negara Perancis sendiri pernah mengimport empat puluh juta lintah untuk tujuan berbekam. Rawatan bekam ini telah pun disesuaikan sepenuhnya pada zaman moden sekarang, dan ia kini mudah digunakan mengikut prinsip saintifik dengan menggunakan alat yang lebih praktikal dan berkesan. Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan bahawa bekam ialah proses mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan membedah atau menoreh bahagian kecil pada badan mereka dengan menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada kawasan yang telah dibedah atau ditoreh. Bekam juga boleh digunakan sebagai amalan tambahan atau pelengkap kepada rawatan lain seperti mengurut, dan pelanggan biasanya akan diberikan ramuan herba seperti minyak bekam atau herba daun dan sebaginya untuk diambil selepas rawatan bekam bagi tujuan mendapatkan kesan yang lebih cepat dan efektif. Bekam antara rawatan terbaik, seperti yang diberitakan oleh Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun, ia perlu dilihat pada jenis penyakit yang sesuai untuk mengaplikasikan rawatan bekam ini.


Bekam umumnya membawa maksud mengeluarkan sesuatu dari badan menggunakan peralatan sedutan tertentu, seperti tanduk (amalan kuno) dan cawan bekam. Ia adalah cara untuk menghilangkan toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya suatu ketika dahulu. Rawatan bekam ini diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menerangkan tentangnya dan dianggap sebagai salah satu kaedah merawat penyakit yang paling berkesan. Secara umumnya, rawatan bekam berupaya merawat berbagai jenis penyakit tetapi tidak boleh untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit tersebut. Sebaliknya, ia hanya membantu dalam mengurangkan simptom-simptom atau punca penyakit dan mengawalnya sebagai rawatan alternatif atau komplementari kepada rawatan biasa yang didapatkan di hospital dan sebagainya. Page 2 RRAAWWAATTAANN ““BBEEKKAAMM””


Untuk menjalankanpenyelidikan dalam bidangperubatan tradisional dankomplementariyang memberi manfaat dan kualitikepada sistem penjagaankesihatan. Page 3 OOBBJJEEKKTTIIFF Untuk mengetahui denganlebih mendalam berkaitan jenis dan manfaat rawatan bekam terhadapindividu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Untuk mengenalpastikeberkesananrawatan bekam ini sebagai salahsaturawatanalternatif kepada masyarakat. Untuk mengkaji sama ada berbekam ituadalah sunnahatauia sekadar rawatan biasayang berkaitan denganhalkeduniaan.


Bekam angin dilakukan dengan meletakkkan cawan khas pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan. Seterusnya, pengamal akan membakar bahan tertentu seperti herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif antara cawan dan kulit. Ini akan mengakibatkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal juga akan menggunakan mesin bagi menyedut angin keluar dari cawan khas bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten. Page 4 JJEENNIISS--JJEENNIISS Prosedur bekam darah ini pula tidak banyak bezanya dengan bekam angin. Cuma, ia boleh dikenalpasti apabila pengamal perubatan menggunakan pisau skalpel atau pen bekam untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang telah dikenalpasti. BEKAM ANGIN BEKAM DARAH BEKAM API BEKAM API Bekam api juga dikenali sebagai Fire Cupping iaitu menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan pada alat penyedut. Bekam api juga dikategorikan sebagai bekam angin. Bekam jenis ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khas yang diperbuat daripada kaca untuk membuat ruang penyedut pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas, kemudiannya gelas diletakkan atas permukaan kulit. Selain daripada gelas kaca, gelas yang diperbuat daripada buluh juga sering diguna pakai dalam rawatan ini. Penggunaan dua alatan ini memberi perbezaan dari segi kekuatan sedutannya. Jika menggunakan gelas kaca sedutannya adalah kurang berbanding dengan cawan buluh. KKOONNSSEEPP RRAAWWAATTAANN & BEKAM


Page 5 KKRRIITTEERRIIAA RRAAWWAATTAANN :: BEKAM emua jenis peringkat umur boleh melakukan bekam. Tetapi, bagi kanak-kanak yang berusia 9 tahun dan kebawah, hanya boleh melakukan bekam angin sahaja dan tidak sesuai melakukan bekam darah atau bekam api. Bagi yang berumur 9 tahun ke atas boleh melakukan semua jenis rawatan bekam. Namun begitu, bekam boleh dilakukan jika seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berumur melebihi 25 tahun. Mereka yang lebih tua, bayi, dan pesakit kronik perlu lebih berhati-hati kerana sistem imun mereka lebih lemah. Keadaan kesihatan mereka boleh menyebabkan simptom tambahan seperti jangkitan dan pendarahan. Semua waktu adalah sesuai tetapi lebih elok jika membuat bekam pada waktu pagi. Mengikut agama Islam adalah lebih afdhal jika bekam dilakukan pada tarikh sunnah iaitu pada setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 (Bulan Hijrah) sepertimana hadis : Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani). Bulan Putih 13, 14 dan 15 haribulan Masihi tidak digalakkan berbekam. Masa yang diperlukan untuk berbekam adalah tidak lebih daripada 5 minit. Masa yang minimum hanyalah 2 atau 3 minit sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan kulit melepuh atau lebih dikenali sebagai blister. Pengamal perlulah berhati-hati serta memastikan langkah berjaga-jaga diaplikasikan semasa menjalankan rawatan bekam kepada pelanggan. Pengamal mesti menggunakan peralatan pakai buang dan mempunyai kaedah untuk mengendalikan sisa klinikal, seperti bebola kapas, linen dan cecair badan yang tercemar. Mereka juga perlu mengendalikan bahan dan peralatan yang tercemar. Memupuk dan melaksanakan tindakan pencegahan bagi mengurangkan risiko pendedahan dan jangkitan. Menggunakan dan menyimpan peralatan perlindungan diri bagi mengurangkan risiko jangkitan seperti sarung tangan, goggles, apron dan sebagainya.


MMeellaannccaarrkkaann aalliirraannddaarraahh MMeenngguurraannggkkaann TTeekkaannaannOOttoott&&BBaaddaann Atlet profesional sering menggunakan bekam sebagai cara alternatif untuk pemulihan yang lebih semulajadi. Pada Sukan Olimpik Rio 2016, atlet renang Michael Phelps juga didapati menggunakan rawatan ini. Ia dikatakan boleh meningkatkan aliran darah dan membantu otot membuang sisa toksik selepas bersukan. Pada asasnya, rawatan alternatif ini meningkatkan kejelasan saluran darah yang terdapat pada permukaan kulit. Selain itu, kerana tekanan udara di luar badan berubah, ia menjadikannya lebih besar. Oleh itu, aliran darah dalam saluran badan individu akan menjadi lebih lancar, yang memberi manfaat kepada pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol yang tinggi dan kencing manis. MMAANNFFAAAATTBBEEKKAAMM&& PPOOTTEENNSSIINNYYAAUUNNTTUUKK KKEESSIIHHAATTAANNTTUUBBUUHH Page 6 RRaawwaattaannssaammppiinnggaann tteekkaannaannddaarraahhttiinnggggii Penawar bagi pesakit darah tinggi masih belum ada lagi yang nyatanya berkesan menyembuhkan individu. Walau bagaimanapun, mengambil ubat, melakukan senaman, mengikuti diet yang sihat, dan menggunakan rawatan bekam ini berpotensi membantu dalam mengendalikan tekanan darah tinggi dengan lebih berkesan. Hal ini memberi impak positif kepada individu selepas rawatan bekam darah selesai dilaksanakan dengan mengeluarkan kolesterol, garam dan lemak dalam darah yang membawa kepada tekanan darah tinggi.


KKeebbaaiikkaannbbeekkaamm muka MMeelleeggaakkaannppeennyyaakkiitt--ppeennyyaakkiitt rreeuummaattiikk//sseennddiikkrroonniikk Persatuan Bekam British menyatakan bahawa bekam darah boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti gout dan artritis reumatik. Ini mungkin disebabkan bahawa penyakit ini berterusan kerana mengandungi penanda keradangan atau toksik yang sukar untuk dibuang melalui air kencing kerana asid urik yang berlebihan. Dengan mengawal pengeluaran darah dan menggunakan bekam darah secara beransur-ansur, jumlah toksik dan penanda keradangan yang berlebihan juga boleh dibuang. Apabila rawatan bekam ini diaplikasikan pada bahagian sendi-sendi yang sakit, ia dianggap lebih berkesan dan efektif kepada individu. Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Walau bagaimanapun, kaedah yang disebutkan di atas boleh digunakan untuk merawat jerawat, dan kelumpuhan muka yang disebabkan oleh strok, juga dikenali sebagai angin ahmar, atau "Bell's Palsy". Majoriti pengamal perubatan sebenarnya masih belum menemukan cara yang berkesan untuk merawat muka seseorang sedangkan dengan menggunakan kelebihan bekam pada muka, perubahan tekanan pada titik bekam dan sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah sampai ke sana sekaligus memulakan pemulihan sel dan pembuangan sisa toksik atau kuman yang terdapat pada wajah individu menyebabkan aliran darah menjadi lebih lancar Page 7 MMeerraawwaattkkoonnddiissii kkuulliittkkrroonniikk Selain itu, kaedah berbekam dipercayai boleh merawat penyakit kulit yang berterusan seperti psoriasis dan ekzema. Tiada bukti kukuh untuk menyokong kepercayaan bahawa penyakit tertentu boleh disembuhkan. Penyakit kulit ini berterusan kerana serangan sistem imun yang terdapat pada kulit pesakit. Akibatnya, tahap simptom dan gejala mungkin berkurangan dengan membuang darah yang terkawal dan mengubah tekanan pada masa tertentu. Jadi, dengan mengaplikasikan kaedah alternatif ini, beberapa sel darah putih dan penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit mungkin dibuang melalui rawatan bekam ini, yang dijangka memberi kesan positif kepada pesakit.


Peralatan bekam boleh diperbuat daripada pelbagai bahan. Peralatan bekam yang digunakan pada zaman dahulu diperbuat daripada tanduk kerbau, buluh, tembaga atau tembikar. Walau bagaimanapun, peralatan bekam moden kebanyakannya diperbuat daripada kaca dan mempunyai injap pada bahagian atas cawan yang bertujuan untuk mengeluarkan udara menggunakan pam. Teknologi ini membolehkan penghasilan tekanan rendah atau ruang separa vakum di dalam cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan. Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain. Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan. ““PPEERRAALLAATTAANN BBEERRBBEEKKAAMM”” MINYAK ZAITUN Page 8 PEN BEKAM SET BEKAM (SEMUA SAIZ ADA BERSERTA PAM BEKAM) / CUP PAKAI BUANG (PAM BEKAM PERLU DIBELI BERASINGAN) PPRROOSSEEDDUURRRRAAWWAATTAANN:: BEKAM ‘ALCOHOL SWAB’ TISU BASAH, TISU KERING, SARUNG TANGAN & TONG SAMPAH ‘HAZARD’


BEKAM TTeemmppaattAApplliikkaassii Page 9 “ APPLICATION POINTS ” Rawatan urat tengkuk pada titik Al Akhdain ini terdapat di dua urat di kiri dan kanan leher di bawah tengkorak kepala. Berfungsi untuk mencegah sakit kepala, wajah, gigi,telinga, hidung, kerongkong dan di pelbagai penyakit di sekitar kepala. URAT LEHER (TITIK AL-AKHDAIN) Rawatan bekam pada titik AlWarak berfungsi untuk mengatasi gangguan sakit buah pinggang, sakit tulang belakang, kitaran haid tidak lancar dan sebagainya. PINGGANG (ALA-WARAK) Rawatan bekam pada titik Al-Kahil ini berada diatas kedua-dua belah bahu. Berfungsi dalam merawat masalah sakit kepala, tekanan, dan masalah saraf pada tangan. TENGKUK (TITIK AL-KAHIL) Rawatan Ala Dzhoril Qodami berupaya melancarkan peredaran darah di kaki dan dilakukan secara berkala bagi merawat kesan sampingan untuk pesakit yang mempunyai sakit strok yang teruk. KAKI (ALA DZOHRIL QODAMI) Berfungsi untuk merawat strok, darah tinggi dan sakit kepala. Sebelum melakukan rawatan, kepala perlu dicukur terlebih dahulu supaya bekas bekam boleh melekat dengan baik berbanding kepala yang belum dicukur Kita boleh memilih untuk bercukur ataupun tidak. ATAS KEPALA (TITIK UMMU MUGHITS)


““PPEEMMAANNTTAAUUAANN RRAAWWAATTAANN 11 22 33 55 44 Pengamal bekam atau professional, penjagaan kesihatan akan memantau bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap sesi bekam. Ini termasuk memberi perhatian sama ada terdapat perubahan dalam aliran darah, perubahan pada tisu kulit, atau tindak balas badan seperti kemerahan atau bengkak di kawasan yang dikenakan bekam. Jika anda melakukan bekam untuk merawat gejala tertentu, seperti sakit otot atau sakit belakang, pemantauan akan melibatkan penilaian sama ada terdapat perubahan atau kekerapan simptom tersebut selepas sesi bekam. Page 10 BBEEKKAAMM”” Tindak Balas Badan Perubahan Gejala Kesan Sampingan Pemantauan juga melibatkan pemantauan kemungkinan kesan sampingan atau tindak balas negatif selepas sesi bekam. Ini boleh termasuk tindak balas kulit, keletihan, atau tindak balas alahan terhadap teknik atau bahan bekam. Selain memantau tindak balas segera terhadap bekam, pemantauan juga termasuk menilai keadaan kesihatan keseluruhan. Ini mungkin termasuk menilai sama ada terdapat peningkatan dalam keadaan yang dirawat, sama ada terdapat perubahan dalam tahap tenaga atau kesejahteraan umum. Kesihatan Keseluruhan Konsultasi Susulan Berdasarkan hasil pemantauan, pengamal bekam atau profesional penjagaan kesihatan boleh memberikan nasihat tentang langkah rawatan seterusnya, termasuk sama ada sesi bekam tambahan, perubahan dalam teknik bekam, atau cadangan untuk rawatan tambahan diperlukan. Pemantauan rawatan bekam ialah proses memantau dan menilai tindak balas badan terhadap sesi rawatan bekam dan perkembangan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Adalah penting untuk berkomunikasi secara terbuka dengan pengamal perubatan bekam anda dan memberi maklum balas tentang pengalaman anda semasa sesi rawatan bekam jika ada sebarang perubahan yang anda perhatikan pada kesihatan anda. Ini akan membantu dalam menyesuaikan rawatan bekam ini mengikut keperluan individu.


BEKAM? Bolehkah Puan menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan latar belakang diri Puan sendiri? SLOT WAWANCARA Nama diberi Fauziah Binti Hamid. Memulakan perniagaan rawatan bekam ini kerana minat dan pengalaman sakit yang dialami sendiri. Menjadi pengasas sekaligus pengamal perubatan bekam kepada Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayah sampai sekarang. Masih bergiat aktif dalam perubatan tradisional. Pada pemerhatian Puan, sebanyak manakah tahap kesedaran masyarakat terhadap perubatan bekam ini tambah-tambah lagi kepada mahasiswi dan mahasiswa seperti kami? Pada pemerhatian beliau, tahap kesedaran masyarakat terhadap perubatan bekam ini adalah sederhana terutama di sebelah Utara. Walaupun penglibatan kaum Melayu dalam perubatan tradisional bekam agak tinggi daripada kaum lain, tetapi, tahap kesedaran terhadap rawatan bekam ini tetap rendah kerana tidak dititikberatkan dari awal usia kepada orang ramai. Beliau juga menyatakan bahawa rawatan bekam ini juga agak terkenal di sebelah Selatan cumanya perlu disebarkan tentang ilmu bekam dan manfaatnya kepada individu dengan lebih mendalam. Bagaimanakah perubatan tradisional bekam ini dapat menjadi salah satu warisan yang wujud dan masih ada di negara kita sampai ke hari ini? Apa pendapat Puan terhadap soalan tersebut? Katanya, bekam ini sebenarnya adalah satu sunnah yang telah diamalkan selama berabad-abad lagi bahkan pada zaman Nabi sendiri, bekam ini telah pun diaplikasikan dari hanya menggunakan tanduk, lintah dan sebagainya sehinggalah ke hari ini, rawatan bekam itu sendiri telah pun disesuaikan berdasarkan peredaran zaman. Usaha dan penglibatan itu wajib ada untuk mengekalkan dan mengembangkan lagi identiti warisan budaya perubatan tradisional bekam ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Page 11 AREA KAJIAN : No. 10 Rumah Kedai Taman Jelutong, Jalan 1/1 Taman Jelutong, 06010 Changlun, Kedah Darul Aman PEGAWAI BERAUTORITI : Puan Fauziah (Pengasas dan pengamal perubatan bekam di Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayah) NOMBOR TELEFON : 012-4697878


BEKAM? Adakah tahap keberkesanan rawatan bekam ini sebagai rawatan alternatif adalah tinggi? Ya, rawatan bekam ini sangat memberi kesan yang tinggi kepada individu. Setiap pelanggan yang datang ke kedai beliau sentiasa memberikan maklum balas yang positif selepas menerima rawatan bekan daripada beliau. Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum, berapa kali bekam boleh dilakukan dan berapa banyak ‘application point’ yang khusus atau khas untuk rawatan bekam ini? Katanya, bekam api yang memberi kesembuhan maksimum oleh kerana tarikan dan rangsangannya kepada individu adalah lebih kuat berbanding bekam angin dan darah. Kemudian, beliau menyatakan bahawa kekerapan untuk mendapatkan rawatan bekam ini adalah dalam 90 hari ke 120 hari bersamaan selang 3 atau 4 bulan dalam setahun. Seterusnya, beliau menegaskan kepada kami bahawa terdapat 10 titik aplikasi bekam yang utama iaitu puncak kepala, urat tengkuk, di antara 2 bahu, kedua-dua bahu, pinggang dan di belakang kaki. Titiktitik aplikasi ini berpotensi untuk memberikan kesembuhan yang pantas dan lebih berkesan kepada individu. Adakah rawatan bekam ini sama seperti urut tradisional? Page 12 Berapa banyak jenis bekam yang ada dan Puan selalu melakukan rawatan bekam yang mana? adakah kesemuanya? Beliau menyerahkan soalan ini kepada salah seorang pekerjanya yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tentang perubatan tradisional, Encik Syafie’. Beliau berkongsi kepada kami tentang 3 jenis bekam iaitu bekam angin, bekam darah dan bekam api secara praktikal. Beliau menggunakan tangan beliau sendiri untuk mendemonstrasikan rawatan bekam tersebut. Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayah mengaplikasikan ketiga-tiga jenis bekam mengikut kesesuaian individu. SLOT WAWANCARA Beliau menegaskan bahawa rawatan bekam ini adalah tidak sama sekali dengan urut tradisional. Kata beliau,, urut tradisional hanya dengan menggunakan tangan dan jari semata tetapi rawatan bekam mempunyai peralatannya sendiri dan lebih pelbagai dan kompleks sekaligus rawatan bekam ini lebih berpotensi mengurangkan sakit.


RUMUSAN Kesimpulannya, aspek perubatan tradisional ini sebenarnya amat penting dan signifikan kepada masyarakat di Malaysia. Entiti ini sememangnya dapat memberi impak positif kerana keberkesanannya yang maksimum kepada individu-individu untuk kekal sihat adalah sangat optimum dalam kalangan masyarakat kini. Bekam merupakan amalan perubatan tradisional yang telah diamalkan selama beribu-ribu tahun dahulu dan merupakan sebahagian daripada warisan budaya yang penting di Malaysia. Pemeliharaan warisan bekam memerlukan usaha berterusan dengan melakukan kajian, mendokumentasikan pengetahuan, mendidik masyarakat dan menyediakan latihan yang berkualiti berdasarkan konsep perubatan tradisional rawatan bekam ini. Pada tahun 2012, Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan bekam sebagai Warisan Kebangsaan Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan langkah penting untuk memelihara dan melindungi warisan budaya ini untuk generasi akan datang. Bekam adalah warisan budaya yang kaya dengan sejarah panjang dan manfaat kepada orang ramai. Walaupun masih memerlukan kajian saintifik yang lebih lanjut, bekam kekal sebagai amalan yang dihargai oleh ramai orang di Malaysia. Pelestarian warisan bekam memerlukan usaha berterusan dari semua pihak untuk memastikan ia kekal sebagai khazanah budaya yang berharga untuk generasi akan datang. Di sebalik kekurangan bukti saintifik yang kukuh, bekam kekal sebagai warisan budaya yang penting di Malaysia. Amalan ini juga diwariskan dari generasi ke generasi dan menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Melayu, Cina, dan India di negara ini. Bekam bukan sahaja dilihat sebagai kaedah perubatan, tetapi juga sebagai ritual spiritual yang dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan rohani individu. Page 13


‘‘Selfie’’ berkumpulan di hadapanPusat Rawatan Bekam AlHidayah Page 14 Sesi ‘‘setup’’tempat dan wawancara bersama Puan Fauziah & Encik Syafie’’


Sesi wawancara tentangilmu rawatan bekam secara teori & berdasarkan pengalaman Page 15 Sesi wawancara berkaitan jenis-jenis rawatan bekam secarapraktikal olehEncik Syafie’’


Page 16 Penerangan olehEncik Syafie’’ tentangcara & demo melakukan rawatan bekam iaitu bekam angin, darah danapi.


Contohperalatanperalatanyang diperlukanuntuk melakukanrawatan bekam Page 17 Penerangan tentanglangkah berjaga-jaga kepadapengamal perubatan Penerangantentang titikaplikasiyang memberikesembuhan pantaskepadapesakit


Bilikrawatan bekam di Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayah Page 18 Bilik mengurut pelanggan Bilik‘‘Mandi Bunga’’


Page 19 Maklumatmaklumat tentang rawatan bekam


Pakej rawatan bekam di PusatRawatan Bekam Al-Hidayah besertakad syarikat Page 20


Sesi sembangsantai bersama PuanFauziah & suaminya Page 21 Sesi sembangsantai bersama PuanFauziah & pelanggan setianya merangkap‘‘business partner’’Puan Zahani


Sesi bergambarkenang-kenangan,pemberiancenderahatikepada PuanFauziahselakupengasas danpengamal rawatan bekam di Pusat Rawatan Bekam Al-Hidayahsekaligus merangkappenemudugakami yangterlibat secara langsungpada 29 Mei 2024 Page 22


Page 23 rujukan BUKU LAMANWEB Syihâb Al - Badri Yâsînî . (2008). Bekam Sunnah Nabi & Mukjizat Medis. Maktabah Aulâdi ’ sy- Syaikh li ‘ t-Turôts. Asar Abdul Karim. (2015) Metode Pengobatan Nabi. Universiti Malaysia Pahang Al – Sultan Abdullah. Asar Abdul Karim, Saifullah Yusoff, Farawahida Othman. (2023). Panduan Pengubatan Bekam Hijamah. Universiti Malaysia Pahang Al - Sultan Abdullah. Ahmad Farid. (2021, September 1). Rawatan Jarum Kering Vs Akupuntur, Mana Satu Pilihan terbaik Buat Anda?. hello doktor. https://hellodoktor.com/herba/rawatan-alternatif/akupuntur-adalah-rawatan-terbaik/ Homeopathy Akupuntur Shazi. (2017, Disember 7). Nur House Of Wellness Homeopati, Bekam dan Akupuntur. Pusat Perubatan Tradisional & Komplementari (Pt&k) Homeopati, Akupuntur Dan Bekam. https://nurhouseofwellness.blogspot.com/ Mel. (2024, Januari 24). Bekam : Khasiat dan Kesan Sampingannya Yang Anda Perlu Tahu. eCentral. https://ecentral.my/bekam/#:~:text=Bekam%20angin%20dilakukan%20dengan%20meletakkkan,negatif%20an tara%20cawan%20dan%20kulit. Muslimah Beauty Care [ @mbcpadang ]. (2023, September 15). Terapi Bekam Sunnah : Menjaga Kesehatan dengan Cara Tradisional [Gambar]. Instagram. https://www.instagram.com/mbcpadang/p/CxNZeX8pQzN/?img_index=1 My Rehab Spa. (2020, Julai 15). 8 Titik Sunnah Bekam Dan Relevannya. https://myrehabspa.com/11-titik-bekamdan-relevannya/ Muhammadhaziq9308. (2015, Mei 6). Pemuda Hijamah, Misi Menyebarkan Rawatan Sunnah Kepada Ummah. https://pemudahijamah.wordpress.com/ Spa Urut Safwa Bangi (Spa Wanita). (n.d.). Bekam Angin. https://spaurutsafwa.com/bekam-wanita-bekam-angin/ TEMPAT PUSAT RAWATAN BEKAM AL-HIDAYAH


SEKIAN, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version