The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afzal.sadat99, 2022-12-24 05:25:16

KERJA LAPANGAN GEO AFZAL 2D

KERJA LAPANGAN AFZAL 2D

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(SETIA TROPIKA, JOHOR BAHRU)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMED AFZAL SADAT BIN ANWAR
SADAT

TINGKATAN:

2 DIAMOND

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022

1


BIL ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGHARGAAN 3
2. PENDAHULUAN 4-5
3. OBJEKTIF KAJIAN 6

KAJIAN KES

4. KAWASAN KAJIAN 8
5. KAEDAH KAJIAN 9

6. HASIL KAJIAN 10 - 14

i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.

ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di Setia Tropika, Johor
Bahru.

iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknoloi Hijau.

iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian.

v. Mencadangkan 4 langkah – langkah atau strategi
yang boleh dilakukanbagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai

7. RUMUSAN 15
8. RUJUKAN 16
9. LAMPIRAN 17

Lampiran A - Foto

2


1.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2 yang bertajuk AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI
KAWASAN TEMPAT TINGGAL MASING-MASING.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Sultan Ismail Johor
Bahru, Encik Razali bin Tamadi kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya, iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana
telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang dihargai kerana
sering membantu bersama dalam mencari maklumat. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi
sokongan dan semangat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima
kasih kepada responden dan orang sumber dalam membantu proses
menyiapkan kerja lapangan.
SEKIAN, Terima Kasih

3


2.0 PENDAHULUAN

Saya, Mohamed Afzal Sadat bin Anwar Sadat merupakan pelajar
Tingkatan 2 Diamond di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail.
Saya telah membuat kajian kepentingan amalan teknologi hijau di
kawasan kajian dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
meningkatkan penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat
tinggal mereka.

Kawasan kajian saya ialah di Setia Tropika, Johor Bahru kerana ianya
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya telah menetapkan lima
objektif kajian yang perlu saya capai untuk melengkapkan kerja lapangan
saya iaitu :-

i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.

ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di Setia Tropika, Johor Bahru.

iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian.
v. Mencadangkan 4 langkah – langkah atau strategi yang boleh

dilakukanbagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai

4


Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan
ini :

Bil. Tarikh Perkara

1. 4 Disember 2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh guru
mata pelajaran Geografi berkaitan dengan
peulisan tugasan Kerja Lapangan ini menerusi
Pdpr.

2. 5 Disember 2022 Membuat persediaan awal dan merancang
jadual kerja dengan teratur.

3. 5 Disember 2022 Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan
kaedah kajian yang sesuai.

4. 6 Disember 2022 Menyediakan boring soal selidik.

5. 6 Disember 2022 Mula mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber seperti internet, buku teks, buku
rujukan, majalah dan akhbar

6. 7 Disember 2022 Mendapat respoden di kawasan kajian berkaitan
TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan

7. 8 Disember 2022 Menganalisis maklumat yang telah diperolehi ke
dalam bentuk peta dan tafsiran

8. 9 Disember 2022 Mengenal pasti takrif dan konsep TEKNOLOGI
HIJAU yang dilakukan di kawasan kajian

9. 10 Disember 2022 Menjelaskan tiga kepentingan TEKNOLOGI
HIJAU di kalangan penduduk di kawasan kajian

10. 11 Disember 2022 Menghuraikan halangan pelaksanaan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan penduduk di
kawasan kajian

11. 12 Disember 2022 Mencadangkan strategi dan langkah-langkah
bagi menjayakan TEKNOLOGI HiJAU di
kalangan penduduk di kawasan kajian

12. 14 Disember 2022 Menyediakan peta I-Think yang sesuai dan
gambar yang berkaitan

13. 25 Disember 2022 Menyemak dan menghantar tugasan

5


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat di sekitar kawasan kajian saya iaitu Setia Tropika ,
Johor Bahru bertujuan untuk :-
3.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.
3.2 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang

terdapat di Setia Tropika, Johor Bahru.
3.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
3.4 Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan

dalam kehidupan seharian.
3.5 Mencadangkan 4 langkah – langkah atau strategi yang boleh

dilakukan bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai.

6


KAJIAN KES:
TAMAN SETIA TROPIKA,
JOHOR BAHRU, JOHOR

7


4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan yang telah saya kaji ialah Setia Tropika, Johor. Setia
Tropika merupakan sebuah perbandaran di dalam Johor
Bahru, Johor, Malaysia. Ia dimiliki oleh Setia Homes, salah satu ahli SP
Setia Berhad.
Pada mulanya,di sekitar tahun 2004 Dan 2005 kawasan ini telah mula
dibangunkan. Sebelumnya kawasan ini hanyalah sebahagian daripada
kawasan petempatan Kempas dan merupakan kawasan lapangan yang
penuh dengan kelapa sawit. Kini,dengan mengikuti arus pemodenan
kawasan ini telah dimajukan dalam projek perumahan dan perindustrian
di bawah Setia Homes.
Tempat ini telah menjalani satu revolusi pemodenan yang telah
menjadikan kawasan ini maju dengan pelbagai kegiatan ekonomi.
Kawasan ini kini dianggap sebagai salah satu kawasan yang berpotensi
tinggi bagi menjadi bandar yang paling maju di Johor Bahru dalam lima
tahun depan yang akan datang.

8


5.0 KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam
menghasilkan kajian yang lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian,
sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah
dan lengkap. Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan
kajian ini ialah :-

5.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling
mudah dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat
pemerhatian tentang petempatan di kawasn kajian saya. Saya
telah melawat kawasan kajian saya untuk mengenalpasti
amalan Teknologi Hijau yang terdapat di kawasan kajian saya.

5.2 Rujukan

Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya
membuat rujukan daripada laman web, buku teks dan lain-lain
serta kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi
orang yang baru seperti saya dalam membuat kerja lapangan ini

9


6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep dan definisi Teknologi Hijau
Buku Teks :-

Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan
dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
serta sumber semula jadi.

Wikipedia :-

Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi serta
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia.
Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam
sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Definisi :-

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau
merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi
kriteria-kriteria berikut:

10


▪ Ia meminimumkan degrasi kualiti
persekitaran; ia mempunyai
pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah atau sifar; ia
selamat untuk digunakan dan
menyediakan persekitaran sihat dan
lebih baik untuk semua hidupan;

▪ Menjimatkan tenaga dan sumber asli;

▪ Menggalakkan sumber-sumber yang
boleh diperbaharui.

6.2 Contoh Amalan Teknologi Hijau di Setia Tropika
1. Amalan 5R
Penduduk Setia Tropika mengamalkan 5R dengan
melakukan kitar semula. Mereka mengasingkan plastik,
kertas, tin dan aliminium untukdihantar ke pusat kitar
semula.
2. Galakkan Pengunaan Kereta Hibrid
Penduduk Setia Tropika menggunakkan kereta hibrid
seperti Honda Insight dan Toyota Prius. Kereta hybrid
adalah sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada
satu sumber tenaga untuk bergerak.

11


3. Zon Bebas Asap Rokok

Terdapat banyak zon bebas asap rokok di sekeliling Setia
Tropika sebagai contoh taman rekreasi, masjid dan taman
permainan.

6.3 Kepentingan Teknologi Hijau di Setia Tropika

1. Meningkatkan Keselesaan dan Kesihatan Masyarakat

Dengan mengamalkan amalan 5R, penduduk dapat hidup
dalam keadaan yang lebih selesa. Kesihatan penduduk
juga terjamin. Ini kerana, tiada sampah di Kawasan Setia
Tropika.

2. Mengurangkan Kos Operasi

Penduduk yang menggunakan kereta hybrid tidak perlu
menggunakkan banyak duit untuk membeli minyak.
Mereka boleh mengecaj kereta mereka di rumah sahaja
tanpa berbelanja.

3. Meningkatkan Kualiti Udara

Apabila tiada asap rokok dilepaskan ke udara, kualiti
udara akan lebih bagus dan bersih. Dengan ini, risiko
penyakit seperti asthma akan mengurang.

4. Meningkatkan Kualiti Hidup

Dengan melakukan semua amalan itu, hidup akan lebih
aman dan selesa. Dengan ini, masyarakat akan lebih sihat
dan kuat untuk menjalankan kehidupan

12


6.4 Kesan Tidak Menerapkan Teknologi Hijau

1. Mengotorkan alam semula jadi

Dengan adanya sampah di sekitar kita, alam semula jadi
akan menjadi kotor. Ini kerana, sampah sarap merupakan
salah satu punca yang membuat alam kita kotor.

2. Pelepasan gas karbon

Kilang yang melepaskan gas karbon ke udara tanpa
Menapis akan mencemarkan udara. Oleh itu, kilang perlu
mengambil inisiatif untuk memasang penapis di cerobong.

3. Kualiti Udara akan merosot

Ini kerana pelepasan gas monoksida daripada kereta akan
merosotkan kualiti udara. Merokok juga akan
mencemarkan udara kerana asap rokok mempunyai
bahan kimia.

4. Kehabisan Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui

Ini kerana penggunaan kenderaan yang hanya
bergantung kepada petroleum akan menghabiskan
sumber petroleum di dunia ini.

6.5 Strategi Bagi Meningkatkan Penggunaan Teknologi Hijau

1. Mengadakan Kempen

Pihak berkuasa perlu mengadakan kempen bagi
memupuk kesedaran tentang kebaikan penggunaan
Teknologi Hijau.

2. Memperuntukkan Dana

Pengerusi memastikan penggunaan dana disalurkan
dengan betul kepada pembangunan teknologi hijau.

13


3. Melaksanakan Program Latihan
Pihak pengurus perlu melaksanakan program latihan
bagi mengukuhkan kecekapan dalam melaksanakan
amalan Teknologi Hijau.

4. Kecekapan dalam Pentadbiran
Pengerusi perlu menguatkuasakan undang-undang
taman seperti mengenakan denda kepada sesiapa
yang merokok di zon bebas asap rokok.

14


7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini,
saya mendapati beberapa contoh amalan Teknologi Hijau yang
terdapat di kawasan Setia Tropika, Johor Bahru. Antaranya ialah
amalan 5R, penggunaan kereta hybrid dan pengadaan zon bebas
asap rokok. Kajian ini juga membantu saya memahami dengan lebih
mendalam tentang kepentingan teknologi hijau yang digunakan di
sekitar kawasan kajian saya. Antara kepentingan yang dapat dilihat
ialah dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penduduk,
mengurangkan kos operasi, meningkatkan kualiti udara dan hidup.
Langkah-langkah bagi meningkatkan pengunaan Teknologi Hijau
yang lebih strategik adalah mengadakan kempen, memperuntukkan
dana, melaksanakan program latihan dan kecekapan dalam
pentadbiran.

Dengan ini, saya berharap penggunaan Teknologi Hijau dapat
ditingkatkan dan Setia Tropika, Johor Bahru akan menjadi lebih
bersih dan ceria pada masa akan datang.

15


8.0 RUJUKAN
1. Internet
a) https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic
b) http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
c) https://online.anyflip.com/opsf/hjwh/mobile/index.html
d) https://prezi.com/n7rru1jggods/kesan-teknologi-hijau/
e) https://2kmfromhome.com/5km
f) https://www.wikipedia.org/
2. Buku Teks Geografi Tingkatan 2

16


9.0 LAMPIRAN

17


Click to View FlipBook Version