KESANTUNAN BERBAHASA MEMBENTUK KOMUNIKASI DINAMIK Fatin Nurwahyuni Binti Mohd Fauzi 2021212350383 Nur 'Aqilah Binti Raimee 2021212350390 MPU3112m Bahasa Melayu Komunikatif
Kandungan 01 PENGENALAN Menerangkan definisi bahasa dan fungsinya. PERATURAN BERBAHASA 02 Ruang diskusi yang komprehensif mengenai peraturan berbahasa yang wajar diambil cakna ANALISIS KESANTUNAN BAHASA 03 Meneliti bentuk-bentuk kesantunan bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat madani marcapada ini. KESANTUNAN BAHASA & KEPENTINGANNYA 04 Mengupas mengenai definisi kesantuna dalam berbahasa dan kepentingannya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Dasawarsa ini, komunikasi menjadi elemen penting yang wujud dalam norma kehidupan masyarakat. Hal ini demikian kerana rutin harian kita semestinya bakal dipenuhi dengan perkara yang melibatkan pelbagai bentuk interaksi sosial yang mempraktikkan komunikasi dua hala. Namun begitu, komunikasi tidak akan berlaku tanpa wujudnya bahasa. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), bahasa ditakrifkan sebagai “sistem lambang bunyi yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran, ”. Namun begitu, menurut Wiratno et al. (2014), bahasa merupakan alat komunikasi yang terbentuk daripada kesatuan fragmen linguistik seperti frasa, klausa dan ayat. Daripada kedua-dua takrifan ini, dapat kita simpulkan bahawa fungsi bahasa berdasarkan makna adalah medium perantara yang digunakan untuk kita berhubung dalam kelompok yang sama dan mewujudkan komunikasi menggunakan elemen linguistik yang merangkai ujaran. Pengenalan
PERATURAN BERBAHASA DEFINISI : mengutamakan tujuan percakapan daripada apa , siapa dan dimana komunikasi tersebut dilakukan SISTEM SAPAAN Bahasa halus merupakan bahasa yang bersopan santun dan sedap didengari . Antara contoh bahasa halus adalah bahasa kiasan atau peribahasa Gerakan badan ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang mampu menyampaikan maksud. Aspek ini mampu memberi indikasi kepada pengucap dalam mengenalpasti pendengar contohnya, perbuatan silang kaki dan mencekak pinggang menunjukkan tidak balas yang negatif DEFINISI : cara yang digunakan untuk menyapa atau menegur seseorang dan terbahagi kepada 3 (susunan kata , sebutan senarai nama yang disapa dan penggunaan kata ganti nama ) Terdapat juga bahasa sapaan di dalam keluarga dan gelaran warisan 1. 2. BAHASA HALUS, BAHASA KASAR Bahasa kasar merupakan bahasa yang mampu menyinggung perasaan , kesat dan tidak sopan. BAHASA BADAN
Semasa bertutur, kita perlulah cakna dengan sebutan serta menggunakan nada dan intonasi yang rendah Hal ini memastikan pendengar dapat memahami mesej yang cuba disampaikan. Ini juga menunjukkan hormat apabila bercakap dengan orang yang lebih tua sebutan , nada dan intonasi TATABAHASA Pengucap perlu menggunakan tatabahasa yang betul supaya pendengar dapat memahami informasi yang disampaikan Pengucap perlu mengambil kira konteks pendengar semasa memilih tatabahasa supaya pendengar tidak mengalami kesukaran dalam memahami
Kesantunan bahasa Kesantunan berbahasa merupakan elemen yang penting dalam komunikasi harian dengan memastikan bahasa yang digunakan tersebut sesuai dengan konteks komunikasi tersebut disamping merujuk kepada nilai yang diterapkan semasa melontar kata. Kesantunan dapat dirungkaikan sebagai perlakuan yang dapat meminimakan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975) seperti mengelakkan perselisihan faham antara pengucap dan pendengar. Menurut Asmah (2002), Kesantunan berbahasa juga merujuk penggunaan bahasa harian yang tidak mengakibatkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung kepada pendengar. Kesantunan dalam berbahasa dapat dilihat dari konteks formal dan tidak formal. Keformalan yang diterapkan dalam sesuatu situasi menjadikan ujaran lebih berstruktur dan teratur. Misalnya, komunikasi antara pelajar dengan guru. Kesantunan berbahasa dalam konteks tidak formal pula boleh dilihat dalam komunikasi yang berbentuk kasual dan tidak tertakluk kepada ketetapan rasmi seperti interaksi sesama rakan sebaya atau rakan sekerja. Komunikasi tidak formal juga melibatkan interaksi sosial yang berlaku secara dalam talian, misalnya, seperti melalui platform media sosial.
Kepentingan kesantunan bahasa dalam masyarakat majmuk Membentuk perpaduan berbilang kaum Menunjukkan keunikan dan identiti negara 01 02
membentuk perpaduan berbilang kaum Bahasa Melayu telah digunapakai secara meluas dalam komunikasi harian tidak kira bangsa, warna kulit mahupun agama. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dimana bahasa ini telah menjadi medium utama dalam komunikasi harian sejak sekian lama. Buktinya, bahasa melayu tetap menjadi pilhan masyarakat berbilang kaum di Malaysia untuk berkomunikasi walaupun mereka mempunyai bahasa ibunda tersendiri. KIta dapat lihat dengan lebih jelas senario ini dalam situasi urusan jual beli atau semasa berbual di kedai makan. Hal ini kerana, perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia telah mendidik kelompok yang bukan berbangsa Melayu untuk fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Kesannya, persefahaman antara kaum di Malaysia dapat dipertingkatkan kerana kita saling memahami antara satu sama lain.
keunikan dan identiti negara Seterusnya, kesantunan bahasa mampu menonjolkan keunikan dan menjadi identiti sesebuah negara. Sejak dahulu lagi, Malaysia sentiasa menjadi sebutan di seantero dunia sebagai negara yang kaya dengan budaya berbilang kaum. Justeru, dengan simbolik Bahasa Melayu yang diktiraf sebagai bahasa utama kendatipun terdapat pelbagai bahasa lain, hal ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan lambang identiti negara yang diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, tanpa kita sedari keunikan Bahasa Melayu ini secara tidak langsung telah mempromosikan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ke seluruh pelosok dunia.
Analisis kesantunan bahasa
ANTARA GENERASI TUA DAN MUDA Semasa berinteraksi dengan golongan tua, kita perlulah menggunakan gelaran atau panggilan yang sesuai seperti abang atau kakak. Berdasarkan contoh di dalam video, kita dapat lihat penggunaan panggilan ‘kakak’ untuk menyapa orang yang lebih dewasa digunakan oleh golongan yang lebih muda. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan rasa hormat golongan muda terhadap golongan yang lebih tua . Implikasinya, hal ini membuktikan norma masyarakat di malaysia amat menitik beratkan kesopanan dalam komunikasi harian. Jelaslah bahawa, kesantunan bahasa dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menggunakan kata panggilan yang betul Menyapa 'kakak ' untuk meminta barang https://drive.google.com/file/d/1gY978xk08t8VWl8 qojNaNhILM3nkuwfK/view?usp=drivesdk
Sebagai contoh di dalam video, pelajar tersebut mengangkat tangan dan bertanya kepada guru menggunakan nada yang baik dan bahasa yang sopan. Amalan ini amat baik dan pelajar seharusnya cakna dengan amalan berbahasa seperti menggunakan menyapa pensyarah dengan nada yang lembut (DAWI & ABAS, 2020). contoh ANTARA GURU DAN PELAJAR Menurut Nik Safiah (1981:04) yang menjelaskan bahawa kesantunan dapat diamati apabila seseorang itu berinteraksi bersama orang lain dengan menggunakan sama ada bahasa berbentuk kasar atau bahasa berbentuk sopan. Berdasarkan pernyataan ini, para pelajar mengamalkan kesantunan bahasa dengan menggunakan bahasa yang sopan apabila berkomunikasi dengan guru. Menggunakan bahasa yang sopan Mengangkat tangan dan menggunakan bahasa yang sopan https://drive.google.com/file/d/1hfnuxe2SQclj02ztVNzdBeUUog4p1I8/view?usp=drivesdk
komunikasi: Media Sosial Walaubagaimanapun, kesantunan bahasa tetap perlu diterapkan dalam komunikasi tidak formal untuk menjamin keharmonian dalam perhubungan sesama manusia kerana kesantunan dalam berbahasalah yang mencorak karakter sesorang (Mustika, 2013). Bahasa yang digunakan dalam interaksi media sosial adalah bahasa yang santai, fleksibel dan mesra berbanding konteks formal yang lebih berstruktur. Justeru, komunikasi dalam konteks ini digunapakai untuk bertegur sapa, berkongsi pendapat, mengutarakan pertanyaan dan menghulurkan nasihat. Gambar ini menunjukkan komunikasi antara pengguna akaun Twitter Billie Fx dan Xavier Naxa yang berdiskusi mengenai varian gadjet Airpods yang terbaik. Kedua-dua pengguna mengamalkan kesantunan dalam interaksi mereka. Hasilnya, diskusi berjaya memperoleh kata putus. Gambar ini menunjukkan dampak negatif apabila seseorang itu mengabaikan kesantunan dalam berbahasa apabila menggunakan platform media sosial. Perbuatan tidak beradab dalam media sosial bukan sahaja akan menconteng arang di muka tetapi juga membawa padah terhadap masa depan individu tersebut.
Penutup Konklusinya, rakyat Malaysia sewajarnya bertindak sebagai pelopor utama untuk mempromosikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dengan mengamalkan kesantunan dalam berbahasa bukan sahaja dalam konteks formal tetapi juga dalam konteks tidak formal kerana telah terbukti bahawa kesantunan bahasa mampu mengukuhkan perpaduan masyarakat serta menjadi ciri keistimewaan negara kita.
Rujukan Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dawi & Abas(2020, December 10). Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia sabah ... Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/355045963_KESANTUNAN_BERBAHASA_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_UNIVERSITI_MALAYSIA_SABA H_Language_Politeness_among_Students_of_University_Malaysia_Sabah Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lakoff, R. T. (1975). Language and women’s place. New York: Harper and Row Mustika, I. (2013). Mentradisikan Kesantunan Berbahasa: Upaya Membentuk Generasi Bangsa yang Berkarakter. Semantik, 2(1), 1–11. https://media.neliti.com/media/publications/492111-none-4cb97f97.pdf Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa persoalan sosiolinguistik Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Wiratno, T., Drs, M., & Santosa, M. (2014). Bahasa, Fungsi Bahasa, dan Konteks Sosial (pp. 1–19). https://pustaka.ut.ac.id/lib/wpcontent/uploads/pdfmk/BING4214-M1.pdf