NAMA SISWA PENDIDIK : ASMAA’ BINTI SHAHRIL AZMAN
NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310006
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030620060248
KUMPULAN / UNIT : PAI 1
KOD / NAMA KURSUS : GAPD1032/ ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL
NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BINTI AMBO
TARIKH HANTAR : 29 MAC 2022
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama Siswa Pendidik: Angka Giliran :
Kod : Nama Kursus :
Pensyarah :
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki :
Aspek yang boleh diperbaiki :
Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
2
1. Isi Kandungan 3
1. Isi kandungan 4
2. Pengenalan 4
3.0 Jenayah siber 4-5
5-6
3.1 Realiti jenayah siber di Malaysia 7
3.2 Penambahbaikan bagi menangani masalah 7-8
3.3 Statistik jenayah siber tahun 2019 8
3.4 Statistik jenayah siber tahun 2020 9
4. Kesimpulan
5. Rujukan
3
2. Pengenalan
Pada kajian ini, saya akan menganalisis berkaitan jenayah siber yang berlaku di Malaysia
dengan mengikuti model “SWOT”. Secara ringkas SWOT adalah model dalam menganalisis
yang mengambil kira kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi sama ada profit
(pertubuhan berasaskan keuntungan) atau non-profit (pertubuhan bukan berasaskan
keuntungan) serta peluang dan ancaman yang dihadapinya.
Sedia maklum bahawa perkembangan teknologi dan maklumat telah membawa
perubahan yang positif dimana kemudahan perhubungan komunikasi menjadi lebih efisien.
Akan tetapi pengaruh negative dari kemajuan teknologi ini juga turut berkembang seiring
berjalannya waktu. Hal ini berpunca dari penyalahgunaan pihak yang tidak
bertanggungjawab yang menggunakan medium digital untuk kepentingan sendiri dan
mencetus kebimbangan dikalangan warga digitlal. Penyalahgunaan inilah yang mewujudkan
salah satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber. Ruang lingkup jenayah siber sangat luas
berbanding jenayah lain disamping proses pendakwaan yang agak sulit. Oleh itu jenayah
siber berleluasa di semua negara termasuk negara maju seperti Amerika dan Jepun
disamping menjadi ancaman dan cabaran kepada semua pengguna teknologi digital.
3.0 Jenayah Siber
Berikut jenayah siber yang berlaku di Malaysia antaranya adalah hacking
(menggodam). Ia merupakan tindakan mengakses sesebuah komputer secara haram oleh
individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi dan maklumat
komunikasi dengan tujuan menceroboh sistem bagi memperoleh maklumat yang diinginkan.
Selain itu, pemindahan wang secara haram oleh pihak yang diamanahkan. Hal demikian
terjadi biasanya kerana ada unsur rasuah dan bagi kepentingan diri sendiri. Kemudian,
Phishing, ia merupakan jenayah menggodam dan mencuri kata laluan bagi mendapat
maklumat sensitive. Seterusnya penipuan siber atau sering dikenali sebagai scam juga turut
merebak dalam kalangan pengguna digital.
3.1 Realiti Jenayah Siber di Malaysia
Jika dilihat dari berita yang bersumber dari internet pastinya banyak perbezaan dari segi
bilangan kes, kadar jenayah dan sebagainya walaupun demikian setiap statistik
menunjukkan peningkatan kes jenayah siber yang berlaku yang berlaku. Berdasarkan Sinar
harian (2022, mac 29), sebanyak 4,327 jenayah siber dilaporkan pada suku pertama tahun
ini melibatkan kerugian RM77 juta. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada
tahun 2019, jumlah siber jenayah yang dilaporkan adalah 11,875 kes, dengan kerugian
sebanyak RM498 juta manakala tahun lalu (2020), ia meningkat kepada 14,229 dengan
4
jumlah kerugian RM413 juta." CyberSecurity Malaysia pula merekodkan hampir 5,000 kes
jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu (Harits Asyraf Hasnan,2020). Walaupun 3
tahun terakhir jumlah kerugian menunjuk penurunan namun kes jenayah ini terus meningkat
dari tahun-ke tahun. Oleh itu jenayah siber menjadi masalah yang harus dipandang
serius,oleh semua golongan masyarakat.
Antara punca kepada peningkatan jenayah ini adalah pandemik covid-19 yang
melanda. Rakyat bergantung kepada teknologi digital dalam mengekalkan ekonomi hidup
mereka. Sebagai contoh pengelibatan masyarakat daripada pelbagai golongan dalam e-
dagang. Oleh itu segala aktiviti jual beli lebih tertumpu secara dalam talian . Disamping
penutupan sekolah menyebabkan pelajar terdedah kepada pembelajaran alam maya. Hal
demikian membuatkan mereka lebih liar dalam menelusuri dunia digital. Sektor ekonomi
juga menunjukkan peningkatan melalui kecekapan digitalisasi. Muhyiddin berkata,
kebergantungan itu tidak hanya mencipta peluang baru bahkan juga membuka pintu
ancaman, (sinar harian,2022). Menurut Pakar Keselamatan Rangkaian dan Maklumat
Univerisiti Putra Malaysia, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, walaupun literasi digital
dalam kalangan rakyat Malaysia berada dalam kedudukan yang baik, namun kesedaran
terhadap jenayah siber masih kurang diberi perhatian.
“Scam”(penipuan) merupakan antara jenayah siber yang popular dalam kalangan
warga digital. Modus operandi sindiket antaranya adalah dengan mempromosi cara mudah
mendapat wang melalui pautan laman sesawang di laman sosial seperti facebook,
Instagram ,wechat, tiktok dan sebagainya bagi menarik perhatian pengguna media sosial.
Disebabkan oleh kekangan ekonomi, sudah tentu pasti ada yang percaya dengan penipuan
tersebut dan menjadi mangsa penjenayah. Selain itu, jenayah siber dapat dilihat dalam
bentuk pekerjaan jual beli dalam talian dimana setiap pembelian ditawarkan komisen
mengikut harga barang yang dibeli. Penipuan melalui panggilan telefon juga acap kali
berlaku. Oleh itu banyak warga digital yang menjadi mangsa penipuan sindiket. Jenayah ini
tidak hanya berlaku sekali dua, oleh itu masyarakat perlu berhati-jati dalam menggunakan
laman sosial dan mengambil berat terhadap akta jenayah siber. Jenayah siber
menyebabkan kerugian yang lebih besar berbanding kerugian jenayah harta benda
disamping ia merupakan jenayah yang sukar dilacak desebabkan kegiatan yang
berselindung di balik pekerjaan lain.
3.2 Penambahbaikan Bagi Menangani Masalah
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan kejahatan siber yang
berlaku. Tidak dinafikan bahawa jenayah siber akan sentiiasa ada selagi urusan dalam
talian berlangsung. Walaupun tidak dapat membendung jenayah ini 100% namun sebagai
5
pengguna teknologi yang bijak, kita harus mengelak daripada menjadi mangsa jenayah
siber. Berfikir sebelum bertindak adalah perkara yang harus diamalkan oleh semua warga
digital. Antara Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil adalah jangan membuka pautan
yang tidak dikenal pasti. Salah satu cara untuk mengetahui kepalsuan sesebuah pautan
adalah penggunaan tatabahasa yang lemah. Selain itu penggunaan emoji di dalam laman
tersebut. Jangan mudah percaya dengan ancaman melalui e-mel daripada sesebuah
syarikat. Adalah digalakkan mengunjungi laman web secara langsung berbanding melalui
pautan emel. Harus bertindak rasional dan jangan membalas emel yang mencurigakan. Jika
terlanjur menjadi mangsa penipuan siber, maka anda perlu bertindak segera dengan
melaporkan kepada pihak berwajib. Sekiranya waktu tidak mengizinkan maka anda boleh
menukar kata laluan atau tutup akaun jika terjejas.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu antara tips keselamatan yang harus
diamalkan oleh warga digital antaranya dengan memastikan kata laluan selamat, dengan
cara menggunakan kata laluan yang sukar difikirkan orang lain. Penggunaan nama dan
Tarikh lahir sebagai kata laluan perlu dielakkan kerana ia memudahkan penjenayah untuk
meneka. Sentiasa melindungi maklumat peribadi serta elakkan daripada mudah terpedaya.
Menjadi warga negara digital yang beretika dengan mematuhi peraturan penggunaan digital.
Sentiasa mengambil tahu tentang berita jenayah siber yang berlaku di sekitar dan
berwaspada.
6
3.3 STATISTIK JENAYAH SIBER TAHUN 2019
Berdasarkan statistik di atas menunjukkan kes jenayah siber pada tahun 2019 yang berlaku
di Malaysia. Penipuan atas talian adalah jenayah yang paling banyak berlaku. Kita dapat
lihat bahawa penipuan melalui panggilan telefon adalah perkara yang mudah dilakukan oleh
sesiapapun malah orang dekat juga mampu melakukannya. Berbanding dengan jenayah
siber yang lain dimana kemahiran teknologi komunikasi digital diperlukan untuk memperoleh
data peribadi dan sebagainya bagi tujuan jenayah. Oleh itu, sebagai warga digital harus
bertindak rasional dan berhati-hati dengan orang sekitar walaupun orang terdekat.
3.4 STATISTIK JENAYAH SIBER TAHUN 2020
Seterusnya, berikut menunjukkan insiden jenayah yang berlaku pada tahun 2020 dimana ia
meningkat berbanding tahun sebelumnya. Antara puncanya adalah pandemik yang melanda
7
menyebabkan kebergantungan terhadap teknologi meningkat. Kurangnya kesedaran dalam
diri setiap warga digital menyebabkan mereka mudah diperdaya oleh penjenayah siber yang
sentiasa mengambil peluang di atas kelalaian pengguna digital.
4. Kesimpulan
Sikap tidak bertanggungjawab dalam diri tidak dapat diubah oleh orang lain melainkan diri
sendiri. Sebagai masyarakat yang bijak, kita harus menanam sikap itu dalam diri disamping
memberi kesedaran kepada orang lain. Dengan itu kes jenayah siber dapat dikurangkan
dalam kalangan warga digital. Mendalami ilmu digital sangatlah bermanfaat jika digunakan
dengan cara yang baik. Tidak mempunyai kemahiran digital adalah lebih baik daripada
menjadi pengguna digital yang mahir dalam teknologi digital yang menggunakan
kebolehnnya untuk tujuan jahat.
8
5. Rujukan
Asyraf, M., Termimi, A., Muhammad, I., Rosele, Meerangani, K., Marinsah, S., Ramli, M.,
Pascasiswazah (ma, P., Fiqh, J., Usul, D., Islam, A., & Pascasiswazah, P. (n.d.).
https://eprints.um.edu.my/13068/1/37.pdf
BUQHAIRAH, T. (2021, June 28). 4,327 kes jenayah siber libat kerugian RM77 juta
dilaporkan. Sinarharian; sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/146770
/BERITA/Nasional/4327-kes-jenayah-siber-libat-kerugian-RM77-juta-dilaporkan
Eagan, D. (2022). Perbezaan antara organisasi keuntungan dan bukan keuntungan
(dengan carta perbandingan dan perbandingan) - 2022 - Blog. Web Logo
Graphic. https://ms.weblogographic.com/difference-between-profit
Harits, A.H. (2022, Mei 7). Hampir 5,000 jenayah siber tahun ini: Ini senarai kawalan kendiri
untuk anda!. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hampir-
5000-jenayah-siber-tahun-ini-ini-senarai-kawalan-kendiri-untuk-anda-241964
Insiden Jenayah Siber Di Malaysia Bagi Tahun 2020 Meningkat Berbanding 2019. (2020).
Wiser.my. https://wiser.my/insiden-jenayah-siber-di-malaysia-bagi-tahun-2020-
meningkat-berbanding-2019
Ii, B. (n.d.). (2022, April 4) Teori analisis swot dan simpanan di bmt
https://eprints.walisongo.ac.id/id/eprint/7396/3/BAB%20II.pdf
(2022, Januari 24). Masyarakat perlu waspada trend terkini jenayah siber. Astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masyarakat-perlu-waspada-trend-
terkini-jenayah-siber-polis-343268
Muhammad, & Siti Zobidah Omar. (2019, March 31). Dasar Keselamatan Siber Malaysia:
Tinjauan Terhadap Kesedaran Netizen dan Undang-Undang (Cyber
Security... ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/332204296_Dasar_Keselamatan_Siber_Mal
aysia_Tinjauan_Terhadap_Kesedaran_Netizen_dan_Undang-
Undang_Cyber_Security_Policy_Review_on_Netizen_Awareness_and_Laws
Sepanjang Tahun 2019 Kes Penipuan Atas Talian Adalah Insiden Jenayah Siber Yang
Paling Banyak Berlaku Di Malaysia. (2019). Wiser.my. https://wiser.my/sepanjang-
tahun-2019-kes-penipuan-atas-talian-adalah-insiden-jenayah-siber-yang-paling-
banyak-berlaku-di-malaysia
9
10