SMK BADRUL ALAM SHAH
KEMASEK,24000
KEMAMAN,TERENGGANU
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya menyiapkan kerja lapangan
Geografi ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu saya
membuat tugasan ini termasuk kedua ibu bapa saya.Terima kasih juga kepada Cikgu Ruzaini
Binti Abdul Wahab selaku guru mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau
kepada saya. Buat kawan-kawan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan
ingatan mereka sehingga saya dapat menyiapkan kerja saya ini. Saya juga ingin memohon
maaf jika terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya ini.
JADUAL KERJA PERKARA
BIL TARIKH Menerima soalan tugasan dan mendengar taklimat
1 20 Januari 2022 tentang tugasan kajian lapangan Geografi daripada
guru mata pelajaran.
2 21 Januari – 6 Februari
2022 Menjalankan dan menulis laporan kajian lapangan
Geografi sehingga lengkap.
Menghantar tugasan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tentang Sisa Domestik di sekitar SMK Badrul Alam Shah ialah:
1. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.
2. Menghuraikan latar belakang kawasan kajian.
3. Menerangkan maksud dan konsep sisa domestik.
4. Menjelaskan jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian.
5. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik.
6. Mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik di kawasan kajian. iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
KAEDAH KAJIAN
Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian di sekitar kawasan kajian saya bagi mengenal pasti jenis sisa
domestik yang ada di sini. Saya juga membuat pemerhatian bagi mengenal pasti pandang
darat fizikal dan pandang darat budaya yang ada di sini.
Rujukan
Saya merujuk buku teks dan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang konsep dan
jenis sisa domestik. Saya melayari laman web Google Maps untuk mendapatkan gambaran
yang lebih jelas tentang kawasan kajian saya. Saya juga melayari internet untuk mendapatkan
maklumat tambahan tentangkesan pembuangan sisa domestik dan cara mengatasinya.
PENGENALAN
Sisa domestik merupakan bahan buangan yang dihasilkan dari kawasan perumahan. Sisa
domestik ini boleh dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Sisa domestik
akan mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia dan alam sekitar sekiranya tidak
diuruskan dengan baik. Pelbagai kesan negatif hadir kesan daripadanya kegagalan
menguruskan sisa domestik seperti pencemaran alam sekitar, penularan wabak penyakit dan
kepupusan flora dan fauna. Justeru itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah pembuangan sisa
domestik ini.
MAKSUD/ KONSEP SISA DOMESTIK
Menurut Buku Teks Geografi Tingkatan 1, sisa domestik ditakrifkan sebagai sisa yang terhasil
dari kawasan perumahan. Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh
dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan bukan organik.
Laman web Wikipedia pula menjelaskan bahawa sisa domestik merupakan bahanbahan
buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti minyak masak atau enjin, lebihan
racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca
daripada aktiviti harian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula
jadi alam sekitar.
JENIS-JENIS SISA DOMESTIK
Pelbagai jenis sisa domestik dapat diperhatikan di kawasan kajian saya. Sisa domestik ini
ditemui dalam bentuk pepejal dan juga cecair. Sisa domestik ini pula dapat dikelaskan kepada
bahan organik dan bahan bukan organik. Terdapat 5 jenis sisa domestic yang terdapat di
Kawasan perumahan. Sisa-sisa tersebut ialah :
1. Sampah pepejal.
Sampah pepejal boleh dipecahkan kepada sisa plastic,sisa kertas/kad,kalong dan
logam serta seramik dan kaca.
2. Sampah kitar semula.
Sampah kitar semula ialah barang-barang buangan yang boleh ditukar kepada produk
Yang boleh digunakan lagi tergolong dalam sisa domestik.
3. Sisa cecair.
Sisa cecair ialah salah satu sisa domestic di Kawasan perumahan.Ia termasuk dalam
air kotoran,air kumbahan dan sebagainya.
4. Sisa Organik.
Sisa ini adalah sisa yang sering dilihat di Kawasan perumahan .Sisa ini seperti sisa
lebihan makanan,sisa taman,kotoran dan daging busuk.
5. Sisa berbahaya.
Sisa ini juga termasuk dalam sisa domestic. Ia tergolong sebagai sisa yang melibatkan
semua jenis sampah yang mudah terbakar dan toksik.
KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK.
Pencemaran Udara
Sisa domestik di kawasan kajian saya telah menyebabkan pencemaran udara. Hal ini terjadi
kerana sikap segelitir penduduk yang suka membakar sampah sarap di Kawasan rumah
mereka. Pembakaran sampah sarap ini akan membebaskan asap dan debu ke udara dan
menyebabkan kualiti udara terjejas. Selain itu, pembakaran sampah sarap ini juga akan
membebaskan gas-gas berbahaya sepertik karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara.
Dengan terbebasnya gas-gas berbahaya ini ke udara, udara di sekeliling akan tercemar dan
sekali gus boleh menjejaskan individu yang mempunyai penyakit berkaitan sistem pernafasan
yang boleh menyebabkan asma dan batuk.
Pencemaran Air
Pembuangan sisa domestik yang tidak terurus di kawasan kajian saya juga boleh
menyebabkan pencemaran air. ini kerana terdapat segelintir penduduk yang membuang
sampah berhampiran dengan sungai. Sebagai contoh, minyak masak yang telah digunakan
dialirkan melalui longkang masuk ke sungai. Selain itu, ada juga yang membuang sampah
bukan organik seperti botol plastik, tin dan lampin pakai buang ke dalam sungai berhampiran.
Perbuatan ini akan menyebabkan longkang dan saluran air tersumbat. Keadaan ini akan
menjejaskan hidupan akuatik yang boleh menyebabkan kematian ikan-ikan sungai dan
tumbuhan akuatik. Lebih buruk lagi, longkang dan sungai yang tersumbat ini akan
menyebabkan kejadian banjir kilat sekiranya hujan lebat turun secara berterusan.
Menjejaskan Kesihatan Dan Kesejahteraan Penduduk.
Sisa domestik yang tidak diurus dengan baik juga kan menyebabkan kesihatan dan
kesejahteraan penduduk terganggu. Hal ini demikian kerana longgokan sampah sarap yang
kotor dan tidak diurus dengan baik akan menghasilkan bau yang busuk dan didiami oleh tikus,
lalat, nyamuk dan serangga-serangga lain. Hal ini menjejaskan kesihatan dan keselesaan
hidup penduduk setempat.
LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK
Amalan 3R
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh penduduk setempat bagi mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik ialah mengamalkan 3R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna
semula) dan Recycle (kitar semula). Reduce bermaksud mengurangkan penggunaan barang
yang kurang perlu seperti beg plastik. Sebagai contoh, beg plastik sekali guna boleh
dikurangkan penggunaannya dan boleh diganti dengan beg mesra alam yang lain. Reuse
ialah menggunakan semula barang lama yang masih dalam keadaan baik. Sebagai contoh,
pakaian lama yang masih elok boleh dipakai dan disumbangkan kepada pihak yang
memerlukan bagi mengurangkan pembuangan bahan tersebut. Recycle pula bermaksud
menghasilkan barangan baharu daripada barang buangan. Sebagai contoh, botol minuman
boleh dikitar semula menjadi pasu bunga hiasan. Tayar lama juga boleh diolah menjadi
barangan perhiasan yang boleh dijual dan dipamerkan di laman-laman. Amalan 3R ini dapat
membantu mengurangkan pembuangan sisa domestik dan meminimumkan kesan terhadap
alam sekitar.
Amalan Pengasingan Sisa Domestik
Penggunaan tong kitar semula untuk memudahkan penduduk setempat membantu pihak
berkuasa untuk mengitar semula. Sebagai contoh, pembuangan kertas dan botol minuman
merata-rata telah meningkatkan kos pembersihan dan pelupusan sampah yang merugikan.
Oleh yang demikian, sewajarnya tong-tong kitar semula diwujudkan di mana-mana khususnya
bangunan-bangunan pejabat, restoran dan pusat komersil untuk pembuangan kertas, botol,
tin aluminium dan sebagainya supaya bahan-bahan tersebut diproses selain dikeluarkan
semula bagi tujuan penggunaan industri sekaligus merendahkan keperluan pembersihan dan
pelupusan. Amalan pengasingan sisa domestik boleh dilakukan di rumah sebelum sampah
dibuang ke tapak pelupusan. Sisa domestik boleh diasingkan mengikut kategori iaitu sisa
makanan dan sisa basah, kertas dan kadbod, logam, aluminium, botol kaca dan plastik serta
lain-lain sisa domestik.
RUMUSAN
Saya telah menjalankan kajian ini di sekitar kawasan SMK Badrul Alam Shah mengenai sisa
domestik dan masalah yang dihadapi akibat pengurusan sisa domestik yang tidak sistematik.
Berdasarkan kajian, saya dapati bahawa punca pengurusan sisa domestik yang tidak
sistematik di kawasan ini disebabkan oleh sikap segelintir penduduk yang tidak mengambil
berat akan kebersihan alam sekitar. Pengurusan sisa domestik yang tidak sistematik ini
menyebabkan masalah yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia. Justeru
itu, pelbagai langkah perlu diambil oleh semua pihak bagi mengurangkan masalah berkaitan
dengan sisa domestik ini bagi menjamin alam sekitar yang lebih bersih dan sihat. Kerjasama
antara penduduk kampung dan pihak berkuasa serta kerajaan adalah perlu bagi
mengurangkan masalah berkaitan sisa domestik di sekitar kawasan kajian saya.
RUJUKAN
Buku teks
Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad, 2016. Buku Teks Geografi
Tingkatan 1. Cheras: Era Visi Sdn. Bhd.
Buku rujukan
Kang Chai Yoeng, Zulkipli Ismail, Rajendran Subramaniam, Chong Yoon Choi, 2020. Focus
PT3 Geografi Tingkatan 1,2,3 KSSM. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-
domestik/
http://www.googlemap.com https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
https://bidadari.my/jenis-sisa-domestik/
CONTOH PENCEMARAN SISA DOMESTIK
PENGGUNAAN TONG KITAR SEMULA.