The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KRT P5 Evergreen Homes 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iqaikki, 2022-04-04 20:13:14

Buletin KRT Jan-Mac 2022

Buletin KRT P5 Evergreen Homes 1

Keywords: Buletin

BULETIN KRT P5
EVERGREEN HOMES 1




PRESINT 5,
EVERGREEN HOMES 1,
KOTA SULTAN AHMAD SHAH,
25200 KUANTAN,
PAHANG

22 PENYERAHAN HAMPER SEMPENA PERAYAAN TAHUN
JAN BARU CINA
2022
Presint 5, Kotasas

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina
2022, KRT Kotasas berbesar hati
menyerahkan hamper kepada 17 buah
rumah residen dari kaum Cina. Hamper
telah diserahkan oleh Pengerusi KRT
Kotasas, Encik Izhar Izaidin.

27 MESYUARAT PENGESAHAN PELANTIKAN BERSAMA PEGAWAI
JAN JABATAN PERPADUAN
2022
Pejabat Perpaduan Daerah Kuantan

Mesyuarat Pengesahan Pelantikan AJK KRT 2022/2023 bersama Pegawai
Perpaduan Zon B, Encik Alif telah diadakan di Pejabat Perpaduan Daerah Kuantan
dan dihadiri seramai 17 orang AJK.

30 ZIARAH RESIDEN
JAN
2022 Presint 5, Kotasas

Satu program menziarah residen yang sakit
telah diaturkan oleh AJK Kelab Kebajikan,
Puan Rosmaniza dan AJK Jiran Wanita,
Puan Nurul Natasha Atiqah. Penyerahan
bakul buah-buahan telah diserahkan kepada
residen yang berkenaan.

3 MESYUARAT AJK KRT KOTASAS 2022/2023
FEB
2022 Secara Dalam Talian

Mesyuarat AJK KRT telah diadakan buat
pertama kali bagi sesi yang baru secara
dalam talian. Ini bertujuan membincangkan
takwim aktiviti sepanjang tahun 2022 dan sesi
berkenalan bersama AJK baru.

14 PERLAWANAN BADMINTON ANTARA RESIDEN P5
FEB Dewan Badminton Taman Polo, Indera Mahkota
2022

Perlawanan badminton ini adalah di
bawah penganjuran Biro
Pembangunan Jiran Muda, Belia,
Sukan dan Rekreasi KRT Kotasas
Precint 5. Malah aktiviti ini diadakan
pada setiap hari Isnin sekali dalam
sebulan.

21 PENYERAHAN SUMBANGAN KEMATIAN
FEB Presint 5, Kotasas
2022

Penyerahan wang sumbangan kematian telah
diberikan oleh Biro Kebajikan, Kerohanian &
Kualiti Hidup kepada salah seorang residen kaum
Cina yang kehilangan ahli keluarga

22 PENYERAHAN SUMBANGAN KELAHIRAN
FEB
2022 Presint 5, Kotasas
Sebanyak 2 buah menerima wang sumbangan di atas kelahiran
cahaya mata baru. Wang sumbangan telah diserahkan oleh Biro
Kebajikan, Kerohanian & Kualiti Hidup.

23 ZIARAH CAKNA WARGA EMAS
FEB Presint 5, Kotasas
2022

Biro Kebajikan, Kerohanian & Kualiti
Hidup bersama Biro Usia Emas telah
mengadakan Ziarah Cakna bagi residen
yang mempunyai ibu bapa yang sudah
tua dan uzur.

25 PENYERAHAN SUMBANGAN COVID19
FEB
2022 Presint 5, Kotasas
Sebanyak 13 buah rumah telah menerima sumbangan Covid19 dari
Biro Kebajikan, Kerohanian & Kualiti Hidup. Sumbangan barangan
yang diberikan diharap dapat meringankan beban ahli residen yang
sedang dalam kuarantin.

7 PERLAWANAN BADMINTON RESIDEN P5
MAC Dewan Badminton Taman Polo, Indera Mahkota
2022
Objektif perlawanan badminton ini adalah supaya dapat mengeratkan
hubungan diantara residen tanpa mengira jantina, kaum dan umur.

8 MESYUARAT AJK KRT KALI KE-2
MAC
2022 Secara Dalam Talian

Bagi mengekang penularan wabak berjangkit
Covid19, mesyuarat kali kedua juga diadakan
secara dalam talian. Mesyuarat kali ini
membincangkan mengenai takwim yang akan
dijalankan sepanjang Bulan Mac 2022.

12 PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
MAC
2022 Permata Camar, Kuantan

Biro Jiran Wanita mengambil inisiatif mengutip sumbangan dari
residen P5 bagi program bantuan persekolahan. Sebanyak
RM 2,591.00 berjaya dikumpulkan dan bentuk bantuan yang diberikan
adalah berupa set lengkap pakaian sekolah dan set alat tulis. Bantuan
sumbangan ini diserahkan kepada Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim
Dan Miskin Nadwah Permata Camar, Kuantan, Pahang. Sumbangan
telah diserahkan oleh Pengerusi KRT P5 Kotasas, Encik Izhar Izaidin
kepada Pengetua rumah terbabit.

14 PENYERAHAN SUMBANGAN COVID19
MAC
2022 Presint 5, Kotasas

Sehingga tarikh ini, sebanyak 13 buah rumah telah menerima
sumbangan Covid19 dari Biro Kebajikan, Kerohanian & Kualiti Hidup.
Sumbangan barangan yang diberikan diharap dapat meringankan
beban ahli residen yang sedang dalam kuarantin.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
A-Z Final Kid Book Solawis Muensar
Next Book
Peranan Manusia Sebagai Khalifah Untuk Menjamin Aktiviti Kelestarian Alam Sekitar