The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM SEKITAR MELALUI PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ I

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bungaputeri13, 2020-03-31 02:11:16

PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM SEKITAR MELALUI PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ I

PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN MENCINTAI ALAM SEKITAR MELALUI PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ I

SM HOLY PENCETUS KEMAHIRAN 4C DAN PEMBUDAYAAN
TRINITY
MENCINTAI ALAM SEKITAR MELALUI
PR0GRAM ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ .

Gulson Begum Hj Khalid & Rosni Binti Ruddin |

[email protected]/[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini berfokuskan inisiatif penerapan kemahiran 4C (kolaboratif,
komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti) di samping pembudayaan
mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada
20 orang murid Tingkatan 2 yang dikategorikan berada pada tahap sangat
lemah dalam kemahiran 4C. Meskipun guru menyampaikan PdPc melalui
pendidikan secara formal dengan menerapkan kemahiran 4C tetapi pelajar ini
kurang menunjukkan kemahiran 4C. Sehubungan dengan itu, kami telah
mengambil inisiatif untuk mencetus asas kemahiran 4C dalam kalangan
pelajar di samping memupuk budaya cintakan alam sekitar dengan
melaksanakan program Aku Smart, Sekolah Hebat’ . Dalam program ini 20
orang pelajar terlibat akan mengikuti beberapa fasa program dan dimulai
dengan sesi pertandingan mereka bentuk produk secara bekerjasama dari
bahan terbuang, fasa kedua kumpulan sesi pembentangan dan diakhiri
dengan sesi penilaian. Dapatan kajian melalui data pemerhatian dan soal
selidik menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan telah memberi
kesan positif kepada perubahan tingkah laku pelajar. Diharapkan kajian
tindakan ini dapat diteruskan dan ditambahbaik dengan memasukkan aktiviti
menggunakan kemudahan teknologi supaya ia lebih bermakna dan dijadikan
salah satu rujukan dalam pemupukan kemahiran 4C, seterusnya membawa
kepada usaha pembudayaan mencintai alam sekitar sekolah untuk
melahirkan generasi yang berkemahiran dan mempunyai nilai positif terhadap
alam sekitar.

1.0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan nukleus asas iaitu ruang berlakunya perubahan dalam

bidang pendidikan bagi membolehkan murid-murid abad ke-21 bersaing di persada

global. Justeru, mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran kolaboratif, komunikasi,

berfikiran kritikal dan kreativiti (Roekel, 2017). Rangka Pembelajaran Abad ke-21

yang dibangunkan oleh Partnership (Partnership for 21st Century Skills, 2011)

sejak tahun 2002 dianggap terlalu kompleks kerana mengandungi 18 kemahiran

yang difokuskan (Roekel, 2017). Oleh itu, American National Education Association

bersama-sama dengan beberapa organisasi pendidikan utama US telah

merumuskan 18 kemahiran tersebut ke dalam kerangka 4C (Roekel, 2017).

Kerangka 4C terdiri daripada kemahiran kolaboratif, komunikasi, berfikiran kritikal

dan kreativiti. Walau bagaimanapun, tidak semua kemahiran ini boleh dijana di

dalam kelas, sebaliknya memerlukan sistem pendidikan informal yang berlaku di luar

kelas bagi menarik minat pelajar terhadap kemahiran 4C. Kemahiran ini juga perlu

digunapakai sebaik mungkin secara serampang dua mata, yakni membentuk

persekitaran alam sekitar yang positif. Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan

modal insan yang berdaya saing mereka perlu dipupuk dengan kemahiran 4C
sekaligus mempunyai nilai murni menghargai alam sekitar.

2.0 REFLEKSI

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, dasar pendidikan meneruskan agenda
penghasilan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga
berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.
Selaras dengan itu, aspirasi murid yang ingin dibentuk adalah murid yang
berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikiran kritis, dan kemahiran
kepemimpinan. Warga pendidik memainkan peranan amat penting bagi
menggalas amanah besar dalam membentuk generasi muda masa kini dengan
budaya pemikiran aras tinggi, kreatif, inovatif dan bersifat futuristik (Dato’ Seri
Mahdzir, 2017).

Walau bagaimanapun, kami mendapati pelajar kelas yang kami ajar kurang
menunjukkan keupayaan menguasai kemahiran 4C. Situasi ini dapat diperhatikan
semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Apabila pelajar diajukan latihan soalan
KBAT yang memerlukan palajar berfikir dengan memberi pandangan atau hujah
kebanyakan mereka membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan dan ada
antaranya hanya menyalin semula soalan. Selain itu, pelajar ini lebih banyak
bergantung kepada guru dalam menyelesaikan sepenuhnya masalah mereka tanpa
mahu berfikir. Apa yang menyedihkan lagi apabila guru mengajukan soalan-soalan
mudah di dalam kelas, pelajar kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan dan
mereka langsung tidak mahu berfikir.

Senario ini sangat merisaukan guru terhadap keupayaan mereka dalam menguasai
kemahiran 4C, meskipun kebanyakan guru-guru telah menyampaikan PdPc dengan
menerapkan kemahiran 4C namun usaha ini kurang memberi impak kepada pelajar
tersebut. Oleh itu, kami telah memikirkan satu inisiatif lain untuk membantu
mencetuskan kemahiran 4C dalam sampel kajian melalui aktiviti Sekolah Rakan
Alam Sekitar (SERASI). Hal ini adalah kerana pelajar kelas akhir ini lebih seronok
membuat aktiviti luar kelas dan mereka lebih mudah mengikuti pembelajaran melalui
hands on. Inisiatif kami ini selaras dengan artikel Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012 iaitu menyatakan bahawa dalam proses pelaksanaan transformasi

pendidikan abad ke-21 dengan penerapan 4C memerlukan pendekatan dan strategi
baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang
diperlukan. Oleh itu, kajian tindakan ini merupakan satu usaha untuk memahami
dan menambahbaik proses pencetusan kemahiran 4C di samping memupuk budaya
cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar terutama pelajar kelas belakang.

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu:
1. Pelajar tidak mempunyai kemahiran 4C dan perlu didorong agar tercetus

kemahiran ini dalam diri pelajar.
2. Pelajar kurang kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini telah ditetapkan objektif kajian umum dan khusus seperti berikut;
4.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian tindakan ini adalah untuk:
Penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam sekitar melalui aktiviti
SERASI dalam kalangan pelajar kelas belakang.
4.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif-objektif bagi kajian tindakan ini adalah seperti berikut:

1. Meninjau tahap penerapan kemahiran 4C dan pembudayaan mencintai alam
sekitar dalam kalangan pelajar.

2. Mencetuskan kemahiran 4C dalam kalangan pelajar melalui aktiviti SERASI.
3. Mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang ceria.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini adalah 20 orang murid-murid Tingkatan 2
dari kelas Hibiscus dan Ixora. Mereka terdiri dari pelajar yang lemah dan kurang
menunjukkan kemahiran 4C berdasarkan pemerhatian guru semasa PdPc di dalam
kelas.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Reka bentuk kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah berasaskan
model
kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1998). Model tersebut menyarankan empat
langkah
kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action)
iv. Memerhati (Observe)

Dalam bahagian ini akan dibincangkan langkah ketiga iaitu bertindak. Bagi
memastikan objektif tercapai, sampel kajian akan melalui beberapa fasa aktiviti
dalam program ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ iaitu:
Fasa 1: Sampel akan mereka bentuk produk yang boleh memberi impak kepada
rakan lain

atau sekolah dengan menggunakan bahan terbuang.
Fasa 2: Kumpulan akan membentangkan hasil produk dan mempromosikannya
kepada

rakan di Sudut Speaker Corner dan kawasan sekolah yang terpilih.
Fasa 3: Penilaian terhadap hasil produk sampel.

6.1 LANGKAH MELAKSANAKAN TINDAKAN

Tempoh pelaksanaan program ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’ ini selama 3
minggu, iaitu pelajar diberi masa 3 minggu untuk menghasil produk dan minggu ke-
4 diadakan sesi penilaian hasil produk setiap kumpulan. Langkah-langkah bagi
setiap fasa adalah seperti berikut:

Fasa 1: Pengenalan dan pelaksanaan Program

Langkah 1: Pengagihan sampel seramai 20 orang dalam 4 kumpulan.
Langkah 2: Taklimat guru berkaitan prosedur pelaksanaan program ‘AKU SMART,
SEKOLAH HEBAT’ dengan memperkenalkan kaedah PBL [Project

Based Learning] dalam melaksanakan projek SERASI ini (Rujuk

Rajah 1)

Rajah 1: Prosedur pelaksanaan Program ‘AKU SMART, SEKOLAH HEBAT’
Langkah 3: Pelajar dikehendaki mereka bentuk produk yang boleh memberi

impak kepada rakan lain atau sekolah dengan menggunakan bahan
terbuang dan bahan kitar semula atau memanfaatkan ruang usang
di kawasan sekolah.

Taklimat kepada sebahagian daripada
.

kumpulan pelajar
Gambar 1: Taklimat kepada kumpulan sasaran pelajar

Fasa 2: Pembentangan
Langkah 1: Sesi pembentangan dilaksanakan secara berfasa yakni di sudut

speaker corner , pada waktu rehat (dalam masa 10 minit). Juga di
kawasan yang berkenaan/terpilih. Setiap kumpulan akan
membentang pada hari berbeza Isnin hingga Khamis (pada waktu
rehat) dan ada kumpulan pada pelaksanaan waktu hari
kokurikulum (Rabu).

Tajuk: Pastel pot flower. Tajuk: Mural Kebangsaan

Tajuk: Sabun organik beraromaterapi. Tajuk: Kuntum hiasan daripada botol
mineral.

Gambar 2: Sesi pembentangan kepada kumpulan penilai.

Fasa 3 : Penilaian
Langkah 1: Kumpulan penilai dibentuk daripada Jawatankuasa SERASI dan guru.
Langkah 2: Penilaian dibuat berdasarkan hasil produk dan kemahiran 4C sampel

sepanjang pelaksanaan projek.
Langkah 3: Penganugerahan Sijil Penghargaan Aku Smart Sekolah Hebat bagi

semua kumpulan yang berjaya dan sumbangan hamper.

Kumpulan Pastel Pot Flower Kumpulan Kuntum Hiasan Dinding

Kumpulan Mural Kebangsaan Kumpulan Sabun organik beraromaterapi.

Gambar 3: Sesi penghargaan kepada setiap kumpulan.

Bagi memastikan program ini memberi impak terhadap kemahiran 4C dan
perubahan sikap pelajar terhadap sekolah sebagai rakan alam sekitar, kami telah
menjalankan soal selidik ringkas untuk mendapatkan maklum balas sampel
terhadap keberkesanan program.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam membincangkan hasil dapatan kajian, kami akan menggunakan data
kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang
diajukan kepada 20 pelajar sebagai sampel kajian dan mereka diminta menjawab Ya
atau Tidak bagi setiap pernyataan yang diberikan mengikut kategori 3C. Data hasil
soal selidik telah dianalisis dan digunakan untuk menentukan sama ada dua
objektif kajian tercapai atau sebaliknya.

Berdasarkan kajian ini, objektif pertama iaitu mencetuskan kemahiran 4C dalam
kalangan pelajar melalui program ‘Aku Smart Sekolah Hebat’ tercapai. Dapatan
kajian kuantitatif dilaporkan menggunakan peratus berdasarkan tiga aspek tumpuan
kajian iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking) dan kolaboratif
(collaborative) seperti jadual di bawah. Manakala aspek C terakhir iaitu komunikasi
(communication) akan dinilai melalui data kualitatif berdasarkan data pemerhatian.

Jadual 1: Dapatan Item Soal Selidik Berkaitan Elemen 3C

BIL ITEM BIL YA BIL TIDAK

A. Kreativiti (creativity) 20 0
17 3
A1 Kami berbincang sebelum menetapkan produk yang ingin 16 4
dihasilkan
14 6
A2 Setiap ahli kumpulan kami akan memberi pandangan 19 1
masing-masing untuk menghasilkan produk

A3 Kami menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan
produk kami

B. Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

B1 Kami telah merancang dengan teliti sebelum memulakan
kerja-kerja menghasilkan produk pilihan

B2 Kami mempunyai alasan tersendiri mengapa kami
memilih produk tersebut

B3 Kami juga menerima pandangan rakan rakan lain 20 0
sebelum memulakan pelaksanaan projek kami
17 3
C. Kolaboratif (Collaborative) 16 4
17 3
C1 Setiap ahli diagihkan tugas masing masing berdasarkan 176 24
keupayaan ahli

C2 Kami bersama-sama menyiapkan projek ini

C3 Setiap ahli memberi sumbangan masing-masing dalam
menjayakan projek ini
JUMLAH

Selain dari data kuantitatif, kajian ini juga menggunakan data kualitatif melaui
kaedah pemerhatian dan analisis dokumen (gambar) bagi menghuraikan objektif
kajian pertama. Data pemerhatian dibuat semasa kumpulan mengadakan sesi
perbincangan untuk menentukan pemilihan produk dan proses menghasilkan
produk. Melalui data pemerhatian, melalui instrumen catatan lapangan menunjukkan
sampel dalam kumpulan mempunyai sikap saling berkerjasama dan berbincang
untuk membuat keputusan berkaitan produk yang ingin dihasilkan. Data ini
menyokong hasil data kuantitatif di atas. Dalam situasi perbincangan ini mula
mencetuskan kemahiran kritikal iaitu kemahiran menjana idea. Sebelum membuat
keputusan, ahli bersama membincangkan kepentingan dan impaknya produk yang
mereka pilih.

Bergotong-royong menyediakan hasil
setelah kata sepakat diperolehi.

Hasil perbincangan, kumpulan ini
memanfaatkan tunggul pokok sebagai
percubaan produk kuntum hiasan mereka.

Perbincangan berlangsung terlebih dahulu
sebelum bersetuju melaksanakan projek
dengan bantuan guru pembimbing.
Gambar 4: Sesi perbincangan dan proses pelaksanaan projek

Selain itu, sampel kajian juga menunjukkan kemahiran berkomunikasi dengan
membentangkan hasil produk dan mempromosikan dengan rakan sekolah melalui
aktiviti pembentangan. Melalui siri pembentangan ini juga dapat mencetuskan
kemahiran berfikir secara kritikal kerana mereka perlu berkeyakinan untuk
mempromosikan produk mereka dengan menghuraikan kehebatan produk mereka.

Pelajar bergilir membuat pembentangan.

Pengagihan tugas yang jelas, ada pelajar
membentang, manakala pelajar lain
membuat demonstrasi menghasilkan
produk.
Gambar 5: Sesi Pembentangan
Objektif kedua iaitu mengadakan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah
yang ceria. Berdasarkan analisis data kuantitatif iaitu soal selidik item A3
menunjukkan kemampuan sampel menggunakan bahan buangan untuk
menghasilkan produk pilihan mereka untuk menceriakan sekolah. Melalui data
pemerhatian juga telah membuktikan bahawa sampel kajian berjaya menghasilkan
pelbagai produk antaranya bunga hiasan dinding daripada botol mineral yang
telah digunakan, sabun daripada bahan organik, pasu bunga dan sebagainya.
(Rujuk gambar di bawah).

Pastel pot flower Sabun organik beraromaterapi

Kuntum hiasan dinding

Mural Kebangsaan

Gambar 6: Hasil produk setiap kumpulan

8.0 RUMUSAN

Maka dengan demikian, objektif yang telah ditetapkan awal telah dapat dicapai.
Penglibatan pelajar secara hands on untuk projek yang dilaksanakan, memang
benar-benar dapat memberi pengalaman yang sangat menarik, dan tentunya
menyeronokkan mereka menimba ilmu dan pengetahuan berbanding di dalam
kelas. Malah, selain kemahiran 4C, para pelajar juga akan memperolehi
pelbagai kemahiran soft skills sebagai nilai tambah yang kurang diperolehi
melalui pdpc di dalam kelas khasnya untuk kategori kelas aras sederhana dan

aras lemah ini. Contohnya nilai bertanggungjawab, yakin diri, bantu-membantu
dan sebagainya.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai langkah seterusnya, dicadangkan untuk program sebegini diberi ruang
yang lebih daripada pihak pentadbir sekolah agar perkara ini dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Contohnya melalui penglibatan daripada unit
Kokurikulum mahupun dalam unit Hal Ehwal Murid (HEM). Di dalam unit
Kurikulum, selain digunakan sebagai alternatif kedua , selain PdPc di dalam
kelas, JK Kurikulum juga boleh menggunakan panitia untuk menghasilkan PLC
yang menjadikan aktiviti luar bilik darjah sebagai modusnya.

RUJUKAN

Jabatan Perdana Menteri. (2017). Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020.
Putrajaya. Retrieved from http://www.epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-
kesebelas-2016-2020

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1998). The action research planner. Geelong,
Australia: Deakin University Press.

Partnership for 21st Century Skills. (2011). Framework for the 21st century learning.
Retrieved April 3, 2015, from http://www.p21.org/our-work/p21-framework

Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century sudents for a global society.
Washington, DC: National Education Association. Retrieved from
http://www.nea.org/assets/docs/A-Guide-to-Four-Cs.pdf


Click to View FlipBook Version