The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bungaputeri13, 2020-03-31 02:15:21

KASTu2S_SEBAGAI_TEKNIK_MENGUASAI

KASTu2S_SEBAGAI_TEKNIK_MENGUASAI

KASTu2S SEBAGAI TEKNIK
MENGUASAI KERTAS 3 SEJARAH SPM

ROSNI BINTI RUDDIN

2019

Kajian Tindakan ini memberi fokus untuk menilai keberkesanan
kaedah yang menggunakan akronim KASTu2S sebagai teknik
menguasai dengan baik tugasan spesifik dalam Kertas 3 Sejarah.
Akronim ini merujuk kepada langkah-langkah [ada 6 langkah] yang
perlu diikuti oleh pelajar pada saat mereka memperolehi kertas
tugasan spesifik semasa ujian/peperiksaan dijalankan.

SEKOLAH MENENGAH HOLY
TRINITY TAWAU SABAH

PETI SURAT 60918, 91019 TAWAU
[email protected]

KASTu2S SEBAGAI TEKNIK MENGUASAI KERTAS 3 SEJARAH SPM

Abstrak

Kajian Tindakan ini memberi fokus untuk menilai keberkesanan kaedah yang menggunakan
akronim KASTu2S sebagai teknik menguasai dengan baik tugasan spesifik dalam Kertas 3
Sejarah. Akronim ini merujuk kepada langkah-langkah [ada 6 langkah] yang perlu diikuti oleh
pelajar pada saat mereka memperolehi kertas tugasan spesifik semasa ujian/peperiksaan
dijalankan. Kertas 3 adalah salah satu komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Sejarah di
peringkat SPM di samping Kertas 1 dan Kertas 2. Walaupun pemberatan kertas ini hanya 20
peratus daripada markah keseluruhan mata pelajaran Sejarah, namun statusnya sebagai ujian
buku terbuka [open book test], maka sebaiknya dimanfaatkan oleh pelajar demi memperoleh
markah yang lebih baik untuk keseluruhan dalam mata pelajaran Sejarah. Bagi kategori pelajar
lemah, status terbuka kertas ini pasti dapat membantu untuk mereka sekurang-kurangnya
memperolehi markah yang paling minima untuk lulus Sejarah khususnya di peringkat SPM kelak.
Manakala untuk kategori pelajar cemerlang dan sederhana, ia akan menjadi bonus untuk
memperolehi markah yang lebih baik. Kajian ini melibatkan 88 orang yang masing-masing dari
setiap tingkatan lima yang diajar pada tahun 2019 di SM Holy Trinity, Tawau yakni 23 orang
daripada 5 Lily, 33 orang daripada 5 Carnation dan 32 orang daripada 5 Ixora. Jangkamasa kajian
dijalankan dalam tempoh bulan Mac – Oktober 2019 yakni melibatkan fasa sebelum dan selepas
menduduki peperiksaan. Markah mentah dalam Ujian Mac dijadikan sebagai TOV atau pra kajian
untuk kemudian dibandingkan dengan prestasi pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Peperiksaan Percubaan SPM sebagai post kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa
penggunaan akronim KASTu2S telah berjaya membantu pelajar dalam meningkatkan markah
dalam Kertas 3 seterusnya memberi kesan yang sangat baik kepada keseluruhan markah Sejarah
mereka.

1

REFLEKSI

Saya telah mengajar Kertas 3 Sejarah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013,
bersempena subjek Sejarah wajib lulus dalam SPM. Dalam pemerhatian dan
pengalaman saya, ramai pelajar tidak memperolehi gred yang baik, malah
ada pelajar yang malang, tidak layak mendapat Sijil SPM disebabkan gagal
dalam mata pelajaran ini.

Saya mendapati ramai pelajar tidak memperolei markah yang baik atau
dapat memanfaatkan kelebihan Kertas 3 kerana mereka masih kurang
menguasai teknik menjawab dan kemahiran khusus yang diperlukan. Pecahan
kertas daripada sebelumnya dua kertas menjadi tiga kertas juga telah
menyulitkan pelajar untuk menguasai ketiga-tiga kertas dengan baik khususnya
Kertas 3, kerana sifatnya yang sangat baharu yakni bentuk tugasan ‘open book-
test’. Walaupun pelajar boleh membuat rujukan dengan mana-mana bahan yang
disediakan awal sebelum peperiksaan berlangsung tetapi pelajar seolah-olah
tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.
Ini terbukti, setiap kali keputusan peperiksaan/ujian diumumkan prestasi pelajar
kurang memberangsangkan.

Daripada pihak guru pula, pedagogi sebelum ini hanya menumpukan
kepada kemahiran menguasai dua kertas sahaja yakni kertas objektif dan kertas
struktur dan esei sahaja. Tetapi kini, terpaksa meluangkan masa yang lebih
untuk memahirkan pelajar dengan bentuk dan sifat kertas 3 yang serba baharu.
Sepatutnya, status kertas 3 sebagai ‘open book test’ harus dilihat sebagai
pembantu atau menjadi nilai tambah kepada pemerolehan gred yang bagus
untuk mata pelajaran ini tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Fenomena ini
tidak bertepatan dengan tujuan pengenalan Kertas 3 kerana, sepatutnya selain
untuk menyediakan para pelajar dengan budaya berfikir secara kreatif dan kritis,
kertas ini juga sepatutnya boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sifatnya
berbentuk ujian bentuk terbuka [open book test]. Hanya pelajar yang benar-benar
bijak dan cemerlang yang dapat menguasai kertas ini.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak mahir
menjawab tugasan spesifik dalam Kertas 3 melalui kaedah akronim KASTu2S.
Secara amnya, pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi pelajar kelas 5 Lily, 5
Carnation dan 5 Ixora sejak mereka di Tingkatan Empat lagi memang kurang
memberangsangkan. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat daripada ketiga-
tiga kertas dalam matapelajaran ini, wajar kelebihan Kertas 3 sebagai open book
test dimaksimakan fungsinya, iaitu sebagai bonus tambahan kepada pelajar
untuk mudah mencapai gred yang baik berbanding Kertas 1 dan Kertas 2 yang
diadakan secara ujian tertutup/hafalan. .

2

Pengkaji mendapati kelemahan pelajar masih ketara dalam bab
mengkelaskan jawapan yang mana harus berpandukan buku teks dan
buku/bahan rujukan semasa menjawab soalan khusus/ tugasan spesifik.
Akibatnya, jawapan pelajar sering bercampur-aduk antara fakta dan huraian, tidak
relevan, dan tidak menjawab mengikut kehendak soalan. Hal ini menyebabkan
pelajar gagal memperolehi markah yang baik untuk kertas ini. Seterunya, pelajar
tidak dapat menggunakan peruntukan masa 3 jam bagi menjawab Kertas 3
dengan sebaiknya, kerana pelajar banyak membuang masa membelek bahan
dan buku untuk memilih-milih jawapan tanpa menyedari masa yang diperuntukkan
berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Maka demikian, kaedah KASTu2S ini
dibentuk sedemikian rupa untuk mengatasi dua permasalahan yang disebutkan di
atas.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini ialah meningkatkan bilangan pelajar yang
memperolehi gred mata pelajaran cemerlang dalam matapelajaran Sejarah
melalui pemerkasaan Kertas 3.
Manakala objektif khusus kajian ini ialah
I – Melazimkan pelajar dengan kaedah akronim KASTu2S sebagai kaedah
sistematik untuk menguasai Kertas 3 dengan cemerlang.
II – Meningkatkan bilangan pelajar pelbagai aras memperolehi markah
cemerlang untuk Kertas 3 dalam matapelajaran Sejarah.

KUMPULAN SASARAN
Seramai 88 orang pelajar yang masing-masing terdiri pelajar Tingkatan 5 Lily [23
orang], Tingkatan 5 Carnation [33 orang] dan Tingkatan 5 Ixora [32 orang] Mereka
terdiri daripada 3 aras yakni aras baik, sederhana dan lemah.

3

TINJAUAN AWAL

Maklumat mengenai kelemahan dan kekurangan pelajar khusus Kertas 3
diperolehi melalui analisis prestasi yang ditunjukkan dalam keputusan Peperiksaan
Akhir Tingkatan Empat yang dijalani pada tahun sebelumnya (2018). Selain itu,
pengkaji juga memperolehi maklumat daripada temubual secara rawak kepada
individu pelajar yang berprestasi sederhana dan lemah.

Daripada keputusan peperiksaan akhir tahun kelompok sasaran pelajar,
mendapati bahawa hampir 60% - 80% memperolehi markah mentah Kertas 3
dibawah gred cemerlang (kurang 16 daripada 20 markah keseluruhan atau kurang
80%). Prestasi ini kurang memberangsangkan walhal Kertas 3 adalah open book
test. Dapatan tersebut lebih jelas melalui jadual di bawah.

BIL TINGKATAN JUMLAH JUMLAH (%)
PELAJAR
1 4 Lily 60.86%
2 4 Carnation 14/23 63.63%
3 4 Ixora 21/33 84.37%
27/32

Manakala hasil temubual secara rawak yang diadakan kepada individu
pelajar kategori lemah dan sederhana, hampir keseluruhan jawapan mereka
mengatakan bahawa walaupun Kertas 3 berbentuk open book test namun ia
menjadi sukar kerana rata-rata mereka tidak dapat mengenalpasti dengan baik
isi/fakta yang perlu disalin sebagai jawapan. Selain itu, mereka menyatakan juga
bahawa terlalu banyak perkara yang perlu ditulis dalam tempoh 3 jam. Agihan
masa yang tidak sistematik menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan
tugasan spesifik Kertas 3 dengan baik. Jadual di bawah adalah yang berkaitan:

BILANGAN 5 Lily [7 orang] Sejarah
PELAJAR 5 Carnation [12 orang]
5 Ixora [15 orang]
YANG TERLIBAT Apa pendapat anda tentang prestasi anda dalam
SOALAN khususnya Kertas 3?
Kenapakah demikian? Boleh jelaskan?
TEMUBUAL

4

PELAKSANAAN PROGRAM

Teknik KASTu2S dijalankan dalam tiga fasa:
FASA 1: Taklimat dan hebahan teknik kepada kumpulan sasaran.

Pengkaji mengadakan taklimat tentang teknik KASTu2S kepada setiap kelas
sasaran dan diadakan semasa pdpc Sejarah di kelas berkenaan. Taklimat ini
meliputi maksud akronim KASTu2S, dan bagaimana ia diaplikasikan oleh pelajar.
KASTu2S merujuk kepada 6 langkah yang perlu diikuti oleh setiap pelajar saat
mereka menjawab soalan tugasan spesifik semasa peperiksaan dijalankan.
Maksud akronim KASTu2S adalah seperti berikut:

Langkah 1 KenaIpasti Kenalpasti BERAPA BILANGAN SOALAN,
dan KIRA PERUNTUKAN MARKAH bagi
Langkah 2 Analisis setiap soalan untuk kenalpasti nombor soalan
Langkah 3 Sesuaikan yang perlu jawapan daripada buku teks dan
Langkah 4 TUlis buku rujukan.
Langkah 5 Semak Analisis hasil kenalpasti melalui kata kunci
Langkah 6 Senyum soalan dan fahami kehendak soalan; soalan
langsung dan soalan bentuk KBAT terbuka.
Sesuaikan jawapan dari bahagian mana
yang perlu untuk menjawab setiap soalan
yang telah dianalisis tadi.
Setelah tetap dan pasti, boleh mula TULIS;
panjang dan pendeknya bergantung dengan
jumlah markah yang diperuntukkan.
Setelah selesai, boleh SEMAK, semua soalan
sudah dijawab, mengikut kehendak soalan
dan tips teknikal yang telah dikuasai.
Setelah selesai, boleh SENYUM, yakin
bahawa telah menjawab dengan baik dan
mantap.

Semasa taklimat diadakan, pengkaji mengaitkan bagaimana kaedah ini digunakan
secara berkesan melalui organisasi tugasan spesifik Kertas 3 SPM seperti yang
ditunjukkan di bawah.

ORGANISASI SOALAN DALAM ANALISIS
TUGASAN SPESIFIK
Bilangan Soalan 8 – 9 soalan
Soalan Buku Teks No. 1 – 5
[Peruntukan markah]
Soalan KBKK/KBAT [1 – 60 markah]
No. 6 – 7
Soalan Cabaran/Langkah
[20 markah]
No. 7 @ 8
[10 markah]

5

Nilai / Iktibar No. 8
Kesimpulan [5 @ 10 markah]

No. 9
[5 markah]

Melalui analisis terhadap organisasi soalan tugasan spesifik ini, pelajar akan
dapat menyesuaikan penggunaan KASTu2S tersebut dengan baik kerana setiap
bahagian telah ditunjukkan anggaran peruntukan markah berserta dengan nombor
soalan yang berkaitan.

Lampiran 1: Sesi taklimat kepada kelas sasaran (5 Ixora)

Lampiran 2: Antara isi kandungan slaid yang ditayangkan kepada kelas

sasaran.

FASA 2: Pendedahan teknik kepada pelajar melalui kaedah tunjuk cara.

Setiap langkah [6 langkah] kemudian didedahkan kepada pelajar melalui kaedah
tunjuk cara. Satu persatu langkah diterangkan oleh pengkaji di hadapan kelas
dengan menggunakan ABM yang berkaitan iaitu:

6

 Buku Teks [tumpu bab dalam tema umum]
 Set soalan tugasan spesifik
 Bahan rujukan lain [majalah, buletin Sejarah, bahan fotostat]
Kemudian secara rawak meminta beberapa pelajar secara individu membuat
tunjukcara untuk mengenalpasti sejauhmana mereka faham akan kepenggunaan
akronim KASTu2S ini. Kaedah ini berkesan, kerana ramai pelajar lebih faham
gaya bahasa yang disampaikan oleh rakan mereka sendiri, dan dengan
melakukan sendiri, kefahaman yang diperolehi lebih jitu dan menyakinkan.

FASA 3: Aplikasi teknik melalui siri simulasi sebagai calon dan pemeriksa.
Fasa terakhir pelaksanaan kajian ialah dengan membuat simulasi terhadap
semua pelajar sasaran yakni sebagai simulasi sebagai calon peperiksaan dan
sebagai pemeriksa. Tujuan simulasi ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar
telah benar-benar faham akan penggunaan kaedah akronim dengan sangat baik.
Simulasi diadakan pada minggu terakhir sebelum mereka menjalani peperiksaan
Kertas 3 dalam setiap kali ujian diadakan agar keyakinan, ingatan dan pelaziman
dapat dibentuk dengan baik. Setiap kali mereka selesai melakukan simulasi, sama
ada sebagai calon mahupun sebagai pemeriksa, pengkaji akan membincangkan
kelemahan dan kekuatan bagi individu yang terpilih. Individu terpilih adalah
individu yang berprestasi rendah dan belum mencapai standard yang ditetapkan
dan individu yang berprestasi cemerlang. Tujuannya agar pelajar lain dapat
mengambil iktibar dan melaksanakan kekuatan dan menghindarkan kelemahan
yang telah dibincangkan.

7

Lampiran 3: Beberapa siri simulasi dilaksanakan kepada pelajar sebelum
mereka menduduki peperiksaan sebenar.

PENILAIAN/HASIL KAJIAN TINDAKAN

Selepas kajian dijalankan, pelajar telah menunjukkan perubahan sikap apabila
prestasi mereka semakin baik berbanding sebelum ini. Secara umumnya,
bilangan pelajar yang memperolehi markah 15 dan ke bawah dalam setiap
peperiksaan/ujian telah mengalami penurunan peratus. Ini bermaksud, semakin
ramai pelajar yang memperolehi markah mentah Kertas 3 lebih daripada 16 dan
ke atas. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah KASTu2S dengan betul,
telah berjaya membantu pelajar untuk memperolehi markah yang baik khusus
dalam Kertas 3 seterusnya dapat membantu prestasi keseluruhan Subjek Sejarah
itu sendiri.

Melalui jadual di bawah, contohnya kelas 5 Lily sebagai kelas aras baik,
menunjukkan peratus penurunan yang sangat baik yakni pada Ujian Mac,
sebanyak 43% ataupun 10 orang memperolehi markah 15 dan ke bawah, tetapi
menurun menjadi 13% iaitu 3 orang sahaja dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun. Manakala pada Peperiksaan Percubaan, semua pelajar dalam Kelas 5 Lily
telah mencapai 100% markah di atas 16 yakni cemerlang untuk Kertas 3. Ini
membuktikan bahawa jika kaedah akronim KASTu2S dapat digunakan dengan
betul, ia dapat membantu pelajar memperolehi markah yang baik dalam Kertas 3
seterusnya membantu keseluruhan prestasi Sejarah amnya. Perbandingan ini
jelas dilihat melalui jadual di bawah:

Jadual 1 : Analisis Ujian Pra dan perbandingan dengan dua Ujian Pos.

KELAS UJIAN UJIAN BEZA UJIAN BEZA JUMLAH
POS 2 PELAJAR
PRA POS 1 30% -
36% - 14% 23
5 LILY TURUN 3403%%HKJS303103%%30 39% 13% 17% 33
32 org 25% 13 org 32
5 CARNATION 63% 27% 12 org 88

5 IXORA 81% 42%

JUMLAH BESAR 57 org 25 org

8

Graf perbandingan di bawah jelas memperlihatkan perbezaan antara hasil
ujian pra dan dua ujian pos.

HASIL UJIAN PRA DAN DUA UJIAN

POS KERTAS 3 SEJARAH

70

60

50
40 BIL PELAJAR PERATUS

30

20

10

0 UJIAN POS 1 UJIAN POS 2
UJIAN PRA

Rajah 1 : Carta Bar perbandingan ujian pra dan dua ujian pos

PERBINCANGAN

Hasil analisis data telah menunjukan bahawa semua pelajar yang menjalani kajian
ini telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi kertas 3 mereka masing-
masing. Pendedahan kaedah menggunakan akronim KASTu2S telah memberi
mereka kemahiran untuk menjawab setiap tugasan spesifik dalam Kertas 3
dengan lebih sistematik dan teratur. Mereka dapat mengenalpasti setiap
keperluan dari segi teknikal tugasan tersebut.

Maka dengan itu, keputusan pelajar untuk mata pelajaran Sejarah secara
keseluruhan juga telah menunjukkan peningkatan hasil prestasi Kertas 3 ini.
Pelajar aras lemah dan sederhana khususnya telah dapat keyakinan untuk
mendapatkan markah dan gred yang lebih baik kerana telah menguasai cara
yang betul untuk menjawab Kertas 3.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini, khasnya untuk
kategori pelajar lemah yang mempunyai masalah sikap dan sering ponteng
sekolah. Intervensi dan pelaziman melalui siri simulasi tidak sepenuhnya dapat
dilalui kerana ketidakhadiran mereka ke sekolah dan tiada keiltizaman untuk
mengikuti setiap langkah dengan tekun dan cermat. Kejayaan kaedah ini terletak

9

pada siri simulasi, kerana melaluinya pelajar akan membiasakan diri dengan
langkah-langkah yang perlu diikuti dengan sistematik semasa mereka menduduki
peperiksaan.
Dapatan-dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada keseluruhan imej
matapelajaran Sejarah khasnya kepada pelajar kategori lemah yang sebelum ini
sering menganggap mereka tidak mampu menjawab dengan baik Kertas 3
seterusnya lulus dalam mata pelajaran ini.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi menjadikan hasil kajian ini lebih praktikal, pengkaji bercadang untuk
menterjemahkan akronim KASTu2S dalam bentuk origami. Mengapa origami?
Selain rupa bentuknya yang menarik, setiap langkah dalam KASTu2S akan
dimaujudkan agar pelajar akan mudah ingat setiap langkah KASTu2S tadi. Ini
akan memudahkan pelajar lebih memahami setiap langkah dan akan dapat
menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan. Setelah lengkap, akan
disebarluaskan penggunaannya kepada kelompok pelajar yang akan menduduki
SPM tahun hadapan [Tahun 2020].

RUJUKAN
1. Alias Puteh (1999). Kajian Tindakan Di Sekolah: Definisi, Proses dan
Cabaran.
2. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008), Koleksi
Pelaporan Kajian Tindakan: Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah.
3. SMK Bandaraya, Kota Kinabalu (2010). Koleksi Kajian Tindakan Jilid 2.

10

LAMPIRAN

PANDUAN AM KERTAS 3 SPM SEJARAH untuk TAHUN SPM 2019
[Oleh Cikgu Rosni Ruddin]

PERKARA ANALISIS
TABURAN BAB, BENTUK DAN BILANGAN SOALAN SEJARAH KERTAS 3 SPM SEJAK TAHUN 2013

TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Tema Umum T5B9 T5B7 T5B2 T5B9 T5B1 T5B8 ?
Bilangan Soalan ?
Soalan Buku Teks 9 9 9 9 9 8 ?
[Peruntukan markah] No.1-4 No.1-3 No.1-4 No.1-4 No.1-5 No.1-2
[60m] [50m] [60m] [55m] [65m] [45m] ?
Soalan KBKK/KBAT
No.5 [10m] No.4 [10m] No.5 [10m] No.5 [10m] No.6 [10m] No.3 [10m] ?
Soalan Cabaran/Langkah No.6 [10m] No.5 [10m] No.6 [10m] No.4 [10m] ?
No.7 [10m] No.6 [10m] No.7 [10m] ?
Nilai / Iktibar No.7 [10m] No.6 [10m] No.7 [10m] No.5 [10m]
No.7 [10m] TIADA No.8 [10m] No.8 [10m] No.6 [10m]
Kesimpulan No.8 [5m] No.8 [5m] *Iktibar No.7 [10m]
*Nilai & Iktibar No.8 [5m] *Iktibar No.9 [5m]
*Iktibar *Iktibar No.9 [5m] *Iktibar
No.9 [5m] No.9 [5m] No.9 [5m] *Pengetahua *Pengetahuan No. 8 [5m]
*Pengetahuan *Pengetahuan *Pengetahuan *Nilai *Rumusan
*Nilai & Unsur n
*Iktibar *Nilai / patriotisme *Nilai Patriotisme umum
*Harapan *Patriotisme Patriotisme *Harapan
*Harapan
*Harapan

11

12


Click to View FlipBook Version