PPEEMMBBEENNTTUUKKAANN KATABBAAHHAARRUU DAN ISUKKEESSAALLAAHHAANNBBAAHHAASSAA DALAM BBAAHHAASSAAMMEELLAAYYUU BMMB 3203
Rafie Bin Ismail Nik Nuzul Aifaa Nur Anis Alia ahli kumpulan
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya kami dapat menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Anua Bin Haris selaku pensyarah subjek Morfologi Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sekian, terima kasih PENGHARGAAN En. Anua bin Haris
Linkname: Pembentukan kata baharu Brief Description
Linguistik merupakan bidang yang memainkan peranan penting dalam bahasa Melayu ekoran ia menjalankan kajian saintifik mengenai bahasa. Dalam bidang Morfologi, proses pembentukan kata merupakan elemen yang menarik untuk diteliti kerana bidang ini mengkaji mengenai unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan. Namun begitu, penulisan ini akan berfokuskan kepada proses pembentukan kata baharu. Hal ini kerana, saban hari kemasukan perkataan baharu sering berlaku ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Kemasukan perkataan ini berlaku selaras dengan perkembangan tamadun masyarakat pada masa kini yang memerlukan perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkannya. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) perkataan-perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan untuk mendukung sesuatu perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Tambahan itu peristilahan ini juga merupakan satu usaha berterusan untuk membentuk perkataan bagi mengungkap konsep, idea , proses , dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam sesuatu bahasa ( Abdullah Hassan, 2006). Oleh itu, berdasarkan pendapat yang dikemukan oleh tokoh-tokoh bahasa ini, maka jelaslah bahawa pembentukan kata baharu dihasilkan bagi menjenamakan sesuatu perkara yang pada dasarnya belum diadaptasikan dalam sesuatu bahasa. Pengenalanpembentukankatabaharu
Secara amnya, pembentukan kata baharu ini dapat dilihat melalui proses pengimbuhan asing dan proses pinjaman terus. Menurut Faridah Nazir (2015) imbuhan asing dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan asal penggunaannya , iaitu imbuhan Sanskrit, Imbuhan Arab-Parsi dan juga imbuhan Latin-Inggeris. Disamping itu, proses pinjaman terus pula ialah bentuk dan sebutan kata asing disesuaikan dalam bahasa Melayu . Sebagai contoh, perkataan character menjadi karakter apabila disesuaikan dalam bahasa Melayu. Namun begitu, menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) perkataan-perkataan baharu umumnya melalui dua proses utama iatu penggunaan popular dan perancangan bahasa yang rasmi. Akhir sekali, dari sudut pandangan segelintir ahli bahasa, proses pembentukan kata baharu ini berupaya dalam memperkaya bahasa Melayu, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi ekoran banyak kata misalnya seperi bahasa Inggeris, Perancis,Jerman dan Rusia diserap masuk (Hasnah Mohamad, 2017). Oleh itu, penguasaan yang tinggi terhadap proses pembentukan kata baharu ini memainkan peranan penting bagi memastikan seseorang individu dapat mengaplikasikannya dengan tepat seperti yang telah digariskan.
BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Huruf Simbol fonetik a [a] e (pepet) [ə] e taling [e] i [i] o [o] u [u] Dalam bahasa Melayu, terdapat 24 bunyi bahasa asli yang terdiri daripada 6 vokal dan 18 konsonan. Jadual 1 : Simbol Vokal Bahasa Melayu
Huruf Simbol fonetik b [b] c [c] d [d] f [f] g [g] gh [ɣ] h [h] j [j] k [k] kh [x] Jadual 2 : Simbol dan fonem konsonan Bahasa Melayu
Huruf Simbol fonetik l [l] m [m] n [n] ng [ɳ] ny [ɲ] p [p] q [q] r [r] s [s] t [t] Jadual 2 : Simbol dan fonem konsonan Bahasa Melayu v [v] w [w] z [z]
vokalasli Vokal depan [i] = ( itik, sira, kari) Vokal separuh sempit [e] = (enak, lepak, sate ) Vokal depan separuh luas [ɛ]= ( elok, dalam dialek kedah ) Vokal depan luas [a] = (aku, padi, bila) 1.Vokal Depan
vokalasli Vokal belakang sempit [u] = ( ulam, duka, buta) Vokal belakang separuh sempit [o] = (ombak, sorak, soto ) Vokal belakang separuh luas [ɔ] = ( borak ) Vokal belakang luas [a] = (gula , iaitu gulai dalam dialek sungai perak ) 2. Vokal belakang 3. vokal tengah Vokal tengah [ə] = (emak, lebah)
Bunyiasli bahasamelayu Konsonan Letupan Bibir = p , b Konsonan Letupan Gusi = t , d Konsonan Letupan Lelangit lembut = k, g Konsonan sengauan bibir = m Konsonan sengauan gusi = n Konsonan sengauan = ny Konsonan sengauan = ng konsonan letupan Konsonan Letusan lelangit keras= c, j konsonan letusan konsonan sengauan
Bunyiasli bahasamelayu Konsonan sisipan gusi = l konsonan geseran Konsonan getaran gusi = r konsonan getaran konsonan sisipan konsonan separuh vokal Konsonan separuh vokal bibir = w Konsonan separuh vokal lelangit keras = y Konsonan geseran gusi = s Konsonan geseran glotis = h
DIFTONG Huruf Simbol fonetik ai [ai] au [au] oi [oi] Menurut Faridah Nazir (2015) diftong merupakan huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan . Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, yakni : Jadual 3 : Simbol Diftong Bahasa Melayu Jadual 4 : Keratan Rentas lidah Bagi Membunyikan Diftong
contohnya : aidilfitri, baiduri, gulai contohnya : amboi,boikot, kaloi Diftong ai contohnya : aurat, saudara, pulau Diftong au Diftong oi DIFTONG
Imbuhanyunani-latin-Inggeris Imbuhan ini merupakan imbuhan pinjaman yang produktif yakni imbuhan yang dapat berupaya untuk berkembang dengan banyak ekoran daripada pengaruh zaman penjajahan serta sifat bahasa Eropah yang menguasai teknologi dunia.
-man -nita -wati -wan Akhiran IMBUHAN DARIPADA bahasa SANSKRIT MahaTataPraSwaTunaEkaDwiTriPancaAWALAN
Imbuhanawalan Imbuhan awalan merupakan imbuhan yang diletakkan pada awal sesuatu kata dasar.
Imbuhanawalanbahasasanskrit Imbuhan awalan maha- berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata adjektif dan kata, ia juga membawa pengertian paling atau tahap teragung atau esa. Bagi gabungan maha + kata adjektif ia hendaklah dieja secara berasingan. maha + guru = mahaguru maha + mulia = maha mulia imbuhan awalan pra- ini pula berfungsi untuk menerbitkan kata nama untuk membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutnya. pra + sekolah = prasekolah mahaImbuhan awalan tata- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang membawa maksud sesuatu susunan atau peraturan tertentu. tata + bahasa = tatabahasa tatapra-
ImbuhanAkhiranbahasasanskrit Imbuhan akhiran bahasa Sanskrit terdiri daripada empat iaitu -wan, -man, -wati serta -nita. Imbuhan akhiran ini mendukung makna pelaku sesuatu perbuatan atau pemilik. juta + wan = jutawan rupa + wan = rupawan bidua + nita = biduanita olahraga + wati = olahragawati
Imbuhanyunani-latin-Inggeris Imbuhan ini merupakan imbuhan pinjaman yang produktif yakni imbuhan yang dapat berupaya untuk berkembang dengan banyak ekoran daripada pengaruh zaman penjajahan serta sifat bahasa Eropah yang menguasai teknologi dunia.
-isme -ik -si -al -is Akhiran Imbuhan yunani - latin -Inggeris ProAntiPoliAuto SubSupraHeteroHeksaHidroHomoAWALAN HiperInfraInterIntraIsoKiloMakroMeta MikroMiliTeleMulti NeoNeuroOrtoOksiPaleoParaPentaPeri-
Contoh Imbuhanawalan bahasayunani-latin-inggeris Imbuhan awalan prodigunakan dalam keadaan yang mana ia menunjukkan sebagai tanda setuju, memihak serta menyebelahi sesuatu pihak. pro+ Islam = proislam imbuhan awalan polimembawa maksud banyak. poli + teknik= politeknik ProImbuhan awalan anti- digunakan untuk menerangkan sifat menentang, membantah atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Imbuhan ini akan disisipkan dengan tanda sempang sekiranya digabungkan dengan kata nama khas. anti+ Israel = Anti-Israel anti+ kerajaan= antikerajaan AntiPoli-
Imbuhan awalan autodigunakan apabila perkara tersebut membawa maksud secara sendirian. auto+ matik= automatik AutoImbuhan awalan submerupakan imbuhan awalan yang membawa makna sebahagian daripada keseluruhan. sub + topik= subtopik Subimbuhan awalan supra- bererti imbuhan yang membawa makna melebihi, merentasi, atau mengatasi. supra+ kelas= suprakelas Supra-
Imbuhan AkhiranBAHASA YUNANI-LATIN-INGGERIS linguistik praktikal potensi praktis nasionalisme Imbuhan akhiran bahasa Yunani-Latin-Inggeris ini tidak terserap sepenuhnya lagi dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, makanisme (makan). Hal ini kerana, sebahagian besar imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhannya ke dalam bahasa Melayu. Berikut merupakan contoh-contoh perkataannya:
ImbuhanArab-Parsi Imbuhan ini digunakan dalam bahasa Melayu melalui kedatangan Islam ke alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam bidang perdagangan, perkahwinan dan lain-lain. Pengaruh bahasa Arab-Parsi dapat dikenal pasti melalui peminjaman imbuhan serta istilah-istilah yang khususnya berkaitan dengan amalan agama Islam.
-wi -iah -ah -i -at Akhiran IMBUHAN DARIPADA BAHASA SANSKRIT AWALAN bi-
Imbuhan awalan bahasa arab-parsi imbuhan awalan bi- berasal daripada bahasa Parsi yang mana awalan ini digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif. Namun penggunaannya amat terbatas. bi+ normal=binormal (tidak normal) Bi-
Imbuhan Akhiran Bahasa Arab parsi dunia + wi = dunia abadi + i = abadi Imbuhan akhiran pinjaman bahasa Arab-Parsi menghasilkan bentuk kata adjektif iaitu mencirikan sifat yang terdapat dalam kata dasar. Imbuhan -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan huruf vokal manakala -i digunakan apabila kata dasar tersebut berakhir dengan huruf konsonan. Sebagai contoh :
hadir + in = hadirin ( lelaki ) hadir+ at = hadirat ( perempuan ) jahil + ah = jahiliah Selain itu, imbuhan akhiran -in dan -at menggambarkan kata nama bagi lelaki dan perempuan. Contohnya : Imbuhan akhiran -ah pula menghasilkan kata adjektif yang mendokong majsud sifat atay ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya :
BUNYI BAHASA pinjaman Dalam bahasa Melayu, terdapat 9 konsonan pinjaman seperti berikut : Daerah Sebutan Cara Sebutan Bibir-Gigi Gigi Lelangit Keras Lelangit Lembut Anak Tekak Gigi-gusi Letupan Geseran q f v (th) (dz/dh) z (sy) (kh) (gh)
Contoh konsonanpinjaman Konsonan Letupan Anak Tekak Perkataan pinjaman q kemudian menjadi huruf k apabila dimasukkan dalam bahasa Melayu. Contoh : maqam = makam q > k th ditukarkan kepada s dan dz ditukarkan kepada z apabila dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Contoh: mithal = misal dzalim = zalim th = s dan dz = z Konsonan Geseran Bibir Huruf f dan v dikekalkan walaupun dimasukkan dalam bahasa Melayu Contoh : formal, variasi f & v
K o n s o n a n G e s e r a n G u si Huruf z dikekalkan w ala u p u n dim a s u k k a n d ala m b a h a s a M ela y u. z K o n s o n a n G e s e r a n L ela n git K e r a s s h > s y H u r u f s h dit u k a r k a n k e p a d a s y a p a bila dis e r a p k e d ala m b a h a s a M ela y u. Contoh : meshuarat = me s y u a r a t sy K o n s o n a n G e s e r a n L ela n git L e m b u t H u r u f k h d a n g h dik e k alk a n w ala u p u n t ela h dis e r a p k e d ala m b a h a s a M ela y u. Contoh: khamis, ghaib kh & gh
Linkname: iissuukkeessaallaahhaannkkaattaaddaarriissuudduutt mmoorrffoollooggii Brief Description
Masalah bahasa dalam masyarakat kita ini menjadi semakin parah apabila ramai anak muda yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat mengenai bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Ekoran daripada itu, timbul pelbagai isu kesalahan bahasa yang membawa kepada kerisauan kepada masyarakat tentang masa depan anak muda mereka pada masa hadapan. Hal ini kerana bahasa menjadi satu medium yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan lancar (Zayed & Saadi, 2006) dalam (Baharum et.al, 2015). Faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya isu kesalahan bahasa dalam kalangan masyarakat adalah antaranya daripada faktor dialek dan faktor pengaruh media. Dialek menurut Hartman & Stork (1972) adalah semacam perbezaan bahasa daripada aspek sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa standard. Bahasa dialek merupakan antara pengaruh yang terbesar yang mempengaruhi sistem bahasa. Dialek juga dapat mempengaruhi penulisan terutamanya dalam kalangan murid-murid yang menetap di pantai timur akibat daripada pengaruh dialek yang kuat. Bahasa dialek sebenarnya merupakan bahasa turun temurun yang dipertuturkan di dalam sesebuah kawasan. Contohnya, Kamal makang kepok. Pengenalan isu kesalahan kata
Selain itu, faktor pengaruh media juga menjadi asbab masyarakat di Malaysia kurang kesedaran mengenai kesalahan bahasa. Hal ini menjadi punca teramai masyarakat melakukan kesalahan bahasa kerana memang tidak dinafikan bahawa media elektronik seperti telefon pintar dan televisyen merupakan medium utama masyarakat sama ada untuk mendapatkan maklumat mahupun untuk berhibur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang masih berada dalam peringkat perkembangan bahasa. Mereka banyak belajar melalui aspek sebutan dan bacaan. Semakin banyak mereka terdedah kepada kesalahan bahasa dalam media, semakin banyaklah kesalahan yang akan mereka lakukan ketika bertutur ataupun menulis. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh media juga menjadi ikutan kepada golongan yang tidak mendalami tatabahasa. Kadangkala pengguna bahasa Melayu termasuk pelajar masih menggunakan kesalahan yang dilakukan oleh media kerana meyakininya meskipun salah. Apabila membincangkan mengenai isu, sudah semestinya terdapat kesan daripada isu tersebut. Sama juga seperti dua faktor di atas, terdapat beberapa kesan akibat daripada faktor-faktor tersebut. Kesan daripada isu dialek dalam kalangan masyarakat adalah akan berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang menggunakan dialek yang lain contohnya apabila seseorang yang berdialek Kelantan berkomunikasi dengan orang berdialek Pahang menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, isu dialek ini juga akan memberi kesan kepada penulisan ilmiah kerana penulisan ilmiah perlu menggunakan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana karya ilmiah memerlukan keterampilan berbahasa serta tingkat kesulitan yang berelatif tinggi (Muhammad Farkhan, 2006). Apabila dialek digunakan dalam penulisan akademik, maka kualiti penulisan akademik tersebut akan berkurang.
Terdapat banyak juga kesan daripada pengaruh media antaranya adalah dapat membiasakan masyarakat dengan kesalahan bahasa yang dilakukan akibat daripada kebiasaan kesalahan yang dilakukan oleh pihak media terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Apabila masyarakat sering melihat penggunaan bahasa yang salah tersebut dengan kerap, mereka akan menganggap bahawa kesalahan bahasa itu merupakan perkara yang betul. Tambahan juga, masyarakat juga akan hilang rasa minat terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini kerana sikap masyarakat yang memandang enteng terhadap keindahan bahasa Melayu dan lebih mengutamakan bahasa Melayu yang salah kerana lebih dianggap moden. Hal ini juga bermula daripada sikap malas masyarakat untuk mendalami bahasa Melayu kerana menganggap bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sukar.
1.Pencampuran kod Berdasarkan rajah 1, antara kesalahan kata yang dapat dikesan adalah dari segi pencampuran bahasa antara bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan, apabila pemilik menggunakan perkataan Ainiz BrainBrain bagi menarik perhatian para pengunjung. Oleh itu, pemilik perniagaan seharusnya menukarkan papan iklan tersebut kepada Ainiz Otak- Otak bagi memastikan penggunaan bahasa diaplikasikan dengan betul selaras dengan hukum tatabahasa yang telah ditetapkan. Hal ini memainkan peranan penting, dalam usaha meminimumkan keracunan bahasa dalam Ra bahasa Melayu dengan lebih efektif. jah 1 : Kesalahan dari Segi Pencampuran Bahasa
Dalam konteks ini, pencampuran kod dalam media sosial semakin berleluasa. Hal ini dapat dibuktikan apabila, majoriti pengguna media sosial sering melakukan kesalahan bahasa dari segi pencampuran bahasa, misalnya seperti gambar yang telah dinyatakan di atas. Jika diperhatikan, pemilik bagi akaun tersebut telah menampilkan kesalahan pencampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kenyataannya, iaitu ekonomi US bakal Collapsed yang pada dasarnya perlu diubah kepada ekonomi US bakal merundum. Sehubungan dengan itu, pemilik akaun tersebut seharusnya lebih berhati -hati dalam mengemukakan sebarang kenyataan agar penggunaan kesalahan bahasa seperti ini dapat dikurangkan. Rajah 2 : Pencampuran Bahasa Dalam Media Sosial
Berdasarkan rajah 3, antara kesalahan bahasa yang dikenal pasti adalah dari segi penggunaan bahasa dialek dalam komunikasi harian. Hal ini dapat dibuktikan apabila, penggunaan seperti habaq,hang tak mau dengaq dan campoq merujuk kepada dialek yang digunakan di kawasan utara. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam masyarakat pada masa kini, maka penggunaan bahasa dialek seharusnya diminimumkan. Misalnya, penggunaan dialek tersebut seharusnya ditukar kepada beritahu, kamu tidak mahu dengar dan campur. 2.penggunaan dialek Rajah 3 : Penggunaan bahasa Dialek Dalam Komunikasi
Rajah 4 : Isu Kesalahan Bahasa Dalam Aspek Tatabahasa 3.Kesalahan Penggunaan kata majmuk Berdasarkan rajah 4 seperti yang dikemukakan di atas, terdapat beberapa kesalahan ejaan kata majmuk yang telah dikenal pasti, iaitu perkataan lebuhraya dan alatulis. Hal ini kerana, perkataan tersebut bukan dikategorikan sebagai kata majmuk yang telah mantap yakni perlu dieja secara bercantum sebagai satu perkataan ( Nik Safiah Karim et.al, 2015). Oleh sebab itu, perkataan tersebut seharusnya dieja secara terpisah sebagai dua perkataan, misalnya seperti lebuh raya dan alat tulis.
Umum mengetahui bahawa, kata sendi nama dari digunakan bagi menyatakan tempat, masa dan arah manakala kata sendi nama daripada pula digunakan untuk merujuk kepada punca bagi manusia, haiwan,benda, unsur mujarad (abstrak), asal kejadian sesuatu benda serta unsur perbandingan atau perbezaan. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama yang dinyatakan pada banting tersebut , iaitu” jauhi diri anda dari asap rokok “ seharusnya ditulis sebagai “jauhi diri anda daripada asap rokok”. Rajah 5 : Kesalahan Dari Segi Penggunaan Kata Sendi Nama 4.Kesalahan Kata dalam penggunaan kata sendi nama
Tanda baca merupakan simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Terdapat banyak contoh tanda baca antaranya noktah, koma, tanda tanya dan banyak lagi. Penggunaan tanda baca adalah pada tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Tetapi terdapat kesalahan pada banting dalam rajah 6 iaitu buah buahan yang sepatutnya perkataan tersebut menggunakan tanda baca sempang dan membentuk buahbuahan. Hal ini kerana tanda baca sempang digunakan bagi memisahkan kata-kata daripada kata ganda. 5.Kesalahantanda baca Rajah 6: Kesalahan Dari Segi Penggunaan Tanda Baca
Linkname: Linkname: Brief Description Brief Description Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. PTS Akademia. Faridah Nazir . (2015). Morfologi Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn.Bhd. Hartman, R.R.K. and Stork, F.C. (1972) Dictionary of Language and Linguistics. Applied Science Publishers, Essex. Muhammad Farkhan. (2006). Penulisan karya ilmiah. Cella Nik Safiah Karim, Farid Mohd.Onn, Hashim Musa , & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharum, A. S., & Samah, R. (2015). Persepsi pelajar universiti awam terhadap kesalahan bahasa Arab, faktor penyumbang dan implikasi. Sains Humanika, 6(1). Hasnah Mohamad. (2017). Pembentukan Istilah Baharu : Sejauh Mana Kesejajarannya Dengan Pedoman ?. Jurnal Antarabangsa Sains Sosial, 2(1), 17-26. rruujjuukkaann Brief Description
sekianterima kasih