Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
2016
Terbitan Mac 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
ISBN: 978-967-420-096-1
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
KANDUNGAN v
vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH viii
RUKUN NEGARA ix
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN x
KURIKULUM KEBANGSAAN xi
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 1
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BPK 2
1.0 PENGENALAN 2
2.0 MATLAMAT 3
3.0 OBJEKTIF 4
4.0 DEFINISI 13
5.0 KANDUNGAN DALAM PENDIDIKAN KEWANGAN
6.0 PENYEPADUAN PENDIDIKAN KEWANGAN 14
15
DALAM MATA PELAJARAN 16
6.1 Pendekatan Langsung 17
6.2 Pendekatan Sisipan 19
7.0 PENUTUP 28
CONTOH AKTIVITI PENDEKATAN LANGSUNG 31
Matematik Sekolah Rendah 33
Matematik Sekolah Menengah 40
CONTOH AKTIVITI PENDEKATAN SISIPAN 45
Bahasa Melayu Sekolah Rendah 47
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah 49
PEMETAAN PENDIDIKAN KEWANGAN 51
Pemetaan Pendidikan Kewangan Sekolah Rendah 59
Pemetaan Pendidikan Kewangan Sekolah Menengah 61
GLOSARI
RUJUKAN
AHLI JAWATANKUASA PENERBITAN
iii
iv
SENARAI JADUAL
Bil Tajuk Muka Surat
1 Kandungan Pendidikan Kewangan 4
2 Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard 14
Pembelajaran Pendekatan Langsung Matematik Sekolah
Rendah
3 Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard 15
Pembelajaran Pendekatan Langsung Matematik Sekolah
Menengah
4 Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard 16
Pembelajaran Pendekatan Langsung Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
v
SENARAI RAJAH
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
Kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
KURIKULUM KEBANGSAAN
“3. Kurikulum Kebangsaan
3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.”
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996.
[PU(A)531/97]
ix
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sehati Sejiwa...
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana Buku
Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan dapat
diterbitkan bagi membolehkan guru jadikan panduan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta sesuai
dengan mata pelajaran masing-masing.
Pendidikan kewangan merupakan elemen penting dalam Abad Ke-21. Masyarakat
celik kewangan berperanan dalam pembangunan dan kestabilan ekonomi bagi
membina sesebuah negara yang sejahtera. Malah, kebolehan masyarakat dalam
mengurus wang dengan cekap dan kompeten adalah penting sebagai persediaan
untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah bekerjasama
untuk mengintegrasikan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah.
Bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai celik
kewangan, Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan dibangunkan merangkumi
tajuk-tajuk seperti peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya, pengurusan dan
perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang
serta perlindungan insurans.
Akhir kata, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyediaan buku
ini.
Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
xi
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan kewangan merupakan elemen penting dalam Abad Ke-21 sebagaimana
yang dinyatakan oleh pihak International Networking and Financial Education (INFE)
dan Organisation of Economic Co-operation and Development (OECD), yang
memperakui bahawa masyarakat celik kewangan berperanan dalam pembangunan
dan kestabilan ekonomi bagi membina sesebuah negara yang sejahtera.
Dalam Laporan Transformasi Ekonomi Negara bertarikh 29 September 2009,
Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa kebolehan rakyat mengurus wang
dengan cekap dan kompeten adalah penting sebagai persediaan untuk mencapai
status ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Bank Negara Malaysia telah menjalin kerjasama untuk
mengintegrasikan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah.
Selaras dengan keperluan tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
membangunkan Panduan Pendidikan Kewangan sebagai panduan kepada guru
dalam menerapkan elemen celik kewangan kepada murid bagi memperoleh dan
mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan nilai agar dapat mengurus kewangan
dengan lebih cekap dalam menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Justeru,
buku panduan ini membolehkan guru menyampaikan elemen celik kewangan kepada
murid tentang peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya, pengurusan dan
perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang
serta perlindungan insurans.
Pada peringkat sekolah rendah, elemen pendidikan kewangan telah pun
dirangkumkan di dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Lanjutan dari itu, elemen pendidikan kewangan telah disarankan diterapkan
ke dalam mata pelajaran lain yang difikirkan bersesuaian. Sehubungan dengan itu,
penerapan pendidikan kewangan bagi mata pelajaran lain akan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat hingga sekolah menengah melalui pendekatan langsung dan
sisipan mulai tahun 2017.
1
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
2.0 MATLAMAT
Pendidikan kewangan bermatlamat untuk melahirkan murid celik kewangan yang
berupaya menguruskan kewangan secara cekap dan bijaksana.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Pendidikan Kewangan membolehkan murid:
1. menerangkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat
menghubung kait antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan
peribadi;
2. membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat
daripada sumber yang boleh dipercayai;
3. meningkatkan kemahiran merancang dan mengurus wang secara cekap dengan
menetapkan matlamat kewangan dan merancang perbelanjaan;
4. meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka
panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan
kewangan dan kekayaan;
5. meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang
mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan
kepercayaan kredit;
6. meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko bagi
meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan; dan
7. menguruskan kewangan mereka secara bertanggungjawab.
2
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
4.0 DEFINISI
Pendidikan Kewangan
Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna
kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko
kewangan dan melalui maklumat, panduan dan nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko
dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi
mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan mereka.
Sumber: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(Organisation for Economic Co-operation and Development)
Celik Kewangan
Celik kewangan ialah pengetahuan dan pemahaman konsep kewangan dan risiko,
dan kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan
pemahaman tersebut untuk membuat keputusan yang efektif meliputi semua konteks
kewangan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kedudukan kewangan individu dan
masyarakat, dan membolehkan pengguna turut serta dalam kegiatan ekonomi
negara.
Sumber: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(Organisation for Economic Co-operation and Development)
Sebagai rumusan, pendidikan kewangan akan memberi pendedahan kepada murid
tentang konsep, risiko kewangan, kemahiran, motivasi dan keyakinan untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan kewangan.
Proses Pendidikan Kewangan dihuraikan melalui elemen-elemen celik kewangan.
Keupayaan murid menguasai celik kewangan akan membolehkan mereka membuat
keputusan yang bijak dan berkesan dalam konteks kewangan yang pelbagai serta
dapat memperbaiki kesejahteraan individu dan masyarakat, di samping membolehkan
penglibatan dalam dunia kehidupan berekonomi.
3
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
5.0 KANDUNGAN DALAM PENDIDIKAN KEWANGAN
Pendidikan Kewangan dihuraikan kepada enam eleman celik kewangan. Setiap celik
kewangan mengandungi beberapa standard kandungan. Jadual 1 menunjukkan enam
eleman celik kewangan yang perlu dibangunkan dalam kalangan murid pada
peringkat sekolah. Eleman tersebut adalah sebagaimana berikut:
Celik Kewangan 1 (CK1): Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
Celik Kewangan 2 (CK2): Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan
Celik Kewangan 3 (CK3): Pengurusan dan Perancangan Kewangan
Celik Kewangan 4 (CK4): Simpanan dan Pelaburan
Celik Kewangan 5 (CK5): Pengurusan Kredit dan Hutang
Celik Kewangan 6 (CK6): Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans
Jadual 1: Kandungan Pendidikan Kewangan
CK1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.1 Menerangkan 1.1.1 membezakan jenis wang (duit syiling dan wang kertas)
peranan wang 1.1.2 mengenal pasti nilai setiap jenis mata wang Malaysia
1.1.3 mengira mata wang Malaysia termasuk duit syiling dan
1.2 Mengenal pasti
sumber pendapatan wang kertas
dan sumber 1.1.4 menerangkan perbezaan antara ‘barangan’ dengan
alternatif
‘perkhidmatan’
1.1.5 mengenal pasti mata wang yang berbeza bagi setiap
negara
1.1.6 membandingkan nilai mata wang Malaysia dengan mata
wang negara lain
1.1.7 menjelaskan bagaimana wang digunakan untuk membeli
barangan dan perkhidmatan
1.1.8 menganalisis bagaimana wang boleh dipindahkan
daripada seseorang kepada seseorang yang lain
1.2.1 menyenaraikan sumber pendapatan murid sekolah
1.2.2 menyatakan pelbagai sumber pendapatan serta sumber
alternatif (daripada pekerjaan atau hadiah) ibu bapa, ahli
keluarga, jiran dan rakan-rakan
4
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.2.3 menjelaskan perbezaan antara pendapatan yang
diperoleh dan pendapatan tanpa usaha (contohnya
hadiah, dividen).
1.2.4 menganalisis dan memberi contoh tentang pelbagai
pendapatan (contohnya elaun, gaji, komisen, faedah,
pendapatan kasar dan bersih)
1.3 Mengenal pasti 1.3.1 menghubungkaitkan jenis pekerjaan dengan pendapatan
bagaimana pilihan yang diperoleh
kerjaya, pendidikan, 1.3.2 mengenal pasti pelbagai pekerjaan yang terdapat dalam
kemahiran dan masyarakat dan pendapatan yang berkaitan
keadaan ekonomi 1.3.3 membezakan antara kerjaya dan pekerjaan
mempengaruhi 1.3.4 mengenal pasti matlamat kerjaya dan mewujudkan pelan
pendapatan dan jadual waktu untuk mencapainya, termasuk
keperluan pendidikan/latihan, kos dan kemungkinan
hutang yang ditanggung.
1.4 Menjelaskan faktor 1.4.1 menjelaskan maksud dan tujuan cukai
yang mempengaruhi 1.4.2 mengenal pasti jenis-jenis cukai lain (contohnya cukai
pendapatan boleh kerajaan, cukai jualan, cukai pintu dan lain-lain)
guna 1.4.3 memberi contoh bagaimana kerajaan menggunakan
hasil kutipan cukai
1.4.4 mengira pendapatan kena cukai sebuah keluarga dan
mengaitkan cukai yang dibayar oleh seorang pekerja
dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan
1.5 Menerangkan cara 1.5.1 mengenal pasti pelbagai cara membuat pembayaran
menggunakan dan instrumen yang digunakan (tunai, kredit, cek, kad
instrumen kewangan kredit, kad debit dan kad prabayar)
yang berlainan 1.5.2 menerangkan bahawa bayaran bukan tunai masih
memerlukan dana yang mencukupi
1.5.3 membandingkan kos menggunakan kaedah
pembayaran yang berbeza
1.5.4 menganalisis bagaimana kos sara hidup boleh
mempengaruhi pendapatan sebenar, keputusan
perbelanjaan dan gaya hidup
1.5.5 menerangkan pentingnya menyimpan rekod kewangan
yang tepat
1.6 Menjelaskan 1.6.1 menjelaskan bagaimana pendapatan mempengaruhi
bagaimana keputusan perbelanjaan
pendapatan memberi
kesan kepada gaya
hidup, pilihan dan
keputusan berbelanja
5
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
CK2: Tanggung-jawab dan Membuat Keputusan Kewangan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.1 Membuat 2.1.1 membincangkan perihal wang sebagai sumber terhad
keputusan dan menghubungkaitkan keputusan menyimpan dengan
kewangan secara kos melepas
bertanggungjawab
2.1.2 menyenaraikan contoh keputusan kewangan dan akibat
daripada keputusan tersebut
2.1.3 mengenal pasti cara untuk menjadi seorang murid yang
bertanggungjawab dalam membuat keputusan
kewangan
2.1.4 menerangkan pentingnya sikap bertanggungjawab
terhadap keputusan kewangan peribadi
2.1.5 menerangkan bagaimana sikap dan nilai individu
mempengaruhi keputusan kewangan masing-masing
2.1.6 menjelaskan bagaimana tingkah laku yang tidak beretika
memberi kesan negatif terhadap masyarakat secara
keseluruhan
2.2 Menilai maklumat 2.2.1 memberi contoh situasi di mana maklumat kewangan
kewangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat
didapati daripada
pelbagai sumber 2.2.2 membuat analisis dan menilai maklumat kewangan dan
iklan.
2.2.3 mengenal pasti sumber maklumat produk kewangan
(contoh:dalam talian, media dan bahan cetak) dan
menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap sumber
maklumat tersebut
2.2.4 mengenal pasti pelbagai jenis penipuan kewangan
terkini, termasuk penipuan dalam talian
2.2.5 mengenal pasti maklumat kewangan yang diperlukan
untuk membuat keputusan berdasarkan senario tertentu
2.3 Menjelaskan secara 2.3.1 menerangkan hak dan tanggungjawab pengguna
ringkas mengenai 2.3.2 membandingkan polisi pemulangan barangan di kedai
undang-undang berdekatan
utama perlindungan 2.3.3 menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi
pengguna perlindungan pengguna serta peranan yang dimainkan.
2.3.4 menyenaraikan contoh-contoh penipuan kewangan dan
penyelewengan yang dilindungi di bawah undang-
undang perlindungan pengguna.
2.3.5 mengenal pasti agensi dan badan kerajaan yang boleh
membantu pengguna dalam menyelesaikan
masalah/pertikaian dengan penyedia perkhidmatan
kewangan
6
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.4 Huraikan bahawa 2.4.1 menjelaskan mengapa orang ramai perlu membuat
kontrak adalah ikatan kontrak
ikatan perjanjian
2.4.2 membezakan antara kontrak bertulis dengan kontrak
lisan
2.4.3 menjelaskan kegunaan kontrak.
2.4.4 mengenal pasti faktor yang perlu di pertimbangkan
apabila membuat ikatan kontrak, seperti kadar faedah,
skor kredit, reputasi, dan/atau rujukan daripada pihak
yang terlibat
2.4.5 memeriksa contoh kontrak untuk komponen yang
penting dan bermakna
CK3: Pengurusan dan Perancangan Kewangan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.1 Membuat 3.1.1 menerangkan duit yang disimpan dapat memenuhi
keputusan ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ masa hadapan
kewangan secara
sistematik dengan 3.1.2 menerangkan pelbagai cara penjimatan (air, elektrik dan
mengambil kira telefon)
pelbagai alternatif
dan kesan yang 3.1.3 membuat keputusan kewangan secara sistematik
akan dihadapi termasuk simpanan, perbelanjaan dan derma
3.2 Kebolehan untuk 3.1.4 menghubungkaitkan ‘wang ialah sumber yang terhad’
menetapkan dengan ‘kepentingan menguruskan wang secara
matlamat berhemat’ untuk memenuhi ‘kehendak’ dan
berdasarkan ‘kepentingan’ masa hadapan
kehendak dan
keperluan 3.1.5 menghasilkan pelan peribadi yang merangkumi
simpanan, perbelanjaan, derma, dan pelaburan yang
konsisten dengan matlamat kewangan masing-masing
3.2.1 menerangkan ‘matlamat’
3.2.2 mengenal pasti matlamat peribadi masing-masing
3.2.3 mengenal pasti matlamat sesuatu kumpulan
3.2.4 menerangkan kehendak dan keperluan
3.2.5 mengatur `keperluan' dan' kehendak peribadi' mengikut
keutamaan
3.2.6 membezakan antara matlamat jangka pendek dan
jangka panjang
3.2.7 mengenal pasti langkah-langkah dalam proses
penetapan matlamat
3.2.8 menghasilkan matlamat yang mempunyai jangka masa
dan boleh dicapai
3.2.9 menerangkan perbezaan antara ‘keperluan’ dan
‘kehendak’
7
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.2.10 menjelaskan kaitan antara penetapan matlamat
dengan pencapaian
3.2.11 mewujudkan rancangan untuk mencapai keperluan
dan kehendak yang penting.
3.2.12menganalisis keputusan yang dibuat oleh pengguna dan
membezakan antara fakta dan pendapat
3.3 Menyediakan pelan 3.3.1 membincangkan bagaimana murid menggunakan wang
perbelanjaan dan saku mereka
simpanan
3.3.2 mengenal pasti kesan terhadap pelbagai cara
3.4 Menyediakan satu penggunaan wang saku
sistem untuk
menyimpan rekod 3.3.3 menyediakan bajet harian
kewangan 3.3.4 membuat pertimbangan serta keputusan untuk
berbelanja
3.3.5 membandingkan manfaat dan akibat daripada setiap
keputusan kewangan
3.3.6 menyediakan bajet mingguan dan bulanan
3.3.7 menerangkan konsep pelan perbelanjaan
3.3.8 menerangkan faktor utama yang perlu dipertimbangkan
apabila menentukan keputusan berkaitan perbelanjaan
3.3.9 memahami bahawa setiap keputusan berbelanja
mempunyai kos melepas
3.3.10 menerangkan betapa pentingnya menyimpan rekod
perbelanjaan dan simpanan
3.3.11 membuat bajet peribadi yang seimbang merangkumi
pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan derma
3.3.12 membuat pelan bagi mengumpul wang/dana untuk
kegunaan semasa kecemasan atau perubahan dalam
kehidupan peribadi
3.3.13 menilai pelan perbelanjaan yang mendorong jumlah
pendapatan sentiasa melebihi perbelanjaan
3.4.1 menunjukkan keupayaan untuk merekod perbelanjaan
dan simpanan harian
3.4.2 menunjukkan keupayaan untuk menyimpan rekod
perbelanjaan dan simpanan harian
3.4.3 menerangkan pentingnya menyimpan rekod kewangan
yang tepat
3.5 Menggunakan 3.5.1 menentukan setiap barangan sebagai ‘keperluan’ atau
kemahiran untuk ‘kehendak’ sebelum berbelanja
membuat
keputusan 3.5.2 membandingkan harga setiap barang yang sama di dua
berbelanja yang buah kedai yang berlainan
berhemat
3.5.3 membandingkan harga bagi barang yang sama tetapi
buatan yang berlainan di kedai yang
sama/berlainan/berbeza
8
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.6 Menggunakan 3.5.4 membandingkan kebaikan antara menyimpan dengan
kemahiran untuk berbelanja
membuat
keputusan 3.5.5 menerangkan kesan berbelanja ke atas simpanan
berbelanja yang 3.5.6 mengenal pasti tabiat kendiri terhadap simpanan dan
berhemat
perbelanjaan
3.6.1 memberi contoh aset keluarga
3.6.2 menerangkan perbezaan antara aset dengan liabiliti
serta memberi contoh bagi kedua-duanya
3.6.3 menerangkan bagaimana desakan daripada rakan
sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja.
3.6.4 menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di
televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan
merupakan fakta atau pendapat
3.6.5 menggunakan teknik membuat keputusan secara
sistematik dalam setiap keputusan berbelanja
CK4: Simpanan dan Pelaburan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.1 Membincangkan 4.1.1 memberi sebab-sebab setiap orang perlu menyimpan
bagaimana wang
simpanan dan
pelaburan dapat 4.1.2 memberi contoh bahawa wang disimpan untuk
membantu ke arah mendapatkan ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ masa
kesejahteraan hadapan
kewangan
4.1.3 menerangkan kaitan di antara kepentingan menyimpan
dengan pencapaian matlamat kewangan
4.1.4 menerangkan bagaimana perbelanjaan perlu
dikurangkan bagi menambahkan simpanan
4.1.5 mengenal pasti dan membandingkan strategi simpanan,
termasuk `membayar diri anda dahulu’, menggunakan
potongan gaji dll.
4.2 Menerangkan 4.2.1 menerangkan faedah atau pulangan yang diterima jika
bagaimana
simpanan dan menyimpan di institusi kewangan
pelaburan dapat
membantu 4.2.2 mengenal pasti pelbagai cara untuk menyimpan
meningkatkan 4.2.3 membezakan maksud ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’
kekayaan 4.2.4 memberi contoh satu jenis ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’
dan menerangkan bagaimana nilai simpanan dan
pelaburan tersebut bertambah dari semasa ke semasa
4.2.5 menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh
‘bertambah’ atau ‘berkurangan’
9
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.2.6 mengira faedah mudah dan faedah kompaun dan
menerangkan kelebihan faedah kompaun
4.2.7 menyediakan pelan simpanan berdasarkan matlamat
yang dibuat
4.2.8 menerangkan secara ringkas bagaimana pelaburan
dapat meningkatkan kekayaan dan membantu
memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
4.3 Membuat penilaian 4.3.1 menerangkan perbezaan di antara menyimpan wang di
dan perbandingan dalam tabung dengan di institusi kewangan
pelbagai alternatif
pelaburan 4.3.2 menyenaraikan kebaikan menyimpan dan melabur wang
di institusi kewangan
4.3.3 mengenal pasti pelbagai pilihan menyimpan dan
melabur
4.3.4 membuat perbandingan antara kelebihan dan
kelemahan pelbagai alternatif pelaburan
4.3.5 mengenal pasti tahap risiko yang berkaitan dengan
sesuatu pelaburan
4.4 Memahami kaitan 4.4.1 menjelaskan sesuatu yang dipinjam mungkin
antara risiko dan dikembalikan atau tidak
pulangan pelaburan 4.4.2 menerangkan bagaimana nilai pelaburan boleh
bertambah
4.4.3 menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh
berkurangan
4.4.4 menerangkan perbezaan di antara pelaburan dengan
simpanan dari segi potensi risiko dan pulangan
4.5 Menerangkan 4.5.1 membuat perbandingan pulangan simpanan deposit di
bagaimana beberapa buah institusi kewangan
membuat
keputusan untuk 4.5.2 mengenal pasti pelbagai sumber di mana pelabur boleh
membeli dan mendapatkan maklumat untuk membuat pilihan
menjual pelaburan pelaburan
4.6 Menyelidik 4.6.1 menerangkan bagaimana insurans deposit melindungi
bagaimana agensi penyimpan dan pelabur
yang mengawal
selia pasaran
kewangan
melindungi pelabur
10
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
CK5: Pengurusan Kredit dan Hutang
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
5.1 Memahami konsep 5.1.1 mengenal pasti kredit merupakan alat kewangan yang
kredit dan asas
mengenal pasti 5.1.2 menerangkan mengapa penggunaan kad kedit
pelbagai jenis kredit merupakan satu cara berhutang
termasuk faedah 5.1.3 menerangkan perbezaan harga barangan sekiranya
dan kos masing- membayar secara kredit dan secara tunai
masing 5.1.4 menghuraikan kebaikan dan kelemahan penggunaan
kredit
5.1.5 menerangkan mengapa institusi kewangan memberi
pinjaman
5.1.6 mengenal pasti pembiayaan melalui kredit yang biasa
dibuat oleh pengguna
5.1.7 mengenal pasti situasi yang rasional untuk
menggunakan kredit
5.1.8 menerangkan peranan faedah ke atas kredit
5.1.9 menjelaskan cara mengira keseluruhan kos pinjaman
5.1.10 menjelaskan bagaimana kadar faedah dan tempoh
pinjaman mempengaruhi kos bayaran keseluruhan
sesuatu kredit.
5.1.11 menjelaskan kelebihan membayar secara tunai dan
secara kredit.
5.1.12 memahami jenis hutang yang ditanggung oleh
pengguna
5.2 Mengenal pasti 5.2.1 membincangkan maksud kredit
pengurusan kredit 5.2.2 menjelaskan kegunaan kredit
secara 5.2.3 mengenal pasti masa/situasi yang sesuai untuk
bertanggungjawab
menggunakan kad kredit
5.2.4 menjelaskan cara penggunaan kad kredit yang betul dan
salah.
5.2.5 menjelaskan bagaimana penggunaan kad kredit boleh
memberi kesan yang baik atau buruk pada bajet
5.3 Menjelaskan hak 5.3.1 menerangkan bahawa setiap barang yang dipinjam
dan tanggungjawab harus dipulangkan
sebagai peminjam
dan bagaimana 5.3.2 menerangkan akibat yang akan ditanggung jika tidak
untuk mengekalkan memulangkan barang yang dipinjam
kepercayaan kredit
5.3.3 mengenal pasti bahawa seseorang tidak patut
meminjam wang sekiranya keadaan tidak memaksa
5.3.4 menerangkan langkah yang harus diambil untuk
mendapatkan kembali kepercayaan rakan sekiranya kita
merosakkan barang peribadinya yang dipinjam
5.3.5 menjelaskan pentingnya untuk membayar hutang
5.3.6 menerangkan akibat tidak membayar hutang
5.3.7 menjelaskan kebaikan membayar hutang tepat pada
masanya.
5.3.8 menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai peminjam
dan pemberi pinjaman
11
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
5.3.9 menerangkan kepentingan laporan kredit kepada
peminjam dan pemberi pinjaman.
5.3.10mengenal pasti langkah-langkah untuk menyemak skor
kredit
5.4 Menerangkan cara 5.4.1 mengenal pasti tanda-tanda dan akibat hutang yang
mengelak daripada berlebihan
perangkap hutang
dan menangani 5.4.2 mengenal pasti kesan hutang kepada pelan kewangan
masalah kredit peribadi.
5.4.3 mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menilai kedudukan kredit dan memahami tindakan
susulan yang perlu diambil
5.4.4 menjelaskan tindakan yang perlu diambil oleh pengguna
bagi membebaskan diri daripada perangkap hutang
CK6: Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
6.1 Mewujudkan
6.1.1 menerangkan apakah maksud ‘identiti’
strategi bagi 6.1.2 menerangkan bahawa setiap orang mempunyai identiti
perlindungan 6.1.3 menyenaraikan jenis maklumat peribadi yang tidak boleh
identiti
didedahkan kepada orang lain dan akibat yang akan
6.2 Mengenal pasti berlaku jika anda mendedahkan maklumat peribadi
jenis risiko yang 6.1.4 menerangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘kecurian
biasa dihadapi dan identiti kewangan peribadi’
cara asas 6.1.5 mengenal pasti cara mengawal maklumat peribadi
pengurusan risiko 6.1.6 mengenal pasti kesan teknologi atas keselamatan
peribadi
6.3 Menerangkan 6.2.1 memberi contoh risiko yang biasa dihadapi di dalam dan
tujuan dan di luar rumah
kepentingan 6.2.2 membuat analisis bagaimana mengelakkan atau
perlindungan mengurangkan pelbagai risiko - berdasarkan kajian kes
insurans dan yang melibatkan murid seperti aktiviti berbasikal dan
takaful lain-lain
6.2.3 menyenaraikan contoh strategi pengurusan risiko
6.3.1 menyenaraikan barangan isi rumah yang berharga
6.3.2 menerangkan bagaimana barangan berharga mungkin
rosak atau hilang dan cara untuk melindungi barangan
tersebut
6.3.3 mengenal pasti implikasi kerugian kewangan dan bukan
kewangan
12
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
6.4 Menjelaskan jenis- 6.3.4 menerangkan kepentingan insurans dapat mengurangi
jenis perlindungan bebanan akibat kemalangan, sakit, kematian dan lain-
bukan insurans lain
6.3.5 menyenaraikan ancaman utama kepada pendapatan isi
rumah dan aset keluarga
6.3.6 menilai keperluan individu dan keluarga terhadap
perlindungan insurans/takaful menggunakan analisis kos
melepas
6.4.1 menjelaskan bagaimana nota bertulis, e-mel, atau
panggilan telefon antara sekolah dan rumah boleh
membantu mencegah daripada menerima maklumat
yang salah
6.4.2 memahami peranan orang dewasa dalam menyediakan
keselamatan
6.4.3 memahami kepentingan dokumen bertulis dan jenis-jenis
perlindungan yang terdapat untuk murid
6.4.4 menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi
perlindungan serta peranan yang dimainkan
6.4.5 mengenal pasti jenis dokumen yang boleh berfungsi
sebagai perlindungan undang-undang.
6.4.6 menjelaskan potensi bahaya akibat penggunaan
dokumen yang tidak sesuai atau kehilangan dokumen
6.0 PENYEPADUAN PENDIDIKAN KEWANGAN DALAM MATA PELAJARAN
Matlamat Pendidikan kewangan adalah untuk melahirkan murid celik kewangan yang
berupaya menguruskan kewangan secara cekap dan bijaksana. Ini boleh dicapai
melalui pelaksanaan p&p menggunakan standard pembelajaran dan standard
kandungan mata pelajaran dengan menyepadukan elemen celik kewangan. Dalam
proses penyepaduan mata pelajaran dengan elemen celik kewangan murid bukan
sahaja menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai mata pelajaran tetapi juga
berupaya menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai. Penyepaduan mata
pelajaran dengan elemen celik kewangan ini boleh dilaksanakan melalui pendekatan
langsung dan sisipan.
13
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
6.1 Pendekatan langsung
Pendekatan langsung dilaksanakan dalam mata pelajaran yang mana elemen
celik kewangan dinyatakan secara eksplisit dalam standard kandungan dan
standard pembelajaran. Elemen ini diajar secara langsung dalam p&p mata
pelajaran berdasarkan tajuk atau bidang. Secara khusus, mata pelajaran yang
menggunakan pendekatan ini adalah Matematik (peringkat sekolah rendah dan
menengah). Matematik sekolah rendah khasnya meliputi tajuk Wang (Tahun 1
hingga Tahun 6) dan Peratus (Tahun 4 hingga Tahun 6). Manakala di peringkat
sekolah menengah, elemen celik kewangan dijelmakan secara langsung bagi
tajuk Matematik Pengguna: Simpanan dan pelaburan, kredit dan hutang
(Tingkatan 3). Guru perlu merancang p&p mengikut kesesuaian standard
tersebut. Contoh standard mata pelajaran yang menyatakan secara eksplisit
elemen pendidikan kewangan adalah seperti berikut:
Jadual 2: Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Pendekatan Langsung Matematik Sekolah Rendah
Mata Pelajaran: Matematik
Tajuk: Wang
Standard Kandungan: 4.1 Mengetahui nilai mata wang Malaysia.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam
bentuk syiling dan wang kertas
*Sila rujuk muka surat 19 untuk cadangan aktiviti bagi tajuk ini.
14
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Jadual 3: Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Pendekatan Langsung Matematik Sekolah Menengah
Mata Pelajaran: Matematik
Tajuk: Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan,
Kredit dan Hutang
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: 3.2 Pengurusan Kredit dan Hutang.
3.2.2 Mengkaji dan menghuraikan kesan
pembayaran minimum bagi penggunaan
kad kredit.
*Sila rujuk muka surat 28 untuk cadangan aktiviti bagi tajuk ini.
6.2 Pendekatan Sisipan
Pendekatan sisipan dilaksanakan dalam mata pelajaran yang mana elemen celik
kewangan tidak dinyatakan secara eksplisit dalam standard kandungan dan
standard pembelajaran. Elemen celik kewangan diajar secara sisipan dalam p&p
mata pelajaran sesuai dengan tema, bidang atau tajuk mata pelajaran. Mata
pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam adalah mata pelajaran yang boleh
melaksanakan eleman celik kewangan yang berkaitan melalui pendekatan
sisipan.
15
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Jadual 4: Contoh Penulisan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran Pendekatan Langsung Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tema
Tajuk Kemasyarakatan
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran Mari Mengenal Pekerjaan
Pengisian Kurikulum 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai Genre dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan bahan penulisan kreatif
berbentuk imaginatif dan deskriptif
menggunakan ayat gramatis dengan betul.
Ilmu: Ekonomi, Celik Kewangan
Celik Kewangan 1: Wang, Sumber Pendapatan
dan Kerjaya
1.5 Menjelaskan bagaimana pendapatan
memberi kesan kepada gaya hidup, pilihan
keputusan berbelanja.
- Menjelaskan bagaimana pendapatan
mempengaruhi keputusan perbelanjaan.
*Sila rujuk muka surat 33 untuk cadangan aktiviti bagi tajuk ini.
7.0 PENUTUP
Pendidikan Kewangan merupakan elemen yang penting dan perlu diintegrasikan
dalam kurikulum persekolahan sama ada secara langsung mahupun secara sisipan.
Buku panduan ini membolehkan guru mengintegrasikan pendidikan kewangan dalam
mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Pengintegrasian ini diharap dapat
memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kalangan murid untuk
diaplikasikan dalam kehidupan harian serta persekitaran komuniti, negara dan global.
16
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
CONTOH AKTIVITI
PENDEKATAN LANGSUNG
17
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
18
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Matematik (Tahun 1) Wang
Tajuk:
Standard Kandungan: Mengetahui nilai mata wang Malaysia.
Standard Pembelajaran:
Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan
Masa: wang kertas.
1 jam.
Penerangan ringkas:
Wang
Alat pertukaran dalam transaksi.
Sesuatu yang diterima sebagai alat pertukaran dan mempunyai jaminan nilai.
Wang yang digunakan dalam bentuk wang kertas dan duit syiling.
(Sumber: Bank Negara Malaysia)
Catatan guru: Guru membimbing murid membuat simulasi proses transaksi.
Aktiviti 1:
a) Edarkan Lembaran Aktiviti 1a dan 1b kepada setiap murid.
b) Minta murid melengkapkan peta bulatan yang telah disediakan.
c) Bincang hasil kerja murid.
Aktiviti 2:
a) Paparkan video berkaitan mata wang Malaysia. www.bnm.gov.my/microsites/
b) Minta murid-murid menyatakan hasil pemerhatian berdasarkan tayangan video
tersebut.
Aktiviti 3:
a) Paparkan PowerPoint berkaitan ciri-ciri mata wang Malaysia.
b) Bersoal jawab dengan murid berkaitan ciri-ciri yang terdapat pada mata wang
Malaysia.
c) Edarkan Lembaran Aktiviti 2 kepada setiap murid.
d) Bincangkan hasil kerja murid.
Aktiviti 4:
a) Edarkan Lembaran Aktiviti 3.
b) Murid membentangkan hasil kerja dan minta kumpulan lain memberi komen
membina
hasil kerja yang dibentangkan.
Aktiviti 5: (Kerja Projek)
a) Edarkan Lembaran Aktiviti 4, 5 dan 6.
b) Minta murid melengkapkan jadual yang diedarkan.
c) Markah diberi berdasarkan ketepatan jawapan dan kekemasan hasil kerja.
d) Markah penuh 20 markah dan kerja dilakukan semasa waktu p&p.
19
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Nama: Lembaran Aktiviti 1a
Kelas: _____________________________________
_____________________________________
Tuliskan apa yang terdapat pada wang kertas Malaysia.
Wang Kertas
20
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Nama: Lembaran Aktiviti 1b
Kelas: _____________________________________
_____________________________________
Tuliskan apa yang terdapat pada duit syiling Malaysia.
Duit Syiling
21
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Nama: Lembaran Aktiviti 2
Kelas: _____________________________________
_____________________________________
Lengkapkan perkataan yang berkaitan dengan ciri duit syiling
dan wang kertas dengan betul.
1. G
D ST R S
2.
B NG E UR
3.
U U K ANG
22
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
4.
IU
5. A
H
6.
EA
23
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Nama: Lembaran Aktiviti 3
Kelas: _____________________________________
_____________________________________
Warnakan perkataan yang berkaitan dengan mata wang
Malaysia pada jadual di bawah.
BET K LPU T I H
E NGGANG R Y D
J FQX T Y E WA U
H I J A UMC S H O
K U N I NGV U D B
ANXG E B U L A T
F EWBML K O U R
ENJMERA HG F
VKE D TQS P C Z
URA F F L E S I A
1. Duit syiling 50 sen berwarna __________
2. Gambar burung _________ badak terdapat pada RM5.
3. Duit syiling berbentuk ____________.
4. 5 sen dan 10 sen berwarna ____________.
5. RM5 berwarna ____________.
6. Bunga _____________ terdapat wang kertas RM10.
7. Gambar ________ bulan terdapat pada RM1.
8. Warna wang kertas RM10 ialah ____________.
24
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Lembaran Aktiviti 4
Nama: _____________________________________
Kelas: _____________________________________
Wang Ciri-ciri
5 sen
10 sen
20 sen
50 sen
RM1
RM5
RM10
25
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Lembaran Aktiviti 5
Nama: _____________________________________
Kelas: _____________________________________
Gunakan kaedah gores bagi duit syiling dan warnakan gambar
wang kertas yang diberi.
26
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Nama: Lembaran Aktiviti 6
Kelas: _____________________________________
_____________________________________
Padankan
Putih
Destar Siga
Lima sen
Biru
Wau bulan
Satu ringgit
Merah
Bunga Rafflesia
Sepuluh ringgit
Putih
Motif orang asli
Sepuluh sen
Kuning
Sulur kacang
Lima puluh sen
Hijau
Enggang Badak
Lima ringgit
Kuning
Bunga Melur
Dua puluh sen
27
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Matematik (Tingkatan 3)
Tajuk: Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit
dan Hutang
Standard Kandungan: 3.2 Pengurusan Kredit dan Hutang
Standard Pembelajaran: 3.2.3 Mengkaji dan menghuraikan kesan pembayaran
minimum bagi penggunaan kad kredit.
Aktiviti:
Jalankan aktiviti penerokaan secara berkolaboratif (2 orang murid setiap kumpulan)
dalam makmal komputer supaya dapat mengakses Internet.
Arahan kepada murid:
1. Layari laman web https://www.imoney.my/ms/kad-kredit/ dan perhatikan
kepelbagaian tawaran kad kredit oleh bank-bank di Malaysia.
2. Bandingkan kad kredit yang ditawarkan dan setiap seorang pilih kad kredit yang
yang dirasakan terbaik untuk diri anda. Pastikan anda dan rakan anda memilih
kad kredit yang berbeza. Jelaskan sebab anda memilih kad kredit tersebut.
3. Bincangkan dan jawab soalan berikut:
Pihak bank tidak meminta anda membayar keseluruhan jumlah wang
yang anda belanja dengan kad kredit anda setiap bulan. Malah anda
dibenarkan membayar jumlah minimum, biasanya sebanyak RM50.00
sahaja setiap bulan, walaupun anda telah berbelanja beratus-ratus
ringgit. Pada pandangan anda, mengapakah bank membenarkan
anda berbuat demikian?
4. Rujuk kad kredit yang telah anda pilih dan kadar faedah (p.a.) yang ditetapkan.
Tentukan kadar faedah sebulan yang dikenakan.
5. Katalah anda telah berbelanja dengan menggunakan kad kredit anda sejumlah
RM500.00 bagi satu bulan tertentu. Anda bercadang untuk membayar jumlah
minimum RM50.00 setiap bulan untuk menjelaskan hutang kad kredit anda itu.
a. Berapa bulankah yang anda perlukan untuk menjelaskan hutang anda kepada
bank?
b. Berapakah jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar?
c. Berapakah jumlah faedah yang perlu anda bayar?
28
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
6. Salin jadual di bawah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan di atas. Tentukan
nilai yang perlu diisi bagi melengkapkan dahulu kiraan baki yang perlu dibayar di
akhir bulan ketiga.
Di Baki hutang Faedah Baki Bayaran Baki hutang
akhir (RM) dikenakan sebenar minimum dibawa ke
bulan hutang
ke- (RM) (RM) bulan
(RM) seterusnya
50.00
(RM)
1 500.00
2
3
Faedah dikenakan = Kadar faedah sebulan Baki hutang
7. Anda boleh terus mengira secara manual atau anda boleh juga menggunakan
perisian Microsoft Office Excel untuk mengisi baris-baris seterusnya jadual di atas
sehingga hutang selesai dibayar sepenuhnya (baki hutang menjadi RM0.00)
8. Berdasarkan jadual yang telah anda lengkapkan, jawab soalan pada no. 5 di atas.
9. Tentukan jawapan soalan pada no. 5 di atas jika anda telah berbelanja sebanyak
RM2000.00 bagi satu bulan tertentu.
10. Tentukan jawapan soalan pada no. 5 di atas jika pada bulan pertama anda
berbelanja sebanyak RM300, RM500 pada bulan kedua, RM400 pada bulan
ketiga, RM350 pada bulan keempat dan RM550 pada bulan kelima.
11. Bincangkan dan selesaikan masalah berikut:
a. Ada pendapat yang menyatakan bahawa pembayaran minimum kepada bank
setiap bulan untuk menjelaskan hutang kad kredit adalah satu ‘perangkap’.
Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?
Jelaskan.
b. Cadangkan tiga cara kepada pemilik kad kredit yang dapat mengelakkannya
daripada termasuk dalam ‘perangkap’ tersebut.
29
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
30
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
CONTOH AKTIVITI
PENDEKATAN SISIPAN
31
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
32
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Bahasa Melayu (Tahun 5)
Tema Kemasyarakatan
Tajuk Mari Mengenal Pekerjaan
Masa
Standard 60 minit
Kandungan
Standard 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai
Pembelajaran Genre dengan betul
Objektif
3.7.2 Menghasilkan bahan penulisan kreatif berbentuk
Pengisian imaginatif dan deskriptif menggunakan ayat gramatis
Kurikulum dengan betul.
Sistem Bahasa Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. menghasilkan karangan berbentuk cerita berdasarkan
Bahan Bantu
Belajar peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung, manakan
Penilaian dapat sagunya yang sepanjang 80 patah perkataan..
Pengajaran dan
Pembelajaran Ilmu: Ekonomi, Celik Kewangan
Refleksi Nilai: Berjimat Cermat, Rajin, Tekun
Celik Kewangan 1 - Wang, Sumber Pendapatan dan
Kerjaya
1.5 Menjelaskan bagaimana pendapatan memberi kesan
kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.
- Menjelaskan bagaimana pendapatan mempengaruhi
keputusan perbelanjaan.
Tatabahasa:
Morfologi - Kata
Sintaksis - Ayat tunggal, ayat majmuk
Tanda Baca: Huruf kecil dan huruf besar
Kosa kata: Ruyung, sagu
Peribahasa: Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya, makan gaji
Peta buih berganda, klip video, jadual, karangan untuk aktiviti
pemulihan, senarai kandungan buku skrap, wifi.
Murid dapat menghasilkan karangan berbentuk cerita
berdasarkan peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya sepanjang 80 patah perkataan.
33
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Induksi Set:
1. Tiga orang murid dibimbing untuk melakonkan aksi seperti seorang doktor, guru
dan tukang masak.
2. Murid lain meneka nama pekerjaan yang dilakonkan.
3. Guru mengaitkan induksi set dengan pelajaran pada hari ini.
Aktiviti 1
1. Guru memaparkan jadual ‘Mari Mengenal Pekerjaan’.
2. Murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara makan gaji dengan
bekerja sendiri.
(Lampiran 1: Jadual ‘Mari Mengenal Pekerjaan’
3. Murid membuat banding beza dengan melengkapkan peta buih berganda
berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual ‘Mari Mengenal Pekerjaan’.
(Lampiran 2: Peta Buih Berganda)
Aktiviti 2
1. Murid menonton klip video paparan berita berkaitan inovasi yang dicipta oleh
seorang pengusaha tauge sambil membuat catatan berkaitan proses
menghasilkan tauge.
(Klip video : Pengusaha tauge.mp4 http://m.youtube.com/user/taugehmoden)
2. Murid dan guru berbincang tentang inovasi yang terdapat dalam klip video dan
mengaitkan inovasi itu dengan pelbagai bentuk inovasi yang lain.
3. Guru menerangkan karangan tidak berformat jenis peribahasa.
4. Murid membina kerangka untuk mengembangkan idea bagi menghasilkan
karangan jenis peribahasa yang bertajuk ‘Kalau Tak Dipecahkan Ruyung,
Manakan Dapat Sagunya’.
5. Murid menghasilkan karangan jenis imaginatif sepanjang 80 patah perkataan.
(Internet (rujukan): http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/03/petua-penulisan-
karangan-bahasa-melayu.html)
Penilaian
1. Menghasilkan sebuah karangan tidak berformat jenis peribahasa yang bertajuk
‘Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya’.
(Lampiran 3)
34
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Pemulihan
1. Murid melengkapkan karangan ‘Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat
Sagunya’ dengan perkataan yang disediakan.
Pengayaan
1. Secara berkumpulan murid melayari Internet untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat tentang pelbagai jenis pekerjaan. (di dalam bilik darjah)
2. Murid menghasilkan buku skrap berkaitan satu pekerjaan yang dipilih secara
berkumpulan. (di luar bilik darjah)
(Lampiran 4)
Penutup
Murid merumuskan pelajaran dengan bimbingan guru.
35
PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEWANGAN
Lampiran 1
MARI MENGENAL PEKERJAAN
Baca dan fahami jadual banding beza antara kerja makan gaji dengan kerja sendiri
di bawah.
Makan Gaji Aspek Kerja Sendiri
Selalunya sekitar 8.00 pagi Masa Bebas / Terserah kepada
sehingga 5.00 petang individu
Setiap hujung bulan atau minggu Pendapatan Gaji mengikut usaha. Naik
ke-4 setiap bulan, gaji akan turun keuntungan
bergantung kepada
diberikan. Kadang kala, terdapat
kenaikan pangkat yang menuntut kerajinan dan perancangan
perniagaan.
kenaikan gaji.
Tidak boleh cuti sesuka hati. Tidak perlu risau perihal cuti
Cuti kerana diri sendiri yang
menetapkan
Tempat kerja ditetapkan dan Tempat Bebas menetapkan lokasi
mungkin berhampiran atau jauh dari Kerja tempat kerja, sama ada di
rumah atau di tempat lain
rumah
36