The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN BERTULIS ambang aidiladha

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohanisraihas78, 2023-08-23 11:46:33

AMBANG AIDILADHA 2023

LAPORAN BERTULIS ambang aidiladha

Laporan Program Sambutan Ambang Aidiladha 144H/2023M 1.0 Tarikh : 27-Jun-23 2.0 Hari : Selasa 3.0 Tempat : Dewan terbuka 4.0 Objektif : 4.1. Dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat terpendam murid. 4.2 Dapat memberi pengalaman baharu kepada murid dalam pertandingan Khat dan Khutbah Aidiladha. 4.3 Dapat membina sikap berani dan keyakinan dalam diri murid. 4.4 Dapat memahirkan dan memperkukuhkan keupayaan murid dalam penyampaian Khutbah. 4.5 Dapat melatih dan memperkemaskan lagi kemahiran dan bakat murid dalam tulisan Khat. 5.0 Jawatan kuasa : Rujuk Kertas Kerja 6.0 Perjalanan majlis secara ringkas: 8.30 - 10.00 pagi : Aktiviti program tahap 1( Mewarna) dan tahap 2(Khat) bermula. 10.00 – 10.30 pagi : Saktah 10.30 – 11.15 pagi : Pertandingan Khutbah Aidil Adha 11.30– 12.30 tghari : Ceramah Penghayatan Aidil Adha 12.30 – 1.00 tghari : Penyampaian Hadiah 7.0 Kos kewangan: RM 405.00 8.0 Refleksi 8.1 Kekuatan Program 8.1.1. Kerjasama yang baik dan erat daripada pihak guru dalam menjayakan Program Sambutan Ambang Aidiladha. 8.1.2. Hubungan antara Jawatankuasa dalam menjayakan Program Sambutan Ambang Aidiladha telah meringankan kerja dan melancarkan program. 8.1.3 Kemahiran dan pengalaman guru dalam Khutbah, mewarna dan Khat dapat diaplikasikan untuk kemenjadian murid. 8.2 Isu/masalah 8.2.1. Masalah masa yang tidak mencukupi kerana penyertaan untuk pertandingan Khutbah sangat menggalakan. Masa terpaksa dipanjangkan kerana cadangan awal hanya 5


orang peserta sahaja untuk Pertandingan Khutbah tetapi telah bertambah seramai 9 peserta. Ini juga menyebabkan masa untuk sesi ceramah Penghayatan Aidiladha terpaksa dipendekkan. 8.2.2 . Masalah pembesar suara yang tidak sempurna menyebabkan Program menjadi kucar kacir juga mengakibatkan pertandingan dan program tidak dapat dilaksanakan seperti yang di rancang. 8.3 Penambahbaikan Program/ Cadangan 8.3.1. Perlu mengadakan pelan ke dua untuk kes-kes yang mungkin berlaku dengan tiba-tiba. 8.3.2 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan susunan majlis. 9.0 Penutup Keseluruhannya program ini berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua murid dan warga sekolah yang turut terlibat menjayakan Program Sambutan Ambang Aidiladha 1444H Tahun 2023 Masihi. Diharapkan Program Sambutan Ambang Aidiladha pada tahun hadapan lebih berjaya dan berjalan dengan lebih lancar. Disediakan oleh : ………………....................... ( ROHANI BINTI HASHIM ) Pengarah Program, Sambutan Ambang Aidiladha 2023 SR Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh. Disahkan oleh : ……………...................... (FADZIL BIN MAHMUD) Guru Besar, SR Akademi Islam Hj. Abdullah Suboh.


Click to View FlipBook Version