The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohanisraihas78, 2021-08-29 17:36:41

qdoc.tips_koleksi-cerita-seram

qdoc.tips_koleksi-cerita-seram

kerana menurut doktor, dia akan bersalin. Osman juga tidak mahu menanggung risiko dan dia
 bersetuju kerana dia sudah tidak sabar untuk menimang anak setelah tujuh tahun berkahwin.

Kurang dari 12 jam, Milah merasakan sakit perutnya makin kerap, sakit pinggang dan segala-
galanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berkali-kali dia menjerit meminta tolong
daripada jururawat bertugas. Sekali dua mereka melayan karenahnya tetapi lama kelamaan
mereka hanya mampu menyuruhnya bersabar sahaja.

Kira-kira jam tujuh pagi, sakit yang Milah tanggung sudah tidak tertahan lagi. Dia segera dibawa
ke bilik bersalin kerana pintu rahimnya sudah terbuka lapan sentimeter. Jururawat menyuruhnya
meneran kerana kepala bayinya sudah kelihatan. Berkali-kali Milah cuba melakukannya malah
tenaganya hingga kehabisan. Melihat keadaannya yang tidak bermaya, jururawat 'memasukkan
air' dan setengah jam kemudian doktor melakukan kaedah vakum bagi menyelamatkan nyawa
 bayinya yang hampir lemas.

Malangnya Milah meninggal dunia kerana urinya tersangkut di dalam rahim. Mereka sedaya
upaya menyelamatkannya, tapi benarlah Allah lebih menyayangi makhluknya. Maka
menangislah Osman kerana isteri yang disayanginya meninggal dunia. Dia sendiri terkeliru
 bagaimana untuk mahu menjaga anak lelaki tunggalnya, Muhammad Hakimi tanpa kehadiran
seorang isteri. Puas keluarga dan sanak saudara menasihatinya dan mereka berjanji akan menjaga
anaknya bersama-sama.

Jenazah isterinya selamat dikebumikan. Namun seminggu selepas itu, kampung tempat tinggal
mereka gempar apabila kubur Milah digali. Nasib baiklah ketika itu, ada orang kampung terlihat
tiga orang lelaki sedang memikul mayat Milah. Kala mereka menyergahnya, ketiga-tiganya lari
lintang pukang dan meninggalkan mayat Milah di tepi kubur.

Gempar seketika orang kampung dan puas mereka bercerita tentang hal itu. Kata orang, kubur 
Milah dikorek untuk dipuja dan mahu dibuat minyak dagu. Segera mereka mengebumikan
semula mayat Milah. Maka bertambahlah kesedihan Osman kerana orang memperlakukan
 jenazah isterinya sebegitu.

 Namun seminggu selepas itu, sekali lagi orang kampung gempar. Kali ini bukan kuburnya
dikorek tapi orang melihat kelibat Milah duduk di rumah jiran di waktu senja, sama seperti
 perangainya yang suka bertandang ke rumah orang ketika mengandung dulu. Sekali lagi, Osman
rasa terpukul dan dia mendapatkan nasihat daripada seorang Lebai di kampung mereka.

Kata Lebai itu, ini mungkin balasan Allah kerana perbuatannya yang suka mengumpat orang dan
tidak sempat meminta maaf daripada orang kampung apatah lagi meninggal dunia sebaik 
 bersalin. Bagaimanapun Lebai menasihatkan Osman agar banyak bersabar di samping berdoalah
agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa isterinya. Benarlah kata orang, jangan sesekali melakukan
dosa kerana di dunia Allah sudah menunjukkan balasannya, belum lagi balasan di akhirat dan
diseksa di alam barzakh.

Tu le lain kali jgn suka buat ketupat kosong.
Aku suka ketupat pulut daun palas..

Jerangkong bersalut cheongsam putih

Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun 1988. Ketika itu
saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan. Memandangkan kesihatan saya belum
 pulih, doktor yang merawat saya mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari.
Setelah empat hari dihospital, kesihata saya beransur ansur pulih kerana maklum sajalah, disini
saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat jururawat yang bertugas. Bagaimanapun,
mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak seorang wanita cina berpakaian
cheongsam putih lalu ditepi katil saya. Pada mulanya, Saya menyangka dia adalah amah
hospital atau jurarawat yang bertugas diwaktu malam ketika itu. Saya tidak mengenal pasti
wajahnya kerana keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar. Bagaimanapun,
rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu. Pada malam jumaatnya, kira kira 1.30 pagi,
wanita bercheongsam putih itu tiba tiba memperlihatkan wajahnya kepada saya. Kali ini dia
kelihatan berdiri di luar tingkap disebelah kiri katil saya. Wajahnya begitu camtik, rambutnya
hitam pekat dan kerintingnya begitu kasar. Dia melihat saya sambil tersenyum. Senyumannya
itu membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip mata sahaja.
Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Keesokan harinya, apabila suami saya
datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku. Sejak itu, setiap malam sebelum pulang,
suami saya membacakan surah yasin. Pada malam berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu
lagi. Setelah 10 hari dihospital, saya dibenarkan pulang. Setibanya dirumah kira kira 6.45
 petang, saya nerasa letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi. Tiba
tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan wanita cina itu. Kebetulan
ketika itu azan maghrib pun berkemundang , bayangan wanita cina itu hilang dengan serta
merta. saya tidak menceritakan hal yang baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka
itu mungkin perasan saya sahaja. Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga
dan terasa ada orang memeluk saya begitu erat. Pada mulanya, saya menyangka suami saya,
tetapi saya terkejut apabila teringat dia tidur dibawah, bukan disebelah saya. Alangkah
terperanjatnya saya apabila saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung.
Saya menjerit sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga. Badan saya mengigil dan
saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil membacakan surah
yasin. Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang serupa itu.
Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan hingga ke hari
ini.

LEMBAGA PUTIH DI BILIK OPERASI
Aku sedang bersiap siap untuk pergi meronda. Waktu sudah 2 pagi. Mata masih mengantuk 
tidak cukup tidur, tetapi tugas mesti didahulukan. Sambil mengambil senapang aku
menmanggil," Atan! Engkau sudah ambil lampu suluh?"
Atan hanya mengganguk kepalanya lalu memulakan perjalanan dan aku pun menyusul dari
 belakang.
Banganun bangunan disini semuanya gelap gelita. Yang bercahaya hanya lampu suluh ditangan
dan bilik kawalan yang dujaga oleh ketua pengawal dengan seorang koparal.
Setelah setengah jam berlalu, peluh mula membasahi baju. Inilah kali pertama aku membuat

rondaan disini setelah sebulan lamanya dipindahkan dari kem askar divisyen enam ke tempat
ini. Sudahlah tempatnya sunyi, dekat dengan kubur pulak.
Maca macam cerita aku dengar dari kawan kawan yang sudah lama disini. Mereka menceritakan
kejadian kejadian aneh yang selalu berlaku setelah 12 tengah malam. Apabila teringat kembali,
 berdiri bulu roma tengkuk ku.
Tiba tiba aku terperanjat. Suara atan memecahkan kesunyian malam.
"Man!" teriak Atan. "Bilik itu ada lampu!" sambil menunjuk ke arah bilik operasi yang selalu
dikunci jika tidak digunakan.
Mungkin ada penceroboh fikirku. Kami berjalan perlahan lahan supaya tidak bising. Setelah
sampai ke pintu, kedengaran bunyi seperti radio diputarkan.
"Pintu dikunci dari luar," bisik Atan kepadaku sambil cuba membuka pintu itu. Atan mengambil
telefon set yang dibawa lau menghubungi bilik kawalan dan melaporkan apa yang sedang
 berlaku.
Tiba tiba pintu terbuka dengan sendiri seperti angin bertiup dari dalam bilik itu. Aku mula
merasa takut, tetapi atan kelihatan tenang. Dia berjalan perlahan lahan masuk ke bilik itu. Aku
ikut dari belakang. Setelah berada di dalam, aku terhidu bau busuk seperti bangkai yang sudah
lama dibiarkan. Kami memeriksa bilik itu, tetapi tidak jumpa apa apa. Tiba tiba terdengar 
seperti ada orang yang memanggil namaku dengan suara yang mendayu dayu. "Man, Man.
Marilah kesini." Seperti orang yang terpukau, aku berjalan menuju suara yang merdu itu.
Tanpa berlengah, Atang menarik aku. Aku ternampak mulutnya terkumat kamit seperti
membaca sesuatu. Kemudian di sebuah kerusi dihadapanku, menjelma seorang wanita yang
memakai serba putih dengan rambut yang panjang. Mukanya tidak kelihatan kerana dia hanya
tunduk melihat lantai.
Aku sudah menduga makhluk apakah yang sebenarnya dihadapan kami. Seluruh tubuhku
lemah. Macam macam rasa yang datang, hendak buang air kecil pun ada.
Tanpa disedari aku terus berlari keluar dar i bilik itu dan bersembunyi dalam longkang besar 
diluar. Setelah turun dalam longkang baru aku teringat bahawa aku telah meninggalkan atan
seorang diri menghadapi lembaga putih yang tidak tahu asal usulnya. Kalau sudah takut macam
macam boleh jadi. Fikiranku buntu. Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Tiba tiba lembaga itu muncul dihadapanku dengan sekelip mata sahaja. Aku merasa sungguh
terkejut lalu lari menuju ke bilik kawalan sambil memekik,"Tolong!Atan tolong!" lalu duniakau
gelap.
Setelah sedar aku melihat atan dan beberapa pengawal lain sedang berdiri disebelah katil dibilik 
kawalan. KEpalaku masih merasa mabuk, tetapi dengan perasan yang ingin tahu, aku pun
 bertanya pada atan tentang kejadian aneh yang baru saja berlaku.
Atan memberitahu aku bahawa dia cuba menghalau makhluk halus itu dengan membaca ayat
kursi. Lembaga putih itu pun terbang mengekori aku lalu hilang dengan serta merta.
Semua itu berlaku dengan cepat. Atan kemudian ternampak aku jatuh pengsan lalu
mengangkatku pulang ke bilik kawalan.
Aku hanya berdiam diri sambil cuba mengingat kembali kisah tadi. Aku merasa serik bertugas
disini. Esok aku bercadang menghantar surat permohonan untuk ditukarkan ke tempat lain.
Fikiran ku melayang dan aku mula melelapkan mata.
Pada waktu yang sama, jauh dari situ terdengar lembaga itu menggilai.

DIGANGGU PENANGGAL DI PULAU UBIN

Pristiwa ini berlaku dalam 1967 semasa saya dan rakan rakan mengadakan perkhemahan di
 pulau ubin. Saya masih ingat lagi tempat dimana kejadian menakut kan itu berlaku. Setiba di
 pulau ubin kira kira 10 pagi, kami berlima terus mendirikan khemah disatu t apak yang terletak 
 bersebelahan dengan pohon kayu besar, berhampiran sebuah pondok usang.

Setelah penat merenta sekeliling pulau itu, kami berehat rehat sambil memasak nasi dan lauk 
 pauk untuk makan malam. Kira kira 6 petang, angin mulai bertiup kencang, diiikuti pula dengan
guruh di langit. Tidak lama kemudian, hujan mulai turun dengan lebatnya. Disebabkan khemah
yang kami dirikan tidak begitu kukuh, habis kami berlima basah kuyup didalamnya.

Hujan mulai reda kira kira 9 malam. Kami berlima pun keluar ubtuk mengeringkan badan dan
menuju ke pondok usang tidak jauh dari khemah itu. Setelah menunaikan solat isyak, kami
 berjalan pulang ke khemah untuk mengeringkan bahagian khemah itu dan mengukuhkannya
semula.

Tidak lama kemudian, sedang kami berehat rehat sambil berbual didalam khemah, tiba tiba
terdengar sayup sayup suara perempuan sedang berbual , diikiuti pulak dengan bunyi gemersik 
daun daun. Kami ingin tahu lalu keluar.

Suara tadi semakin jelas dan datangnya dari atas pokok besar. Salah seorang rakan menyuluh
lampu picitnya kearah suara tadi.

Alangkah terkejutnya kami apabila suluhan lampu picit itu mengena tepat dua kepala berambut
 panjang tanpa badan, tetapi berusus-tergantung didahan pokok besar itu. Hantu Penanggal!!!

apalagi, seperti kilat kami berlima berebut rebut masuk ke dalam khemah sambil berpeluk 
 pelukan ketakutan.\Entah berapa banyak ayat suci kami baca beramai ramai sehinggalah malam
 bertukar pagi, tanpa melelapkan mata walau seketika pun.

Setelah cuaca terang, tanpa berlengah lengah kami pun berkemas dan pulang.

BERTEMU GADIS CANTIK DI PINGGIR KUBUR 
 Peristiwa yang akan saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku ke atas keluarga saya dalam
1972. Kami sekeluarga tinggal di Bishop Gate, yang terletak tidak jauh dari Grange Road.
 Kawasan itu sunyi dan hanya terdapat beberapa buah rumah banglo besar. Disitu ada satu
kawasan terbuka yang luas dan ditumbuhi pohon pohon besar seperti beringin, cempaka dan
 sena serta bersemak samun.
 Keluarga kami bukan lah orang kaya, tetatpi hanya menumpang sebuah rumah banglo usang 
 yang dikosongkan sementara memohon flat. Banglo itu dijadikan stor oleh sebuah syarikat. Bilik 
kami hanya satu bahagian kecil dibelakang banglo itu.
 Rumah itu jugak tiada bekalan elektrik kerana ia telah dipotong oleh syarikat tersebut atas

 sebab keselamatan. Hanya bekalan air tidak dipotong. Setiap malam kami terpaksa
menggunakan lampu pam dan lampu minyak tanah. Dan setiap kali malam tiba, keluarga kami
diseliputi rasa seram.
 Petang suatu petang malam jumaat, Abang saya telah pergi ke rumah nenek saudara kami di
 jalan Masyhor dan tidak pulang hingga larut malam. Nenek saudara kami memang melarangnya
 pulang kerana hari sudah jauh malam, tetapi abang saya berkeras jugak hendak pulang.
 Pada 11.30 malam itu, abang saya sempat menumpang bus yang penghabisan iaitu bus no 150.
 Kemudia dia terpaksa turun di perhentian bus bersebelahan kubur wakaf di Grange Road dan
berjalan kaki selama lebih kurang 25 minit untuk sampai kerumah.
Semamsa turun dari bus itu, abang saya ternampak seorang gadis cantik duduk di perhentian
bus tersebut. Ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah malam lebih. Gadis itu berkulit cerah
dan berambut ikal mayang panjang mengurai, tersenyum padanya. Abang saya cuba mengingat 
ingat siapa gerangan gadis itu. Dia tidak ubah seperti jiran kami. Dulu, abang saya memang 
 selalu melihat gadis itu tetapi tidak pulak bertegur sapa, setakat tersentum sahaja.
 Pada malam itu abang saya beranikan hati untuk menegurnya.
"Sorang aje?" abang saya bertanya.
"Ya," jawab gadis itu.
 Abang saya bertanya lagi:"Buat apa seorang diri larut malam begini?" 
 Dia menjawab,"Saya nak balik, tetapi takut kerana dah malam...nanti ada hantu!" 
 Abang saya yakin gadis itu adalah jirann kami, lantas mengajaknya pulang. Dalam perjalanan,
abang saya dan gadis itu berbual bual. Yang anehnya, gadis itu hanya berjalan di belakang 
abang saya. Pua abang saya menyuruhnya berjalan seiring, tetapi dia enggan. Abang saya
menjadi kurang senang.
Setibanya dibawah lampu jalan, abang saya mengnggkan kekinya dan melihat ke belakang.
 Rupa rupanya gadis itu berjalan dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Abang saya pun berlari
dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Gadis yang disangkanya jiran kami itu rupanya
 pontianak.
 Dia ketawa mengilai sambil memanggil abang saya,"Tunggu bang! Tunggu bang!" Untunglah
 pontianak itu tidak mengejar abang saya hingga ke rumah.
Setiba dirumah abang saya terus melompat ke katil dan berselimut bersama sepatunya sekali.
 Esoknya kami berasa hairan mengapa dia tidur memakai sepatu. Abang saya pun menceritakan
apa yang terjadi. Kami semua tertawa bercampur seram

'ORANG MINYAK' DAN KEPALA IKAN MERAH
Semasa kami tinggal di Kampung Bedok Laut dulu, mak cikku pernah mengalami suatu
 peristiwa yang menggerikan. Pada suatu malam, pakcik, seorang kelasi, pulang dengan
membawa seekor ikan merah yang baru ditangkapnya semasa dikapal. Ikan itu agak besar dan
tidak muat untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Oleh itu, makcik memotong dua ikan tersebut. Sebahagiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk 
sementara sebahagia lagi mahu dihantar ke rumahku yang terletak kira kira satu setengah
kilometer jauhnya.
Setelah membungkus ikan yang masih berdarah itu dengan suratkhabar, makcikku pun terus
keluar meningglkan rumahnya.
Apabila tiba dikawasan pohon buluh, makcikku terasa seperti ada sesuatu mengekorinya. Dalam
hatinya berkata ' jangan sesekali toleh kebelakang jika terasa ada sesuatu mengekori. Tapi kalau
 pencuri bagaimana? ' Kalau pencuri sudah tentu makcikku diterkamnya.

Makcikku pun mempercepatkan langkahnya. Begitu juga dengan langkah dibelakangnya. Beliau
kemudian berhenti, bunyi langkah tersebut turut berhenti. setelah mencekalkan hatinya,
makcikku menoleh ke belakang.
Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat lembaga manusia berkulit hitam berkilat dengan
hanya mengenakan seluar dalam, berdiri tidak jauh dibelakangnya. Matanya yang merah
merenung tajam. Makcikku cuba menjerit, tetapi suaranya tidak keluar.
Lembaga itu menerpa dihadapan makcikku. Ian merentap kain yang dipakai oleh makcikku dan
mengoyakkan seluar dalamnya. Makcikku meronta ronta, tetapi tidak berdaya.
Bungkusan ikan yang dibawanya tercampak kedalam semak berdekatan. Tangan lembaga itu
kemudian meraba raba dicelah celah kelengkang makcikku. Disangkanya makcikku kedatangan
haid. Alhamdulilah, pada waktu itu, makcikku tidak uzurJika tidak, sudah tentu dihisap darah
kotornya.
Dengan tiba tiba lembaga itu menghilang, menuju ke semak berhampiran.
Apa lagi, waktu itulah makcikku lari lintang pukang ke rumahku. Beliau mengetuk pintu
rumahku macam nak roboh.
Keesokan harinya beliau menceritakan perjara yang berlaku kepada kami sekeluarga.
Kata nenekku, mungkin lembaga itu menyangka darah kepala ikan yang hanyir itu adalah darah
hais makcikku. Sebab itulah ia mengekorinya. Itulah gara gara kepala ikan merah.

HANTU MENYERUPAI SUAMI

Kisah ini adalah kejadian sebenar yang berlaku ke atas diri saya sendiri dalam 1972. Ketika itu,
saya dan suami saya, yang baru seminggu mendirikan rumahtangga, tinggal disebuah rumah
kampung di Jalan Sawi.
Pada suatu malam khamis, kira kira 9 malam, saya masuk ke bilik tidur untuk menyimpan
dompet wang saya yang diletakkan di ruang tamu selepas balik dari pasar pagi tadi.
Didalam bilik itu, saya melihat suami saya sedang duduk di lantai yang bertepikan katil sambil
membaca suratkhabar. Biasanya saya jarang sekali mengganggu atau berkata sesuatu apabils
suami saya sedang asyik membaca. Jadi, saya pun tidak menghiraukan langsung akan suami saya
itu dan kemudian saya keluar semula ke bilik mandi.
Sekembalinya ke bilik tidur kami, saya dapat i suami saya sedang terbaring tidur diatas katil
dengan memerangkan badannya ke arah bertentangan dengan pintu bilik itu.
Saya jugak tidak memperdulikannya dan membiarkan suami saya tidur kerana mungkin beliau
ingin berehat kerana terlalu penat berkerja.
Sejurus kemudian, saya keluar lagi dari bilik dan terus ke ruang tamu kerana hendak memastikan
 pintu sudah berkunci. Setelah itu say kembali ke bilik tidur.
Yang menghairankan, suami saya tiada lagi diatas katik itu. Saya serta merta menjadi seram.
Walaupun saya cuba mencarinya dikeliling rumah, tetapi tidak berjumpa.
Saya cuba berfikir. Di mana agaknya suami saya berada? Fikiran saya buntu. Kemudian saya
 pergi semula ke ruang tamu dan duduk sendirian sambil tertanya tanya didalam hati yang kian
risau.
Tiba tiba semacam perasan takut dan seram menyelubungi diri saya. Apa tidaknya - saya baru
sedar bahawa hari itu suami saya berkerja dalam giliran petang. Beliau mula berkerja dari 3
 petang sehingga 11 malam.
Jadi siapakah yang membaca suratkahbar dan terbaring diatas katil sya tadi? Saya terus
 bertambah takut dan merasa terlalu gelisah. Walaupun saya cuba menenangkan diri saya tetapi

tidak berjaya.
Akhirnya saya pergi ke rumah jiran sebelah dan menceritakan segala kejadian tersebut
kepadanya dan terus menumpang disitu sehinggalah kepulangan suani saya dari tempat kerjanya

 bunyi misteri itik dan kematian ayam
 Kisah benar ini pernah berlaku di perkampungan Jalan Sawi, Geylang Serai, dalam tahun 1967.
Semasa itu saya berusia 19 tahun dan tinggal bersama ibu dan adik saya. Waktu itu jam
menunjukkan pukul 11.30 malam dan mata saya masih degil untuk tidur, entah mengapa.
Walaupun saya cuba melelapkannya, tidak berdaya kerana badan saya terasa makin gelisha.
Sejurus kemudian, tiba tiba saya terdengar bunyi 'itik-itik' yang dipercayai datangnya dari
reban saya yang terletak tidak jauh dari luar rumah saya itu. Saya terdiam seketika apabila jelas
mendengar bunyi 'itik2' tersebut dan juga hairan sekali kerana apa yang diketahuainya ialah
obu hanya memelihara beberapa ekor ayam sahaja di reban itu.
Saya juga pasti jiran jiran saya yang tinggal berdekatan juga tidak seorang pun yang 
mempunyai reban ayam atau itik disitu.
Saya sengaja tidak memberitahu kejadian tersebut pada ibu atau adik saya kerana saya tidak 
 suka menggangu mereka yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
 Kian lama bunyi itu kian mendekat kedengaranya seolah olah ian berbunyi di depan telinga.
Saya menjadi semakin takut dan akhirnya terpaksa mambaca ayat kursi beberapa kali yang 
terdaya untuk meredakan rasa seram.
 Kemudian saya pun tertidur tanpa menyedari dengan apa yang berlaku selanjutnya.Tetapi pada
keesokan harinya pula, alangkah terkejutnya saya apabila melihat bahawa kesemua ayam ayam
 saya itu didapati mati bergelimpangan di dalam reban nya.
 Bersabit dengan kejadian demikian, saya pun menceritakan segala galanya kepada ibu saya
tentang peristiwa aneh yang berlaku semalamnya.

TERTUKAR

cerita ini berlaku kat mrsm peng kalan chepa.waktu tu ade 4 org rakan hendak mengacau kawan yang
lain kat asrama mereka.salah seorang dr mereka bersetuju jadi hantu yang dibungkus seperti
mayat.mereka bertiga akan menjunjung kawan mereka seperti membawa mayat.tengah malam tu
mereka pun bermulalah projek mereka.

tengah mereka syok bawak kawan mereka terserempak dengan sekumpulan lagi yang juga seperti
mereka(menjunjung mayat)kemudian mereka terlanggar kumpulan itu dan kawan mereka telah
 jatuh.mereka ambik balik kawan tu dgn secara senyap(bertujuan utk tidak kejutkan org lain)kemudian
mereka teruskan kerja jahat mereka.lepas mereka penat mereka balik ke bilik mereka.mereka bukak
balik kain yang membungkusi kawan mereka.tapi pelikdalam kain tersebut hanya kosong shj.mereka

tertanya???rupanya kumpulan tadi adlah kumpulan HANTU mereka cuba cari kawan mereka tapi tidak
diketemui..sampai sekarang kawan mereka hilang begitu sahaja...

LAMPU

Kisah ini berlaku tidak lama dahulu di salah sebuah kolej di Universiti Malaya di mana kawan saya yang
telah mengalaminya telah menceritakannnya kepada saya. Ketika kejadian itu berlaku kawan saya itu
sedang tidur dan tidurnya telah terganggu apabila lampu koridor yang sepatutnya dipadamkan apabila
sudah lewat malam kembali dinyalakan.Memikirkan ada orang yang hendak
mempermainkannnya,kawan saya ini terus keluar dari biliknya dan kembali memadamkan lampu
itu.Namun lampu itu masih lagi dinyalakan sebaik sahaja kawan saya itu masuk ke dalam biliknya untuk
menyambung tidur.Ia berulang untuk beberapa kali dan kawan saya telah hilang sabar lalu bertekad
untuk menangkap siapa yang kembali menghidupkan lampu itu sebaik sahaja ia dimatikan. Kawan saya
mendapati setelah suis lampu itu dimatikan(melalui intipannya dari celah pintu),ia hidup semula secara
automatik seperti ada sesuatu yang menghidupkannya kembali.Kejadian seperti ini selalunya adalah
tanda kegiatan "poltergeist"....namun kawan saya itu tidak me nunggu lama untuk mendapat tahu dan
dia terus menyambung tidur di dalam keadaan terang benderang.

HIGHLAND TOWERS

Kisah ni lak berlaku time Highland Towers baru aje runtuh....lebih kurang dalam tahun 1991/92.Cerita ni
aku dapat dari sorang pemandu teksi yang aku kenal.... Pemandu teksi ni aku panggil Abu aje pasal aku
tak tahu nama betul die tapi die pun OK je aku tengok so...nama tu stay jelah. Die tengah drive teksi
lewat malam ari tu.....dalam pukul 2:15 pagi.Tengah drive,ader lak sorang mamat tahan teksi dia.....so
stop jelah....rezeki kan?Mamat tu memang peramah hinggakan Abu ni lupa nak tanya destinasi mamat
tuh.Bile dah teringat terus Abu tanye.....mamat tuh kata dia nak ke Highland Towers.Abu pun terus kan
drive tanpa banyak soal lagi.Pas tu,terus senyap...mungkin dah takde apa2 lagi yang nak dibualkan.
Tetiba barulah Abu teringat yang Highland Towers baru aje runtuh jadi apa yang mamat tuh nak buat kat
saner?Bila Abu tanye je mamat tuh jawab time runtuh ari tu,kaki dia dua2 belah putus atas paras lutut
sambil menunjukkan kakinya yang kudung dan berdarah.Abu tim e tu panik gila....tak tau nak buat apa2
dan dia hanya terkaku tengok mamat tuh turun teksi dan me rangkak ke arah kawasan timbunan
runtuhan.Baru 2-3 meter mamat tu merangkak, Abu dah tak nampak dia lagi....terus hilang.Abu terus
pecut teksi laju gila.....nasib baik tak eksiden tapi pengalaman tu memang tak dapat dia lupakan.

Misteri lorong sunyi.

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk 
halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka
 bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kera na dia takut tetapi kerana dia memang
tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku
 bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang
kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari
kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali
 pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut.
Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak 
dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan
 puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram
didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk 
melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama
ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah
syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan
ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih
dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu
memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja
kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak 
dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya.
Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi
dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di
warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak,
mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam
Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh
Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang
yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah
terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi
itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong.
Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya.

Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan
oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi.
Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi
kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pag i! Ashraf mula
tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di
hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia
menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan
dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas
seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami
 peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cer ita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu
memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang
wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling
ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada
wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang
sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus
terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah
menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang
menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong
sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi
kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian
rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi
itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya
yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau
dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan
kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang
agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh
rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!


Click to View FlipBook Version