The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by prem2506, 2023-06-15 02:51:03

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023-2024

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023-2024

Keywords: BUKU PENGURUSAN KOKU SJKT JALAN FLETCHER 2023-2024

2021 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) 2023/2024 JALAN FLETCHER, KUALA LUMPUR KOD SEKOLAH : WBD0171 NO TEL : 03-2693 5951 E-MAIL : [email protected] ALAMAT : SJKT JALAN FLETCHER, JALAN TUN RAZAK, 53200 KUALA LUMPUR. உருமாற்றுப்பள்ளி / SEKOLAH TRANSFORMASI TS25 (KOHORT 5) தேசிய வகை ஜாலான் பிளட்சர் ேமிழ்ப்பள்ளி, தைாலாலம்பூர் SJK (TAMIL) JALAN FLETCHER, KUALA LUMPUR புறப்பாடம் இணைவதால் கல்வி முழுணமயாகிறது KOKURIKULUM PELENGKAP KURIKULUM புறப்பாடம் இணைவதால் கல்வி முழுணமயாகிறது KOKURIKULUM PELENGKAP KURIKULUM BUKU PANDUAN PENGURUSAN & TAKWIM KOKURIKULUM SEKOLAH


1 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023/2024 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. 1Sekapur Sireh PK Kokurikulum 2 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 3. Visi & Misi KPM 4 4. Dasar Kokurikulum 5 - 27 5. Carta Organisasi Pentadbiran Kokurikulum 28 6. Carta Organisasi Badan Beruniform 29 7. Carta Organisasi Kelab & Persatuan 30 8. Carta Organisasi Sukan & Permainan 31 9. Carta Organisasi Majlis Pengurusan Sukan Sekolah 32 10. Carta Organisasi Pengurusan Rumah Sukan Sekolah 33 11. Carta Organisasi Pemantauan Kokurikulum Sekolah 34 12. Carta Organisasi Penilaian Kokurikulum Sekolah 35 13. Carta Organisasi SKPM Kokurikulum 36 14. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 37 15. Penyelaras-penyelaras Aktiviti Kokurikulum 38 16. Unit-unit & Jadual Pelaksanaan Kokurikulum 39 17. Aktiviti-aktiviti Tambahan Kokurikulum 40 18. Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 41 19. Jadual Penyeliaan Kokurikulum 42 20. Peraturan-peraturan AM Kokurikulum 43 - 44 21. Takwim MSSWPKL 45 - 46 22. Takwim Kokurikulum 47 - 58 23. Penambahbaikan Kokurikulum 59 24. Tempat-tempat Perjumpaan Kokurikulum 60 25. Surat, Pengurusan Fail, Borang-borang SEGAK, PAJSK, Instrumen Pemantauan, Borang Penggunaan Kenderaan Guru 61 - 89 26. Catatan 90 - 93 27. Kalendar 2023 94


2 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023/2024 Selamat Sejahtera, Saya merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu bagi melengkapkan Buku Pengurusan Kokurikulum SJKT Jalan Fletcher bagi tahun 2023/2024. Buku ini penting dalam merealisasikan hasrat dan matlamat unit kokurikulum sekolah. Selain memaparkan perancangan kerja sepanjang tahun, Buku Pengurusan ini juga menjadi sebagai panduan kepada kita semua dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. Harapan saya, dengan adanya Buku Pengurusan ini segala aktiviti yang dilaksanakan akan lebih tersusun dan kemas. Pengurusan kokurikulum adalah satu aspek penting kerana pengurusan yang bersistematik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang dalam kokurikulumnya. Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Marilah bekerja bersama-sama bagi meningkatkan kecemerlangan unit kokurikulum SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. Banyak program kokurikulum telah disusun yang menuntut pengorbanan guru-guru dan sokongan PIBG serta pihak-pihak luar. Sehubungan itu, saya mohon sokongan padu warga pendidik SJKT Jalan Fletcher membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum bagi sesi persekolahan 2023/2024 selepas era pandemik Covid-19 yang menjadi cabaran kepada unit kokurikulum khususnya. Sekian, Terima Kasih & Selamat Bertugas. ……………………………………… (PREMKUMAR VEERAPPAN) Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan (Tamil) Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. þÕ ¸ñ¸Ç¢ý À¡÷¨Å ÓØ¨Á¡¸¢றÐ. þÕ ¨¸¸Ç¢ý þ¨½ப்பு µ¨ºÂ¡¸¢றÐ. ஏட்டுக் ¸ல்Å¢ Áட்டுமÁ Á¡½Å¨É ÓØ¨Á¡க்¸¡Ð. ÒÈôÀ¡¼Óõ þ¨½Åத¡ல் ¸ல்Å¢ ÓØ¨Á¡¸¢றÐ.


3 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023/2024 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah yang lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, keterempilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. §¾º¢Â ¸øÅ¢ò¾òÐÅõ Á§Äº¢Âì ¸øÅ¢Â¡ÉÐ, ´ÕÅâý ÅÇ÷¨Â ÓØ¨Á¡¸×õ, þ¨È¿õÀ¢ì¨¸, þ¨ÈÔ½÷× «ÊôÀ¨¼Â¢ø «È¢×, ¬ýÁ£¸õ, ¯¼ø ¯ÇÅÇ÷, ¿øÖ½÷× §À¡ýÈ ÜÚ¸¨Ç ´Õí¸¢¨½òÐî ºÁ «ÇÅ¢Ç¡É ¿ý¦ÉÈ¢¸¨Ç ÓØ¨Á¡¸ §ÁõÀÎòÐõ ´Õ ¦¾¡¼÷ ÓÂüº¢Â¡Ìõ. þõÓÂüº¢Â¢ý ÅÆ¢ «È¢×, ¦ºÂÄ¡ì¸õ, ¿ý¦ÉÈ¢, ¦À¡ÚôÒ½÷×, ¬üÈø ¬¸¢ÂÅü¨Èô ¦ÀüÚì ÌÎõÀõ, ºÓ¾¡Âõ, ¿¡Î ӾĢÂÅüÈ¢üÌ ÅÇôÀò¨¾Ôõ, ´Õ¨Áô À¡ð¨¼Ôõ ¿øÌõ Á§Äº¢Â ÌÊÁ¸¨É ¯ÕÅ¡ìÌž¡Ìõ.


4 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023/2024 VISI / þலக்கு PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. தரÁ¢க்¸க் ¸ல்Å¢ ¸ற்றற¢ந்த Á¡ந்த÷ சுÀ¢ட்ºÁ¡É ந¡டு. MISI / சºÂல¢லக்கு MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. ந¢¨லÂ¡É தரÁ¢க்¸ ¸ல்Ţ¢ýÅழ¢ தÉ¢ ÁÉ¢த ஆற்ற¨ல மÁம்Àடுத்த¢ ந¡ட்டிý þலக்¨¸ ந¢¨றவு சºய்தல்.


5 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 1.0 TAKRIF / DEFINISI KOKURIKULUM Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652(Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” 2.0 MATLAMAT KEGIATAN KOKURIKULUM ➢ Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. ➢ Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi. 3.0 KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM, AKTA PEKELILING DAN PERUNDANGAN Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: • Penyertaan dalam sukan dan permainan • Penyertaan dalam persatuan dan kelab • Penyertaan dalam badan beruniform • Penyertaan lain sebagai mana ditentukan oleh Menteri.


6 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 3.1 DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) · “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” · (Sub peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97. MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB · Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am. · “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”. · “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.


7 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 3.2 DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB · “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”. · [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)] · Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. · [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturanperaturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.] · Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian. · [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986] · Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. · [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka] 3.3 DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB · Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. · “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)


8 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 · Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. · Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).” 3.4 DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” · “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apaapa kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997] · Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. · Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemenelemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang. PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’ · Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan muridmurid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000). · Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.


9 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 3.5 DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH · “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.” [Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929] Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. [Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’] “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensiagensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998). “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000). “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000). “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan muridmurid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).


10 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing. ISTILAH PU(A) PUBLICATIONS ACT A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 4.0 MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH TAHUN MASA TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun


11 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 5.0 FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM Pendidikan kokurikulum di SJK (Tamil) Jalan Fletcher adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu dalam kegiatan sukan, permainan, persatuan dan unit beruniform untuk mendidik diri menjadi murid yang gigih berusaha dalam mencipta kekuatan fizikal, mental dan sahsiah demi melahirkan ahli masyarakat yang unggul sebagai generasi yang akan membawa negara ke mercu kejayaan. 6.0 MOTO “Kokurikulum Unggul Menjana Generasi Cemerlang” 7.0 VISI Menjana kecemerlangan kokurikulum agar dapat bersaing di peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. 8.0 MISI ➢ Mencungkil bakat dan kecemerlangan murid agar boleh bersaing di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dalam semua aspek kokurikulum. ➢ Menerapkan nilai-nilai sivik melalui aktiviti kokurikulum di kalangan murid. ➢ Menerapkan kefahaman yang jelas dan betul tentang tujuan kokurikulum di sekolah. ➢ Menjadikan kokurikulum sebagai gedung mendidik minda ke arah pembentukan disiplin yang cemerlang. 9.0 OBJEKTIF KOKURIKULUM ➢ Mencungkil dan mengembangkan bakat, kebolehan dan kemahiran murid dalam sukan, permainan, badan beruniform serta persatuan atau kelab. ➢ Mengasah minat, hobi atau kegemaran murid secara terancang, berhalatuju, sistematik dan bermanfaat. ➢ Membantu, memastikan dan menaikkan imej sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. ➢ Membentuk murid yang berdisiplin dan mementingkan nilai kerjasama melalui aktiviti kokurikulum.


12 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 10.0 PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM ➢ Memastikan kegiatan kokurikulum merentasi kurikulum. ➢ Menjadikan kokurikulum asas disiplin diri. ➢ Memastikan murid dapat mengembangkan bakat daripada aktiviti yang dilakukan ➢ Melahirkan murid yang cerdas, aktif dan berketrampilan. ➢ Melatih murid untuk membentuk karisma dan sikap bertanggungjawab. ➢ Menjadikan murid lebih ceria dan bersedia. 11.0 KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) ➢ Pengurusan Kokurikulum yang bersistematik dengan pencapaian 80%. ➢ Penglibatan 100% murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. ➢ Kehadiran melebihi 90% bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. ➢ Pencapaian 100% minimum gred “C” dalam penilaian PAJSK akhir tahun. ➢ 80% murid memakai uniform/T-shirt bagi badan beruniform. 12.0 BUKU REKOD KOKURIKULUM (PAJSK) Untuk tujuan pemantauan,setiap murid wajib memiliki kad rekod aktiviti kokurikulum yang akan digunapakai sepanjang tempoh setahun. Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Kokurikulum pada setiap masa apabila diperlukan untuk tujuan pemantauan. Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah kokurikulum murid di akhir sesi persekolahan setiap tahun. 12.1 ASPEK PENTAKSIRAN PAJSK Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut: i. Penglibatan; ii. Penyertaan; dan iii. Prestasi.


13 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 Semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti berkenaan. Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambilkira untuk tujuan pentaksiran. Pentaksiran tersebut adalah berdasarkan enam (6) elemen seperti berikut: ASPEK AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN ASPEK (110 MARKAH) Penglibatan (50 markah) Penyertaan (40 markah) Prestasi (20 markah) Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Kehadiran Pencapaian 10 20 10 10 40 20 GRED PENCAPAIAN GRED MARKAH TAHAP A Antara 80 hingga 100 CEMERLANG B Antara 60 hingga 79 KEPUJIAN C Antara 40 hingga 59 BAIK D Antara 20 hingga 39 KURANG MEMUASKAN E 19.9 dan kurang TIDAK MEMUASKAN


14 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 *Jawatan perlu dipegang minimum selama 9 bulan. SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN - ELEMEN PERJAWATAN DALAM KELAB/PERSATUAN DAN SUKAN/PERMAINAN SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN ELEMEN PERJAWATAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM ANJURAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) ELEMEN JAWATAN SKOR JAWATAN Pengerusi / Kapten Pasukan / Ketua Rumah 10 Naib Pengerusi / Penolong Ketua Rumah / Penolong Kapten / Setiausaha / Bendahari 8 Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari / Ahli Jawatankuasa 6 Ahli Aktif 4 Ahli berdaftar 2 ELEMEN JAWATAN SKOR JAWATAN Sarjan TKRS, Ketua Trup, Sarjan/Pengerusi, Ketua Puteri (Mega Puteri). Ketua Utama Seksyen, Komander/pengerusi 10 Koperal KRS, Penolong Ketua Trup, Koperal/Naib Pengerusi, Penolong (Puteri Megasari), Ketua Seksyen, Naib Pengerusi 8 Lans Koperal TKRS, Setiausaha / Bendahari, Lans Koperal/Setiausaha /Bendahari, Setiausaha/ Bendahari(Puteri Bistari), Setiausaha/Bendahari, 7 Quartermaster Trup, Penolong Setiausaha/ Bendahari, Penolong Setiausaha/ Bendahari (Puteri Kejora), Penolong Setiausaha/ Bendahari 6 Ketua Patrol, Ahli Jawatankuasa, Ketua Kumpulan Pasukan (Puteri Saujana), Kuarter Master, Ketua Skuad 5 Penolong Ketua Patrol, Ahli Aktif, Ketua Kumpulan (Puteri Mestika), Ketua Kumpulan, Ahli Jawatankuasa 4 Ahli Biasa/ Ahli Berdaftar 2


15 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 SKOR BAGI ASPEK PENGLIBATAN ELEMEN PERJAWATAN DALAM SENI BELA DIRI JENIS PENGLIBATAN JENIS TAFSIRAN PENGLIBATAN I Murid yang didaftarkan sebagai atlet/ peserta perkhemahan/ kejohanan/ kursus/ karnival/program pertandingan . PENGLIBATAN II Penglibatan murid dalam aktiviti seperti: - Jawatankuasa pelaksana - Petugas Teknikal - Persembahan selingan PENGLIBATAN III Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti penyokong, kumpulan sorak dan sebagainya. ELEMEN JAWATAN SKOR JAWATAN Pengerusi / Bengkung Merah / Tali Pinggang Hitam 10 Naib Pengerusi: Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 8 Setiausaha / Bendahari : Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 7 Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2 6 Ahli Jawatankuasa: Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1 5 Ahli Aktif: Class 3, Cula 2 dan Tali pinggang Hijau 1&2 4 Ahli Biasa, Tali pinggang kuning 1 & 2 2


16 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 SKOR ELEMEN PENGLIBATAN ELEMEN PERINGKAT SKOR Penglibatan I Penglibatan II Penglibatan III PERINGKAT Antarabangsa 20 15 10 Kebangsaan 17 12 8 Negeri 14 10 6 Bahagian (Sabah/ Sarawak) 12 9 5 Zon/Daerah 11 8 4 SKOR ELEMEN KOMITMEN (Maksimum 4 elemen sahaja) ELEMEN PERKARA SKOR KOMITMEN Menunjukkan Kepimpinan 3 Mengurus Aktiviti 3 Membantu guru atau rakan 2 Menyedia Peralatan 2 Mengemas Peralatan 2 Membersih Kawasan 2 Menepati Waktu 2 Menunjukkan Minat 2 Menunjukkan Kesungguhan 2 Mengikut Arahan 2 Mencuba 2 Memberi Kerjasama 2 Mana-mana Nilai Murni Yang Boleh Diperhatikan 2


17 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 SKOR ELEMEN KHIDMAT SUMBANGAN ELEMEN PERKARA SKOR KHIDMAT SUMBANGAN (PERINGKAT SEKOLAH) ATLET/ PESERTA: Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta program / pertandingan / Karnival / kursus. 10 KEMAHIRAN KHUSUS Melibatkan kemahiran khusus – berkaitan aspek teknikal (pengadil, jurulatih pasukan, dll yang berkaitan dengan aspek teknikal). 10 PERSEMBAHAN: Penglibatan murid yang terlibat dalam aktiviti seperti persembahan selingan. 8 SOKONGAN: Membantu dari segi menjayakan aktiviti kelab persatuan sukan sekolah seperti mengambil bahagian dalam perbarisan atau persembahan, kumpulan sorak/ penyokong dan yang berkaitan. 5 * Bilangan perjumpaan hendaklah tidak kurang daripada dua belas (12 kali) setahun dengan mengambilkira satu perjumpaan bersamaan dua (2) jam. Pengecualiaan kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit dan sebab-sebab lain yang munasabah. Murid dianggap hadir aktiviti kokurikulum sekolah, sekiranyanya pada masa yang sama mereka mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum yang lain. Penyertaan ini perlulah dalam pengetahuan pihak Sekolah. SKOR ELEMEN KEHADIRAN ELEMEN BILANGAN MARKAH BILANGAN MARKAH KEHADIRAN 1 3.33 7 23.21 2 6.66 8 26.64 3 9.99 9 29.97 4 13.32 10 33.30 5 16.65 11 36.63 6 19.98 12 40


18 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 SKOR ELEMEN PENCAPAIAN ELEMEN PERKARA SKOR TAHAP PENCAPAIAN Peringkat Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima Antarabangsa 20 19 18 Kebangsaan 17 16 15 Negeri 14 13 12 Bahagian (Sabah/Sarawak) 12 11 10 Zon/Daerah 11 10 9 Sekolah 8 7 6 5 4 * Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan. Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu empat (4) elemen seperti berikut: EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN PERKHIDMATAN ELEMEN PERKARA SKOR PERKHIDMATAN (Bukti Penglibatan: Sijil Pencapaian) Ketua Murid 10 Timbalan/Penolong Ketua Murid 8 Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah Pengawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS /BADAR/ Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan Sekolah 7 Penolong Ketua Asrama / Pengawas Pusat Sumber/ BADAR 6 AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro - Asrama / PRS / BADAR/ Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Pegawas Koperasi/ / Ketua Kelas / Ketua Tingkatan 5 Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm/BADAR/ Penerima sijil SLAD / PROSTAR/ Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik 3


19 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN ANUGERAH KHAS ELEMEN PERKARA SKOR ANUGERAH KHAS 1. Anugerah Tunas Jaya- Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat 10 2. Anugerah Khas Kokurikulum dan Sukan 2.1 Peringkat Kebangsaan 10 2.2 Peringkat Negeri 8 2.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 6 2.4 Peringkat Sekolah 4 3. Lain-lain Anugerah /Penghargaan Khas Yang Setara 3.1 Peringkat Kebangsaan 10 3.2 Peringkat Negeri 7 3.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 5 3.4. Peringkat Sekolah 3 4. Penyertaan Peringkat Antarbangsa BUKAN Anjuran KPM 4.1. Emas 5 4.2. Perak 4 4.3. Gangsa 3 *Tempoh masanya sekurang-kurangnya 3 jam bagi satu markah. EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN KHIDMAT MASYARAKAT ELEMEN PERKARA SKOR KHIDMAT MASYARAKAT 1. Aktiviti Kejiranan/Komuniti 1 2. Aktiviti Alam Sekitar 1 3. Aktiviti Bencana Alam 1 4. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi 1 5. Aktiviti Kebudayaan/Kesenian/ Integrasi 1 6. Aktiviti Kerohanian 1 7. Aktiviti Insaniah 1


20 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 ANUGERAH NILAM – SEKOLAH RENDAH JUMLAH BUKU PENGIKTIRAFAN 90 - 179 Gangsa 180 - 269 Perak 270 - 359 Emas 360 ke atas Nilam EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN PROGRAM NILAM ELEMEN PERINGKAT NILAM EMAS PERAK GANGSA PROGRAM NILAM Kebangsaan 10 9 8 7 Negeri 9 8 7 6 Daerah/ Zon/ Bahagian 8 7 6 5 Sekolah 7 6 5 4 ** PROGRAM-PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR PERLU MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 13.0 PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.


21 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 14.0 PENGHARGAAN Kecemerlangan adalah matlamat utama unit kokurikulum sekolah. Oleh sebab itu, setiap pencapaian yang cemerlang samada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti : ➢ Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah. ➢ Memberi sijil-sijil penghargaan / penyertaan. ➢ Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya. ➢ Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan. 15.0 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM ➢ Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang / Pendek. ➢ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. ➢ Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. ➢ Menentukan takwim dan jadual aktiviti. ➢ Memastikan penglibatan murid menyeluruh. ➢ Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa. ➢ Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. ➢ Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. ➢ Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan Aktiviti tahunan serta ➢ mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikulm. ➢ Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. ➢ Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. ➢ Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.


22 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.1 TUGAS-TUGAS MAJLIS SUKAN SEKOLAH ➢ Menentukan objektif sukan sekolah tercapai. ➢ Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek. ➢ Mengenalpasti T.O.V (Take of Value) dan merancangkan aktiviti sekolah. ➢ Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan. ➢ Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. ➢ Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan. ➢ Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran. ➢ Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan. 15.2 TUGAS-TUGAS PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN ➢ Menyelaras semua aktiviti, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat gelanggang dan padang. ➢ Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti. ➢ Membantu PK Koku mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. ➢ Menetapkan murid baru dan lama dalam Rumah Sukan masing-masing. ➢ Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. ➢ Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. ➢ Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. ➢ Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sekolah. ➢ Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. ➢ Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. ➢ Sentiasa berbincang dengan Guru Besar /Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. ➢ Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Aktiiviti Kokurikulum. ➢ Menetapkan Ketua guru rumah dan guru-guru rumah. ➢ Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik di peringkat zon dan negeri, persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya. ➢ Mencadangkan nama Olahragawan & Olahragawati sekolah.


23 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.3 TUGAS-TUGAS KETUA RUMAH SUKAN ➢ Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan murid). ➢ Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. ➢ Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan permainan. ➢ Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan. ➢ Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. ➢ Sentiasa berbincang dengan Penyelaras Sukan dan Pemainan / Pen. Kanan Ko sekiranya menghadapi masalah. ➢ Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod. ➢ Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada penyelaras sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. ➢ Menetapkan tugas guru-guru rumah. ➢ Menjadi penasihat kewangan dan kebajikan ahli-ahli rumah. 15.4 TUGAS-TUGAS GURU RUMAH SUKAN ➢ Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan oleh Penyelaras Sukan dan Permainan. ➢ Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatat dalam rekod kehadiran. ➢ Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan. ➢ Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. ➢ Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. ➢ Mengawasi keselamatan murid waktu latihan. ➢ Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid. ➢ Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan. ➢ Mematuhi arahan Ketua Rumah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. ➢ Mencadangkan kepada Ketua Guru Rumah peralatan-peralatan yang patut dibeli pada penghujung tahun untuk tindakan Penyelaras Sukan dan Permainan.


24 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.5 TUGAS-TUGAS GURU PERMAINAN ➢ Bertanggungjawab dalam membentuk jawatankuasa pasukan permainan sekolah. ➢ Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan di bawah jagaannya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun pada waktu-waktu lain dengan persetujuan Penyeleras Sukan dan Permainan dan mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan lain/sekolah-sekolah berdekatan. ➢ Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan jagaannya. ➢ Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. ➢ Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. ➢ Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/sekolah. ➢ Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan murid- murid dilindungi insurans serta berada di tempat permainan. ➢ Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar. ➢ Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan peringkat sekolah kepada Penyelaras Sukan dan Permainan. ➢ Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Sukan dan Permainan. ➢ Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid. ➢ Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan seperti alat permainan, pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi. ➢ Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. ➢ Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya. ➢ Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri,wakil daerah/negeri dan negara). ➢ Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. ➢ Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. ➢ Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti minuman, kecederaan dan sebagainya.


25 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.6 TUGAS-TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM ➢ Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform. ➢ Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. ➢ Menyelaras semua aktiviti. ➢ Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid memasuki persatuan/kelab/unit beruniform. ➢ Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. ➢ Memastikan peraturan Perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan. ➢ Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. ➢ Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum : - Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru / guru kelas untuk diedarkan kepada murid. - Mengutip kembali dari guru / guru darjah pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. ➢ Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti : - Borang memasuki persatuan. - Borang senarai AJK dan ahli. - Buku Laporan Kegiatan / Laporan Aktiviti Kokurikulm - Fail-fail yang diperlukan. ➢ Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. ➢ Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod. ➢ Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum. ➢ Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.


26 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.7 TUGAS-TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB ➢ Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab. ➢ Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah / JPN ➢ Memastikan adanya peraturan/perlembagaan. ➢ Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan. ➢ Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. ➢ Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. ➢ Merancang strategik untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai. ➢ Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan. ➢ Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab. ➢ Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. ➢ Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab. ➢ Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan dan lain-lain. ➢ Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. ➢ Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya. ➢ Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli. ➢ Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum. ➢ Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu kedua bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan. ➢ Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum: o Pelembagaan persatuan/kelab/unit beruniform. o Senarai AJK. o Senarai nama ahli. o Rancangan/aktiviti tahunan. ➢ Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewatlewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan. ➢ Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan. ➢ Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya jika tidak dapat bersama hendaklah mencari wakil. ➢ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Persatuan dari semasa ke semasa.


27 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 15.8 TUGAS-TUGAS GURU PENGIRING PERTANDINGAN ➢ Bertanggungjawab dalam mempastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. ➢ Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing. ➢ Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai. ➢ Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan, peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi. ➢ Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat pertandingan. ➢ Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah kepada Penyelaras Sukan dan Permainan. ➢ Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan menguruskan pasukan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum. ➢ Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan percapaian. ➢ Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk dijadikan asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum Sekolah. ➢ Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari semasa ke semasa.


28 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 16.0 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN KOKURIKULUM


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 M 2023 / 2024


29 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 17.0 CARTA ORGANISASI BADAN BERUNIFORM KOKUR


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 RIKULUM 2023 / 2024


30 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 18.0 CARTA ORGANISASI PERSATUAN & KELAB KOKUR


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 RIKULUM 2023 / 2024


31 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 19.0 CARTA ORGANISASI SUKAN / PERMAINAN KOKUR


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 IKULUM 2023 / 2024


32 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 20.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN MAJLIS SUKAN


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 N SEKOLAH 2023 / 2024


33 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 21.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN RUMAH SUKAN


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 N SEKOLAH 2023 / 2024


34 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 22.0 CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PEMA


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 NTAUAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2023 / 2024


35 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 23.0 CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PENILA


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 AIAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2023 / 2024


36 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/S 24.0 CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA SKPM


SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 KOKURIKULUM SEKOLAH 2023 / 2024


37 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 24.0 AJK MAJLIS PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2023 / 2024 Penaung : Pengarah Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Keramat Pengerusi : En.Chandrasekharan a/l Ramaya (Guru Besar) Ahli Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah Pengerusi : Pn. Usha a/p Murugayan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 2. Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan Pengerusi : En. Premkumar a/l Veerappan (Penolong Kanan Kokurikulum) 3. Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Pengerusi : Pn. Kunam a/p Muniandy (Penolong Kanan Pentadbiran) 4. Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : En. Utayarajan a/l Govindarajan (Setiausaha Sukan Sekolah) 5. Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme Pengerusi : Pn. Tiruppawai a/p Govindarasu (Setiausaha Kokurikulum) 6. Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : YDP PIBG 7. Jawatankuasa Kecil Teknikal Pengerusi : NYDP PIBG


38 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 25.0 PENYELARAS AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN KOKURIKULUM 2023 / 2024 BIL AKTIVITI PENYELARAS CATATAN 1. Sukan Tahunan Sekolah En. Utayarajan a/l Govindarajan 2. Merentas Desa Sekolah En. Mohd Rumzi Bin Shaari 3. Lawatan Tahap 1 Pn. Vickneshwari a/p Gopalan 4. Lawatan Tahap 2 Pn. Yamini a/p Thiagarajan 5. Perkhemahan Badan Beruniform Pn. Gunalatcumy a/p Karunanithe 6. Bulan Sukan Negara En. Utayarajan a/l Govindarajan 7. Perhimpunan Kokurikulum Pn. Tiruppawai a/p Govindarasu 8. Karnival Kokurikulum Pn. Tiruppawai a/p Govindarasu 9. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Pn. Tulasimah a/p Ayer 10. Sambutan Bulan Kemerdekaan Cik. Yannushaa a/p Prabhu 11. Amalan Harian Bagi Perpaduan Pn. Thanabakiam a/p Seluaraju 12. Sambutan Hari Guru Penyelaras Kelab Guru 13. Senam Aerobik Pn. Kalaichelvi a/p Jayamohan * Bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum lain Penyelaras akan dilantik mengikut budi bicara pihak pentadbir mengikut kesesuaian.


39 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 26.0 UNIT-UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH 2023 / 2024 BADAN BERUNIFORM 1) PENGAKAP 2) BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 3) PANDU PUTERI TUNAS MALAYSIA 4) TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH KELAB / PERSATUAN 1) BAHASA TAMIL 2) MBMMBI 3) SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS (STEM) 4) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 5) KESENIAN & KEBUDAYAAN 6) RUKUN NEGARA & ANTI JENAYAH 7) KITAR SEMULA SUKAN / PERMAINAN 1) BOLA SEPAK 2) BOLA JARING 3) OLAHRAGA & MERENTAS DESA 4) CATUR 5) BADMINTON 27.0 JADUAL PELAKSANAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2023 / 2024 AKTIVITI KOKURIKULUM MASA CATATAN KELAB / PERSATUAN 1.30 p.m. – 3.30 p.m. *Secara bergilir BADAN BERUNIFORM 1.30 p.m. – 3.30 p.m. *Secara bergilir SUKAN / PERMAINAN 1.30 p.m. – 3.30 p.m. *Secara bergilir PEMBANGUNAN SUKAN/ PERMAINAN 3.30 p.m. – 4.00 p.m. Setiap Minggu Kokurikulum


40 | Buku Pengurusan Sekolah/Kokurikulum/SJKT Jalan Fletcher 2023 / 2024 28.0 JADUAL AKTIVITI-AKTIVITI TAMBAHAN KOKURIKULUM 2023 / 2024 BIL AKTIVITI HARI MASA PELAKSANA 1. Senamrobik Rabu 7.00 a.m. – 7.30 a.m. Sekolah (Su Sukan / Ketua Panitia PJK) 2. Catur Sabtu 2.00 p.m. – 3.00 p.m Jurulatih Luar 3. Bola Sepak Sabtu 8.00 a.m. – 10.00 a.m. Jurulatih Luar 4. Bola Jaring Sabtu 8.00 a.m. – 10.00 a.m. Sekolah & Ibu Bapa 5. Karate Jumaat 1.00 p.m. - 2.30 p.m. NGO 6. Silambam Sabtu Ahad 4.00 p.m. - 5.30 p.m. 8.30 a.m. – 10.oo a.m. NGO 7. Kelas Komputer Selasa & Jumaat 1.00 p.m. – 2.00 p.m. NGO 8. * Aktiviti-aktiviti kokurikulum tambahan tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa yang akan dimaklumkan kelak.


Click to View FlipBook Version