The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perpustakaansammps, 2021-07-24 00:31:17

buluh&rotan

buluhrotan

SAM Muhammadiah Pekan Sabak
45200 Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-32161303 No. Fax: 03-32161473

E-mail: sammuhammadiah@yahoo.com

dengan kerjasama
Pusat Sumber SAM Muhammadiah Pekan Sabak

dan
Panitia Sejarah SAM Muhammadiah Pekan Sabak

Buluh dan Rotan

Pendahuluan

Dasar Perhutanan Negara 1987 (Pindaan
1992) telah menggariskan keperluan sumber hutan bukan
kayu dilaksanakan pengurusan secara berkekalan bagi men-
jamin kepentingan industri berasaskan sumber berkenaan.
Projek penanaman buluh adalah satu usaha pihak Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam mem-
perkenalkan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk
dikomersilkan.

Hutan Simpanan Kekal telah diurus berdasarkan

konsep pengurusan hutan secara berkekalan sejak awal abad

ke-20. Pada masa kini, dengan peralihan permintaan dan

kehendak masyarakat umum terhadap pelbagai keluaran dan

perkhidmatan hutan, konsep pengurusan hutan secara

berkekalan telah diperluaskan untuk mencakupi bidang-

bidang lain seperti fungsi perlindungan hutan dan

pengeluaran hasil bukan kayu.

Buluh dan Rotan

Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon
dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh
tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika.
Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran
baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu
monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun).
Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertum-
buhan simpodial.

Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Se-

menanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera -

Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Sc

hizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara

keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber

pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah

penduduk.

Buluh dan Rotan

KEGUNAAN

Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh
adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil
gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu
buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate,
bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga
dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawa-
san persendirian.

Buluh dan Rotan

Pokok Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok
palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri
daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.
Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok
rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya
mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-
pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain. Daripada
batang pokok rotan yang mempunyai panjang yang luar biasa
(sering beberapa ratus kaki), terdapatlah rotan komersil yang
kukuh dan mempunyai diameter yang seragam.
Rotan digunakan untuk tongkat (umpamanya, rotan Melaka) atau
dibelah untuk membuat barang anyaman rotan, bakul,
dan kerusi. Resin daripada buah rotan dikenali secara komersil
sebagai "darah naga" (bahasa Inggeris: dragon's blood) dan
dipercayai mempunyai khasiat-khasiat perubatan oleh
orang Yunani, Rom dan Arab. Resin ini amat dikenali oleh
pembuat biola Itali pada abad ke-18 sebagai sumber varnis. Salah
satu sumber utama untuk resin perubatan dan varnis ini ialah buah
mentah Daemonorops draco yang berasal dari Tanah Melayu.
Walaupun kekadang masih digunakan untuk proses gores foto,
darah naga sebagai bahan pewarna telah digantikan
dengan damar tiruan.


Click to View FlipBook Version