The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afrina Farihah Abdul Rahman, 2023-12-04 07:36:51

Peranan ICT Terhadap Perkembangan Dakwah dalam Era Globalisasi

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI 1 2023/2024 PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI DISEDIAKAN UNTUK : PUAN ASMA BINTI IBRAHIM ALIS NASUHA BINTI AZLI (17DIB22F2008) NUR MAIZATUL MADIHAH BINTI MOHAMED ISMAIL (17DIB22F2014) AFRINA FARIHAH BINTI ABDUL RAHMAN (17DIB22F2015) EMIEROSE AINAA BINTI SUHAIMI (17DIB22F2016) NURMISHA AZUREEN BINTI MOHAMAD ROSDI (17DIB22F2022) DISEDIAKAN OLEH:


PENGHARGAAN Bersyukur kepada Allah SWT kerana kami dapat menyiapkan tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, iaitu Puan Nurul Amalia binti Ruslan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan berkenaan. Selain itu, kami mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang menyokong untuk menyiapkan tugasan e-folio ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan untuk kami menghabiskan tugasan e-folio ini. Seterusnya, kami turut ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan sekelas kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang dilakukan oleh kami sepanjang tempoh menyiapkan tugasan e-folio ini. Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam tempoh menyiapkan tugasan e-folio ini. Terima kasih.


PENGENALAN ICT digunakan untuk individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Dakwah merupakan kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama islam. Seruan yang ditujukan kepada manusia oleh tuhan dan rasul untuk mempercayai agama yang benar iaitu islam. Dakwah mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah SWT, ia merupakan tugas para nabi dan rasul apabila diutuskan menjadi rasul. Kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Ia menjalankan kegiatan menyebarkan agama islam.


Isi kandungan 1.0 Sidang editor...................................................................4 2.0 Dakwah dalam islam.................................................5-6 3.0 Pantun dan sajak............................................................7 4.0 Kesimpulan......................................................................8 5.0 Rujukan............................................................................9 6.0 Gambar dan grafik.......................................................10


Sidang editor Emierose Ainaa bt. Suhaimi 17DIB22F2016 Alis Nasuha bt. Azli 17DIB22F2008 Nur Maizatul Madihah bt. Mohamed Ismail 17DIB22F2014 Afrina Farihah bt. Abdul Rahman 17DIB22F2015 Nurmisha Azureen bt. Mohamad Rosdi 17DIB22F2022 Nama pensyarah Puan Asma bt. Ibrahim


Dakwah melalui internet Sejak zaman dahulu, mereka yang terlibat di dalam aktiviti dakwah sentiasa berusaha untuk menyampaikan seruan agama melalui pelbagai kaedah dan media. Penggunaan teknologi sejagat dan terkini adalah satu perkara lumrah bagi para pendakwah. Menurut sejarah, kitab suci Al-Quran pertama sekali didokumentasikan dalam bentuk penulisan ketika pemerintahan Saidina Usman ibn. Affan (r.a). Tujuan Al-Quran dibukukan ialah bagi mengekalkan isi kandungannya untuk dibaca dan dihayati oleh generasi akan datang. Sebagai contoh, Salinan Kitab Suci ini yang ditulis dengan tangan seperti yang terdapat di Baitul Quran di Kuwait sekarang memerlukan masa yang sangat lama untuk disediakan. Hal ini pasti telah menghadkan keberkesanan dan kemampuan kerja-kerja dakwah. Walaubagaimanapun di dalam tahun 1456 Masehi, Gutenberg telah berjaya mencipta mesin cetak. Kewujudan mesin cetak mempercepatkan usaha menyediakan teks-teks berkaitan keagamaan. Kos bahan-bahan tersebut juga menurun apabila salinan dapat disediakan dengan banyak. Media cetak terus menjadi saluran utama aktiviti pengembangan agama sehingga kurun ke-20. Kurun ke-20 merupakan kurun revolusi komunikasi. Satu media komunikasi baru, iaitu media elektronik, diperkenalkan di sekitar tahun 1910an. Alat pertama yang dihasilkan ialah radio. Siaran radio mampu dipancarkan dengan meluas ke seluruh pelusuk dunia. Seruan pendakwah dapat diamati lebih ramai pendengar. Pada hari ini, kita dapati banyak stesen radio tempatan dan kebangsaan menyediakan pelbagai rancangan bercorak keagamaan bagi menjalankan aktiviti dakwah. Kuliah pendakwah diselang-selikan dengan respons daripada pendengar yang menelefon untuk memberi pendapat atau menanyakan soalan.


Selepas radio, televisyen pula diperkenalkan sebagai media komunikasi elektronik. Perkara ini berlaku di sekitar pertengahan kurun ke-20. Kemunculan televisyen memberi satu wadah dan peluang baru untuk aktiviti dakwah. Selain suara, grafik dalam bentuk statik atau video dapat dipertontonkan di dalam program-program keagamaan. Maklumat dapat disampaikan dengan lebih realistik. Keberkesanan pendakwah juga semakin meningkat. Pada mulanya kelompok penonton televisyen agak terhad. Namun demikian, dengan kewujudan satelit, siaran televisyen dapat dipancarkan ke seluruh dunia. Di samping televisyen satelit, kemudahan televisyen interaktif atau saling tindakan juga dijangka boleh merevolusikan kaedah berdakwah menerusi media elektronik. Internet amat mesra pengguna. Contohnya, individu mencari maklumat untuk menyiapkan kerjanya. Kandungan Internet boleh ditinjau melalui pelbagai enjin atau sofwer pencari yang sedia wujud di dalamnya. Hanya dengan berbekalkan beberapa kata kunci yang berkaitan dengan maklumat yang dicari, kita dapat melangkah masuk ke ratusan ribu fail yang mengandungi kata kunci tadi yang terdapat di server-server atau komputer penyimpan maklumat di seluruh dunia. Fail data biasa dikumpulkan ke dalam pakej tertentu yang didahului satu papan pengenalan yang bertindak sebagai `paparan induk’ atau `homepage’. Setiap pakej fail juga diberi satu alamat. Kita boleh terus memasuki fail-fail tadi kalau kita tahu alamatnya di tapak jaringan. Biasanya, `homepage’ adalah saling berhubung. Kita mudah bergerak dari satu fail ke satu fail yang berkaitan. Keupayaan ini amat memukaukan sehingga kadang-kadang kita alpa tujuan atau maklumat asal yang dicari. Aktiviti seperti ini biasanya dikenali sebagai `netsurfing’ atau `merayau di jaringan’.


Jaringan raya Internet yang tidak mengenal sempadan ini menjadi info-struktur terunggul media komunikasi sejagat. Justeru itu, saluran Internet dapat digunakan bagi tujuan penyebaran ilmu dan maklumat secara optima, termasuklah usaha-usaha menyampaikan dakwah. Internet pada mulanya merupakan media bersandarkan teks bagi komunikasi surat elektronik atau `e-mail’. Internet dicipta semata-mata bagi tujuan ketenteraan oleh pihak Pentagon, iaitu Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Selepas sekian lama teknologi ini tertekan atas alasan kepentingan keselamatan, di awal tahun 1990an barulah ada pihak yang memasarkan penggunaannya secara meluas. Institusi pengajian tinggi serta makmal-makmal penyelidikan merupakan pelanggan terawal kemudahan Internet. Pihak awam lain hanya menyedari kekuatan pengaruh sistem ini apabila jaringan raya seluruh dunia atau `world wide web (www)’ Internet diperkenalkan. Www membolehkan komunikasi multimedia dijalankan. Teks boleh digandingkan dengan bunyi, gambar dan video. Selain daripada maklumat multimedia, Internet juga berciri interaktif. Justeru itu pengguna dapat berinteraksi dengan pembekal maklumat. Keupayaan ini amat penting bagi forum dakwah kerana pelbagai persoalan mungkin timbul disebabkan salah faham atau salah tanggapan. Contohnya, pengguna boleh mengajukan soalan atau komen yang kemudiannya akan dijawab oleh pembekal maklumat atau pihak pendakwah. Ciri interaktif bukan sahaja memantapkan keupayaan Internet sebagai media penyebaran dakwah, malah hal ini menjadikannya satu wadah percambahan pendapat ahli-ahli teologi dan cendiakiawan-cendiakiawan bidang keagamaan dan keilmuan, sesuai dengan maksud ayat 125 dari surah An-Nahl, “Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”


Sebagai khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan agama Allah di muka bumi, pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat tidak lagi boleh kita abaikan. Setiap Muslim adalah pendakwah. Justeru itu kebolehan menggunakan Internet memberi satu peluang terbaik kepada umat Islam untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Golongan cendiakiawan Muslim terutamanya perlu memainkan peranan aktif di dalam memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat. Namun demikian, di sebalik kehebatan aktiviti dakwah melalui Internet, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang sama-sama menumpang jaringan raya sedunia ini untuk menyebarkan ajaran sesat, dakyah palsu dan kepercayaan karut. Oleh kerana Internet merupakan sebuah wadah terbuka dan terdedah, maka sebarang jenis maklumat boleh disebarkan melaluinya. Penapisan maklumat hampir mustahil dilakukan. Justeru itu, golongan anti-keagamaan dan anti-kemanusiaan juga bermaharajalela dengan `homepage’ masing-masing. Internet kini dikatakan menjadi padang permainan pengikut ajaran-ajaran songsang atau `cult’. Satu contoh terkini ialah kumpulan ajaran songsang yang bergelar `Heaven’s Gate’ atau Pintu Syurga. Kumpulan ini mempunyai ahli yang pakar di dalam pembangunan `homepage’ di Internet. Mereka telah menggunakan saluran komunikasi tersebut untuk menarik ahliahli baru.


Menyedari hakikat bahawa Internet mudah diserapi unsur-unsur negatif, maka Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) telah mengadakan satu seminar bertajuk “Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam” baru-baru ini. Tujuan seminar ialah bagi memahami keupayaan dan penggunaan teknologi Internet, meneliti peluang, cabaran dan aspek-aspek negatif Internet dan mempastikan orang Islam bersedia memperoleh dan meneraju era teknologi maklumat, khususnya Internet, agar mampu menampilkan diri dalam mengajukan idea-idea Islam dan mendapat faedah daripada pelbagai penggunaan teknologi tersebut. Menurut pendapat pembentang-pembentang kertas kerja seminar tersebut, sudah sampai masanya masyarakat Islam seluruh dunia dihubungkan dan disatupadukan sebagai suatu `ummah siber’. Bagi mencapai tujuan ini badan-badan awam dan korporat perlu berganding bahu untuk membekalkan maklumat tentang Islam. Satu `homepage’ baru perlu diwujudkan di dalam Internet bagi menerangkan pendirian Islam tentang isu-isu semasa, memperjelaskan konsep pandangan dunia Islam (Islamic world view) dan menonjolkan nilai-nilai murninya yang universal. `Homepage’ ini mestilah unggul, menyeluruh dan interaktif yang membentangkan fakta-fakta mengapa Islam adalah satu pegangan cara hidup, budaya dan peradaban yang sejagat. Sebagai penutup, jelas Internet bukan sahaja digunakan untuk berdakwah kepada kebenaran, malah ada pihak yang menyalahgunakannya untuk menyeru manusia kepada kebatilan. Justeru itu, homepage `ummah siber’ yang bakal dibangunkan boleh bertindak sebagai salah satu wadah yang memberi gambaran sebenar tentang Islam sebagai sistem kehidupan yang unggul dan sekaligus menangkis maklumat palsu yang mendorong kepada kehancuran.


Pantun dakwah Kalau tuan baca Al-Quran, Jangan lupa baca Fatihah, Kalau tuan hendak iman, Tuan ikut orang dakwah. Pulau Pinang, Pulau Tioman, Dekat dengan Pulau Langkawi, Bukan senang cari Iman, Sekurang-kurangnya 40 hari. Hang Tuah, Hang Jebat, Dua-dua sama pahlawan, Orang dakwah memang hebat, Tekan nafsu keluar 4 bulan. Apa guna tanam rumput, Rumput tumbuh atas tanah, Apa guna simpan janggut, Tak mahu buat dakwah.


Sajak teknologi maklumat Menyanyi sekawan merpati putih, Hinggap di atas pohon jemari, Teknologi kini semakin canggih, Maklumat dicapai di hujung jari. Bersiram puteri di awal pagi, Bersiap cantik berjumpa Jebat, Maklumat diperolehi melalui teknologi, Pemangkin masyarakat berteknologi hebat. Berjalan pandir mencari cengkih, Terjumpa saudagar dari kapal, Walau teknologi semakin canggih, Jagalah terus adab dan akal.


Kesimpulan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan amat perlu dimanfaatkan semaksimum yang mungkin. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras islam pula diberikan pada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai. Tuntasnya suatu mekanisme penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi memastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi atau organisasi islam yang berwibawa hendaklah diusahakan.


Rujukan https://fliphtml5.com/hnnjf/ejqz/Peranan_ICT_Terhadap_Pe rkembangan_Dakwah_Dalam_Era_Globalisasi/ Internet https://www.ikim.gov.my/index.php/2005/03/03/berdakwahmelalui-internet/ Buku https://www.google.com.my/books/edition/Moderasi_dakwah_untu k_generasi_millenial/rlrTEAAAQBAJ?hl=en&gbpv=0 https://books.google.com.my/books? id=KBNyEAAAQBAJ&pg=PA38&dq=dakwah+melalui+internet&hl=e n&newbks=1&newbks_redir=0&sa=X&ved=2ahUKEwjxw_fxqu6CAxV 2VWwGHUYGDvcQ6AF6BAgNEAI


Gambar dan Grafik


Click to View FlipBook Version