The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TUAN SHAFRINA AMINIE BINTI TUAN YUNAZRI IPG-Pelajar, 2024-03-12 10:46:11

BUKU LOG MINI

BUKU LOG MINI

MPU 3441a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BUKU LOG PANDU PUTERI KADET 1 NAMA TUAN SHAFRINA AMINIE BINTI TUAN YUNAZRI KUMPULAN PISMP JUN 2021- MEI 2026 TESL L NAMA PENSYARAH PUAN NELLIE ELIANIE BINTI MOHTADA TARIKH HANTAR 4 MAC 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR SEMESTER 2 TAHUN 2


NAMA: TUAN SHAFRINA AMINIE BINTI TUAN YUNAZRI KELAS: PPK 3 IPG: KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


Pengurusan dan struktur organisasi PPPM Pengurusan dan struktur organisasi PPPM peringkat IPGM Pengurusan dan struktur organisasi PPPM peringkat IPGKBA 03 PENGURUSAN & PENTADBIRAN SUKAN 7 8 9 ISI KANDUNGAN 01 02 04 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan & undang-undang Pandu Puteri Cogan kata & lambang Pandu Puteri Isyarat & hormat Pandu Puteri Berjabat tangan PPPM Lagu Pandu Puteri Lagu Pandu Puteri Tunas Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera PPPM dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya 11 20 21 26 27 28 30 32 33 34 SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI Sejarah perkembangan WAGGGS Sejarah PPPM 36 38 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Perancangan tahunan program Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas 46


TUAN SHAFRINA AMINIE BINTI TUAN YUNAZRI PPK3 KENANGA PISMP TESL L AMBILAN JUN 21-26 BIODATA NAMA: KELAS: KUMPULAN: AMBILAN: NAMA PENSYARAH: PUAN NELLIE ELIANIE BINTI MOHTADA salam pandu puteri


PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN


PUAN JULIA ZAINIRA BINTI ZAIMON PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM PUAN HINDON BINTI AHMAD DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH CIK GOH YUE WAY PUAN JURIAH BINTI MOHAMED PUAN CRYSTAL WONG DR. ZANARIAH BINTI AHMAD PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur Dan Pengurusan Pesuruhjaya Guild Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Klover Pesuruhjaya Program Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Renjer Pesuruhjaya Remaja Pesuruhjaya Tunas PENGURUSAN & STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA


YBrs. Dr. Rektor (Penaung) Dr. Norsita binti Ali Dr. Zanariah binti Ibrahim (Yang Dipertua Cawangan) Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff (Ketua Pesuruhjaya Cawangan) Dr. Noor Habibah binti Kaderan (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan) Pn. Shahaliza binti Halim (Setiausaha Kehormat) Pn. Azizah binti Alias (Penolong Setiausaha Kehormat) Dr. Noor Habibah binti Kaderan (Memangku Bendahari Kehormat) PENGURUSAN & STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI IPGM


AHLI KUMPULAN BERENAM PENGURUSAN & STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPGKBA SIANTAN MELOR CEMPAKA TERATAI KENANGA KESIDANG - Nurzayani Maisarah Binti Zolkepli (Kakak Setia) - Nur Aryana Syafina Binti Md Nazrey (Penolong) - Ros Alleza Binti Ali Amat - Yasmin Shamini Binti Mohd Hasni - Ain Haziqa Binti Mohd Noor (Kakak Setia) - Fatin Nur Aisyah Binti Abdul Halim (Penolong) - Erica Enda Anak Albert Assan - Gloria Rossana Anak Jimbat -Nurdina Hawa binti Mohd Hishan (Kakak Setia) -Nur Aimi Basirah binti Muhamad Noor (Penolong) -Nur Aini Amirah binti Norazhar -Wan Hanis Afiqah binti Wan Muhammad - Yusri Binti Che Hanah (Kakak Setia) - Syamimi Adriana Binti Mohd Khairul Nazri (Penolong) - Umik Nasuha Binti Gusti - Sarah Asyiqin Binti Junil Akri Yusuf - Nur Syaza Syahrain Binti Sulaiman (Kakak Setia) - Elisa Luyap Anak Gerunsin (Penolong) -Tuan Shafrina Aminie Binti Tuan Yunazri -Nur 'Aqilah Binti Raimee -Nurul Syairah Binti Mohd Saidi - Nurul Anis Syafina binti Mohd Suffian (Kakak Setia) - Irdina Batrisyia binti Mohd Hanafi (Penolong) - Fatrichia Lenya Anak Chat - Kimberly Lenny Anak Kelak


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


PERKARA 1 N A M A, S TR U K T U R & L O KAS I PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Nama: Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Struktur: Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Lokasi: Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur, Malaysia.


PERKARA 2 PERS E T IAA N , U N D A N G - U N D A N G , KAE D A H & PR O G RA M S ERTA KRI T ERIA K EA H L IA N PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri. Persetiaan Pandu Puteri: Undang-undang Pandu Puteri: Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


PERKARA 2 PERS E T IAA N , U N D A N G - U N D A N G , KAE D A H & PR O G RA M S ERTA KRI T ERIA K EA H L IA N PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA o Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang o Perkembangan kendiri yang progresif o Pembelajaran melalui perbuatan o Kerjasama berpasukan menerusi sistem kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab o Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa o Khidmat masyarakat o Aktiviti luar o Simbolisme Kaedah Dan Program


PEMBATALAN KEAHLIAN 1. AHLI AKTIF 3. AHLI KEHORMAT 4. AHLI SUKARELA Setiap ahli mesti membayar yuran keahlian tahunan/seumur hidup Dibuka kepada ahli dewasa berumur 35 tahun ke atas 2. AHLI TIDAK AKTIF Keahlian mana-mana ahli boleh digantung atau dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan dan kandungan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 2 PERS E T IAA N , U N D A N G - U N D A N G , KAE D A H & PR O G RA M S ERTA KRI T ERIA K EA H L IA N Kriteria Keahlian Setiap ahli tidak aktif perlu menjelaskan yuran keahlian Ahli-ahli tidak aktif PPPM merangkumi ahli aktif yang telah bersara Setiap ahli kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keahlian kepada PPPM Ahli-ahli kehormat ialah ahli (jemputan) yang membantu mempromosikan PPPM Lelaki dan perempuan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar sebagai ahli sukarela Pandu Puteri dan ingin membantu PPPM


TUJUAN DAN OBJEKTIF Mempromosikan Pandu Puteri ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas Pandu Puteri; PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 3 T U J U A N & O BJ E K T I F Meluaskan sasaran PPPM untuk memberi kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan memberi khidmat di semua peringkat; Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam negara dan seluruh dunia; Mempromosikan penglibatan secara aktif gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di PPPM.


Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Pandu Puteri di bawahnya. 1. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli aktif PPPM. 2. Lencana rasmi berwarna hitam dan putih seperti yang tertera di atas. 3. 4.Warna lencana pelantikan bahagian adalah seperti yang berikut: • Pandu Puteri Tunas adalah perang • Pandu Puteri Remaja adalah biru • Pandu Puteri Renjer adalah merah • Pandu Puteri Kadet adalah putih • Pandu Puteri Siswi adalah putih • Pemimpin adalah berwarna emas • Pesuruhjaya adalah berwarna perak PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 4 L E N C A N A


PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas logo (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh PPPM. Cawangan dan Daerah PPPM diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan logo sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas logo. Cawangan dan Daerah PPPM tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan logo tanpa kebenaran LEK melalui ibu pejabat kebangsaan. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 5 L O G O


Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara 6- Penaung Perkara 7- Lembaga Eksekutif PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan LEK terdiri daripada pegawai-pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Lima Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan i. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas ii. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja iii. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer iv. Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa v. Pesuruhjaya Guild Enam Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan i. Pesuruhjaya Antarabangsa ii. Pesuruhjaya Latihan iii. Pesuruhjaya Program iv. Pesuruhjaya Keahlian v. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat vi. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan


i. Cawangan Persatuan terdiri daripada: • Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. • Institusi Pengajian dengan kelulusan dari LEK. ii. LEK mempunyai kuasa untuk menentukan cawangan persatuan, dan isuisu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. iii. Majlis Ketua Pesuruhjaya Cawangan (MPKC) terdiri daripada semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang bertanggungjawab di atas: • penyebaran maklumat & pemantauan di cawangan dan penyediaan semua maklumat cawangan dan daerah yang relevan kepada PPPM dan • menyedia dan melaksanakan jadual aktiviti untuk cawangan selaras dengan perancangan strategik PPPM. iv. Setiap cawangan persatuan mempunyai perlembagaan cawangan yang selari dengan perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara perlembagaan cawangan dan perlembagaan ini, perlembagaan ini akan mengatasi perlembagaan cawangan, namun setiap cawangan persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan cawangan berkait dengan komposisi LEC, tempoh jawatan ahlinya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh LEK. Setiap perlembagaan cawangan akan dimajukan kepada LEK untuk diluluskan. v. Setiap cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan ahli LEK. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 1 3 C A W A N G A N PERSAT U A N


Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri. PERSETIAAN PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Persetiaan dan undangundang Pandu Puteri


COGAN KATA SELALU TOLONG ORANG (TOS) Cogan kata ini diucap setiap kali PanduPuteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan PanduPuteri Tunas dan istiadat hormat besar.


Lambang Pandu Puteri Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana trefoil dunia (World Badge ) adalah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGS). Lencana ini boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, lencana ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri Sedunia.


03 04 01 02 Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan oleh Bapa Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia. Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini Warna emas pada lambang ini membawa maksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Bentuk segi empat bujur ke atas di tengahtengah dauna dalah jarum kompas yang menunjukkan ke arah utara,iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri


Lambang Pandu Puteri Lencana Pandu Puteri Malaysia Pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita kepanduan. Reka bentuk trefoil di peringkat kebangsaan bergantung kepada kehendak sesebuah negara. Reka bentuk lencana kepanduan Malaysia mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan, Ibu Pejabat.


03 01 02 Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan iaitu: Ia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 ditengahnya, serta perkataan pandu puteri dibawahnya. Cantuman 3 daun ini melambangkan persaudaraan kepanduan di negara kita. 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara . 2. Menolong orang setiap masa. 3.Mematuhi undang-undang kepanduan.


Isyarat dan hormat pandu puteri Semasa memberi isyarat hormat, tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi. Tegakkan tiga jari tangan kanan sambil meletakkan ibu jari di atas jari kelengkeng dan berdiri dalam keadaan sedia. Maksud Hormat Pandu Puteri Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelengkeng bermaksud yang kuat membantu yang lemah.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan adalah tanda persahabatan di kalangan Pandu Puteri. Amalan ini merupakan tradisi Pandu Puteri di seluruh dunia. Pandu Puteri berjabat tangan dengan tangan kiri, khususnya dengan ahli yang berpakaian seragam. Salam melalui berjabat tangan dianggap sebagai tanda hormat mesra di kalangan Pandu Puteri.


LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi. Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high; Its never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth; Shall sing our song, Shall sing our song. lagu-lagu pandu puteri KLIKDISINI


LAGU TAPS SIANG Kami puji, Nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru; Mana pergi hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for the day, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky; As we go, this we know, God is nigh. LAGU TAPS MALAM Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung dari langit; Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. lagu-lagu pandu puteri KLIKDISINI


LAGU PANDU PUTERI TUNAS Pandu Puteri bertujuan Menolong dan berkawan LAGU AHLI BARU Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas lagu-lagu pandu PUTERI TUNAS KLIKDISINI


SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan CEMPAKA Cempaka bersuka ria Menolong orang duka TERATAI Teratai nama kami Bekerja setiap hari MELUR Melur taat dan setia Berusaha setiap masa KENANGA Kami bernama Kenanga Berjasa dan bertenaga KESIDANG Kami kesidang datang Menolong pagi petang lagu KUMPULAN BERENAM KLIKDISINI


Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berpelembagaan. Warna merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadap segala rintangan. Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. BENDERA MALAYSIA & MAKSUDNYA Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 melambangkan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.


BENDERA PPPM & MAKSUDNYA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


BENDERA PPPM & MAKSUDNYA Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI


Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa sebagai perintis kepada World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS). Majlis Antarabangsa ini sangat berjaya, dan dalam tahun berikutnya, Persidangan Antarabangsa pertama diadakan, memberikan peluang kepada anggota Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar pengalaman. Sejak pertemuan tersebut, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mulai merencanakan lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia pertama diadakan, diikuti dengan penerbitan Buletin Dunia yang kini dikenali sebagai "Our World News" pada tahun berikutnya. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia pada tahun 1919, sementara Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia pada tahun 1930. Setelah Persidangan Antarabangsa Keempat di Amerika Syarikat pada tahun 1926, Baden-Powell mendapat sokongan untuk pembentukan satu persatuan dari wakil beberapa negara.


Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell meminta pertimbangan serius dari pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal. Perwakilan dari 26 negara di Persidangan Antarabangsa Kelima memutuskan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dengan World Bureau berpusat di London sebagai urusetia. Setelah itu, satu Jawatan Kuasa Dunia dipilih, dengan Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia menjadi ahli ex-officio. Sebuah draf perlembagaan disetujui, dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang terpusat pada awal perkembangannya. Pada tahun 1931, keanggotaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri melampaui satu juta, dan pada tahun 1932, Pusat Dunia pertama dibuka. Setelah terhenti sementara akibat peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945. Meskipun Lord Baden-Powell telah meninggal dunia, istrinya Olave terus berkontribusi dalam Pandu Puteri. Pada tahun 1957, Our Cabaña dibuka, diikuti oleh pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Juni 1977, dan untuk mengenangnya, WAGGGS memulai Projek Pusat Olave dan menyatukan Biro Dunia dengan Pusat Dunia London (Pax Lodge).


Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adakah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Sejarah PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Getrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Laftenan iaitu Cik Ford, Cik King, dan Cik Phykett. PAsukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang DiPertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Persuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Fasa Penubuhan


Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dua ribu ringgit mulai tahun 1932. Fasa Perkembangan


Kegiatan Pandu Puteri di Malaysia tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Fasa Halangan


KRONOLOGI 1916 Penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur 1917 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari SIngapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur 1957 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.


KRONOLOGI 1960 PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan diterima sebagai ahli Tenderfoot. 1966 2005 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS 2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.P


KRONOLOGI 2007 PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke 9 2007 2008 Malaysia menjadi tuan rumah kepada “9th Asia Pasific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering.” Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. 201 1 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan Dunia Ke-33.


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


BIL AKTIVITI ALATAN TARIKH & TEMPAT PERLAKSANAAN 1 Mesyuarat Agung Mesyuarat agung dan perlantikan ahli jawatankuasa bagi Persatuan Pandu Puteri Kadet Pembahagian kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Teratai, Kenanga, Cempaka, Kesidang, Siatan. Buku catatan Bilik Pandu Puteri (20 Mac 2024) 2 Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas Kemeja hijau berlengan panjang Seluar panjang biru tua Skaf (bewarna coklat) Lambang berkumpulan Lambang negeri Woogle Lencana dunia‘Shoulder Flashes’ Stoking hitam Kasut hitam Tudung hitam Penyediaan buku log -(biodata, mewarna lencana Pandu Puteri Tunas, pakaian seragam, dan lambang kumpulan berenam sendiri) -Susunan/ Urutan Kandungan dalam buku log kemajuan Pandu Puteri Tunas Biodata/ Profil diri Lencana dunia Lencana Pandu Puteri tunas Lambang kumpulan berenam sendiri Peringkat Pra-persetiaan Peringkat calit emas Peringkat tangga emas Peringkat tangan emas Skim lencana kecekapan Bilik Pandu Puteri (3 April 2024) 3 Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas Undang-undang Pandu Puteri Tunas  Cogan kata Pandu Puteri Tunas Hormat Pandu Puteri Tunas Bilik Pandu Puteri (24 April 2024) TAKWIM TAHUNAN TUNAS PUTERI SK BANDAR TUN ABDUL RAZAK TAHUN 2024


BIL AKTIVITI ALATAN TARIKH &TEMPAT PERLAKSANAAN 4 Menyanyi lagu Pandu puteri Tunas: Lagu Pandu Puteri Tunas Lagu Dunia Lagu Loceng Bilik Pandu Puteri (15 Mei 2024) 5 Latihan Kawad Dataran sekolah (5 Jun 2024) 6 Aktiviti Keluarga bahagia Menyediakan salasilah keluarga Menyenaraikan nama ahli keluarga, makanan kegemaran dan perkerjaan atau status Bilik Pandu Puteri (19 Jun 2024) 7 Penjagaan kebersihan diri Kebersihan gigi Kebersihan tubuh Bilik kesihatan sekolah (3 Julai 2024) 8 Bendera negara Malaysia, Bendera Negeri Menyenaraikan maksud warna-warna bendera Keselamatan jalan raya bila dan dimana boleh menyeberang jalan, peraturan bagi penunggang basikal/ penumpang bas Bendera Malaysia, Bendera Negeri Bilik Pandu Puteri (17 Julai 2024) 9 Simpulan Pengenalan kepada Simpulan buku sila, Bunga Geti, tindih kasih, dan manok Tali Simpulan Bilik Pandu Puteri (31 Julai 2024)


BIL AKTIVITI ALATAN TARIKH &TEMPAT PERLAKSANAAN 10 Istiadat menaikkan dan melipat bendera Bilik Pandu Puteri (7 Ogos 2024) 11 Jahitan asas Alatan Jahitan (Benang, gunting, jarum) Bilik Pandu Puteri (21 Ogos 2024) 12 Perkhemahan tahunan Khemah Padang sekolah (6 - 8 September 2024)


Click to View FlipBook Version